Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Tuesday, March 22, 2016

Ikea: Untung bila mood swing dapat jejalan

Cerita ahad lepas, monyok jee lepas hantar abglongnya balik dengan bas ke PB. Dah besar & dah pandai ni senang sikit balik cuti dengan bas tak pon ETS jee. Memula jee masa form 1 aritu tiap kali cuti kena ulang alik ambik & meghantar. Dah besar ni alhamdullilah 

Yang jadi masalah si adik ni....asal time nak kena hantar mula laaa diam jeee...selalu kalau dalam keta mesti nak beriba atas abglongnya. Kadang kadangtu sampaikan gaduh gaduh laaaaa dengan siabangnya...yelah dah besaq kot lenguh hai kaki kaki..tapi kalau time nak hantar tuuu duduk asing asing..abg offer duduk atas riba pon tak mau...heeeeee

Sampaileee OTW balik pon diam jaaa, kalau bole masa sampi Hentian Duta tuu dia kalau bole tak turun...harus laa kena paksa dengan aku kan.....senyum pon tak mau!! Siayah laa rajin melayan aku huhh tak kosaaaaa...


Menyenggeh laaa budak ni...bila dapat meatball dengan ayam goreng.  Sakan dari monyok terus happy sanggup teman aku pusing ikea cari barang..kalau tak jangan harap dia nak ikut haaaa....





Aiskrim Malaysia 👉🏻AISKRIM CHOKI2👈

👉🏻AISKRIM CHOKI2👈
Bahan-bahan
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 4 tin air
- secubit garam
- 2 sudu 1/2 tepung jagung

Cara cara
1. kacau semua bahan bahan dan didihkan dengan api yang kecil. Kemudian tapis.
2. Choki-choki potong 2, Picit² masuk dalam plastik aiskrim dan ratakan adunan aiskrim dalam plastik..

Nak jadi cerita semalam kejadianya ..masa driving hantar siShazleen ke Sekolah masuk 1 wasap dr kak Fauziah niii post resepi eskrem choki choki....kebetulan semalam menang panas...haaa musim !!

Terus gigih lepas jee balik dari sekolah singgah mydin beli plastik eskrim  & choki choki...ramuan lain memang sentiasa ada stok kat rumah itu yang terus berdezuppp singgah membeli tuuu..semangat gitu...

Kalau ikut resepi kat atas tuu dapat laaa dalam 30 batang eskrem, ikut saiz panjang lam gambar laaaa tau..haaaaa 

Rasa...hmmmm sedap sangat nyaman tekak...!!! 

Monday, March 14, 2016

BIRTHDAY PARTY SIMPLE-SIMPLE, Zidane 12th

Seminggu berlalu baru laa aku sempat nak update...Alhamdulillah... 6 March ialah ulang tahun kelahiran untuk 2nd.anak bujang aku dan terkebetulan jatuh hari ahad.. cuti kan.. boleh la nak gather2... hehehe. Aku buat simple simple jee macam tajuk kat atas juga..haaa seminggu sebelum tarikh tuu aku saja offer zidane kot nak buat makan makan untuk kekawan yang area kawasan rumah aku nii....so laju laaa zidane nak jemput group bola dia...tak ramai pon ada laa dalam 10-15 orang....haaaa ramai kot ngangan mak kejap..!!!maaf didahulukan kepada mereka yang tidak dijemput sebab seperti yang aku katakan..ia hanyalah party kecil-kecilan... hehehe..

Kek ni pon aku rebat dari 1utama jeee lepas bowling terus gegas mencari...jadi laaaaa seminggu memang laaa tak sempat nak tempah tempah bagai.. 

Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu.


Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.


Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.


Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin
 

Kawan kawan bola...lepas makan kenyang kenyang terus lari kepadang ...huwahhh ingatkan nak kemas berjemaah heee

 

  Dah simple so food pon simple ...home made jee semua..aku buat kan spaghetti carbonara, nasi impin kuah kacang,serunding daging - aku beli ready made, karipap frozen aku tukang goreng jaaa, nugget dan buah buahan dan gua gula...dah nama pon kanak kanak kan ...heeeee

Sunday, March 13, 2016

Bowling ex Spbg

Bowling time, saja sesekali keluar ramai ramai minum minum dengan kekawan sekolah....haa semua tuu dari Parit Buntar merantau sampai ke sini. Alhmadullilah dipanjangkan lagi dari wasap sampai lee keperjumpaan family dan sebagainya...


Wednesday, March 2, 2016

Resipi Spaghetti Bolognese sosej Sedap Dan berkrim

Resipi Spaghetti Carbonara 

Minyak zaitun
1/2 bawang besar didadu kecil-kecil (blend kasar kasar jee)
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 dada ayam besar didadu kecil-kecil (sosej ayam pon bole)
1 botol besar susu full cream dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
1/2 sudu kecil daun basil kering
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
Parmesan cheese - optional (kalau takde pun takpe)
Garam 
1 paket spaghetti direbus sampai empuk 

Cara-cara memasak.

1. Panaskan minyak zaitun lebih kurang agak-agak je. Kalau minyak biasa pon bole jeee...karang semua batang dah ada tertiba minyak zaitun tak ada dah hilang mood kan...so ok jeee tp kalau minyak biasa jangan lelebih yee minyak zaitun ok Kalau terlebih pon takpe sebab amat baik untuk kesihatan. Dah panas masukkan bawang besar masak seketika takperlu sampai garing, lepas tu masukkan bawang putih. Dah naik bau, masukkan pula sosaj ayam yang dipotong serong serong.

2. Agak-agak dah empuk dan masak, terus masukkan 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom. Kacau seketika. Terus masukkan 1 botol susu full cream dutch lady. 

3. Seterusnya masukkanlah daun basil dan lada hitam. Biarkan mereneh. 

4. Lepas je spaghetti dah masak, masukkan terus dalam kuah carbonara tadi dan masak seketika sampai lembut spaghetti tu ikot tahap kelembutan yang korang suka. Aku rebus kejap lepas tuu masukkan sekali dlam periuk kuah. Lagi terasa kesedapan sebabnya bergabung sekalinya kuah..sebayi gitu..Lepas tu air rebusan spaghetti jangan dibuang. Ambil air tu untuk jadikan tambahan dalam sos spaghetti yang akan memekatkan kuah.

5. Kalau agak pekat sos carbonara tu, tambahkan air dari rebusan spaghetti tadi ikot kepekatan yang korang suka jugak.. Lepas tu tambah garam dan biarkan merenih lagi. Sampai betul-betul masak spaghetti tu.

6. Tutup api dan teruss kacau rata.

7. Akhir sekali tambahkan sedikit parmesan cheese kalau ada. Tabur sikit lada hitam bagi lawa...heee
Licin anak anak aku makan siap request lagi.