Tuesday, July 9, 2024

You, Yes it is Y O U !!!

Hidup kita sangat bertuah kalau kita jumpa seorang yang kita boleh kongsi semua perasaan, masalah, isi hati, cerita bagaimana hari seharian.

Tak perlu cerita yang berat sarat tentang dunia, kira-kira tetapi setiap cerita dari mulut kita tetap dianggap penting dan disambut sangat baik. 

Dia kenal kita luar dalam


pusing depan belakang sekalipun dia tahu kita bagaimana. 

Kadang kita tak perlu bukak mulut pun, dia tahu kita sedih atau gembira.

Dia tidak judge kita bilamana kita tidak berkelakuan sepatutnya. Dia sentiasa mendengar dan dia faham apa kita rasa. 

Tak kisahlah berapa ramai sahabat atau kenalan atau adik beradik atau sesiapa sahaja yang kita ada, cuma yang seorang inilah yang mampu faham dan hadam kita sepenuhnya. 

Bila awak jumpa, hargailah dan berdoalah agar jodoh dipanjangkan ke akhir usia. Biasanya orang sebegini akan hadir sekali sahaja dalam hidup kita. 

Takkan ada yang boleh sama seperti dia.


No comments:

Post a Comment