Bila kakak aku datang melawat...
2minggu dah family kakak aku visit...baru leee menyempat nak mengupdate...
aku pulak sebagai HOST kena leee merempit bawa diaorg pusing pusing nasib yang datang tak ramai kalau tak mana laa nak sumbat lam keta comel aku tuuu...
1st.day sampai, aku dah bawa visit G.R.A.N.D O.L.D.L.A.D.Y
View MIRI dr Bukit Canada..
(pssttt gambar xcantik...anak bujang aku yang snap..hee)
Laps tuu bawa gi pantai tengok Sunset...tak de sunset pon sebab baru lepas hujan..tapi bole laaa the view is still nice..!!!
Then tawaf sopping mall and makan makan absi dah satu ari aku layan diaorg
heee....
sangat cantik
"Info:
Ia antara masjid paling indah di Asia Pasifik dan mercu tanda serta tarikan utama pelancong ke negara Brunei. Bagi masyarakat Brunei masjid berkenaan menjadi lambang serta simbol negara Islam moden.
Seni binanya menampilkan ciri Islam selain turut meng-gabungkan gaya dan seni bina Mughal, Renaissance dan Itali
Ciri yang paling terserlah dan cukup dikenali mengenai masjid itu ialah kubah utama-nya yang diliputi dengan emas tulen 24 karat dengan bahagian kubah itu diliputi 3.3 juta keping emas. Bahagian dalaman masjid itu juga dipenuhi unsur seni bina Islam terutama kaligrafi, bunga, dan geometri
Jom Layan G.A.M.B.A.R
Sista
Kiddos
Entrence
Gals
P.e.r.k.a.m.p.u.n.g.a.n A.i.r
Pemandangan perkampungan air dari tepi bandar Bandar Seri Begawan
Sesetengah orang menggelarnya sebagai 'Venice Timur'.
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Alhamdulillah... Akhirnya tercapai hajat untuk singgah di masjid yang indah ni.
Hampir-hampir nak frust sebab tak jumpa jalan...GPS...oh nooo hnpn xde coverage...heee
Hampir-hampir nak frust sebab tak jumpa jalan...GPS...oh nooo hnpn xde coverage...heee
So pusing pusing laaa laki aku demi nak penuhi impian aku..haaaaa
Info:
Dianggap sebagai salah sebuah monumen terhebat kepada umat Islam di seluruh rantau ini, Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah merupakan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
Dianggap sebagai salah sebuah monumen terhebat kepada umat Islam di seluruh rantau ini, Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah merupakan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kiarong oleh penduduk tempatan memandangkan lokasinya yang terletak di Kampong Kiarong, beberapa kilometer dari ibu negara Brunei Darussalam (Bandar Seri Begawan). Ia dibina bagi memperingati ulang tahun pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda yang ke-25 tahun. Masjid ini dibuka secara rasminya pada hari Khamis, 14 Julai 1994.
Orang ramai dibenarkan untuk memasuki masjid ini, namun perlu menanggalkan kasut sebelum masuk dan tidak berbuat bising bagi menghormati orang lain yang sedang bersolat. Bagi pelawat wanita, mereka perlu menutup kepala dan berpakaian sopan.
Waktu Lawatan:
Ahad - Rabu [8am-12pm, 2pm-3pm dan 5pm-6pm]
Masjid ditutup kepada bukan Islam pada hari Khamis dan dibuka pada hari Sabtu sekiranya tiada majlis rasmi pada hari berikutnya.
Sumber: My Brunei Darussalam
Date:17-19/Jan/2014
I every time spent my half an hour to read this
ReplyDeleteweb site ()'s content everyday along
with a mug of coffee.