Showing posts with label Bukit Kiara. Show all posts
Showing posts with label Bukit Kiara. Show all posts

Monday, November 11, 2019

Morning Walk - Bukit Kiara Trails Park


Gigih ni start November plan dari awal bulan lagi nak walking walking, jogging jogging, cycling cycling tapi tu laa cycling tu ada laa juga sesekali seround kat area rumah tapi itu laa nak start exercise yang lain tuu uadoi mak datuk payah benar nak panaskan enjin ni. 

Ada jeee kekwkn ajak gi GYM especially si Fira ni ajak teman kan gi Gym kat rumah dia..kawan duduk apartment confirm ada gym kan tp ikut laaa memasaing penyakit "M". Tahu tak apa tu "M" haaa M A L A S heee

So sebab kan tak lama lagi nak tak nak kena juga paksa diri start berwalking so tpt plg dekat ingat nak ke 3 Putri tapi SiYang pulak tengah sakit gigi tahap kronik so xcal laa plan. Kitaorg just ke Bukit Kiara Trails jeee itu pon semput kalalu selalu buat OK jeee makcik makcik relax jeee sbb tiap minggu naik turun macam kacang jeeee.




Muka muka baru turun, tempat ni memang selalu jeee jadi port kitaorg best oooo

 Tapi kali ini,part paling best part makan dari semalam Si Ina mengidam nak makan nasi kerabu so mengoggle laa kami mana yang best last last sekali sepakat nak try Restoran Kalate Original, Kota Damansara

Ada kerutup daging, kambing, Kari Ikan and ayam masak merah.
macam macam masakan kelantan ada...
overall SEDAP

Nasi Kerabu berlaukkan Ayam, plan nak makan dengan ikan goreng tepung tapi abis pulak..but lepas jee aku makan baru keluar tambahan ikan yang baru siap bergoreng panas panas lagi aduih haai best nyaaa....Aku memang kuat pedas so memang minta lebihkan sambal n budu laaaa. 

Abis jee makan ingat nak terus balik, biasalaa kan perut bila dah kekenyangan apalagi mata pon lunyai nak cari bantai je lagi. Tapi aku pulak gatal kaki selang 2 kedai dari restoran ni ada pulak restoran sebelah ni jual desert haaaaa demi terpandang jee lopes aduss terus ambik piring haaaa...xtahu laaa diet kemana apa kemana.
Lembut sangat, suka sangat
Ya Allah sedap sangat lembut, kelapa pulak masin masin manis
Bubur pulut Hitam, Bubur Nasi & Bubur Kacang Hijau

Wednesday, December 28, 2016

Jogging @ Bukit Kiara

Kepada yang tak pernah sampai sini, Bukit Kiara ni betul-betul belakang TTDI. Ada 2 port satu tu dibahagian bawah sikit haa situ ada tempat menan bagi kanak, ada juga kolan bole bagi ikan makan, best juga laaa tapi sebab kami nak jogging so keatas kita yaaa..aku 1st time juga ok (memanjang 1st kan) baru nak berjinak jinak dengan motto "biarla sihat" pelan pelan aktif tak laa terkejut sangat badan ni nak terima perubahan, dulu kat Miri memang aku rajin join gym ni but now balik sini dah jadi pemalas. Kalau jogging petang petang kat area rumah pon confirm lepas tuu ku lepak mamaks plak letih kena pulak ada laki yang baik hati siap ku tepon soh mai ambik lagi nak balik tak larat dah haaa...

lagi pon view perumahan tak syiok kan tu yang lemau jaa nak jogging petang petang.

So minggu lepas aktiviti seterusnya terjah bukit kiara.(memasing sebok dengan holiday maklumlah cuti panjang xmas kan) aku layan sihatkan badan.

Kepada yang tak pernah sampai sini, Bukit Kiara ni betul-betul belakang TTDI.

Memang ramai datang sini terutamanya hujung minggu. Hopefully tempat ni akan dipelihara sampai bila-bila. 2 hari berturut turun aku turun sini sabtu & ahad memang best..memula tuu penat juga but 2nd tu dah ok siap laju jeeee turun naik bukit.

Taman ini mempunyai beberapa laluan - laluan basikal, laluan hikers dan laluan jalan tar bagi pejalan kaki dan pelari. Tak ramai tahu kat situ boleh hiking. Track situ majoritinya yang berbasikal mountain bike je banyak dalam tu. laluan hutan pon bole guna tapi itu laaa sebab kami tak berani sangat sebabnya tak banyak tunjuk arah, mak takut sesat nanti naya jaaa !! 

So kami guna jaa jalan bertar , tempat pon cantik. Lagi satu hal, masa aku hike bukit tu. Aku takde prepare apa2 benda pun. Jenis main redah juga sebab asalnya nak jogging je kat situ. Sekali tengok track dia mencabar juga nak mendaki dengan 45degree..longgaq gak laa kepala lutut ni.Trail menaik 45 degree, menurun sedikit dan seterusnya menaik sehinggalah sampai di bulatan yang besar, lepas tu ada 3 cabang terus, kiri & kanan...untuk 2 hari ni kami terus jee and keluar dilaluan kiri nanti(jumpa balik bulatan besar)...Peerhhhhh mencabar tapi best badan rasa ringan jaaa.

Abis jaa joging memasing kebuluq...aku pulak memang tak makan malam so bfast menang kena heavy!!
nasi dagang at binjai - sedap