Thursday, September 13, 2018

Tak dapat dipisahkan ....

Dua beradik ni sangat closer each other, siap berwasap bagai kl lama xjumpa, and best part kalau reunion tudia terserlah kemanjaan si adik kat abangnya...yang abang pulak bukanmain melayan siap berdukung adik tu lagi ...harap ukuwah berdua ni and semua anak anak aku berpanjang dan saling memerlukan, kasih sayang, hormat menghormati hingga laa kejannah.

Adik ni dengan abang paling manja, kalau si kakak ok juga kejap baik kejap gaduh selambar je pakai baju kakak, tidor tempat kakak walaupon orang tu marah dia bukan peduli..sikakak pulak marah marah sayang mana adik tu berlemak...tido atas paha kakak ...kalau dengan siabang lagi laa asal abang balik memang tempat tido dia sebelah si abang,mengekor jee mana abg tu pegi...

tapi kalau dengan sizidane haaaaa aksi bergaduh perang mulut jangan cakap laaaaa..sama sama manja...beza pulak 4 tahun jeee ...Adoi laa anak anak 


Depan kolej abang

Jogging

Throwback cuti panjang bulan 9, memandangkan sikakak tengah nak exam ni so tak ada plan langsung nak bercuti terperaplaa kami anak beranak. Dari tengok astro, pindah ke Netflix, Iflix laa pulak last last tido..haaaaa

So bila cuaca mendung petang tuu apa lagi jenuh laa aku pujuk budak budak ni si abg dan siadik teman jogging. Si abg apa lagi jogging bawa keta...apa kes..haaaa 

Yes berjaya juga jogging area rumah, tapi itu laa kalau dah bawa handbag memang payah laa nak capai kejayaan cemerlang kan, tambahan pulak belakang rumah ada pulak kolam buatan ada itik,ayam,rakit hiss tempat pulak lawa memang tempat wajib laa bagi anak anak kan....yo yo ooo jaaaaaa




Monday, August 20, 2018

Nasi Dagang


My Breakfast like a KING...but it is NOT
Haaaaa nasib gambar ni my friend yang wasap kan pepagi tadi...Takut tengok ...
Sempat aku telan mee goreng + bihun foreng ciput jeee ngan teh O suam nipis kosong ...

Alhamdullilah ....since last week bedal nasi waktu lunch terasa dah naik sikit jalan pon asyik sakit tumit kaki..my laki kaata dah gemusssss...huwahh nangissss

Friday, June 22, 2018

Salam Aidilfitri

Officially Family Pic.this year 2018

Ramadhan bakal beransur pergi,Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Throwback Birthday Celebration


Happy Birthday to ME...belated pon sebenarnya heeee
kebetulan kali ni and tahun lepas pon sama jatuh pada bulan Ramadhan so makan makan tunda laaa itu yang buat raya ke5 hari tu masa OTW balik dari kampung terus singgah 1 utama. 

Alhamdullilah perjalanan dari Parit Buntar ke KL tak jem and mendung jee sepanjang perjalanan. Kita org bertolak kul 10 pagi and sampai KL 2 petang.

Syukur masih diberi kesempatan untuk menjaga semua cinta hari , diberi kesihatan yang baik untuk terus memerihara kesemuanya ..amin amin ya rabbil alaamin.


Tuesday, May 29, 2018

Ya Allah… sesungguhnya kami sentiasa mengharapkan dan memohon padaMu, pada setiap masa dan setiap hari supaya:

·        Jadikan anak kami Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai anak yang beriman, taat kepada segala perintahmu dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

·         Jadikan anak kami NMuhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai pelajar yang percaya kepada kelebihan dan kebolehan yang telah Engkau berikan kepadanya.

·         Jadikan anak kami, Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai pelajar yang terbaik dan cemerlang di dalam semua mata pelajarannya dan seluruh bidang kehidupannya.

·         Jadikanlah anak kami Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen  anak yang taat dan sentiasa  menyayangi kedua ibu bapanya

·         Jadikanlah anak kami Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi dan sentiasa menghormati guru-gurunya.

·         Jadikanlah anak kami Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen sebagai  insan yang berjiwa besar, sebagai pemimpin bertaqwa di masa depan dan menjadi warganegara yang berguna.

·         Jauhkanlah daripada anak kami ,segala sifat malas, lemah, putus asa, lalai dan semua sifat negatif  dan keji, yang boleh merosakkan fikiran dan kehidupannya. Lindungailah anak kami daripada segala perangai buruk, perkara jahat dan maksiat, yang boleh membahayakan diri dan kehidupannya.

a Allah Ya Tuhan Kami

Kami juga memohon padaMu, supaya dimudahkan bagi anak-anak kami untuk mengingat dan memahami dan setiap ilmu pengetahuan yang dipelajari. Mudahkan baginya  memahami dan menjawab setiap soalan peperiksaan dengan hati yang tenang, yakin dan betul, sehingga mencapai hasil keputusan yang terbaik. Ya Allah, berikanlah pertolongan dan petunjuk supaya anak kami  Muhamad ZIkri Helmi,Nurulain Shahfiqah,Muhamad ZIdan Helmi Dan NurulIman Shazleen   boleh lulus dengan cemerlang dan mendapat semua A di dalam  setiap peperiksaan mereka sepanjang tempoh pembelajaran mereka Ya Allah.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan dosa anak-anak kami. Berikanlah kepada anak kami taufik dan hidayah supaya anak kami menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, jadikanlah kami orang yang bersabar dan tabah apabila menghadapi kesukaran dan kegagalan. Dan jadikanlah kami orang yang bersyukur , tawaduk dan taat kepadaMu apabila menerima kejayaan dan kekayaan.

Akhiri doa dengan selawat ke atas nabi.

Monday, May 28, 2018

Program Matrikulasi Professional Perakaunan (JPPro)


Alhamdullilah bermula laa peringkat seterusnya buat anak bujang ni ...Start 23-5-2018, 7 Ramadhan  dah mendaftar sebagai ahli Kolej Matrikulasi Selangor dengan jurusan JPPro.
JPPro ini adalah program pertama yang diperkenalkan tahun ini. Cawangan pertama yang menawarkan program ini ialah Kolej Matrikulasi Selangor. Program PERINTIS kirannya

Lepas tu bukan senang yeee walaupon dah ditawarkan still untuk 1st trial ni KKM hanya perlukan 50pelajar sahaja but itu pon pelajar kena menduduki ujian kelayakan Aptitud, sebelum diterima masuk ke program Perakaunan Profesional. 

GAGAL menepati minima markah ujian Aptitud, pelajar akan didaftar di bawah program Perakaunan. 

So lepas dengar taklimat Do & Don't, terus laaa ke ujian aptitud. Lepas tu keputusan esok sebab ada pulak interview, lepas interview baru tahu ..suspens ooo sebabnya anak bujang tu dari aliran sains dan dia dari sebelum SPM lagi dah berkicau nak tukar ke akaun ..alasan sebab tak minat sains...and dia ada aim dia sendiri so sebelum SPM aku biar kan jeeee sebab time ni result pon xtahu lagi kan ...

Alasan dia tak minat sains and nak capai something yang mencabar diri dia kira macam cita cita dia laaaaa so aku sebagai mak haruslah menyokong 201% !!! abis ceta

So bila keluar result aku discuss lagi sama ada betui kaa keputusan dia , tak mau sakgi separuh jalan give up memang nak kena ketuk kepala laaa ngan aku ...But dia tetap nekad padahal aku lagi suka kl dia buat sains acah acah boleh laa keluar nama Dr.Zikri haaaa hangan hangan mak mak gitu...siap bagi tau apa plan dia 1 tahun akan datang. and insyallah aku akan sentiasa menyokong and mendoakan dia..sama laaa mcam anak pompuan aku yang nak sangat jadi cikgu BI...aku tetap sokong lepas tu sesambil jadi cikgu nak jadi penulis...

Ok aku tahu laa aku minat baca novel so upanya menurun kat si ain pulak cumanya kau novel BM, dia novel BI ok laaaaaa...

Ok back tu ZIkri aku tetap sokong apa yang dia nak cukup laaa 17tahun dia dok dengar apa aku nak..soh belajar sampai pandai, exam nak kena dapat A semua subjek so now let him decide for his own. Aku selarikan ngan doa moga dia tetap berjaya walau apa pon..

Meh sini nak story pasal program Perakaunan Professional ni tahap Matrikulasi, dia bersamaan program CAT (Certified Accounting Technicians). CAT merupakan program Foundation, sebelum pelajar menyambung pengajian ACCA. Program Matrikulasi KPM Perakaunan Profesional hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja. Dan sejurus tamat program Perakaunan Profesional, terus menyambung pengajian ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) di UiTM sahaja. Tidak boleh masuk IPTA lain...so aku suka juga sebab dekat haaaaa..nampak sindrom mak mak lagi nak anak kepit celah ketiak jaaaaa tapi laki aku kata kl result gempak boleh sambung kt UK..haa part ni aku tak pasti lagi hee
Masa dengar taklimat 
Doa aku dia boleh catch up dengan life matriculation sebabnya cara kuliah memang laju seminggu boleh abis 3 bab sekaligus sama macam program asasi juga so memang sangat mencabar tak de masalaa nak layan world cup 2018 haaa (haa sebab tak cuti,kl cuti sure mereput depan Tv juga) sebab tu ramai panggil fast track sebab jangka masa belajar 10 bulan jee untuk subjek ni lepas tu sambung ke degree and kalau dah nama fast track so memang semua benda macam bullet trains sebab nak abis kan syllabus dalam masa 10 bulan ....haaaaa  ...kau hado..!!!
So now berulang laa aku dari Shah Alam ke Banting tiap kali Outing day ..semlm 1st time balik outing dari kul 8.00am - 10.00pm kl parents yang datang ambik, kalau sendiri sampai kul 7pm jeeee
so dapat lee berbuka sama semlm and lepas jee maghrib and kenyang perut terus keluar gi antar balik ....


Tuesday, May 22, 2018

TAHNIAH....SPM 2017

Salam Ramadhan ke 6

Pejam Celik , pejam celik esok anak bujang ni dah masuk Matrik pon di Banting..Alhamdullilah. Hasil penat lelah dia selama ini...Walaupon dah 2 bulan berlalu still terasa bangga dengan keputusan cemerlang anak bujang tu ..inshaallah akan terus maju dan maju and akan menjadi perangsang buat adik adik especially kakak yang akan menyusul tak lama lagi ...here SPM 2018....
Ceta 2017 dah habis...dup dap dup dap dah selesai..tahun ni pulak sakit jangtung lagi...

Tahniah warga MRSM ,Transkrian 
SPM 18 straight A
PT3 ..tak ingat
Ni masa Majlis Penghargaan  


2nd time pulak balik masa Majlis penghargaan ini...

Hari Bersejarah, bila anak bujang sulong memperolehi straight A+..alhamdullilah 

Haaa sebab masa tu aku memang jenis tak sabar bukan apa seriau ooo dup dap dup dap, kalah takut rasanya masa nak deliver dia pon tak nerbes sampai macam tu sekali.
Diam diam aku SMS online keputusan and jeng jeng.....straight A masa tu memang nak loncat kelangit tapi maintain relax jaaa..laki kat depan pon aku tak bagi tau ..S U P R I S E..!!!


Tengah muka senyum ambik result sebabnya masa nak ambil tu dia mai peluh aku dulu walaupon keputusan dia tak tau but aku terus cakap..U did it , abang...so dia dah tahu cuma gemilang,cemerlang or terbilang jaaa tak sure..haaaaa
and bila nama dia 1st dia announce memang dia senyum sampai ke langit laaaaa terus patah balik peluh aku yang kebetulan tengah berdiri kat situ....


So esok start lapor diri di Banting untuk course Account Professional, aim dia nak buat LCCA lepas ni ...Amean ibu ayah doakan yang terbaek buat semua anak anak ibu  

Thursday, January 11, 2018

Back to school

Yeah semangat bebudak nii nak gerak gi skool...haaaa seminggu dah kot baru gigih nak update pasal sekool. Alah sorang dah form 5, SPM tahun ni and sorang sikenit tuu darjah 3....so tentu tentu yang paling cerewet sapa lagi sikenit laaaaa.. dari start cuti sekolah sampai laaa nak buka sekolah kecoh jeeee 

Seminggu juga laa siabang tukang ambil and hantarkan. 
Sekolah SRA, semangat tu sampai awal. 

Wednesday, January 10, 2018

Us

The Best Breakfast, Village Park Uptown Damansara


Pembuka tirai 2018
Makanan saja.baru azam JOM KURUIH...acaner ni.
Nasi Impit Soto
Village Park Restaurant, Uptown Best Nasi Lemak memang terbaek igauan kot..haaaa tapi kali ini aku makan nasi dagang dengan ayam goreng dan sambal nasi lemak. Biar apa orang nak kata, pelik keetak pelik.janji aku soka...Dan ternyata memang marvellous. 
Padan laaa kedai ni setiap.hari memang full house, kalau ada nak dating sembng lelama sambil.makan sila sedar diri sebabnya ramai menunggu kerusi kosong, so jawabnya pegilaa dating kedai mamak wokey sebelum.kena halau.

Total.cost hari tu baru RM28. Nasi dagng RM 11 sebab gatai makn tak ikut SOP so.mahal.sikit kalau tak below 10ringgit and soto baru RM7.90, roti.bakar kalau tak silap RM3.90 kot..balance tu rega teh tarik and Chinese tea and air suam.