Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Sunday, July 31, 2016

Jombali, Seksyen 14, Shah Alam

Wau best makan sini ..memang lepas tuu tersandar kenyang sebabnya potion banyak sehhh aku siap share lagi ngan kenit ni.. nasib sebelum keluar perot kosong kalau tak memang rugi seh...
Plan memula nak pegi cari baju kurung jee haaa tudia lepas raya pon sebok mencari baju heee !!! Open house maaaa...itu laaa pompuan sikit sikit baju...shusben aku siap siap jeling lagi bising katanya closet aku dah penuh...heeee

Tapi kalau dah sipeneman kaki makan so memula sampai jee dah mengadu lapaq..nak red velvat laa nak chicken chop laaaa wadussss selera..pusing pusing terus nampak Jombali gigih aku heret dia masuk ..sebabnya lagi lama aku pusing lagi aku pening pilih menu...Restaurant memasing sejengkal sejengkal ada Uncle K, Secret Receipt, Only Mee.


Nasi Goreng Chicken butter..sedap but next time nak try nasi goreng salted egg chicken..banyak review kata sedop..
budak ni chicken chop tak dapa dipisahkan, walaupon separuh dr nasi goreng dah balun tetap berselera bila order dia sampai...
Yessss sedap..thumb up.
Last last lepas makan jangan kan baju aku ..baju kenit juga yang aku hangkut. Sempat laa singgah Jeddan Collection ingat nak ambil satu baju kebarung tapi sama laa pulak dengan yg aku dah ada dari collection mokcun - erma fatimah.


Friday, July 29, 2016

MRSM Robofair Event,Bentong

Cerita beminggu minggu sudah, baru gigih nak mengupdate kisah anak bujang seminggu lepas raya hari tu.. wakil maktab dalam robofair event. Haa nk sory pepanjang pon sebab aku tak pegikan. Anak bujang ni jee wasap gambar gambar akiviti dia..yelah kat bentong tuuu dia pon maklum ibu dia jenis kalau bole nak 24jam update haaa anak kot..kalau depan mata senang nii jauh tuuu diUtara..

Sabtu ahad baru dapat henpon..time tuu laa bergyut macam zmn aku anak dara bergayut ngan boipren, tapi time tuu kalau bergayut lama lama memang kena hingaq laa dengan arwah mak, arwah abah tak pa sebab aku anak bongsu memang selamat laaaaa.

But now kalau bergayut tak kena marah dah..heee sebabnya shusben aku pon tiap minggu jee sure tanya abg ada call...heee org laki ni nak update jeee..kalau anak call pon cakap 2,3minit mula panggil aku...takde nya nak tanya lebih lebih semuanya aku yang kena update..
aku tak tau aa benda yang depa tengah buat...memulakan ingat swimming pool heeee dah bentuk gitu kan....
Lama juga laa diMRSM, Bentong dari Jumaat malam smpi Isnin
Ni geng geng maktab dia laaa 9org kata nya..ada yang backup player, ada yang kena buat presentation, ada yang kena prepared material.
Ni geng yang nak kena present & demo
Memasing comel & smart..anak akku tuu tak abis dengan earphone...
Sikakak siap wasap abg tanya kenapa kawan dia kaler kot lain....Ain ni yang pelik pelik lain sikit haa mula laaa soalan keluar dari mulut di..selagi abg tak jawab tak puas hati...tapi bila dijawab pon terbit pulak soalan lain...setakat sebab tak da saiz pon berjela wasap dua beradk ini...

Alhamdullilah dapat honorary mention (technology)

Birthday Gathering kecil2an

Throwback birthday gatherig buat si Iman Shahzeleen ni, baca sini yourday NURULIMANSHAHZELEEN. Dah 7 tahun pon budak kenit ni rasanya baru lagi  aku bersalin kan dia heee....

Dah nama pon budak kan..sebulan sebelum pon dah terexcited, hari hari tanya bia besday dia? berapa hari lagi? Jenuh ooo nak layan siap macam macam plan nak buat kat sekolah laa apa laaaa..bagi aku lagi senang kalau buat kat sekolah masa rehat just belikan kek sebiji, goodies pack & served food sikit.

Tapi itu laa kita just plan yang tentukan nun kat atas sana iya dak...kebetulan masa besday dia ada pulak ujian tropika, macam tak best pulak nak ganggu budak budak tuu walaupon time rest kan..

Nak jadi cerita kawan aku request coq udang & nak datang beraya, itu yang decide malam 27hb just buat simple makan malam, budak budak nak happy jee kannnn sementara kecil lagi ni aku layankan jeee.

Dah alang2 nak masak tu kan..aku pikir buat lebih jemput kawan-kawan rapat..sedara lain.. dan jiran2 yang dekat..tak ramai sangat pon sebenarnya..sebab..kudrat tenaga... dan masa tak cukup lagipon aku sorang jee bersilat kat daapor so mana yang sempat jeee aku masak. Ada laa rezeki untuk jemputan yang datang.



 I love you my precious!
Besday Girl dengan kek red velvetnya bukan main request kek ikut tekak dia. Nasib sedap. Kek ni shusben aku order dari kawan dia, just nice tak manis sangat bole kata malam tu juga kek ni habis dibaham semua. Reviewnya semua kata sedap.

Kawan sikakak yang stay berdekatan
Besday gal, Umi & Hashya simontel
Juadah malam tuu pon simple gak dah nama makan malam kan so aku just hidangkan nasi putih,sambal belacan & ulam-ulaman, ayam masak merah, sambal udang petai, kari daging, ayam berempah & ikan masin.

Best bila ada ikan masin bertambah semua makan..baguih baguih !! Ramai yang comment banyak jenis lauk pauk aku masak haaa tipsnya mulakan masak dari awal, lepas tu sediakan bahan bahan sehari sebelum...ayam berempah tuu aku perap sehari sebelum lepas tu simpan semalaman dalam fridge, bahan bahan semua aku siap potong malam sebelum sebabnya aku kena pastikan sebelum tetamu sampai semua dah siap tak laa kelangkabut nanti dengan nak menyembang lagikan, aku pun dah siap mandi & wangi tak laa berbau bawang satu badankan mau guest aku pakat lari balik cepat...heee 

lagi satu sebelum depa semua sampai juga aku pastikan juga dapor aku berkilat, mana mana tak patut ada aku simpan, sampah siap siap buang sebabnya semua lauk pauk aku hidangkan kat area wet kitchen so memang kena pastikan semuanya clear laaa kannnn. 

Haaa tips tuuu pada yang nak buat jamuan kat rumah lain laaa kalau ada maid 2,3 orang yang boleh tolong mengemaskan. Opss lagi satu yang mempercepaatkan proses masak memasak sebabnya aku sorang sorang kat dapor tak ada pengacau haaa ini part paling penting tak da sapa kacau an je rasa duduk kat dapor buat keja, so senang keja beres on time lagi satu aku ada periuk NOXXA yang banyak membantu haaaaaa.....citt sempat promote tuuu..!!Memang best ada periuk ni.


Sambal udang & ayam berempah
Kat main table aku letak desert pulak ada coq udang,kuah kacang,ketupat,lemang & nasi impit ni plus ada rendang daging sikit jaa pon aku buat balance dari kari daging tuuu nak buat semua macam banyak so aku jee rendang pulak sebabnya shusben aku kalau ada nasi impit lawannya rendang baru bertambah kalau tak macam tak kena...
Lime logan mint juice, menu ni aku dapat dari kakyan http://yan-yanjournal.blogspot.my/2016/07/lime-longan-mint-drink.html
Memang sedap masukkan jee semua bahan lime aku beli di tesco shah alam sebabnya masa pegi kedai pak arab batu3 habis laa pulak nasib ada di tesco, serai,mint,logan, aku add in laici juga and lemon..perhh memang best. Ingat kan budak budak tak layan rupanya lagi laju dari mak mak budak nii...tapi aku sediakan juga sirap lemon (picture tak snap pon haa sirap jee kot,bak kata siAin) 

Baru aku perasan gambar aku dengan besday gal tak sempat snap pon..situkang ambil gambar lagi sebok dok posing dengan kekawan dia...
Tetamu yang hadir.









Sampai ke12malam baru clear rumah,last sekali balik kakak aku, sempat lee tolong basuh pingan & buang sampah sarap. Penat tapi puas sebabnya semua makanan habis just nice ada balance pon tak laa membazir. 

BISKUT TIRAMISU so yummy

Masa besday sikenit Iman 2 hari lepas aku buatkan laaa Gathering kecil2an sekali makan makan raya untuk Birthday Girl so salah satu menu yang senang,mudah haa desert ni biskut tiramisu .. makan time sejuk memang best.

Bahan bahan pulak senang & sure sentiasa ada punya laa kat dapor kan..

1 peket biskut - dari apa-apa jenis (kat rumah ada cream creakers & biskut tiger)
1 tin susu cair - dari brand apa pon tak kisah
2 s/b susu pekat- sebenarnya tak taruh pon tak kisah bg yang tak suka manis sangt sbb bila tabur milo confirm terasa manis...,budak budak suka laa kot memanis nii...
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam 
Serbuk milo, horlick kee apa jee...peminat nescafe haaa taruh jaaaa 

Semua bahan bahan tuu campur sekali dalam periuk kecuali biskut naaa...kang masuk biskut sekali dah tak jadinya tiramisu laaa pulak.. ok guna api pelahan dan kacau sampai pekat dan likat tau jangan pulak tak kacau kang hangit naya jaaaa ..

Dah pekat, likat susun biskut lam bekas...aku memula guna balance biskut cream creakers budget cukup la kannn alih alih sebab bekas besar so sempat 2 layer jee heee nasib ada sepeket lagi biskut tiger anak dara aku..apa lagi terus sambaq susun sebelum dia nampak kang jerit pulak, anak dara ni biasa laaa time aku nak guna time tuu laa kang nak makan,nak gigit laaaa...nak kena gigit juga ngan aku kalau tak dok lam paket jaa.
lepas dah siap susun terus taruh kastard jangan lama lama nanti kastard bila dah sejuk lagi pekat. Siap biskut,kastard tabur milo kaa horlick kaaa..bole juga tabur serbuk Nescafe nak kurangkan manis. Aku tak mix pon sebab kat rumah ni memang tak da nescafe heeee.. 

Buat laaa lapisan demi lapisan, aku buat 3 layer jeee itu pon ada balance so buatkan 1 lagi bekas Tupperware plastic.

Nampak kan layer by layer, dah siap masukkan dalam fridge 2-3jam nak makan baru keluarkan...

Koleksi Syawal 1437/2016 & Throwback #3 Bangsar

1 Syawal 1437/2016
Dah hujung hujung syawal baru laa aku gigih nak upload, nak storage semua gambar gambar buat kenangan...
Sama macam macam tahun tahun lepas (selepas arwah mak & abah tak ada) memang aku beraya dibandar jeee. Nak balik Parit Bunntar pon tak ada sapa yelah kebanyakan mak mak sedara semua dah tua tua ..memasing duduk dengan anak anak so kebanyakkan diParit Buntar memang tak da sapa..kebetulan kakak aku yang ada kat sana pon dah tukar keAmpang ..jawabnya memang tak laaa kan..
Tapi aku tetap balik...kubur mak abah kat sana kot heee..rumah arwah mak abah pon teguh berdiri lagi..but now rumah arwah abah mak aku buat homestay...haaaa senang.  Sapa sapa yang berhajat or tercari cari homestay bole visit http://pbhomestay69.blogspot.my/ .

lepas tuu reason balik PB juga sebabnya anak bujang sizIkri dok belajar kat situ MRSM Transkrian...jauh tuuu tapi ok laa ada laa juga reason aku nak balik PB..tapi alhamdullilah laa juga sebabniya PB pon dah maju..& zIkri pon memang dah terror area situ so kurang laa risau sikit..
Anak anak bujang Zidane Helmi & Zikri Helmi
Anak dara yang dah besar besar Ain Shahfiqah & Iman Shahzeleen
1st Anak buah side shusben & 1st cucu aku...uittt tua dahhhhh bercucu sehhh
Aina, Wafa & Zidane
Family side shusben - pakusu,makusu,alang,busu - angah jee tak ada beraya rumah mertua.
Aku juga yang nampak tinggi..kalau gambar atas tak nampak sangat sebab shusben pun tinggi...kee diaorg yag ketot haaaa !!
The boys - sepupu sepapat sepapan semua ada...