Tirano ---> Chur --->Zurich
Untuk baca entry sebelum ini, sila keSINI
Ok, nak sambung perjalanan kami dari Milan ke Tirano pulak, kami naik local train. Tirano Itali, merupakan sempadan Swiss.
Milano Centrale station
Memula naik jaa train semua pakat layan mata,layan ngantuk tapi tetiba terpegun jap bila sepanjang jalan kami tengok permandangan cantik sangat dengan pokok pine dan kampung2 org Swiss. Memang sukar utk didapati mana. Indah sungguh pemandangan itu.
View sepajang jalan dari Milan ke Tirano,kami juga melalui jalan-jalan di perkampungan-perkampungan kecil. Cuaca yang nyaman, view yang cantik menjadi pelengkap perjalanan (gambar ada ‘kureng’ sikit, sebab snap dari dalam train).
Mengeteh dulu, bila sejuk asyik lapaq 24jam
Pemandangan sekitar pekan Tirano, sementara nak tunggu train seterusnya. Kami naik Bernina Scenic Train. Tengok jalan raya dia, kurang keta dah macam suasana kl di hari raya pertama. Nampak tak view gunung tu aduhai cantik sehhhhhhh!!!
Info train diSINI
Panoramic Train |
Sepanjang perjalanan tu view kiri kanan memang tak terkata santek nye. Sampai kan aku dah malas nak ambik gambar sebab nye aku dah menikmati view tu dengan tenang & aman. Dalam hati best nye kalau dapat duduk sini pastu tak yah nak kerja pening-pening kepala...(opsss aku memang dah resign so kira orait laa) Hohoho…Berangan tak hingatttt. ..mau kena sembelih ngan laki...heeee aku tunggu laa kot kot ada rezeki laki aku dapat offer keja kat obersea plak....lepas Miri ni....
Kami snap dari dalam train itu yang nampak transparent cermin bagai...haaaaa amazing experience !!
Perjalanan kali ini lebih menarik kerana melalui tanah rata kemudian mendaki gunung, tanah rata semula, gunung dengan glaciernya dan tanah rata hingga ke Zurich
.
Kami beruntung duduk di koc yang paling belakang, sebabnya dapat lihat kepala atau ekor keretapi seperti ini bila melalui lereng2 gunung. Fuh! Sungguh indah ciptaan Ilahi...
Tu dia muka muka terpegun
Dalam perjalanan ni, memang aku kawal mata aku dari terlelap. Rugilah... jalan jauh-jauh, naik pulak scenic train tapi pegi tido? Haishh... rugi dowh. Kalo boleh bukak bijik mata sepanjang perjalanan. Takdelah rugi atau ralat nanti. Memang view akan sedikit-sedikit berubah dari satu tempat ke satu tempat. Walaupun ianya hanyalah gunug-ganang, but still it will give you different environment. Kat Malaysia takde macam ni woooo...
Pemandangan tasik ni di Chur...Tasik yang membiru berlatar belakangkan gunung ganang yang diselaputi salji. Fuh! Sungguh indah ciptaan Ilahi...
No comments:
Post a Comment