Sunday, January 4, 2015

Travel-Eurotrip: Jungfrau, Switzerland

Zurich--->Interlaken Ost --->Lauterbrunnen/Grindelwald---> Wegen/Kleine Scheidegg ---> Jungfraujoch

Untuk baca entry sebelum ini, sila keSINI

Zurich merupakan bandar terbesar di Switzerland walaupun sebenarnya ia bukan ibu negara Switzerland. Pada hal aku dok ingat zurich laaaa upanya Berne. Sumpah tak tau yang Berne ni ibu negara Switzerland.

Sampai sahaja di Zurich Main Train Station, hari pon dah gelap lebih kurang kul 8 malam kalau tak silap. Sambil dok mengheret beg yang dah beranak pinak tuuu ada laaa kakak sorang ini tegur..baru balik keja upanya orang mesia..heee sempat laa sembang sembang..dia tegur sebabnya dia tengok aku dengan Yang bertudung sah sah melayu...(terberangan laaa juga nak keja kt zurich ini haaaaaa....hangan hangan sungguh aiii)
Depan train station

Main Train Station di Zurich ialah Zurich HB. Station ni betul2 terletak di tengah tengah bandar Zurich. Orang  sini pandai berbahasa Inggeris. So tak ada masalah nak bertanya jalan kalau sesat.

Waktu malam musim winter ini kat sini terasa sangat sunyi dan menenangkan. Walaupon sejuk ai best.Yang busy cuma di train station. Banyak kedai tutup awal. Nak beli apa pun tak payah...yang dok buka resturant & cafe jaaaa. 

Sini kami dah siap siap beli swiss pass yang mana lebih jimat. Kiranya, dengan hanya ada pass ni, tak perlu lagi beli tiket nak ke mana-mana bandar, pekan, atau kampung yang ada dalam negara Switzerland ini. 

Penggunaan tak terhad  untuk keretapi di seluruh Swiss je, bahkan bas, boat dan jugak kereta kabel (tertakluk kepada syarat lain) jugak boleh digunakan (kecuali train di Jungfraujoch). Bila dah ade pass ni hanya perlu tunjuk je kepada pegawai yang bertugas bila dorang check tiket. 50% diskaun untuk kebanyakkan train atau cable car yang menuju ke puncak gunung seperti  puncak Jungfrau.  Senang kalau beli pass ni.

Yang paling best sekali  bila "Children aged 6-15 years accompanied by at least one parent travel free. Children travelling without their parents receive a 50% reduction of the adult individual Swiss Pass or Swiss Flexi Pass."

Dalam erti kata lain zIkri travel for free tau, dah jimat kat sini..haaaa peruntukan dia aku buat shopping !! So sapa yang ada anak yang belum 15 tahun amat digalakkan melancong ke sini dengan Swiss Pass....awesome...Swiss pass ni kami dah beli kat Boustead travel, agent eurorail kat Malaysia,  Of coz Boustead tu ada cas fees dia. Tapi lepas ni kalau ada rezeki ke Europe lagi, kami tak beli kat agent dah. Kami beli kat sendiri je terus lagi murah. Kawan aku si Yang aka Noor Harlida dah terror. (Next time Insya Allah)

Rujuk DISINI , ada a few type swiss pass yang boleh dipilih ikut pada itinerary travel masing-masing. Bila dah beli swiss pass ada disertakan sekali jadual train & peta laluan train & kenderaan awam yang lain bagi seluruh bandar di Swiss, mmula nak booking memang confius sikit so kena rajin membaca and buat research AND kalau tak paham juga nak booking bole rujuk my friend Ms Noor Harlida..(sebut nama aku nani dia kasi diskaun haaaaa).

Swiss pass!! adulaaaa lupa nak pusing laa pulak...Kami ambik 3 hari pass within 1 month. Maksudnya kami boleh guna 3 hari sehingga expired satu bulan dari tarikh activated. 
Tengah tunggu tram, sini bukan setakat train ja tram pon fofular. Kami keluar dari station & tunggu tram tepi starbuck & McD (dari depan akan nampak 2 restaurant ini)...Tunggu tram no 4 or 13 untuk ke Hotel Senator di Heinrichstrasse. landmark dia dekat dengan Zurich Business School.  Sebenarnya dekat jaa dari Tram station tuuu tapi sebab signboard macam tersorak sikit itu yang kami melilau cari. Pusing sana sini alih lih alahai dokat berbenar upanya...hoalahhhhhh

Sempat laaa tapau kebab habuan buat makan malam, tapi kalau dah sejuk sejuk cam ini aku dok bayangkan makan maggi dengan daging dendeng yang aku bawa lagi syiok...

Check in ja…sampai bilik aku dengan si leeya(beb) teruih rendam maggi.??? ????perhhh mengancam seh makan maggie kari sejuk sejuk ini....felling uu lain macam haaaaa Sebenarnya memang lapaq gile

Dalam Trem
Konsep train kat sini, semua kena beli ticket and board train. Kemudiannya ada inspector yang akan periksa ticket. Kami aritu siap silap naik gerabak lagi haaaa sengal....mana taknya nak cepat naik lepas tuu pulak tiket memang tak ada sit nombor itu yang pakai bantai jee naik gerabak upanya upaya gerabak 1st class haaaa masa inspector datang checking siap tanya lagi nak upgrade class kaaa...tentu laa kami jawab tak payah ... terus dia inform yang kami dok lepak tuu 1st class, kalau Ecomony sit kaler blue....haaaaa

Jadi kita beli ticket atas kesedaran sendiri jeh -sebab tak ada barrier pun nak masuk. Tapi kalau tertangkap tanpa ticket, fine yang dikenakan dalam 100 euro (RM400+-)

Kat dalam train ni ada disediakan mobile cafe. Nanti ada staff (pakcik seh) yang akan tolak peti makanan sepanjang coach ini ..rasanya untuk Ecomony class jee kot sebab 1st class ada cafe yang lagi canggih...
Cafe dalam 1st class
Bandar yang diapit oleh dua tasik iaitu Tasik Thun & Tasik Brienz. Interlaken dihiasi dengan permandangan gunung-gunung & tasik-tasik.

Singgah kedai beli kopok...habuan isi perut dalam train
Cuaca cerah tapi sejuknya sampai ke tulang2
Tak payah jalan jauh pun, tukar tren kat sebelah platform tu je. Kiranya Grindelwald ke Lauterbrunnen ke.. tetap boleh naik ke Jungfrau.


                             
Perjalanan dari stesen Interlaken Ost ke stesen Lauterbrunnen melalui 2 perhentian iaitu Wilderswil & Zweilutchinen. Sepanjang jalan tu kami dijamu dengan permandangan bukit-bukit yang bersnow. Train ni jugak lalu dekat sangat dengan sungai. Very the scary oooooo
Beberapa minit perjalanan dari Interlaken, kami tiba ke Lauterbrunnen. Dari sini harus menukar kepada special train sebab perjalanan ke Wengen lebih curam. Si Yang kata train kayu...grrrrrrr!!!
Tiba di Wengen dengan train hijau kuning

Ni la tren kami di Kl Scheidegg yang terus membawa kita ke Top of Europe. Seat tak de la besar sangat. Kang tak mampu pula tren nak naik gunung. Nak naik ke puncak Europe ni, tren akan berhenti di 2 stops. Setiap stop tu, kita boleh turun tren dan ambil gambar untuk 5 minit sahaja. Kami tak turun pon...kemalasan & takut kena tinggal dengan train pulak....haaaaa

Dipuncak Jungfrau




 

2 comments: