Tuesday, December 31, 2019

Plaza Low Yat - PS4

janji di capati haaaa, tu dia anak bujang ni apa lagi dapat je result terus ajak aku cari gift idaman dia...nasib laa kebetulan masa tu aku 1/2 day jee so petang laa jawab nya. Memula kami ke ICity Mall saja ajak dia survey tengok harga mana laa tau sale gila gila  macam boxing day tu heee (hado kaaaa) siap aku pesan kita survey dulu then xmas baru survey kat Low Yat bukat comparison price ..haa nampak mak mak sangat kan mana leh terus nak rembat jaaa.. 

Ni laa hasilnya - last last beli di Lo Yat juga sebabnya dapat laa murah sikit and satu lagi kena tanya warranty under mesia or singapore.(Singapore leh dpaat murah lagi sikit-sikit laa) sbb brand sony ni mana turun rega.

Happy Face - my harta pinjaman

Abang and adik adiknya


UMRAH 2019 : DAY 3 - Ziarah Tambahan Madinah


Meh sambung balik sebelum kelupaan dan sebelum penyakit malas mai, alhamdulillah diberi kesempatan menunaikan umrah bersama dengan keluarga serta saudara yang lain.. 

Satu perasaan yang sangat teruja sebab memang dah lama teringin nak pergi cuma keadaan dan kewangan yang tidak mengizinkan. Lepas tu bila dah ada peluang macam tak berapa yakin nak pi, iskkk macam mamcam kan lelama bila pikir balik okey ALLAH dah jemput suruh pi juga baru laa aku siap kan sikit sikit keperluan, Kemudian pula ramai yang share pengalaman pergi umrah lagilah bertambah teruja nak pergi menunaikan umrah. berSYUKUR YES sangat sangat berSYUKUR.

Day 3, lepas je breakfast ada ceramah dan bacaan yasin serta tahlil untuk semua grp andalusia di hotel sebelah. Selepas zohor pulak diadakan ziarah tambahan pada yang ingin ikut serta dengan tambang seorang 60 riyad.













Masjid tanpa bumbung di Madinah. Masjid Musobah. Tempat Rasulullah sujud lama setelah turun nya wahyu dari ALLAH- sesiapa yang selawat  sekali kepada Rasullulah, ALLAH akan berselawat 10kali kepadanya. Rasulullah juga selalu singgah lepas turun dari Jabal Ainr








Sebabkan cuaca panas terik hari tu banyak tempat yang kami lalu jeee, sebabnya ramai makcik makcik tak mau turun kesian pulak kan tapi best juga laa sebab pusing pusing tengok area madinah kawasan tanah perkuburan dan sebagainya.

Balik jeee nak masuk asar, so apa lagi siap siap and terus kebulur cari makan..best oo ayam kat sana sedap sangat


Monday, December 30, 2019

Mee Udang Ban Pecah - Parit 30

Haluuuuuu....Asalnya memang aku tak ada rancangan nak pergi ke Ban Pecah. Niat awal nak terus balik KL jaaaa and dah pesan siap siap kat anak dara lunch kt RnR mana mana jee ..alih alih kawan si leed yang tumpang bg tahu montel and lambut nak lunch area ban pecah - mee udanh ...so here we are.

Sementara menunggu makanan sempat laa aku snap gambar gambar bot ni  and yang bestnya sempat laa lambut and montel beli ketam fresh fresh ngan ikan senangin mak ooo besar kot tapi yang bestnya MURAH gila. Ketam baru sekilo RM20 nala punya besar ..dapat laa habuan dalam 7 ekor...perh aku tak membeli sebabnya malas nak pikir nak letak dlam mana nanti...tp sampai setgh jalan baru teringat siZidane pernah pesan suruh beli ketam huwahhhh nyesal gue !!

Ni buka petime aku singgah makan...berkali dan berkali ..almakhlum laa aku kan orang utaqa -PArit Buntar memang dekat laa sangat so bila dah org KeleL (KL) nak mai rasa aku layan kan jeeeee

nak bagi rating Entah tapi memang sedap- kuah ada manis rasa udang..kalau biasa baru RM5, special RM10 bezanya special udang berlambak.








Saturday, December 21, 2019

UMRAH 2019 : DAY 2 - Ziarah Madinah - Masjid Nabawi - Raudah

Jumaat 29/11/2019 : Syukur Alhamdulillah... finally berjaya juga aku menjejakan kaki ke Masjid Nabawi. Terasa suasana nikmatnya dapat beribadat didalam Masjid yang letaknya makam Junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW. 

Jarak hotel kami memang dekat sangat dengan pintu masuk ke Masjid Nabawi and betul-betul terus ke Pintu masuk 25 untuk jemaah wanita. Sekarang kat Madinah musim sejuk, so, kalau nampak panas pun still udara dia sejuk. Jalan waktu subuh memang berangin sangat, kiri kanan berduyun umat berjalan...takut.!! alhamdullilah tek pernah terlintas perasan tu bila berada di sini... Yang ada nak menjalankan perintahnya. Duniawi secara tak langsung tolak tepi. 

 Peluang hadir awal untuk solat subuh kami manfaatkan dengan solat Tahajjud, Taubat, Hajat, Witir & membaca Al-Quran. Ketenangan fikiran, hati & perasaan amat dirasai ketika itu. Suboh pertama di Masjid Nabawi memberi kedamaian yang luar biasa. 

 Damai dan cantik sangat payung payung ni 

seronok tengok suasana macam ni.


Lepas solat subuh kami ber3 (aku,kaksal & nini) balik dulu untuk sarapan dan kemudian berjalan balik untuk mengikuti rombongan ustazah Noor untuk bersama-sama masuk ke dalam Raudah dan menziarah makam.

Bagaimanapun, kunjungan jemaah wanita ke Raudah dan makam masih mengikut jadual yang ditetapkan dan sama seperti sekarang iaitu dari jam 7 pagi hingga 11 pagi, 1 tengah hari hingga 3 petang dan 9 malam hingga 12 tengah malam. 





Kubah Hijau 



 Tengan Ikut giliran nak masuk Raudah

 Di permaidani hijau lembut adalah kawasan Raudah. Doalah di situ nanti. Insha Allah makbul, - baru keluar dari kawasan raudah apabila diminta oleh pegawai polis sebabnya diaorg nak buat persiapan untuk solat Jumaat pulak

Ya allah syukur sangat dan serius air mata memang tak henti mengalir sebak sangat.


Kami dapat masuk setelah hampir 40 min menunggu. Ya Allah, sungguh mencabar nak memasuki taman syurgaMU
Raudhah

Raudhah bermaksud Taman. Merupakan satu tempat mulia di dalam masjid Nabawi. Ia adalah satu ruang di antara rumah Isteri Rasulullah, Siti Aishah & Saudah dengan mimbar beliau. Di sinilah tempat pertama kali unta Nabi berhenti & di sini juga disifatkan oleh Nabi SAW sebagai taman daripada taman-taman syurga. Salah satu tempat dimakbulkan doa. Bila kita memasuki Masjid Nabawi, kita akan bertemu dengan karpet berwarna merah terlebih dahulu. Teruskan pencarian sehingga kita bertemu dengan karpet berwarna krim kehijaun. Itulah Raudah. 


Hakikatnya, kesedihan dan perasaan hiba itu datang secara tiba-tiba sejurus menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan tatkala doa dilafazkan, kesedihan yang masih bertakhta di sanubari itu mengundang deraian air mata.

Pengalaman pertama menziarahi junjungan mulia tidak dapat dilupakan dan terus segar dalam ingatan. Kunjungan pertama itu menguatkan semangatku untuk terus menziarahi makam Rasulullah ins sha allah kali ni dengan anak anak pulak... Ya allah kau luaskan lah rezeki kami sekeluarga agar dapat kesana lagi.

sangat sangat cantik. Ya allah kau izinkan la aku untuk kensana lagi ...Baru 2minggu balik dah terasa kerinduannya

Lepas keluar dari Raudah kami terus kearea solat wanita, kebetulan masa tu dah nak masuk 12pm sesambil menunggu waktu zohor sempat laa kami buat solat hajat,taubah dan mengaji. 

Ruang solat lelaki dan wanita dipisahkan. Ada pintu-pintu khusus yang disediakan bagi kegunaan jemaah wanita, selalunya kami akan msuk melalui pintu 25 berjalan terus dari hotel. Dan aku pulak selalunya dengan kakak ipar dan anak buah je tak berjanji pun dengan laki memasing pergi dan balik sendiri. Jumpa time makan jee.

 Ketika kami berada di sana, jemaah kurang ramai berada di Madinah kerana ketika itu luar waktu puncak. Banyak dan sentiasa terdapat ruang kosong untuk bersolat di masjid ini, walaupun kita tiba ketika hampir nak masuk waktu solat. Tapi mashyallah bila tibanya waktu puncak seronok tengok bila mana shaf shaf bersolat penuh dengan deretan umat-umat rasulullah.


Waktu solat dan makan yang sempat aku snap depan hotel . Lupa pulak nak snap bilik hotel 

Friday, December 20, 2019

PT3 2019 : CONGRAT ANAK

Alhamdullilah, budak ni memang banyak main tapi itulah kekadang rezeki memansing tu memang susah nak diramal. Dari pemerhatian aku dia memang bukan kearah akedemik tapi lebih ke kemahiran itu yang bila dia pegi interview untuk MRSM dia dah bagitahu 50-50 heee mula laa keluar math susah laaa apa laaaa...padahal tu alasan jeeee, and as ibu to him aku tak minta lebih pon as long as berjaya ada masa depan dah alhamdullilah tak payah nak bandingkan antara abang dan kakak sebabnya memasing ada kelebihan sendiri.. As anak no 3 dia memang antara fav aku sebabnya dia pandai pujuk aku and pandai kemas rumah serius part mengemas dia memang TERBAIK kalah aku ibu dia ni kl mengemas....

Tunggu giliran, tu pon kawan kamcheng kawan lepak, kawan tuisyen NIK ADAM
dea boleh menyenggeh padahal mak mak memasing dah suspens!!

Masa turn dia , perhhh tengok gaya sikakak memang seram ni kalau tak sangkut A mau kakak soh balik jalan kaki heee...tapi alhamdullilah kami semua tau kemampuan dia wp kaki main , kaki bola, last minute study dia tak pernah mengecewakan !!

Suspens oooo bukan suspens nak tunggu result suspens tengok si kakak...dia dah laa sejenis yang garang..anak paling garang so paham paham jaa laaaaa...nasib siabang keja (part time and gain knowledge and experience for ACCA) kalau tidak lagi naya.


kalau dah muka macam ni so result pon  apa lagi ...siap ajak aku gi beli PS4...
hai laa anak nak beli pon seram takut nnt SPM la susah....
Aku tak janji pon tapi tu laa syarat kl straight A minta laa apa sajaaaa.....tak terpikir pulak dia nak minta PS4  huwahhhhhh....muka laki dah ketat!!! kakak dok gula gula soh minta ipone, dia xmau katanya dah ada huawei so pakai jeee....si kakak siap bg list laaa macbook laa apa laaaa tu macam nampak gaya wish list dia jaa bukan si adik !!

proud of U 
Untuk dia impian aku next year nak tolak dia ke Teknik, minta laa dimakbulkan impian aku ni sebabnya dia memang arah ke kemahiran.

Sayang u anak