Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Monday, November 24, 2014

Kabus ..delay 6 jam



Terbungkang anak bujang me nii mana tak 6jam tuuu...ok laaaa recharges balik energy dok layan movie sepanjang malam tadi...

Friday, November 21, 2014

ABC bertingkat tingkat


Dah laaa bertingkat tingkat, siap merah menyala lagi....hamboi kalah lipstick aku ai..!! Tapi itulaaa indah khabar dari rupa....indah rupa dari harga.....

Rasa langsung tak da....bertingkat tingkat sampai nak cedok bahan kat bawah pon payah silap cedok mau terbalik. ABC ini aku minum masa baru sampai rabu malam aritu kat KLIA2 sambil celebrate besday my friend. Sapa tau cafe unvle K ...haaa situ laaa tompatnya...betul betul depan jalan..!!! Harga lupa dah aii...dah tengah malam pon tak kuasa mak nak belek harga yang tentunya jauh beza dari pasar malam kan..haaaaa..sengal..!!

Monday, November 17, 2014

Family Day SMEP

Busy sungguh sabtu hari tu mana taknya pepagi dah siapkan anak dara untuk Graduation walaupon baru 5 tahun kena gak join students yang 6tahun graduation..so nak tak nak layan jeee....(gambar gambar nanti yaa belom cilok dari camera lagi), handphone aku,  memang kong langsung semalam tak perasan gara gara siAIn laaa ni malamvsebelum tuu guna tak hinggat diri..lepas tuu lupa charges balik.

Petang pulak ada Family day opis hubs, memang aku gantung kualilaaaaaa...
kul 5.30pm kami dah terpacak kat KRP, ok laaa kids enjoy more siap ada games bagai dapat gift teddy besar, file and colouring book.

Lepas tuu acara penting apa lagi makan...makan...dan makan lagi....


Santap oooo depa ambik gambar ber2.
ada booth snap picture lagi!!! 

gambar banyak lagi,nanti nanti laa tunggu big boss transfer dari camera ke computer dulu, nanti aku add entry lagi...chiosss


haaaa selit sikit popiah sira.....siapa da mini dengan original lagi...ini balance kulit popiah yang buat aritu ....dapat mini sebabnya inti popiah dah abis so aku gulung laaa kecil kecil...senang ceta aiii lepas tuuucrup crap sambil layan ASTRO..

Sunday, November 16, 2014

Weeding 1st.anak buah

Two souls with but a single thought, two hearts that beat as one. Happy wedding day!
1st anak buah, 1st weeding ceremony form hubby side (huhhhh terasa dah tua seh). Alhamdullilah selesai sudah majlis semalam 15hb sanding,14 nikah. 

Seronok tengok gambar gambar kawin yang kakak ipar aku wasap semalam dengan anak buah ...thansk alang & nana..Ins shallah next time or other weeding ins sha allah kami terjah.  Memang masa memula dapat date pon dah inform tak bole balik sebabnya graduation anak dara lepas tuu pulak report card day.  Kalau dekat dah terjah tapi itu laaa jauh berbatu..

Apa apa pon congrat  




Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin.Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

Friday, November 14, 2014

Breakfast di Ipoh Kopitiam, Miri

Hari ini aku berdua dengan sikakak hantar siadik ke sekolah...semalam last day sekolah untuk Ain,siap dapat buku teks semua so pagi ni apa lagi  macam macam plan laaa dia reka cipta...

Lepas antaq Iman untuk reharsal graduation kinda diPustaka Mini terus kami plan nak breakfast awalawallagiaku dahingatkan siAin no more SSR...selalu sangat bernasi lemak di Selera Rasa Segar (SSR) dah naik berlemak badan badan, nasib aku tak tergoda dengan nasi kalau tak jenuh...!!! Selalunya aku layan bihun goreng jeee or layan lemon suam kosong...!!!

This time kami breakfast kat IPOH KOPITIAM...klas kau nyahhh sampai Miri beroperasinya..

Kedai ini sebelah kedai mamak daun pisang kat central point Miri, Banana Leaf Rice..selalu sangat dahh pegi tak pernah masuk pon IPOH KOPITIAM niii...sebabnya kalau kat KL pon aku prefer makan kat tempat lain dulu kiranya last choice laaaa..tapi kalau kat Miri lain sikit tak banyak kedai makan so lets go !!!!





Cinta hati AS
Semoga membesar sebagai anak anak yang solehah

Wednesday, November 12, 2014

Quote of the day !!!!

Dalam hidup sentiasa ada pilihan...kita yang tentukan arah hidup kita...


For my good friend, playmate, I'm sure you are ready to continue the fight ! faced with courage ! 
pray ! Whatever the challenges and obstacles facing future with confidence . Ins sha allah

Wait for me l 'will be there soon....

Tuesday, November 11, 2014

Model Cabai Giling Sampan

Tu dia model cabai giling, 
Kita sebok nak cari barang, budak.ni.pon sebok nak pose soh snap gambaq dia..

Sunday, November 9, 2014

Red Valvet bogel & Sirap Fruit Cocktail dimakan dingin


Sesedap tekak aku jaa bagi nama RV Bogel....

Mana tak kalau orang lain buat tuuu cantik jee siap berdeko bagai,kek aku dah dah lee tak da cream cheese tak senonoh langsung...haaaa sebabnya anak anak aku kureng cream cheese ni...muak diaorg kata..!!

2,3kali buat aku siap deko bagai alih alih aku sorang gak perabihkan last last haaa. hambek hari ini aku malas nak taruh cream ..Rasanya tak lari pon sebab resepi tetap sama dari aku dok pandang anak anak aku dok asing kan cream tuuu baik laaa layan jeee RV bogel ini dengan Fruit coctail yang sejuk ....





Sambil main sambil ngap....panas panas pon dia soh aku potong...

Sirap Fruit Coctail yang best ...rasanya dalam minggu ini dah 3kali aku buat sejak ain puasa ganti ari tuuu...

Senang jaaaa campur semua sirap,longan, nata de coco ,susu cair, laici,ais batu - kacau, siap bole diminum
(buah ikut tekak memasing nak taruh apa)

Saturday, November 8, 2014

Kuih Badak Berendam


Sejak dua menjak ini petang petang ada jee aku nak buat..nak membuta malas walaupon penat lepas ambik antar budak budak ni dari sekolah....mana tak nya asal jee baru nak membuta dah kena keluar balik antar zIdane pegi tuisyen laaa,pegi latihan futsal laaa....last last aku layan instagram laaa,FB laaa,google laaaa cari resepi asal tengok orang buat jaa mula laaa aku pon gedik gedik nak buat gak..

Kuih badak berendam ini dah lama laa juga teringin nak buat bila tengok group sekolah wasap gambar dia dah siap buat untuk minum petang....terus aku tanya resepi...haaaa tanya tak menyempat..buatnya entah iya entah tak....tapi alhamdullilah berjaya gak...
Thank kiyah....walaupon sekadar "alah cam buat kuih koci jaaaa:..haaaaa kuah santan,tepung gandum,gula...heeee..ok mai aku susun atur resepi elok elok...!!!

Kulit Tepung :

2 cawan tepung pulut
2 1/2 cawan air perahan pandan / aku guna pewarna jaa
1 s/k esen vanilla

## uli tepung pulut sehingga menjadi doh yang senang dibentuk. Jangan lupa titikkan sedikit pewarna.

Inti :

1 cawan gula merah
1 cawan air
3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu kecil garam

##caramembuatnya sama seperti inti kuih koci @ onde onde

Untuk Santan:

21/2 cawan santan pekat
2 sudu tepung beras
Daun pandan
Sikit garam
Gula - sekadar manis manis buah

ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. Buat sehingga habis. 
Letakkan atas plastik atau paper baking untuk mengelakkanya dari melekat.

Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua 'badak' / bebola pulut tadi kedalamnya.

Bila kesemua 'badak' / bebola pulut timbul / terapung, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, barulah angkat dan toskan.

Sedia dihidangkan bersama-sama kuah 
 



Hubby aku siap makan campur ais batu lagi.....sedap katanya...hmmm macam macamlaa kan...

Friday, November 7, 2014

Rindukan Abang!!

alasan nak pakai baju abang padahal memunggah jaa kejanya...

Sampai ke pagi laa dia pakai ingatkan pakai kejap jaaa.... sekolah pon nak cuti dah nanti kita jumpa abang long ok...



Thursday, November 6, 2014

Donut lembut dan sedap & Chicken chop black paper

Tak berhenti anak anak aku ....mulut tuu nganga jaaa 24jam....Makan...makan...makan...Memalam pon mengagau cari bendanak makan

Mentang mentang sikakak tuu puasa ganti ari ini, macam macam dia request...!!
Buka puasa chicken chop black paper...malas masak banyak banyak...ingat memula nak masak nasi sebab laki aku mostly prefer nasi..prot melayu !! 

tapi bila pikir balik MALAS aku kang sapa nak makan chicken chop aku...kang menbazir laa pulak.

Malam rabu dai dah request menu, budak ini payah makan nasi kalau nak makanpon bersuap abis laa sepinggan kekadang tuu jenuh bergaduh bila aku malas nak suap dia...nak suap sikenit shazleen lagi lepas tuu sikakak lagi...

Menu dah ada jenuh laa pepagi lepas temankan ain sahur jam 4pagi terus aku sediakan ayam - ketuk ayam bg leper,marinated semua simpan lam plastik, kelentang kelentung umah aku sesubuh hening nasib duduk jauh jauh jauh dari jiran kalau tak mau kena baling ngan lesung batu, menganggu jiran tido jaa... dah siap semua petang terus boleh grill or goreng jaa.

lps tuuu berdezupp antar budak kenit pegi tadika pulak....awai ooo kul 7am dah masuk skoll...

kes lepas berbuka...hamboi hamboi hampa tokey supermarket pon boleh bangkrap lagu ini..


Donut lembut dan comel lote

Balik dari antar kenit kesekolah, aku dah sanggap duduk umah..bosan!! terus aku cekau resepi 
Sebelum ini aku pernah buat DISINI, kali ini aku ikut resepi dari FB sis ROZILAH ABDULLAH

DONUT GEBUS
Sumber : Isma Maisarah
Sumber :FB Rozilah Abdullah

Bahan2

250gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera
2 biji kuning telur
50gm gula
2 sudu besar water roux
50-60ml air dari peti sejuk
50ml minyak masak
Sedikit garam

Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.

Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.

Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.

WATER ROUX

1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan selama 2,3 hari di dlam peti ais.

Adunan ini akan menghasilkan sebanyak 20 biji donut bersaiz kecil. Aku buat separuh adunan jee so dapat lee 9 ketui donut habuan minumpetang kami anak beranak.

                               

                                                     

Black Paper Chicken chop

Resepi nanti aku post lain ENTRY, mata dah start layu dah ni...nite semua ..


Wednesday, November 5, 2014

Buli di asrama

Tak tau nak cakap apa bila tengok video budak form 1 kena buli dengan budak form 4, terbayang anak aku.. Melampau laaa budak budak sekarang ini !!!


Setakat buli mental torture okey lagi, cam suruh basuh baju,basuh kasut, angkat air contoh laaaaa !! 

Bagi aku ini bukan isu main main, kesian anak anak orang yang kena buli....Sungguh seram bulu roma....last month kes buli di MRSM Balik Pulau...tup tup dalam masa 2 hari ini jadi lagi kes buli..padahal yang lepas pon setakat tindakan gantung pelajar yang kaki buli tuuu ..!! perhhh lagi laa naik lemak sebab tak payah di skoll padahal yang kena buli..mak ai nak recover makan masa oooo...

Silap silap nak gi sekolah pon dah takut....dari budak pandai terus merudum....!!! Semua nya berlaku kat asrama....hadussss!!!

Patutnya bebudak yang kaki buli ini kena social community umtuk peringatan pada budak budak asrama lain...biaq malu and takut nak buli dah.

Budak yang baju hitam merah tuu punyak laa terjerit jerit nangis...meremanag bulu roma aku...memang kalau aku ada makan pelempang laaa budak yang buli ini...haaaa lepas tuuu budak tuu buat report kena lempang ngan aku, lepas tuu mak pak dia mai saman aku pulak,,,padahal anak sendiri macam HANTU...geram aku..memang aku EMO !!!!

Terjerit jerit budak tuuuu...mana pi pelajar yang lain.....!!!!!

cuba buli makan maggie cam ini..okey laa juga




Aku sentiasa berdoa semoga anak aku MUHD ZIKRI HELMI sentitasa dalam lindunganya...Risau juga laaa kes kes cam ini....

Amalkan doa ini juga setiap kali selepas solat waktu semoga Allah SWT sentiasa memelihara diri dan ahli-ahli keluarga kita dari bahaya dan musibah. Kita tiada daya upaya mengawal sesuatu sekiranya berlaku kepada orang yang kita kasihi. Hanya kepada Allah SWT kita berserah.



Innee tawakkaltu AAala Allahirabbee warabbikum ma min dabbatin illa huwa akhithunbinasiyatiha inna rabbee AAala siratinmustaqeem


Maknanya:

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Surah Hud ayat 56)

### Takziah & al fatihah buat kawan satu dorm dengan anak aku atas kehilangan ayah tersayang semalam akibat heart attack, zIkri cerita meninggal berdekatan dengan MRSM juga mungkin tengah drive kot...wallahualam Buat kawan anak aku, semoga adik tabah dalam menghadapi kehilangan ini dan tekun belajar hingga berjaya.###




     

Kuih Lopes

Blog aku ini dah carca merda, semua kisah ada...ia lahh dah nama pon blog aku tentu tentu segala ceta aku nak masukkankkkkkkkkk...dari ceta anak anak,ceta aku yang tak berapa pandai masak, ceta kami berjalan jalan !!

Semalam dah selesai cuq keria, so malam tadi masa hantar budak budak mengaji sempat aku singgah E-Mart cari pulut....terus pagi tadi lepashantar siShazleen ke kinda apa lagi yehaaaa kuih lopessss in he making!!!!!

Sebab daun pisang tak da actually aku yang terlupa nak beli semalam masa gi E-Mart so aku guna kertas aluminium jee untuk bungkus...kalau nak buat guna daun pisang kemudian nak ikat2 bagai confirm ntah apa jadi kuih lopes yg ku buat nanti...apa2 pun tepuk dada tanya selera...pilihla yg mana kita suka....yg pasti kuih org lama tak pernah mengecewakan....pun terpulang pada selera memasingkan....Moh mencuba!



Bahan-Bahan:

3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1/2 sudu teh garam 
beberapa titik pewarna hijau 
kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
Daun pisang

Cara Penyediaan:

Cuci beras pulut. 
Rendam 1/2 jam. 
Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. 
Masak seperti memasak nasi.
Panaskan pengukus
.Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. 
Ikat dengan kemas. 
Kukus selama 15-20 minit.
Angkat dan sejukkan. 
Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. 
Makan bersama air gula melaka.

Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yg ditegangkan. 


Kalau buat kat kampung tentu tentu guna pandan asli untuk menaikkan aroma...tapi sebab aku malas nak blend daun pandan so cara mudah aku guna balance pandan paste yang botol putih kecil comel molek...semerba bau andan dia...tertuang banyak so hasilnya HIJAU SETAMAN !!!!

Ni cara aku balut guna kertas aluminium tuu, Bungkuq kejap kejap! 

Enjoy Cooking



Tuesday, November 4, 2014

Kuih Keria yang sangat lembut


Baru nak update...masa ini ada laa balance 3,4 ketui lagi kuih keria ini, mana tak nya sambil layan TV sambil tangan mengagau seketui....haaaa bukan aku tau ini haa anak bujang yang dok lapaq 24jam....

Mau tak mau memang nak kena ada makanan buat dia...haaa budak tengah nak membesar !! Dulu masa zaman zIkri badan dia boleh tahan..sedap peluk....!! time zIdane kurus kering...tinggi..

Memula ingat nak buat badak berendam, tapi bila pandang keledek ada lagi 3 ketui terus tukar menu.




Bahan-bahan :
250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum-akak kurangkan sikit
1/2 sudu teh garam

Cara Menyediakannya :
Rebus keledek keledek hingga empuk masukkan sikit garam dan lenyek ketika masih panas, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Ambil doh bulatkan dan leperkan, Bentukkan lubang bulat di tengah.
Masa nak bentukkan taburkan tepung agar tak melekat
# nak senang dan cantik boleh juga guna acuan buat donut.

Panaskan minyak dengan api yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk

Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Cara-caranya:
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api

Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera