Friday, December 19, 2014

Travel-Eurotrip Paris Day 2 &3 : Musee Du Louvre & Disneyland Paris

Bonjour!
The Lourve Museum---> Notre Dame de Paris---> Champ De elysees --->Arc de Triumphe



                                   
The Lourve Museum

Gigih  aku taip entry hari seterusnya kami diParis
Baru aku perasan, kalau lambat tulis entry ni alamatnya tiadalah jua kenang-kenangan selain gambar
Ni pon slow slow lupa dah..
Dah tua sangat ke aku nih..*Gulp* jenuh dok wasap siLeeya tanya haaaaa....

Macam semalam gak kami sambung naik Paris City Hop-on Hop-off so dari ambil metro ke Bir Hakiem. Tunggu bas depan Effiel Tower, mat mat negro yang semalam dok buat promosi  key chain dan replika eiffel tower 5=1euro, pujuk punya pujuk last last dapat laaa 6=1euro, terus zIkri beli 3euro nak bagi kekawan..okey laaaa...

Sampai jee diMusée du Louvre, zIkri request nak masuk mezium sebab nak tengok potret MONALIZA yang diagung agungkan..memula aku cam malas nak masuk ..apa laa sangat Monaliza kan..tapi itu laa bagi budak yang dok belajar ini benda benda cam ini memang info bagi diaorg so mau tak mau dengan muka ketat aku berbaris gak laaa nak beli tiket (nasib Yang teman masuk kalau tak cuak gak aku)

Tiket sorang 12€ so aku dengan Yang 24€. zIkri FREE ok bagi kanak kanak bawah 18 tahun consider FREE..awesome jimat aku  terus aku berkobar kobar nak masuk ....FREE punya pasal ...haaaaaaa. Bestnya negara Eropah ini kebanyakan tempat bagi kanak kanak bawah 18tahun semua FREE...Switzerland pon BEST semua FREE....(patut ramai bawa kids ke Switzerland).

                                                         
                    lukisan Mona Lisa

                                                              

Tengoklah hiasan siling yang sungguh mewah 

Part yang paling aku suka ada la senibinanya...tu pasal semua area aku snap..tapi tak de la nak tepek sini kan..muntah laa pulak karang...



















Antara yang dipamerkan

Muzium ini punyalaa besar dan bersambung dengan deretan kedai mewah yang menjual pelbagai alat-alat elektronik. Muzium ini berbentuk piramid di ruang legarnya dan memanjang di bahagian dalamnya. bBagi peminat hasil seni sehari suntuk masuk pon tak puas.

Bagi info yang terkini pasal museum ini sila ke SINI

                                             
Muzium ini terlalu besar, memang tak sempat nak masuk semua tempat. Kitorang pastikan dapat tengok  yang glamer jaaa potret Monalisa, dan sejarah tentang muzium itu sendiri. Sebabnya memang tak plan lamgsung nak masuk so tak prepare laa nak tenung or nak cari potret Venus de Milo, Egyptian antiquities (sphnix) 

Kebanyakan lukisan/patung/ukiran di muzium ini tidak menutup aurat, cam di atas tidak bertutup langsung! So banyak gambar dalam muzium tak boleh..nehi nehi nak tunjukkan atas sebab ketidaksesuaiannya. 

Ok, dah jom keluar.

Louvre Pyramid

Lepas tuu siap posing depan  Louvre Pyramid dah alang alang sampai kan

 Louvre Pyramid

Musée du Louvre
Notre Dame de Paris
 Gereja lama tapi masih digunakan sehingga sekarang.



Kitorang masuk gak la tengok apa ada kat dalam (sebab masuk free). Tapi kalau nak naik kat atas tower (north tower je pelancong leh access) kena bayar. I'll never pay to enter a religious building, tapi kalau masuk masjid/surau saya akan derma walaupun masuk sentiasa free. Notre Dame Catheral adalah gereja gothic pertama yang di bina di dunia ni. Kalau tak salah dalam tahun 1100an..dah beratus2 tahun umurnya. Bangunannya cantik. Tapi nothing much to do here.. dont waste time lah. Sekali lalu jee terus keluar and lepak minum coffee panas.....


Dekat dengan gereja tu ada kedai makan dan juga kedai-kedai cenderamata yang banyak dan murah harganya..!!Jangan convert sudah.. Sedap ooo makan waffle dengan nutella, mewah tak kedekut sungguh.

Lepas makan kami singgah menyopping barang souvenir buat habuan kekawan & anak beranak yang kena tinggal. Berhabis gak laaa dengan fridge magnet,dengan t-shirt bagai...hissss dalam flu flu pon semangat menyopping tapi tak leh laawan siFarrah memang hantu sopping....dalam dok takut over luggage sopping tetap sopping tuu belum sampai Florence lagi lagi happening....PRADA..we're coming soon..!!!



Terus ke Champ De elysees. Kalau ke sini, tak sah kalau tak tengok landmark dia iaitu Arch De Triomph...Jap jap sakgi aku tempek gambaq

Kalau nak rasa shopping macam orang kaya, haaa silalaaaa pergi ke Champs de Elysees.  di kiri kanan tu ada banyak kedai2 mewah, bank dan cafe. Kedai LV laa paling happening paling mewah kat sini. Majoriti pelancong yang lalu jalan ni memang akan bergambar depan bangunan LV tu cam kitaorg gak laaaaa gak.

                                                  

Kitorang memang plan nak posing kat Arch De Triomph, malam pon malam laa tak peduli. Tapi sebab nak tengok sendiri apa yang hebat sangat tentang sebatang jalan ni hingga menjadikannya amat glamer di dunia, aku yang alah alah nak kena  FLU gagahkan juga kaki melangkah. 

So, hasil dari rondaan di jalan mewah ini, haku hanya dapat sakit kaki dan penat. Nak beli kat situ tak mampu sebab mahal berdengung, ingat nak beli jam kat laki...last last takut mak nyah....sakgi menjerit laki aku tengok bil card. 



Arc de Triumphe ni hanyalah sebuah  arca tanda kemenangan yang dibina oleh Napolean pada tahun 1800, tapi yang kelakarnya belum siap lagi arca ni Napolean dah dikalahkan. Siap ada tulis nama2 perang yang depa dah menangi ketika dibawah pemerintahan Napoleon. Kat bawah binaannya terdapat kubur tentera2 yang mati semasa perang dunia pertama dan nama mereka tak diketahui, hence known as the Grave of the Unknown Soldiers. So dorang tanam je reramai kat bawah tu, huhu.. Sebenarnya leh naik kat atas bangunan tu untuk tengok pemandangan kejiranan Charles de Gaulle tu, tapi kitorang tak naik. (info PakGoogle).






Bus yang bawa kami pusing PARISSSSSSS





Sebelum balik apartment sempat kami isi perut dengan kebab, tu dia anak bujang yang kelaparan..!!!


Disneyland



Esoknya untuk ke Disneyland, jauh gak laaa dari apartment kami menginap. Jauh, tapi perjalanannya mudah. Underground berlambak dan bersimpang siur. Walaupon menyampah guna underground tapi itulaa tak de pilihan heee hancing siot!! Dengan negro besar ragam jenis nak remput jaaaa aku tak tau laa stail rembut kaaa or saja saja trick nak mencopet..


Walaupon 1st time tapi alhamdulllilah kami tak sesat. Tapi jangan risau, kalau sesat pun, boleh kembali ke pangkal jalan dengan mudah. 


So memandangkan flight kami ke Rome malam so memang sempat kami terjah disneyland awal awal pagi and make sure keluar sebelum 5pm. Luggage kitaorang dah siap siap simpan dalam storage sehari 9.50 ikut saiz.Ada besar,kecil and serderhana.  Sebelum simpan beg kena scan dulu.


Malam sebelum tuu kami dah siap siap packaged mana luggage nak hangkut ke destinasi seterusnya, mana nak simpan.....


Dari Station Gare du Nord [M4] menuju ke Les Halles [M4] dan lepas tu tukar tren, Châtelet Les Halles [RER A] menuju ke Marne-la-Vallée,  Chessy [RER A]. Tiket dalam EUR14 per person dan perjalanan dalam 1 jam lebih, sempat laa terlelap.  Aku pulak siap siap telan panadol dengan ubat flu, leceh bila berjalan badan tak fit ini..



Sampai juga kami ...





Dekat pintu masuk Walt Disney Studio Park



Overall rushing and stress...sempat naik 1 game jaaa..selebihnya dok posing lama sangat....kitaorg dah setengah abad mana layan game game ini.....tu pon main 1 game muka siFarrah dah pucat heee haaa but sian gak laa kat zIkri, takpaa nanti kita revisit USS Singapore lagi..

Muntah gambar laaaaaa, memang aku post kat sini dulu sebelum FB.  Malam tuu kami berangkat ke ROME naik train & lena...







No comments:

Post a Comment