Tuesday, July 9, 2024

You, Yes it is Y O U !!!

Hidup kita sangat bertuah kalau kita jumpa seorang yang kita boleh kongsi semua perasaan, masalah, isi hati, cerita bagaimana hari seharian.

Tak perlu cerita yang berat sarat tentang dunia, kira-kira tetapi setiap cerita dari mulut kita tetap dianggap penting dan disambut sangat baik. 

Dia kenal kita luar dalam


pusing depan belakang sekalipun dia tahu kita bagaimana. 

Kadang kita tak perlu bukak mulut pun, dia tahu kita sedih atau gembira.

Dia tidak judge kita bilamana kita tidak berkelakuan sepatutnya. Dia sentiasa mendengar dan dia faham apa kita rasa. 

Tak kisahlah berapa ramai sahabat atau kenalan atau adik beradik atau sesiapa sahaja yang kita ada, cuma yang seorang inilah yang mampu faham dan hadam kita sepenuhnya. 

Bila awak jumpa, hargailah dan berdoalah agar jodoh dipanjangkan ke akhir usia. Biasanya orang sebegini akan hadir sekali sahaja dalam hidup kita. 

Takkan ada yang boleh sama seperti dia.


Monday, July 8, 2024

Alhamdulliah Jun 2024

Alhamdulillah untuk semua yang datang, alhamdulillah untuk semua yang pergi.

Tuhan tidak mengambil apa yang telah diberi. Dia cuma tukarkan dengan yang lebih indah.

Setiap yang kita hilang, akan ada ganti lebih baik Allah akan bagi.

Maka berdamailah dengan takdir.

When you forgive, you heal.
When you let go, you grow. 



Semasa Nabi Musa (as) dikejar tentera Firaun, Allah swt tak alihkan Laut Merah tu pun, tapi Allah swt buka laluan untuk Nabi Musa (as) menyeberang. 

Musa (as) tak tahu laut itu akan terbelah, tapi tetap yakin dan percaya ada jalan keluar dari Yang Maha Mengasihi. 

Maka tetaplah tenang dalam segala apa pun. 

He's always there for you.

♥️
Luv u smpi bila bila