Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Wednesday, September 24, 2014

Tamat sudah masa berjimba...Jom balik Miri

Rindunya kat Miri..seminggu lebih tuu aku dengan Shazleen berjimba jimba..kering gak laa poket ni..lepas ini kena ikat perut laaa sampai cukup bulan "bapak Shell" bagi heeee...

Now back to my routine....sampai umah pengsan ...kain tak berlipat...air suam kosong..mentang2 budak2 nii tau mak singa balik semua depa tinggai habuan aku nuu...bertuah..!!

Nasib toilet terjaga...rumah bersapu..pinggan berbasuh ..yang penting dapur aku licin..

Budak budak ni walaupon aku tinggal siap dengan frozen food lagi penuh fridge dengan tupperwave ...bila lapaq just masak nasi and panaskan saja...senang...



Muka tak puas hati sebabnya dia order Nasi Lemak...sesuka ati aku jee tukaq roti bakar

Monday, September 22, 2014

Hardrock Cafe Penang


The first HardRock Hotel di Malaysia. Pasti lepas ni, makin ramai pelancong yang SUKA nak mai Penang!! haaa memang pon ramai dengan tourist luar negara plus dalam negara kan cuti sekolah ini. 

Memang banyak hotel fully booked waktu ini. Ni nak  kongsikan harga untuk bermalam di Hard Rock Hotel (peak season). Harga sebilik adalah RM600++ . Ada yang cecah 2K semlm..tapi berbaloi dengan harga laa kot bila buka jaa pintu bilik....tarraaaaa tersergam kecantikan.....Tak mampu laaa mak oooo!!

Kami duduk bilik yang harga paling murah RM600++ Hillview Room 

Date: 19-20 / 9/2014 (2hari 1 malam)

                             
Bilik air nya konsep terbuka. Kalau nak cermin berada depan sinki, bilik air akan terbuka terus nampak katil dari sisi. Kalau nak tutup pula, muka old blind guy yang legend tengah tersengih keluar.

Cool toiletries. Konsep dalam frame gambar gitu.. Budak kenit dengan swimming suit tuuu area Hallway dari bilik ke lift  sangat cool. Dengan musik dan wall paper yang sangat urban! 
Swimming pool yang paling best ada 3 jenis water slides yang orang dewasa pon boleh naik. Memang best!Swimming suit boleh belasah jeee tak ketat sangat macam sesetengah tempat sebabnya aku pakai tshirt pon lepas masuk, mana tak sikenit ini teringin nak naik slide so memula testing aku kena laa tunggu penakut sikit budak ni...lepas tuuuu tak payah dah dia bantai mandi sampai maghrib.

Kenit yang happy n enjoy, yang tak bestnya masa nak dinner di Gurney drive hujan main main..kejap lebat kejap seriat...but pasemboq punya pasal sanggup lintas jalan dalam hujan haaaaaa..alhamdullilah habis sepinggan pasemboq kami balun malam tuu

View pantai di pagi hari.



HRH boleh extend late check-out sampai pukul 1.00pm je. Lebih tuu kena bayar yeeee...so kalau nak jimat cepat cepat kemas barang...

Yang aku tak berkenan just rasa bersepah jeee kat area registration tuuu sebabnya dekat dengan area pool lepas tuu pulak area tuu juga laluan keuar masuk ke pool laaaa..jadinya jalan tuu sentiasa licin kesian pulak kat bangla yang dok pegang mop..kejap kejap mop ..kejap kejap mop...memang tak best sesekali macam pasar laaa pulak.. !! Memang kena pegang tangan laaa makcik2 bukan apa takut tergelincir sebab jalan licin ....bila mop ok laaaa itu jeee

Sempat juga aku rembat satu HRC tshirt long sleeve...rupanya design cafe and hotel tak sama...Hotel more exclusive and banyak design. Kalau cafe ini design sama jee kat semua tempat just tukar tang nama jeeee.......

Rating 3*** 


Sunday, September 21, 2014

MRSM : Terus perjuangan !!

Teruskan perjuangan meniti kejayaan.
Doa ibu ayah sentiasa mengiringi



Simanja ..cinta hati

Parit Buntar tempat makan

Tiap kali balik memang aku tak miss laa pepagi cari nasi lemak daun pisang diPasar Parit Buntar...best ooo macam macam jenis kuih boleh jumpa murah murah pulak tuu...

Time : Breakfast
Area: Non Pak Ali Station, Parit Buntar & Market PB

Nasi lemak udang bungkus daun pisang
RM 1

Nasi Lemak Berlauk...daging & telur mata
RM 2
Nyaman tekak


Roti Goyang Pak Non

Lemak manis terasa macam air tangan arwah mak

Total hangus kat market PB adalah dalam RM5..3 nasi lemak bungkus daun pisang RM3, kuih boleh campur-campur 5 ketui RM2, MURAHkan

Total melayang kat Pak Non Station RM7.90 ( roti bakar, roti goyang, teh ais,teh O ais + 2 air suam)

Time: Dinner
Area :Sass Cafe - Steamboat & Western,Pusat Bandar baru, Parit Buntar
Nasi Goreng USA

Chicken Chop

steamboot memang terbaik, makanan sedap n harge pun murah

Fames dgn steamboat tapi makanan yang lelain pon sedap juga , total burn makan 4 dewasa 1 budak RM65.30

Thursday, September 18, 2014

Quote of the day : Children Learn What They Live


“If a child lives with criticism, he learns to condemn . . .
If a child lives with hostility, he learns to fight . . .
If a child lives with fear, he learns to be apprehensive . . .
If a child lives with pity, he learns to feel sorry for himself . . .
If a child lives with ridicule, he learns to be shy . . .
If a child lives with jealousy, he learns to feel envy . . .
If a child lives with shame, he learns to feel guilty ...

BUT

If a child lives with tolerance, he learns to be patient . . .
If a child lives with encouragement, he learns to be confident . . .
If a child lives with praise, he learns to be appreciative . . .
If a child lives with acceptance, he learns to love . .
If children live with approval, they learn to like themselves..
If a child lives with honesty, he learns what truth is . . .
If a child lives with fairness, he learns justice . . .
If children live with recognition, they learn to have a goal.
If children live with sharing, they learn to be generous.
If a child lives with security, he learns to have faith in himself and those about him . . .
If a child lives with friendliness, he learns the world is a nice place in which to live . . .”


― Dorothy Law NolteChildren Learn What They Live

Wednesday, September 17, 2014

Nasi Lemak Antrabangsa -Kpg Baru


Tertiba terasa nak makan nasi lemak antrabangsa,apa lagi terus kami terjah nak isi perut...mana tak kakak aku punya kejan aku dari Shah Alam - Pandan Indah  simpan anak nak ikan kat umah kakak aku dulu malas seh nakmbawak merendek2 sebabnya kakak aku yg dari PB nak shopping baju pegi kenduri - Pudu abak buah aku nak cari barang - Jalan TAR cari baju..cari baju -Time Squre anak dara kakak aku pulak cari baju - Pandan Indah ambik anaknikan balik terus berdezzuppp Kpg Baru...nangis aku...sampai BJ balik 1pagi....

Melalut laa pulak....Nasi Lemak Antarabangsa bagi aku kurenggg menyengat...aku bagi 3***

Tuesday, September 16, 2014

SuperMokh tak menghampakan!!

Memang tak menghampakan, kebetulan masa aku touch down KL kawan aku ajak nonton teater so apa lagi..kebetulan aku pon free and easy and kebetulan juga aku fan awie apa lagi gigih laa aku.

Kurus pulak aku tengok awie..

Best sangat...awie memang laa the best but Maya,Rashidi,Dina awesome!!

Secara keseluruhannya, pementasan selama lebih kurang 3 jam ini sama sekali tidak menghampakan. Antara yang aku suka  :

*  Lakonan (jenaka) dari Douglas Lim - sangat menghiburkan. Tiap kali dia keluar memang tak kering gusi. Bersahaja tapi ada mesejnya.

**  Babak bila pentas dan seluruh panggung digelapkan.  Hanya kelihatan jalur-jalur cahaya dari baju yang dipakai oleh para pelakon. Terbaik !!

***Menghiburkan

Jom layan gambar.





Ada masa lagi..sapa yang belum bawa bawa laaa diri..memang tak rugi beli tiket

Lagu "Do You Remember,sayangku...."till now aku dok ulang nyanyi..takat tuu jaa laa yg aku tau pon jeeee

Tuesday, September 9, 2014

Mengidam Secret Recipe

Mengidam laaa sangat...

Mengidam pulak menu lawan tokey...aku haritu mengidam laksa jaaa.

Ni si ain mengidam Chocolate Fudge-Secret Recipe pulak tuuu...hamboi2 demanding sungguh.

Sampai jaaa SR terus memansing mengadu lapaq pulak..gerrrr gerrrr terus duduk and order malas aku nak gaduh gaduh. 

Siap aku besaqkan mata pon depa tak peduli, aku jeling lagi laa depa tak heran...!!!

Fish and Chip, Kid's Spaghetty Bologness and Chicken Cornish.  




Dah siap makan depa buat muka kesian pulak, baru teringat dok mengidam Chocolate Mud Cake dengan Chocolate Fudge... 

Tapau sorang sebungkus laaa pulak... 

Total burn aku hari ini RM70.20 (so papa bayar yeeee)


Monday, September 8, 2014

Good Luck UPSR 2014




All the BEST buat semua anak anak yang akan menghadapi UPSR 2014, semoga berjaya !!!

Zafri, banyakkan berdoa, jawab dengan tenang, jangan gelojoh.





Sunday, September 7, 2014

Apom Lenggang Manis dan PT3

Aku ini memang lama dah nak makan apom lenggang ini tapi tak pernah berhajat pon nak buat sendiri, kalau kat KL tuuu asal balik dari umah MIL sure singgah beli kat Bangsar yg ada TMC tuuu..aku tak ingat laaa apa nama rasanya Bangsar Garden kot...kot kot sila nama ampun yaaaaaaa...sebab selalu lepak makbuk restoran, lepak makan nasi kandar tepi jalan tuuu itu yang nama tempat kelupaan.

Bila duduk sini mana nak cari bangsar..mana nak cari apom lenggang mau tak mau kena tunggu balik KL laaaa jawabnya...kebetulan malam tadi sambil dok review tadika buat siShazleen,sambil dok skodeng blog blog yang ada review pasal tadika area Bukit Jelutong, Jenis islamic or tak ? 

Lepas tuu nak kena tengok persekitaran, budget, keselamatan, keselesaan, teknik pembelajaran....

Dah laa pagi semalam aku pening pening lalat dengan PT3 ini, kebetulan ada Majlis Permuafakatan dan review keputusan ujian 4 si Ain.

Last last buka FB tertengok kawan aku LIKE resepi apam lenggang....hmmm apa lagi terus aku cari resepi yang lagi mudah. Kalau ikut dalam FB, beras direndam semalam dan diblend...



APOM LENGGANG MANIS

BAHAN BAHAN

A
2 cawan tepung gandum / boleh juga menggunakan tepung beras
1 1/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir - tambah jika suka manis
1 sudu teh yis
3/4 Nasi Sejuk
1 cawan kelapa parut kering

B
1 cawan santan 
1 biji telur
Sedikit garam

Cara cara
1. Campurkan semua bahan A, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam blender, kisar hingga halus. Tuang ke dalam bekas yang boleh memuatkan acuanan dan biarkan semalaman. (adunan akan naik)

2. Keesokkannya, masukkan semua bahan B, santan dimasuk sikit sikit (kecairan aduanan seperti nak buat kuih ketayap) gaul sebati dan biarkan selama 1/2 jam.

3. Panaskan Appam Pan, tuang satu senduk ke dalam kuali. Kemudian lenggangkan dan tutup dengan penutup.

4. Biarkan ia masak sehingga sekeliling apom nampak garing. Angkat dan letak di dalam pinggan. Buat hingga habis.

5. Apom lenggang boleh dihidangkan dengan kuah kari atau di makan begitu saja.

# Kalau makan begitu saja, selepas lenggangkan aduana dalam kuali taburkan brown sugar or gula bagi rasa manis manis...sure anak anak suka.

Adunan

aku taburkan brown sugar



                                                








Memang aku tak paham lagi..tahun depan baru aku pulun bagi paham sungguh sungguh sebabnya zikri nak peksa lepas tuu ain pulak.......so tahun ini aku tengok dulu anak anak kawan aku yang jadi ujukaji ini....sian depa kelangkabut !!! 

# slide PT3 tu aku dapat dr My BFF si Khairul Aqliah...