Wednesday, December 28, 2016

Hobi baru - Mendaki Bukit Puchong


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terjebak dengan aktiviti ni, selalunya bila diajak ada jaa alasan..sungguh oo minat menang laaa tapi macam tak terzahir laa pulak nak realisasikan...tapi tuu laa nak dijadikan sebab masa aku pegi beli beg yang tengah fofular Arpenaz 10 kat Decathlon Malaysia (kawan pesan) terus siLia nak join katanya nak beli sport shoes.  Alih alih dengan aku terjebak beli kasut hikking sekali..- ingat naa kasut hikking ni tak sama dengan kasut sport biasa. Untuk hikking kena cari kasut yang bertapak tinggi. Kalau terpijak lopak air, takde la socks dalam kasut hangpa tu basah sebab air masuk dalam kasut. Biasanya kalau tu kasut bertapak tinggi, cengkaman mesti bagus, kalau tak mau terjerumus jatuh berdebuk tambah tambah kalau lepas hujan tanah doh basah. 

Pendek kata kalau ada macam macam hobi fengsan nak membeli kasut nya....

Kebetulan kat rumah ada siangah so dengan dia sekali aku heret join hikking, plan mulanya nak ke brogo tapi bila siYang bagi tau tak berapa best sangat & panas, lepas tuu jauh pulak perhhh terus tak jadi and tukar ke bukit puchong dekat Taman Wawasan Puchong (wazejee kalau nak senang)

Kami pegi berenam aku,angah,zikri & zidane,Yang pulak hangkut ilhan. Cuti sekolah kan hangkut jaaa semua senang. Jenuh laa pujuk siAin untuk join tapi haaa lagi tarik bantai ada..

trek mula-mula jumpa bukit dan lepas tu baru masuk ke dalam hutan

kami start daki dalam pukul 7.45am,time nii best jee tak panas & ramai juga orang time ni,treknya pon best redup jaaa dengan pokok-pokok tinggi..jadi takdelah terasa panas walaupun korang datang mendaki pada waktu tengahari. 

Masa naik tuu  ramai yang dah mula beransur turun. Cuak jugak tengok bukit boleh tahan tinggi... dah la lama 1st time mendaki ni... lain laa yang bujang bujang melaju jee naik keatas tinggal aku terhuncap huncap mendaki. Memula semangat laaa aku mendaki tapi lelama semput oo nak pitam pon ada. Tapi gigih jugak pelan pelan. Adalaaa masa naik tuu dah rasa tak mampu sempat gak laa aku lepak duduk dalam 10min kat batang pokok nii..yang lelain dah hilang keatas..memula cuak juga tapi lama lama bila tengok terk ni ada jaaa orang lalu turun naik so terus semangat mencanak yelah yang tua tua pon bukan main lagi aku yang muda nii apa kes kan...

Sampai di kawasan paling tinggi.lol rupanya dekat jee dengan tempat yang aku lepak duduk nak pitam tadi ..hee. Apa lagi sempat lee posing sekeping dua haaa...

Let's pictures story everything!
anak beranak
anak bujang
Me & Yang
Kitaorang keluar dari hutan pun da pukul 11 lebih,Alhmdulillah.. selamat semua.. hehe..,masa ni aku yang last sampai aku juga yang last turun tapi kali ni dengan Yang, kitaroang je lambat sikit sebab mengunnakan laluan yang memang curam 80% so memang slow gila laa kan tambah dah kekurangan tenaga.. haha.., jadi jalan pun lembab lemah je.. 
Lepak bentar sambil minum ayaq kelapa.. masing2 dahaga.. kecian.. kihkih fresh and sejuk tekak. Masa sampai memasing dah siap minum kelapa dah nampak sangat melaju jee depa hat muda muda nii. Sebelum zohor terus kitaorang singgah makan diKelana Jaya senang perot dah kenyang balik mandi, solat lepas tu bole terus zzzzzzzz. Letih tapi besst, hihii.. akan berkumpul lagi di masa akan datang!! 

Lokasi?? Tak tahu, tunggu leader Yang bagi arahan..sebelum tuu kumpul laa dulu stamina kena start balik laa jogging,walking,badminton balik..ni cuti sekolah semua pakat cuti itu yang bila hiking terus jee nak pitam nampak sanagat lemak bertimbun timbun..  

No comments:

Post a Comment