Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Monday, June 29, 2015

Barbie & Kent Beauty Salun, Bukit Jelutong

Balik sekolah tadi terus aku ajak kenit ni gunting rambut since papa nak sponsor kann, malas pegi jauh jauh itu yang terus try kat Barbie & Kent Beauty Salun, pinky okey so cantik...!!!

nampak apa aku nampak sebelah budak tuuu, haa siap dia main main mata gitu nak soh aku notice benda yang dia nak tunjuk...saja jaa aku buat buat tak nampak.......yang berlambak kat umah tuu pon aku nak humban masuk stor.....

Kerusi ni laa aku duduk pusing pusing sambil tunggu budak ni siap...Empuk ooo nasib tak lena...!!!
RM10 jaaaa murah murah next time bole singgah lagi......selain gunting rambut, facial ada,spa ada...macam macam ado....!!!

Sapa nak try :
37,JALAN PELAPIK U8/B,BUKIT JELUTONG,SHAH ALAM

12 Ramadhan...Raya Mood KLIA2

Sunday, June 21, 2015

Soto Ayam Sedap

Tudia menjadi juga Mee Soto terhangat dipasaran ini...haaaa dari semalam dah plan nak masak soto untuk berbuka tapi last minute laki order Keow Tiow Kungfu pulak, terus postponed so hari ini apa lagi gigih leas sahur aku keluarkan ayam. Kalau nak lelambat pon boleh jaa sebabnya aku kan guna PC Noxxa harus laaa senang dan mudah..

Bila berbuka tadi menang berbaloi sangat ikut resepi akak ita ini sangat menjadi dah sedap hingga licin..heee . 

Jom dah tak sabar nak kongsikan resepi hebat ini..(kakita,sue copy paste jaaaa..)

SOTO AYAM


Resepi asal : SOTO AYAM SEDAP
Resepi Oleh : Kak azlitamasammanis
Resepi Oleh : Kak Ina KL

Mula-mula kita sediakan dahulu bahan-bahan untuk membuat kuah soto.


Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
3 batang serai ~ di titik. ( ita guna 2 batang sahaja sebab ita kisar semua sekali )
1 inc lengkuas ~ yang ni ita tambah

Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.

Bahan Tumis dan Rempah


1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih ~ yang ni ita letak 1 sudu besar sahaja
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga

Kak Ina menggunakan serbuk jintan manis dan jintan putih. Anda pun boleh juga guna serbuk jintan manis dan jintan putih.
Ita menggunakan jintan manis dan jintan putih biji. Oleh kerana itu ita goreng tanpa minyak atau sangai dahulu hingga harum
Kemudian kisar halus

Bahan lain


1 ekor ayam ~ potong 4 ( ita potong kecil-kecil)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam ~ yang ni ita tambah
2 sudu besar santan ~ yang ni ita tambah 

Mula-mula kita panaskan minyak

Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
Masukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah.
Masak hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan air mendidih
Bila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayam
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.

Keluarkan ayam dan toskan
Larikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti 
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
Kemudian boleh lah di siat halus. 
* ayam ita pula, ita potong kecil, jadi ita tak payah nak siat, ita terus aje goreng.

Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam

BEGEDIL AYAM

Begedil ayam ini juga resepi dari kak Ina, tapi ita olah dengan menggantikan daging cincang dengan ayam.
1 kg kentang
250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus
2 biji telur
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus
2 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk meggoreng.

Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulat
Goreng kentang hingga kuning keemasan
Kemudian di tumbuk atau di lumatkan halus
Ayam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita larikan sedikit yang tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halus
Anda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar daging dengan sedikit garam hingga daging empuk
Satukan kentang lumat dalam bekas.
Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan garam secukup rasa
Kemudia kacau rata hingga semua sebati
Kemudian bulat-bulatkan kecil-kecil
Buat sampai habis

Telur, pecahkan dalam bekas, letakkan secubit aje garam dan kocok lepas
Panaskan sedikit minyak dalam luali leper. (jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak )
Celupkan begedil dalam telur dan kemudian goreng dalam kuali
Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
15 tangkai cili padi

6 ulas bawang putih

1/2 cawan kicap manis

secubit garam

2 biji limau kasturi

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur

Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam

Kisar halus

Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi

Saturday, June 20, 2015

Ramadhan 2015: Lompat Tikam

Alhamdullilah dah pon hari ke3 kita berpusa, semoga segala amalan kita diberkati.
Ok ini nak story pasal lompat tikam, selalu nya tiap kali ramadhan kuih ini laaa memula sekali aku cari dengan samosa panas panas..kalau yang dah siap bergoreng memang tak laaaa...cerewetkan....

Sukanya hati sesambil tunggu waktu berbuka sambil layan FB terus nampak LOMPAT TIKAM dari akak FB suzana.suradi

Jom tegok resepi memang menjadi dan sedap...aku dah try buat pon.

LOMPAT TIKAM

Bahan:
Lapisan bawah:
4cwn air daun pandan
1cwn tpg beras
1sb air kapur
Sedikit garam-x letak pun x per.
Lapisan atas:
4cawan santan
1/2 cwn tpg beras
1st garam

Cara:
Campurkan semua bahan lapisan bawah kacau n tapiskan kedlm periuk-

Masak dgn api perlahan sambil kacau tanpa henti sehingga adunan memekat n berkilat..angkat n sendukkan dlm kontena kecil2 spt d atas-

Campurkan semua bahan lapisan atas n tapiskan kedlm periuk- masak dgn api prlahan sambil kacau tanpa henti sehingga adunan memekat n brkilat-

Lapiskan ke atas adunan hijau tadi..sejukkan

Sediakan air gula merah atau gula kabung utk d makan brsama lompat tikam..

#nak pekatkan gula kabung letak sikit tepung jagung 

Kebetulan semua bahan ada so apa lagi hilang kempunan aku so lepas ini dah boleh buat sentiasa..
Sedapnya lalu tekak..nyaman....ikut resepi tuu dapat laa 10 bekas comel tuuu 
Dah ada yang manis mesti ada yang goreng goreng...so tarra popian goreng in da house fav.laki aku ...

Tuesday, June 16, 2015

Salam Ramadhan Al Mubarak 2015...

ASSALAMUALAIKUM.....
🌙Ramadhan is coming. 👿Syaitan is crying. 👀Malaikat is Waiting. 🍃Syurga is Opening. 🍂Neraka is Closing. Alhamdulillah.... 😂 May Allah bless us for this
coming Ramadhan.... Insya Allah..

⭐..Marhaban Ya Ramadhan.... Happy Ramadhan to all my dearest... 🌙⭐☝👏👏...
Mohon maaf jika ada salah dan silap, terkasar bahasa atau tersilap bicara serta tingkah laku yg kurang menyenangkan...

Aktiviti cuti sekolah 2015 : Swiming, Parasailing & Horse Riding, Bayview Penang

Cuti sekolah pon dah lepas, dah nah masuk Ramadhan pon Khamis ini..kita throwback cuti sekolah yang baru lepas ni.

Awai awai bulan anak dara kenit aku dah kecoh tanya cuti nak pegi mana, nak pegi mana..tapi memandangkan siabang zIkri ada kelas tambahan untuk PT3 mau tak mau kena laaa plan cuti ke Utara sekali balik kampung.

Aku tempah online jee 3minggu sebelum, memula risau juga sebab takut hotel tak bestkeee.tapi yehaaaa Bayview mmg best sangat bilik besar, selesa sangat.....rasa nya aku ada snap picture tapi entah bila cari balik tak da pulak dalam simpanan.....huhhhhh sedih bangetttt!!!!

Layan jee laaa aktiviti sikenit ni adik beradik...
Ewahhhh tengok sunsset laa pulak !!

Horse Riding, terjerit jerit sikakak ini, adiknya steady jaaa !! Gayat kata sikakak ...kuda tuu memang tinggi bila naik lagi tinggi itu yang gayat
RM40 skali naik dari hujung sana sampai hujung sini 
(citt macam nampak hujung sana,hujung sini tu heee)
Parasailing zIkri 
Zidane

Monday, June 15, 2015

Sambal hitam belimbing buluh teramat sedap!!!

Salam RAMADHAN Mubarak, tinggal sehari 2 jaa lagi. saya mengucapkan salam Ramadhan pada semua umat islam seluruh dunia especially buat pembaca blog ini..(uitttt da kaaaa..!!)
Memandangkan 1st time berjauhan dengan laki, huwahhhh nangis gitu nasib baik tiap minggu balik cian aku kenangkan makan minum laki aku..dah laaa laki aku ni manja sikit ...part makan kalau bole nak makan dirumah..Jarang laa bulan posa makan kat luar kalau ada Jamuan kat opis pon kalau bole memang dia jarang pegi pon..Sebab tuu laaaa gigih aku buatkan sambal ikan bilis kering 1 tupperwave habuan sahur & berbuka kat sana nanti....Minggu depan mnu lein pulak....!!! 

Sebenarnya nak cerita sambal hitam pahang yg teramat sedap ni... Gigit jari sehhhh...sekian lama mencari akhirnya hilang terus kemaruk aku...tambah nak masuk ramadhan ni lagi laaaa mengigit jari aku silap silap meleleh air liuk mana tak bayangkan makan dengan nasi panas panas ada pulak ikan pekasan seketui kaaa...tak pon ikan masin seekoq kaa taruh pulak timur perhhhh cukup lengkap dah sahur aku tuuu...(buka posa lain kira).

Mesti ada yang benggang posa pon belum dah menbayangkan macam macam...dak aii kot kot teringin !!

Sambal belimbing buluh ni aku order tau!!! haa kalau ada yang ingat aku buat idok laaa..aku mencekik jaaa pandai..

Ini pon terjumpa IG belimbing buluh ni masa aku dok layan watsapp ngan sorang client ni dari Perak, dok selidik berkenaan I-Great Damai nak ambik policy tuk anak dia.

ya allah...sedapnyer sambal ni..sumpah aku xtau sambal ni buat dr belimbing...
aku xpernah mkn pun....Aku order sabtu,terus senin kul 11 pagi tadi dah sampai, apa lagi tk menyempat terus aku layan....!!!Memang best....haa nak testimoni..!!

Memang layan...kalau pedas lagi pon best...nasib beli 2 terus aku bungkuskan untuk bekal laki bawa outstation..

Sempoi jaaaa, tak payah beria penuhkan pinggan tuuu macam tu pon mau 2,3 pinggan bertambah
close up sikit
aku dah betul2 jatuh cinta dgn sambal hitam ni...

Sapa nak order watsapp jee terus Syafiq 013 6010611

Wednesday, June 10, 2015

June ..my day !!

Alhamdullilah tiap kali tibanya June maka bertambahlah usia aku.....bertambah usia bertambah tuanya aku setahun lagi...syukur syukur masih lagi dapat menikmati keindahan, hirup udara walaupon tak berapa nak bersih sangat especially kat kota batu ni...yang paling penting dapat melihat kerenah dan ragam setiap anak anak aku....tengok depa membesar depan mata aku....so kali ini kami celebrate nun kat Utara sana...dah kebetulan anak bujang ada extra kelas untuk PT3 cuti ini so kiranya lewat laa sikit dari students lain.... Orang lain Jumaat dah start holiday, dia Senin baru dapat peluk cium....sampai jee PB singgah sat umah kakak aku antar barang zikri, mendobi kain baju dia kat kedai terus kami kePenang.....yehaaaa mengidam pasemboq habaq hang.....tapi malam sampai tuuu perhhh xsedap langsung..tak fresh .....geram pulak aku..laksa padang kota pon dah kureng kick...sepanjang jalan laaa laki aku bising...

video
 
gift from zikri 
our dinner the ship 
loveliest gift

Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepada kami sekeluarga pintu kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan buat kami sekeluarga.

Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah.Permudahkanlah kehidupan kami sekeluarga. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah kami sekeluarga dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah kami sekeluarga dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah kami sekeluarga dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.

Ya Allah hidupkanlah kami sekeluarga dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah kami sekeluarga kesihatan fizikal dan mental yang terbaik,terangilah hati kami sekeluarga dengan cahaya hidayahMu,Perbaikanlah amalan dan tunaikanlah hajat kami baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu.

 

Ya Allah,Ampunilah segala dosa2 kami sekeluarga dan kedua ibubapa dan keluarga mertua ku  serta keluarga kami dan semua teman2 dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.
 

                                                                                               ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom jom sediakan payung sebelum ribut petir.....sekurang kurang nya kita masih mampu tersenyum andainya di timpa kecelakaan...masih mampu menyara keluarga dengan Takaful...Detail boleh PM, watsapp


 
Life is Great!!!

suhaila Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com