Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Friday, December 19, 2014

Travel-Eurotrip Paris Day 1: The City Sightseeing Tour & Eiffel Tower

Assalamualaikum.

Ok. Sambung lagi cerita Europe Road Trip. Hehehe

Eurostar --->Gare Du Nord ---> Eiffel Tower

Seawal 5.00 pagi kami dah bangun. Takut terlepas train untuk ke Paris. Kami bersiap-siap untuk keluar dari BnB, Jam 6.30 pagi kami mula berjalan menuju ke bus stop. Awal awal pagi kami siap heret beg masing-masing....sejuk perhhh tak hinggat tusuk sampai tulang hitam. Breakfast pon kami siapkan bekal jee plan makan dalam trrain nanti.

Rezeki kami pagi tuu kitaorang naik train FREE sebabnya masa kat Station Earls Court nak beli tiket kat kaunter belum buka lepas tuu nak ke kaunter tiket asal masuk jee duit keluar balik last last pegawai kat situ siap suruh naik jee train and nanti sampai diKing Cross St Pancras Station bagitahu pegawai kat situ Mr John (kalau tak silap nama dia) bagi lalu,,,,,,haaa memang REZEKI kami pagi tuuu

Jam 7.15 pagi, kami dah pun terpacak di King's Cross, adalah dalam 15minit juga dalam train. Okey dari Earls Court guna Piccadilly line terus jee (tak payah tukar trians or line) kiranya BnB yang kami duduk senang n strategic...

Sampai di situ, prosedur lebih kurang sama dengan kat airport. Still kena scan badan, check barang dan cop pasport. Sebab tu kena sampai awal sikit. Dah selesai hal-hal di immigration, kami terus bergerak ke train.  Ada seat yang berdua dan ada jugak seat untuk berempat, facing each other. 

Train dari Paris ke London dalam 2jam lebih jaa . Layan2 perasaan, dahhh sampai.  Gare Du Nord or Paris Nord dan King Cross di London tu kalau kat KL mcm KL sentral la..tapi lagi sebok. 

Tepat jam 8 pagi train Eurostar mula bergerak. Ikut pada tiket, perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Sempat laa kami breakfast sesambil melayan perassan sebab dok budget sampai dalam kul 11 lebih.  Alih alih rasanya sampai awal dari yang dok bayangkan...Apa apa pon sempat laa lena.

Upanya bila dah sampai baru perasan waktu di Paris sejam lebih cepat dari di London. Sepatutnya akan sampai 11.17 pagi waktu London padahal sebenarnya 10.17 pagi waktu Paris (time sampai aku tak sure sangat but memang kami sampai awal dari sepatutnya). Tukaran masa ni memang kami set siap siap lam handphone jaaa, asal berubah tempat terus time pon ikut tempat tuu kalau tak fengsannnnn...!!! 

Sepanjang perjalanan tak ada pun view yang menarik, kata aku laa kan....sebabnya mata pon layu!! Ingat membuta jaaa walaupon barisan depan kami minah salleh dok borak serupa train tuu kaum kerabat diaorg jaaa tak pandang orang kiri kanan....hanggin gak aku tapi sebab penat..terus membuta..!!!

langsung tak terasa train ini laju kee tak..... Hehe.. terlepas gak laa aku nak tengok Eurostar ni masuk tunnel bawah laut merentasi English Channel. Tapi masa sampai sempat tanya zIkri perasan tak masuk tunnel, dia jawab "abg perasan tapi gelap jee laaaa"....alhamdullilah rezeki buat dia.... 
Ehhhh tak membuta kaa anak bujang aku niii...!!!




Akhirnya dapat menjejakkan kaki di kota Paris, City of Lights! Ada jugak yang kata Paris ni City of Love. Entah la. First impression aku jejakkan kaki di Paris, memang berbezalaaa dari di London.

Ramai sangat orang berkulit hitam di sini. Peminta sedekah pon ramai...asal berselisih jee siap tanya" are u speak English" memula kami jawab "NO" last last sebab ramai sangat dok tanya benda yang sama...terus kami jawab "tak pandai" haaaa. Depa ini bukan apa nak soh sain kat paper yang diaorg bawa lepas tuu kena bagi sedekah...bukan laa jenis yang duduk tepi tepi tiang hulur tangan...ni kiranya maju sikit..

Lepas tuu Saiz jangan cakap la, besar dan tinggi-tinggi belaka semuanya, sekali kena siku mau melayang.. Awal awal lagi sebelum sampai lagi laki aku dah siap siap pesan pasal isu pick pocket yang sangat sangat popular kat sini..siap dia belikan aku travel purse laaaa..yang boleh sorok lam baju...(love u laaa dear)

Katanya macam-macam skill diorang buat untuk memperdayakan tourist kat Paris ni. Sampai Cap Hard Rock Venice sizIkri pon boleh lesap sekelip mata..padahal kawan terlelap kejap jaaa dalam train..tak de rezeki !! nanti aku story sebabnya ni part masa balik dr.Munich ke Paris, end of our tour.

Baru sampai dengan beg beg berlungguk...!! Time ni tengah dok belek map arah tuju ke Apartment.

Jaga jaga sebabnya peminta sedekah kat sini mostly target tourist and budak cam anak aku tuu..ada jee yang nak menghimpit, last last aku soh dia duduk depan aku..terpaksa laa aku jadi guard dia...Wallet pun aku soh zIkri letak di poket depan. Langkah berjaga-jaga !!


View depan Gare Du Nord station.

 

Time untuk mengusung beg, tak best nya sini communication amat laa payah serupa kambing ngan itik bercakap.
Jenuh berpusing melilau cari apartment- Grand Boulevards





Gare Du Nord station

  
Punya laa melilau cari, tanya pak polisi pon tak tahu bahasa English (part ini memang terasa amat payah) call tuan tanah dok bagi direction..nampak gereja terus..masalahnya gereja tuu kat mana....ngehhhhh..

sampaikan ada mamat ini pandai laa English sikit tolong directkan kami sampai ke tuan tanah..alhamdullilah awalaupon sulit tetap dipermudahkan..

Sampai jee apartment kagum kejap sebabnya ...lawa sehhhhhhh..ghilang penat..!!!! Meh aku tempek gambar apartment kami...muntah hijau laaa gambar banyak niii...

                           

                            
Sampai jeeee terus lapaq..so aku soh jee anak bujang masak apa dia nak makan..... Opsss kami memang siap siap bawa bekalan apa yang patut..walaupon laki aku kata haaa "u bawa rice cooker" dia ingat rice cooker yang 1.8kg tuu kot..mampuih aku kalau bawa belum apa apa lagi dah over luggage...ni yang travel rice cooker laa sayang..comel molek cam l gak....confirm tak makan space...!!!

                                                           
Comel kan..muat masuk lam beg haaaaaaaa
                        
Semua brand pak brahim's memang sedap and umpph especially rendang daging,kurma ayam & masak merah, nasi tomato, nasi beriani & nasi goreng......kari ayam cam kurengggg (siap sizIkri soh bekalkan dia sebelum balik MRSM nanti)

Kami Lunch & Dinner dengan nasi beriani kambing,nasi goreng brahim. Kami rendam je dengan air panas, setengah jam lepas tu dah boleh makan.

Sebab sampai awal..lepas makan kami start nak merayap ke kota cinta...apa yang nyata KOTA PARIS bukanlaaa KOTA CINNTA AKU......!!!! sakgi aku story apasal....


Meka memasing ceria jaaa...mana tak baru lepas makan nasi laa,maggie bagai semangat laa nak teroka PARIS yang orang dok agung agungkan....!!! 



Eiffel Towel depan mata

Dah puas posing kat area depan station, kitaorang bergerak ke metro untuk ke Eiffel tower!! Hello pergi Paris kena lah mengadap kerangka besi tu dulu hikhik ;p Senang sangat baca metro map Paris ni. Kalau nak ke Eiffel, ambil metro ke Bir Hakiem.Cuma agak mahal la tiket metro sebab kami tak ambil daypass or 3daypass sebab masa tu pun dah kul 3pm. So ambil tiket/journey je. Dari Bir Hakeim ke Eiffel Tower tu kena jalan jugak dalam 10mins. Tapi ok je sebab cuaca sedap tak lah sejuk sangat. Tepi tepi menang banyak sangat golongan peminta sedekah cara pro*(aku yang gelar okies) sebabnya diaorg minta autograph lepas tuu minta duit...

Memula cadang nak ke depan lagi tapi entah cammana tempat yang kami posing tuu tempat tunggu bas Paris City Hop-on Hop-off  bus so apa lagi...sebab dah ada budget kami. harga 20euro.

Info yang terkini mengenai Paris City Hop-on Hop-off  bus SINI



Masa kat sini ada laaa  group  Negro "kakak beli-beli..murah saja..1...2..3..4" sambil menunjukkan key chain dan replika eiffel tower. Ini menunjukkan orang Malaysia dikenali disana.Bangga siot !! masa ini kami tak beli lagi jual mahai haaaaa...... 

Sapa sapa yang plan untuk naik ke puncak Eiffel tower, dinasihatkan untuk membeli tiket secara online. Beratur panjang kot kalau nak beli dekat kaunter. 

Kami memang tidak bercadang untuk naik keatas disebabkan oleh ketahanan fizikal yang tidak cukup lasak nak menahan angin yang kuat dan suhu yang dah semakin jatuh (sebab dah lewat petang).

Hambo terbeliak mata siLeeya ...semangat nak pusing PARIS.















 View sepanjang petang 

Eye on Paris




Atas bus Paris City Hop-on Hop-off Tour

Masa ini kami tak turun pun dari bas ...pusing pusing melawat kawasan jaa dulu, sampai balik ke  Eiffel Tower so apa lagi time ini laa nak buktikan yang orang dok kata  Eiffel Tower malam lagi cantik dengan lampu lampu bagai...

hmm memang cantik sehhhhhhhh, sejam sekali lampu akan berkelip kelip cam lampu lip lap tuu





Time lampu lip lap

Siang Menara Eiffel pada aku laaa takdelah cantik mana, besi buruk sahaja tapi time malam  dengan efek cahaya, nampak cantik pula.  Di antara menara yang paling ramai pengunjung di dunia. Semua orang mengimpikan untuk sampai ke menara yang dibina oleh Gustavo Eiffel ini. Menara ini adalah mercu tanda yang tertinggi di Paris. Aku perasan kesemua bangunan di sekelilingnya dibina lagi rendah daripada menara ini. Idea yang bijak kerana menara ini akan boleh dilihat walaupun dari kejauhan. Tapi bagi aku laaa, kota Paris entahlah tidaklah seperti yang dicanang orang especially part kebersihan kat area underground dengan hancing nya...vandalisme pon boleh tahan kat semua area laa kecuali tempat tumpuan pelancongan. Kalau yang budget mewah takkan nampak kot semua nii tapi kalau budget alah alah cam aku ni yang ciput yang terpaksa meredah underground,jalan kaki nampak laaaa semua tu.


Itulah, kota yang mengagungkan seni. Tapi terpulang juga, bagaimana definisi seni itu. Bagi aku grafiti yang tidak mempunyai motif adalah satu seni yang menyakitkan mata dan mencacatkan pemandangan dengan bau hancing bagai...hadoi laaaa time ini ingat Malaysia terasa kagum dibawah bumi mesia.... 


Dah dah marah orang kat aku nanti..heeee 








2 comments: