Wednesday, February 4, 2026

Kebenaran yang sukar

Ramai orang tak hancur sebab jahat.
Mereka hancur sebab terlalu baik.

Dan dunia tahu cara guna kebaikan kau sebagai senjata.

Ada orang tak pernah minta maaf.
Dia cuma cerita luka dia.

Ada orang tak pernah bertanggungjawab.
Dia cuma ulang ayat,
“Aku dah buat sehabis baik.”

Dan kau…
yang empati
yang faham
yang “tak sampai hati”
akhirnya jadi tong sampah emosi
jadi pengumpul kesilapan
jadi alasan kenapa dia tak perlu berubah.

Ini bahagian yang pahit.

Empati tanpa sempadan
bukan kebaikan.
Ia kebodohan yang dibungkus niat suci.

Kau fikir kau menolong.
Sebenarnya kau sedang mengajar seseorang
bahawa mereka boleh menyakiti kau
tanpa akibat.

Perasan tak?

Orang yang sama
ulang kesilapan yang sama
janji yang sama
air mata yang sama

dan setiap kali
kau yang kena faham.

Itu bukan trauma.
Itu strategi.

Kebaikan jadi senjata
bila ia dipaksa ke atas kau
bukan dipilih oleh kau.

Bila rasa bersalah dijadikan umpan.
Bila kisah sedih dijadikan lesen.
Bila ayat
“kau ja yang faham aku”
sebenarnya bermaksud
“kau ja yang aku boleh pijak tanpa melawan.”

Soalan yang kau kena tanya diri kau
bukan lagi
“aku ni jahat tak kalau aku berhenti tolong?”

Soalan sebenar
“aku ni sedang menolong
atau aku sedang digunakan
supaya orang lain boleh kekal sama?”

Kebaikan yang sebenar
kadang-kadang keras.
Kadang-kadang berkata tidak.
Kadang-kadang menarik diri
walaupun hati kau menjerit.

Sebab kau sedar
menyelamatkan diri sendiri
juga satu bentuk kebaikan.

Berhenti romantikkan penderitaan.
Berhenti samakan empati dengan pengorbanan diri.

Tak semua yang terluka layak
akses tanpa syarat
ke hidup kau.

Dan bila kau mula jaga sempadan
akan ada yang marah.
Itu normal.

Orang yang hidup atas kebaikan kau
akan panik
bila kau belajar hormat diri sendiri.

Kebaikan bukan untuk semua orang.
Ia untuk yang tahu nilai.
Yang sanggup bertanggungjawab.
Yang tak jadikan hati orang lain
sebagai tempat berlindung
daripada perubahan diri sendiri.

Fikir betul-betul.

Kau sedang menolong
atau
kau cuma terlalu takut
untuk berhenti menjadi alat?

#CikguJack #TulisDariHati


Tuesday, July 9, 2024

You, Yes it is Y O U !!!

Hidup kita sangat bertuah kalau kita jumpa seorang yang kita boleh kongsi semua perasaan, masalah, isi hati, cerita bagaimana hari seharian.

Tak perlu cerita yang berat sarat tentang dunia, kira-kira tetapi setiap cerita dari mulut kita tetap dianggap penting dan disambut sangat baik. 

Dia kenal kita luar dalam


pusing depan belakang sekalipun dia tahu kita bagaimana. 

Kadang kita tak perlu bukak mulut pun, dia tahu kita sedih atau gembira.

Dia tidak judge kita bilamana kita tidak berkelakuan sepatutnya. Dia sentiasa mendengar dan dia faham apa kita rasa. 

Tak kisahlah berapa ramai sahabat atau kenalan atau adik beradik atau sesiapa sahaja yang kita ada, cuma yang seorang inilah yang mampu faham dan hadam kita sepenuhnya. 

Bila awak jumpa, hargailah dan berdoalah agar jodoh dipanjangkan ke akhir usia. Biasanya orang sebegini akan hadir sekali sahaja dalam hidup kita. 

Takkan ada yang boleh sama seperti dia.


Monday, July 8, 2024

Alhamdulliah Jun 2024

Alhamdulillah untuk semua yang datang, alhamdulillah untuk semua yang pergi.

Tuhan tidak mengambil apa yang telah diberi. Dia cuma tukarkan dengan yang lebih indah.

Setiap yang kita hilang, akan ada ganti lebih baik Allah akan bagi.

Maka berdamailah dengan takdir.

When you forgive, you heal.
When you let go, you grow. 



Semasa Nabi Musa (as) dikejar tentera Firaun, Allah swt tak alihkan Laut Merah tu pun, tapi Allah swt buka laluan untuk Nabi Musa (as) menyeberang. 

Musa (as) tak tahu laut itu akan terbelah, tapi tetap yakin dan percaya ada jalan keluar dari Yang Maha Mengasihi. 

Maka tetaplah tenang dalam segala apa pun. 

He's always there for you.

♥️
Luv u smpi bila bila




Wednesday, October 27, 2021

My 21st Darling -19/10/2021



My first born dah besar..alhamdullilah moga sentiasa dalam redha allah, Dok belajar lagi ACCA ins sha allah tahun depan dah leh merasa 1st gaji and start bole bayar keta sendir yaaaa....

Besday abg, org lain yang terlajak excited..pepagi aku dah plan dengan ain nak jogging dulu kat Kiara Park then breakfast baru gigih cari kek and ballon for besday boy...plan petang lepas zohor baru nak celebrate (nampak plan nak gantung periuk), laki aku seperti biasa malas nak cakap apa layan kan jaaaa and kebetulan dia tak boleh join sebab ada meeting so apa lagi macam2 plan dalam kepala budak2 ni lepas makan nak ronda mall laa apa laaaaa...kalau ada ayah bukan tak boleh ronda boleh tapi tahu laa budak2 dah besar masuk kedai berjam jam naik kematu tunggu...baik laaa time kecil comel lote senang cepat jaa masuk kedai and keluar now jangan harap laaa nak 20min jaa satu kedaiu especially kedai game, kedai gajet,kedai makeup..memang tak laa ayah depa nak menunggu... 

Muka ain tak bersalah, teman jogging tapi duduk melepak tengok orang jogging...haaa tak pa laa janji ada teman. Petang nya kami ke Thai Cup, Publika untuk lunch and makan kek.....Walla kek sedap bangat ..aku beli kat kedai bakery lavender...simple celebration but meaningful for him especially 






for abang, You’ve finally walked into the world of real adulthood. I hope you enjoy every beautiful thing that resides in that fabulously exciting world. Happy 21st birthday!....

Friday, October 1, 2021

Business Trip :Langkawi

Masha allah berkesempatan juga lepas diumumkan boleh berjalan and Langkawi dah dibuka untuk tourism apa lagi terus arrange meeting kat sana atleast damai laa sikit kepala ni asyik kena kurungkan
Tapi SOP tetap kena jaga hokey, sebelum pegi dah siap buat test RTK kat klinik area office ni senang and valid 48jam sebelum berlepas. Flight kami pilih pagi seawal 7am haaa hambek kau punya laa tak mau satu flight dengan boss hee...Trip kali ini aku and kak Az (PM) actually aku menumpang jaaaaa haa hutung jadi PA haaa...Kami duduk di Berjaya Resort, balik dr trip terus dengar hotel sebelah ada kes conviq..haaa seram tapi alhamdullilah masih dibawah peliharannya.. Iya laaa bila dah buka berpusu pusu umat serang langkawi dengan flight ticket, hotel ada promo memang harus laaa kena terjah kan ...
Gambar bilik gigih aku snap last last hilang xtau pegi mana, yang best nya kami dapat bilik paling atas view beach and lawa...



















Gara Gara keluar tak tutup sliding door elok elok habis coklat coklat jadi habuan monyet....tak laa habis semua tapi dah dibuka plastik satu satu haaaa...so simpan sini sebagai kenangan lain kali kena pastikan betui2 tutup.




 

Monday, August 3, 2020

Dorsett, Subang

Sangat suka dengan Dorsett, Subang ni...dah macam rumah dah haaaaa...Selesa and yang penting nyaman seh. For me mmg 5* and penah delay keluar almost 1hrs still Ok lagi and staff pon baik and friendly. Might be diaorg allowed keluar lambat sebab MCO kot tak ramai orang. Honestly memang best.  Always Dorsett our 1st choice, always means always haaaaa






Toilet yang can see true, kalau tak turun blind tu but l love it coz boleh nampak view and suka main turun naik blind haaa...see kalah budak budak..

Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Jogging and acara wajib makan

Rindu nya lama tak muncul diri...and sejak kena kurung dari conviq ni, ni lahh pestime aku keluarkan diri gi jogging..haaa alasan itu padahal xda geng nak teman. Yang dok ada hat ajak cycle..adoi sabaq sat naaa tunggu basikal gua sampai minggu depan.

Siap pesan ngan anak dara lagi ok lps jogging terus cari beg skoll yang dia mengadu koyak ...adoi baru beli ja kot awal taun ...taun ni boleh kira ngan jari berapa kerat jaa gi skoll. Tapi ok laa sbb besday budak ni 27/7 hari tu aku layan laaa juga walaupon jenuh aku jeling jeling haaaa...

Sabtu tu kami plan jogging area Bukit Kiara sekali sampai tutup pulak under renovation, hikking ja buleh..so memandangkan si Iman baru first time period (11tahun 4hari)so aku pon malas nak kerah dia jejalan jauh jauh..
nak jadi ceta sbb dah smapai aku pusing juga laa taman perumahan dari parking sampai depan masjid sampai parking balik 3x ulang alik dapat laa juga 10k steps perhhhh gigih oooo..bila perasan perut semakin kedepan haaaaa...

opsss berat maintain yaaa 62kg.. 


Birthday hunting for her present

Dengan oufit jogging bagai..Ok 1st Aug dah wajib pakai penutup muka kalau tak denda 1K..tempat awam

Pusing laa nak ooooo.... 





Makan Time, kami makan kat area food court 1utama jaaaa..sebabnya dah breakfast pon lps jogging..tapi kalau dah bawa budak kenit ni hmmm makan jee laa jawabnya kan..

Monday, July 27, 2020

She 11yrs ~ u are as beautiful, incredible, and unique as you are

May you forever sparkle and shine like the star that you are. Happy birthday my princess!





LOVE YOU BABY

How time fly, cept je dah besar panjang. Time ni pagar pon kena 24jam tutup kalau tak memang hilang je laaaaa kejalan. Kena perati 24jam 

haaa ngan pampers nya ..adoi laa anak dara ooooo.. Now dah besar 11yrs already 


so cute

Monday, May 25, 2020

Pose Raya


Suka tengok gambar ni nampak aku tinggi lagi walaupon hakikatnya memang tinggi pon 170cm okey dengan berat terkini 62.4kg . Tapi iya laa angel snap tu lagi buat nmpk tinggi..