Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Monday, June 30, 2014

Ramadhan Day 2,Ubi Rebus


Ubi rebus cicah ngan kelapa & daging dendeng
makan panas panas....perhhhhhhh memang BEST!!!!


fresh from my PERIUK KUKUS..heheheh

Koleksi NOVEL


Novel koleksi terkini

berkotak kotak dah niii.....stok hantar balik Bukit Jelutong
Hadussss laaa lepas niitak tahu laa mana lagi nak simpan....!!!

psssttt: sapa berkenan PM jeeee bole jual murah2 Ins Sha Allah

Sunday, June 29, 2014

Wednesday, June 25, 2014

Didera

Aku laaa tuu kena dera..dera poket!! Aku ajak temankan je gi ambik barang kat pos laju jee..tapi dia siap pau aku sampai RM140.

Kebetulan 2 bulan lepas dah dia aim nak menan mop, nk menan masak masak yang jenis berringkat tingkat tuu tapi memang cari tak jumpa balik KL aritu pon cari xjumpa lain cari lain dia balun...tapi takpa laa balun kat papa dia..

Abis tuu tadi last week masa aku tangkap gambar untuk renew pasport terjumpa laaa ...bila jumpa apa lagi tapi masa tiu memang aku berkeras tak mau beli lagi..saja nak biaq dia tunggu.

Abis balik umah jaaaa dok membodek dari siang sampai malam..malam sampai pagi dok pusing lagu tuu laaaa last last beli laaa juga..sebabnya dia behave!!! lagipon bernanah telinga asyik dok tanya bila aku dapat aji...bila aku dapat gaji.....


OTW gi pos laju lepas antar zIdane tuisyen


budak comot yang happy walaupon penat baru balik skoll 

haaa hambek tak dee nya aku nak menolong...
bila aku wataspp kat papa dia..bukan main lagi kena bising sebab tak menolong hangkut menan tuu

hewah hewah ingat comel kaa
Papalaahabuan kena dera pulak...jaaa
B,plzzzpaidmeback!!!

Tuesday, June 24, 2014

Seminit tak duduk diam

OmG budak dua beradik nii memang tak reti berdiam...berasap aku tengok dr dalam keta..sementara menunggu kakak perform zohor solat semalam.

Monday, June 23, 2014

Popiah Nestum Horlick Sedapppp

Pagi tadi sesudah selesai semua kerja sesambil lepak dengar Radio Era sesambil dok godek Instgram nampak leee satu Ig nii juai popiah horlick...tertiba terliur laa pulak hissss macam macam!!! nak order rasa cam tak berbaloi sebab nak sebalang jeeee buat krup krap sambil layan TV.

So aku google resepi pulak, sebab kebetulan memang ada balance kulit popiah lam fridge.  Bila google YES meh kita mengulung pulak....

Jom tengok bahan bahan:

Kulit Popiah,tapi jangan semua la. Nanti koraih kulit tu kalau kena angin.


Gulung mengulung..ikut style memasing ada yang menegak,ada yang menyerong...ada yang menunduk hee ada kaaa, aku buat menegak jaa senang lagi pon dah tak sabar nak makan.

* nak lekat bahagian hujung tuu kalau tak de tepung gandum, guna air sejuk pon bole (aku dah try sbb tepung gandum memang kehabisan stok)
Lepas tuu gunting menyerong baru cantik

Lepas tuu goreng dengan minyak panas

Lepas tuuu gaulkan dengan campuran 
* Nestum,Horlick, Susu Tepung,Gula yang telah diblend terlebih dahulu*
# aku hanya ada stok 3 in 1 jee so aku add in semua sekali Nestum 3 in 1, Horlick 3 in 1

Siap goreng kekuning , siap blend semua bahan terus gaulkan

Masukkan dalam balang dan boleh terus krup krap sambil layan G.I Joe Retaliation - HBO

Senang kheeen nak buat popia nestum ni? Main campak2 je dah siap. . Lepas makan popia nestum horlick yang dihasilkan dari titik peluh sendiri ni, baru la bole aku banggakan diri hee mak aaai over tau! Siap add in azam nak buat tuk raya pulak hallo hai jangan kelaut dah laaa semangat aku ni.

Lepas ni bole try Milo pulak.

Sunday, June 22, 2014

Jumpa Doktor Gigi

1st time bawa kenit Shazleen ni giDental,bukan dia saja semua aku hangkut sekali ...ada yang cuci gigi,cabut gigi and check gigi.
Semua sekali RM160. Doktor ni memang favorite aku kat Kampung Pandan.
Bosan menunggu





Macam macam xtivi kami tuu yang tak lekat kat BJ tuuu..hmmmm ins sha allah next yes dah balik bertapa kat BJ.

Saturday, June 21, 2014

Kidzania,The Curve

Penat dahh ceta pasal  makan makan, meh kita tukaq ceta jalan jalan pulak memandangkan aku ngan budak budak jee balik dulu 3 hari so  aku dah awal awal hint laki aku nak bawakan seikenit nii gi Kidzania sebabnya aku nak isi masa dari duduk melepak kat umah je trus macam macam alasan aku kasi untuk dapat pelepasan pulak tuuu Zidane & Ain tak mau join sebabnya diaorg nak layan movie lagi menarik..!!!


Fees Structure KidZania Logo
AgeGuestFee
Ages: 0 – 1BabyFree
Ages: 2 – 3ToddlerRM 35
Ages: 4 – 17Kid (Malaysian)RM 60
Ages: 4 – 17Kid (International)RM 75
Ages: 18 – 59Adult (Malaysian)RM 35
Ages: 18 – 59Adult (International)RM 50
Ages: 60+SeniorRM 30

mahai oooo tiket masuk  cam tak berbaloi jaaaa untuk mak mak budak cam aku nii rasanya boleh buat movie marathon duit tiket tuuu.....tapi tak kan nak tinggalkan anak anak kat situ kan...hisss toksah buat pasal ...mahai pon masuk gak lee...Sebabnya untuk ibu ibu,mak mak,ayah ayah memang tak de aktiviti langsung selain dari mengekor bontot anak masing2..Lagi tak best free wifi tak de....!!!



Pada yang teringin nak pegi click kidzania untuk tambah info.


Tiket aku dan shazleen laki aku beli online sebabnya aku malas nak beratur panjang nanti tapi last minute zIdane nak mengekor pulak bila anak BFF aku iLhan pun nak join shazleen 
nasib kami pegi weekday so alhamdullilah orang tak ramai & tiket masih banyak kosong
(atleast shazleen tak lee bosan nanti)

POSE dulu sementara menunggu turn nak jadi POLIS



1st game diaorg main nak jadi P O L I S
Budak yang excited, aku dah agak sebabnya shazleennii jenis yang tak takut pandai explore sendiri

sempat lagi tuu P E A C E
Lepas jee jadi POLIS memasing ikut haluan sendiri..boy dengan boy,girl ngan girl

dah keja dapat gaji yeeee
sebelum masuk pon dapat cek RM50

C S I

Ahli BOMBA pulak

setiap bahagian pekerjaan, terdapat 1-2 petugas KidZania yang akan menerangkan tugas dan tanggungjawab pekerjaan tersebut serta menunjukkan demo sebelum mereka mula bekerja!!
Aku pusing pusing sambil mengendap di luar ja.




berkerja keras padamkan kebakaran hotel tuu...

P E L U K I S

kena bayar RM5 (guna duit kidzania tuuu jee..alah cam duit kita main saidina)

K R E T I P

Dah keja dapat duit yeeee

Ada kerja ada gaji
Nak gaji kena kerja
Nak ENJOY kena bayar
so budak budak nii paham, jangan dok nak ikut tekak diaorg jee nak minta menan tiap kali masuk sopping complex..ingat mak depa niii tokey mall kaaaa....
Nak beli menan kena "kerja" !!! ternganga sikenit nii bila aku berletiaq..

Paham kaa tak paham belakang kira!!! lepas nii dia minta  menan aku soh dia keja dulu baru dapat upah or siapkan homework or sapu sampah kaaa...potong rumputkaaa...lipat kain kaaaa heee mau kena pelangkung nya laki aku kalau itu kejanyaaaa...


P E T R O L   G I R L
Nak gak keja ngan Pak Tony...hamboi PILOT tuuu

Sebab bosan aku dok watsapp laki aku antar report, mana tak anak dara nii bukannya naik main game pompuan pompuan...dibantainya semua game lasak lasak...
aku soh jadi doktor...bole dia kata tak best...soh keja salon tak mau,belajaq masak pon tak mau,jadi reporter pon tak layan.....

ENJOY walaupon tiket untuk aku yang merayap dan mengekor nii terasa sangat mahal.Untuk kids memang laa seronok dapat belajar siap request nak pegi lagi....Ins Sha Allah...