Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Monday, May 25, 2015

Sport Day Genius Aulad 2015

LOVE,PLANTS & TREES !!! tu dia memang ke padang laa jawabnya...
Date:10 May (Sunday)

amboi dah berminggu baru aku start nak mengarang..heee confirm banyak lupa...mana taknya sebok dengan Takaful gitu...tapi alhamdullilah ramai yang tahu pentingnya Takaful sekarang ni bak kata kawan aku  laaaa....

"Bila tak sakit memang kita rasa macam buang duit jaa bayar insurance..tapi bila dah sakit baru kita tau..soo better ambil walaupon sikit atleast dapat mengurangkan beban bila kita sakit nanti...

Macam aku dulu kena kanser, sakit dapat, duit pon dapat..jadi kuranglaaa sakit tuuu..now satu sen aku tak payah bayar insurance cover sampai bila bila"

kan nampak tak takaful ini sebagai simpanan bila masa kita benar benar perlukannya ..memang sangat berbaloi tak da lee kita meminta minta...!!!

opsssss melalut ..sakgi sembang Takaful kat page sebelah....Suhailas Sudin GreatEastern Takaful

Memang excited abis budak ni siap paksa aku belikan track suit baru lagi...tak sabaq sabaq membilang hari kebetulan pulak malam sebelum tuu aku buat makan makan alah simple simple jee jemput kekawan makan baca kat sini : Mini Makan Makan

Aku dah tahu perangai anak aku ni. Dia suka sangat part part nak involve aktivti yang dia boleh lepas bebas...kejap kejap hilang kejap kejap lari tempat lain..hadoi berpeluh gak laa aku nasib si kakak jadi bodyguard ..bukan apa seriau juga laaaa dah laa papa outstation..tu pon dia bising juga...haaa nasib laaa ...
Seawal jam 7.55 minit pagi kami sampai sebab message tulis pukul 8.00 kan. Aku kan 'sikit' punctual bab masa ni. Dengan pikir parking lagi itu yang cergas jee sampai awal....alih alih sampai jeee baru nak start deko deko bagai ...but ok laaa boleh laaa kami anak beranak tawaf padang & snap picture...
Budak ni memalu kucing memula..tapi bila tengok aksi mak yang terover terus request nak snap picture nak tunjuk papa...haaaaaaa, lepas tuu baru kalut nak daftar, dapat tentatif program. OMG, pukul 9.00 baru start game!patut laaaa banyak yang dok prepare...gituuuuuu....
Rumah purple..tak tau kebetulan or apa...tapi Purple memang favorite kaler dia....

Perbarisan
Damia kawabn baik dalam kelas..selalu dia story pasal damia....damai baik laaa, bestfriend laaaa
tulis nama paling cantik
sempat pose dengan akak ziana yang memang cun
Winner: Green Team!!! Congratulations... 😊






IGreat Amal
Simpanan untuk Haji & Umrah

Mengerjakan Ibadah Haji dalam ketenangan tanpa risau akan status simpanan haji dan keperluan perlindungan anda. Kami menyediakan perlindungan dan simpanan haji untuk anda. Malah dengan i-Great Amal kami menyediakan platform beramal untuk anda mewakafkan @ menyedekahkan duit dari kami (mengikut pakej yang anda pilih) kepada mana-mana badan kebajikan @ yayasan yang anda pilih

1. Manafaat Tunai Menunaikan Haji
Apabila anda membuat simpanan haji bersama kami sehingga tahun ke-5 apabila anda ingin menunaikan ibadah Haji @ Umrah, anda akan diberikan RM 800 secara PERCUMA sebagai duit poket untuk anda menunaikan Ibadah di Tanah Suci nanti.
2. Manafaat Badal Haji
Sekiranya didalam tempoh simpanan ini, anda masih tidak mengerjakan Haji @ Umrah, kami akan menunaikan Badal Haji untuk anda.
3. Manafaat Korban untuk Aidil Adha
Setelah 10 tahun simpanan haji anda bersama kami, kami akan memberikan 1 bahagian korban yang berharga sehingaa RM 500 diatas nama anda.
4. Manafaat Pelepasan Cukai
Daripada portfolio iGreat Amal ini anda tidak akan dikenakan cukai dan caruman yang dibayar akan mendapat pelepasan cukai.
5. Manafaat Berganda Ketika Mengerjakan Haji @ Umrah
Jika anda ditimpa musibah di Tanah Suci nanti, kami akan memberikan pampasan tambahan kepada anda.
Jika anda ingin memberikan sebahagian daripada wang derma tersebut kepada ahli keluarga anda selain daripada badan-badan kebajikan yang telah anda pilih, anda boleh lakukannya. Ini bermakna bukan sahaja ahli masyarakat yang mendapat manafaat ini, tetapi keluarga anda juga dapat merasai kebaikan portfolio ini.
6. Manafaat Khairat Kematian
Jika berlaku musibah kepada anda semasa anda menyimpan bersama kami didalam portfolio i-Great Amal ini, ahli keluarga anda akan mendapat duit Khairat Kematian yang diambil dari Dana Tabarru’ kami.

Simpanan Haji amat penting disamping simpanan di Tabung Haji



Thursday, May 21, 2015

Teacher's Day Genius Aulad ~ Nurul Iman

Fridge Magnet
Chocolate Bar

Esok sambutan happy teacher's day kat Genius Aulad, awal awal lagi dah sikenit ini ingatkan aku nak kasi gift kat teacher & nak bawa pot luck untuk makan sesama kekawan & teachers....

Sebagai penghargaan aku order laa Fridge magnet ni buat cikgu cikgu ...haaa siap taruh nama lagi...buat kenangan yelah next year dah standard 1 tak jumpa dah cikgu cikgu yang comel lote semuanya....

Alhamduulilah & thanks teacher !!



 JASA MU TIADA NILAINYA!




Roti Jala berkuah Durian

Jom Jom Bismillah ....heee minum petang Sabtu aritu...burppp dah selesai pon kenyang....Durian tuuu aku beli kat SS2,PJ..mahai gak iyala bukan musim kan....memang tercekik laaa juga 1kilo=RM45, mau tak mau pejam gak laaaa kan dah anak anak amin's kecoh nak makan derian....

Thursday, May 14, 2015

Mini Makan Makan

Alhamdullilah menjadi juga mini makan makan ni...sesaja jaa pon unplaned jaaa, aku buat sabtu petang last week.

Sebenarnya pagi Jumaat kami sebok discuss nak jumpa mana sebabnya nak ambik Kangen Water yang semua pakat order dr.kawan aku siLeeya, nak jadi ceta semua malas nak lepak mamak corner...ada yang malas nak ke Bangsar..(harus bangsar sebab tengah2kan kalau jauh jauh harus aku pulak yang malas nak drive). Nak jadi ceta ada pulak yang suggest buat kat umah aku....aku On jee lagi senang tak yah nak drive jauh jauh takat masak simple simple ok jeeee ( ayo yo bila dah siap plan & confirm baru aku teringat yang Ahad pagi kena hangkut siKenit giSport day)...

Ada laaa dalam 20 orang yang datang, alhamdulilah lepas Maghrib sampai lee ketengah malam  siap lee diaorang kemaskan sekali..ada tukang basuh pinggan and kemas...

Eddy & Noor and sicomel zulaika
Nora & husb, Ciksu & hubs 
Leeya & Hanapi...sebelah tu tentu tentu tuan umah....
Hairos,Leeya & aku
Roti Jalan & Kari ayam order dari Hairos..sedap
Nasi Minyak,Daging dending,ayam masak merah & Jelatah homemade my me..
RV order, kek butterscotch- hairos sedekah,karipap & serimuka sedekah by Hanafi 
Bekas air yang tertiba jadi popular bila semua pakat berkenan

Semua kekawan ni satu kampung dengan aku Parit Buntar, alhamdullilah hingga ke hari ini persahabatan kami berpanjangan hendaknya..Seronok dapat jumpa kekawan macam ni.

Selalunya yang unplanned laa menjadi kalau dari awai dok plan bagai haruih last last cancel....haaaa.... 


Susah nya nak cari Tailor tempah baju Raya

Tudia kain siap siap beli sebulan sebelum, nak mencari tukang jahit tuuu jenuhhhhh tawaf lam henpon cari no.tailor..semua yang aku call semua dah FULL..hadoi kalau tak siap gak mau aku pakai lilit lilit ala ala sari laa kot...gak acener..!!! tak tau laaa bulan berapa semua tailor ini start ambil tempahan...!!!

Mau tak mau kena laa aku tempah kat Parit Buntar....hu alahhhh kalau dulu arwah mak abah ada laju jaaaa ...tak menyempat aku dah berdezuppp sampai PB, pantang cuti mula laa aku dah hangkut kain baju balik now bila dah tak ada..slow laa sikit aku ni nak berdezzupppp....

Nak jadi ceta masa aku laki bini bawa anak anak bujang gitempah baju melayu, baju melayu selalunya tak ada masalah sebulan sebelum pon boleh hantar lagi tapi sebab dah kebetulan anak bujang sulung tuu balik cuti labour day & wesak aritu so sekali harung jaa laaaa...& aku pulak dah siap plan weekend nnt masa nak antar balik sanggup aku paksa laki aku drive balik PB gara gara nak tempah baju kat sana...

Nasib kain baju aku ngan anak dara's semua 1beg dengan anak bujang...& yang best nya kat BAK ni still terima tempahan kain baju kurung aku & anak dara's...huwahhh syiok sehhhhh alhamdullilah.....terus tak jadi balik PB..haaaaaa

Tayang muka bosan bila yang pompuan dulu ambik ukuran...haaaa sabaq sabaq !!!
Yang tak best nya tempah baju pon kena GST,nasib Kain masa beli kat Jakel GST blom start kalau tak lagi haru.....banyak gak tuu dekat RM70 GST saja..lepas laaa makan tuk 2 hari ......