ll Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ll
Tanggal 17 Disember 2006 pada jam 6.00 am
Tanggal 17 Disember 2006 pada jam 6.00 am
Allah Swt telah memanggil seorang lagi hambaNya pulang ke RahmatNya..
HAJI SUDIN BIN IBRAHIM
4 tahun masa berlalu, Perginya takkan kembali, seorang abah yang terlebih dahulu meninggalkan dunia yang fana ini, seorang abah yang amat dirindui belaiannya tika ingin bermanja, tawanya dikala kegembiraan, gurauannya yang seringkali menjadi pemujuk duka.
Buat teman-teman diluar sana yang masih boleh merasai nikmat hadirnya kasih sayang seorang ayah,abah,daddy... bersyukurlah anda.. hargailah mereka seperti anda menyayangi diri anda sendiri.., dan menyayangi mereka lebih daripada anda menyayangi diri sendiri.. itu lebih baik..
seringkali kita tidak menghargai orang yang kita sayangi apabila mereka berada didepan mata..
benar, hanya selepas kita merasai kehilangan mereka, barulah kita sedari betapa bermaknanya
dan mendalamnya kasih sayang kita terhadap mereka..
alfatihah moga rohnya di cucuri rahmat...
ReplyDelete<@e_da> Thanks...Alfatihah
ReplyDelete