Friday, January 2, 2015

Famili Trip : Jejalan diCameron Highland

Memang plan pon nak ke Cameron Highland ini lepas tu terus nak hantar anak bujang balik asrama, alih alih pagi Isnin masa breakfast dapat watsapp kata cuti sekolah ditangguhkan lagi seminggu...looo terus kami balik hantar beg luggage anak bujang..(memberatkan keta jaaa). Walaupon cuaca hujan   alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan & selamat pergi dan baik.

Bertolak pon lambat so sampai pon lebih kurang kul 3pm, terus checkin dulu di Bukit Ruil Clementine Suite.






Budak ni pantang suruh pose !!! Moga menjadi anak yang solehah akak..

Selesai check in & posing bagai terus kitaorang keluar makan..baru terasa kebulur.  Plan nak makan lite lite jee sebabnya anak dara dah aim dinner nak makan steamboat. So cari cari singgah laa makan kat kedai mamak jaaaa... lite laa sangat kan!!!

Lepas makan2, kitaorang pn cari la tempat melepak kat area Tanah Rata tue, boleh tahan la sejuk gak mungkin baru lepas hujan , memang best & nyaman aje fefelling kat obersea gitu. Nampak  Starbucks Coffee,Cameron Highlands terus melepak minum2 coffee kat situ. Terus tergoda bila nampak tumble starbuck (terus aku gila nak buat collection). 

                                                             
Day 2

Tidur yang nyenyak sebab sejuk, hmm...morning Cameron Highlands!!. kitaorang bangun awal pagi sebabnya  nak keluar ambil angin, anak dara kenit aku dah sebok nak pegi strawberry farm. Aku memang suka sejuk sebab feeling2 masa travel oversea aritu. So, semua aku kerah siap2  then breakfast kat area situ jugak. Kitaorg makan roti canai & nasi lemak, harga kat atas nie mahal skit la kalo compared kat bawah sbb jauh kot nak bwk tepung dengan ikan bilis naik atas dengan jalan bengkang bengkok kot...

Destinasi pertama kami ke Ladang Teh Boh. Jalan nak masuk ke sini dari main road agak sempit dan berliku-liku. Kena hati-hati sikit. Jadi kereta yang lalu lalang dikehendaki membunyikan 'hon' supaya kenderaan dari arah bertentangan alert.  Mengamuk juga laa siShazleen sebabnya kawan dok target papa bawa ke strawberry farm dulu alih alih tempat lain.....heeeeee, but  Not bad pemandangan kat atas tu sangat cantik

Berkabus 


 




Paling best, kami di bawa masuk ke dalam kilang teh untuk melihat sendiri cara-cara daun teh diproses sehingga menjadi serbuk teh yang tersedia untuk diminum!
 Kat sinilah teh boh di proses. Bau dia tak terkata, macam daun inai kene tumbuk da.
Pose dengan anak bujang


             
Gals pose gitu..


Nice view, tenang & relax sangat sambil mimum tea.



Lepas dah habis lepak kat Ladang Boh, kami singgah pulak kat Bharat Tea Plantation, satu lagi ladang teh yang popular di Cameron Highland. Tapi aku rasa Bharat Tea ni dah terlampau sesak la, sebab ramai sangat orang datang singgah situ. Ye la sebab lokasinya memang betol-betol tepi jalan utama kan.




Tengok orang turun, aku yang sakit sakit belakng pon gigih nak turun gak. Padahal ada jee jalan selamat lain (jalan tar), tapi nak feel pose celah celah pokok teh. Kita boleh tengok pokok pokok teh dengan lebih dekat lagi tapi dilarang sama sekali untuk petik daun teh...ada cctv tau sapa petik siap laa kena denda..heeeee!!! haaaa aku kelentong jaaaaaa....sapa pulak nak paang cctv tengah tengah ladang tuuuu oooo







2 comments:

  1. wa.. cantiknya tmpt menginap..berapa harga rate stay situ yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana ...tak sure pulak tapi tu untuk penginapan saffs SHELL, but memang selesa & cantik...

      Delete