Life is Great!!!

Life is Great!!!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Thursday, September 1, 2016

LaundryBar Bukit Jelutong - Dobi layan diri

Subuh tadi sizIdane dah pesan minta basuhkan baju PJ sebabnya kelas tambahan petang nanti nak guna..ok laa tapi bila siap basuh, sambil dok sidai tertiba aku pikir sempat kee kering nak pakai dah laa kul 1pm nanti aku nak pegi sekolah dia hantarkan padahal baju semalam pon bertimbun lagi kat penyidai  semlmkan hujan...last last aku kutip balik masuk bakul ok bawa pegi dry jee laaa jawabnya....

Lepas hantar siIman terus pusing pusing area shop lot yang tengah hot kat BJ nii ada laa juga 2,3 dobi layan diri, yang bestnya sebelah dobi tuu or area dekat dekat mesti ada kedai makan so sambl mendobi sambil menenuhkan perut sekali 2in1 gitu...keja siap perut kenyang...tapi sebab aku dah siap siap breakfast kat rumah so lepak baca novel laa sambil tunggu siap...

Rasanya ni 2nd time kot aku guna, 1st time tuu rasanya dah berkurun sebeum aku pegi Miri lagi, itu yang memula tuu tercanggak canggak laaa juga baca instruction haaaa...kang main taram jaa jahanamkan naya..!! reta orang tuuu..

Masa pusing dobi ni memang tak ada org so apa lagi terus aku parking keta,  tapi mesin still bergerak sebabnya haaa dari melangut kat situ baik laaa diaorg duduk kedai makan kot or balik rumah tido heee. Pepandai jaa aku !!
Sila laa tukar token yeee...RM tak dilayan ...sila baca arahan..heeeee
pada yang baru or yg ingat ingat lupa macam aku harus laaa baca dulu.. sebab aku hanya nak keringkan baju so RM4-4 token...(aku masukkan RM5 ada balance 1 token lagi, tunggu lepas ini aku lepak lagi ..syiok pulak) Jimat masa sebenarnya !!tak perlu jemur2 dah.

Ada 3 jenis - 10kg,14kg,28kg...tak nampak pulak aku penimbang kat kedai ni so kauorang main agak agak laa berapa berat kain baju kauorg yeee..
Sila laa baca arahan jangan malas..kalau yg dah expert lain cerita
Tarra siap lipat lagi, uit tak da mesin lipat aaa aku yang lipat kat situ sebabnya dah alang alang orang tak da..meja pulak besar itu yg semangat lipat terus haaaaa kalau ada mesin lipat baju lagi syiok oooo...baju oren ngan track suit tuu pon settle. 
Silap aku patut hangkut sekali baju semalam yang tak kering sebabnya 14kg kot bole sumbat semua bg kering....tapi sebab aku tak reti n tak tahu n ingat ingat lupa Ok laaaaa tunggu next time pulak...

Tuesday, August 30, 2016

Seminar Pecutan Akhir UPSR & Manhattan FISH MARKET

Seminar Pecutan Akhir UPSR
Tarikh : 27-28 Ogos 2016 (sabtu-ahad)
Subjek : Maths, Sains, English dan BM
Tempat : LT1, universiti selangor(UNISEL), Seksyen 7 Shah Alam,selangor.

Seminggu lagi,aku pulak yang berdebar !! tahun ni struggle sikit sebabnya PT3 & UPSR...
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.

Sehari suntuk juga laa dari pukul 8am-6pm, masa ambik terus aku bawa pegi subang prade sebabnya nak cari kasut sekolah...ya ampun kasut..dah tak nampak macam kasut sana sini koyak...geram pon ada mana tak berbuih aku hinggaq soh jaga kasut ini tak asal aku sampai jaa nak ambik time balik sekolah time tuu laaa aku nampak dia & kekawan dok main sepak tin minuman habuan buat bola ... gian laa tuuu kot sebabnya aku dah stop dia dari main bola petang petang...!!! kalau tak asal balik dari Kafa jaaa terus cari geng main bola...
Nak nak UPSR ni aku suruh stop kejap bukan apa dah laa malam ada tuisyen pulak heeee bukan kejam tapi aku cian kat dia tambah tambah nak exam nii.

Siap aku jeling jeling laaa masa beli kasut heeeee, dengan pesanan jaga sampai tahun depan heeee... anak laki nii lain sikit lasaknya..tak bagi main pon tak bole tak aktif pulak nanti..aku dulu masa sekolah ligat main juga, aktif semua jenis sukan aku masuk so bila time anak heee bertabah laaa hati layan jaaa laaaaa.

Masa nak balik tuu aku heret aaa sibujang nii masuk Manhattan FISH MARKET cian pulak tengok muka menyenggeh jaa bila kena beletiaq tadi... 
Fried Calamari RM9.90 gst RM10.49
Sotong tepung & caarrot tepong..sedap 
Cajun Chicken Marinara RM20.90 gst RM22.15
happy tummy happy face.
Small Grill RM30.90 gst RM32.75
Alhamdullilah sampai rumah dah maghrib, nasib anak dara tak bising lambat balik..


Wednesday, August 17, 2016

Serimuka so sedap & Senang

Angaran mengacau bahan 30min..kan senang tu (dengan syarat semua barang adunan ada laaa tau) jangan pulak baru nak kukuq kelapa, baru nak blend daun pandan heee angaran masa tuu ssebabnya aku guna santan kotak, kaler hijau pulak aku guna peewarna hijau yang wangi tuu so memang senang sangat laa kannn, lama dah teringin sangat nak makan serimuka niii..aku selalu rajin nak try & error so banyak laa juga resepi yang dah pernah try dlam FB semua laaa...tapi resepi i paing senang and menjadi rupa parasnya..tak lembek / lembut bahagian atas dia...just nice bila potong.

Tak pecaya nanti tengok gambar bawah bila dah sejuk aku potong...cantik kejadiannya.


Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah Seri Muka
400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam) # tak rendam pon sebabnya aku guna pulut susu & masak menggunakkan periuk Noxxa - hp 4 minit,steam 1 minit..leps tuu biar jaa kat dalam tuuu lagi 5 minit.
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut) # santan kotak jaaa
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah
1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
3) Sebelum itu, sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
5) Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
6) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
7) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
8) Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
9) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
10) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka
2 cawan santan pekat # santan kotak 200ml - 2 kotak
150 mL air + 4 helai daun pandan # pewarna segera yg ada bau pandan jaaaa 
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas
1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
# adunan ni bila dah disatukan, aku masak sekejap bagi wap wap sikit baru tapis 



cantik jaa kejadiannya