Tuesday, December 31, 2019

UMRAH 2019 : DAY 3 - Ziarah Tambahan Madinah


Meh sambung balik sebelum kelupaan dan sebelum penyakit malas mai, alhamdulillah diberi kesempatan menunaikan umrah bersama dengan keluarga serta saudara yang lain.. 

Satu perasaan yang sangat teruja sebab memang dah lama teringin nak pergi cuma keadaan dan kewangan yang tidak mengizinkan. Lepas tu bila dah ada peluang macam tak berapa yakin nak pi, iskkk macam mamcam kan lelama bila pikir balik okey ALLAH dah jemput suruh pi juga baru laa aku siap kan sikit sikit keperluan, Kemudian pula ramai yang share pengalaman pergi umrah lagilah bertambah teruja nak pergi menunaikan umrah. berSYUKUR YES sangat sangat berSYUKUR.

Day 3, lepas je breakfast ada ceramah dan bacaan yasin serta tahlil untuk semua grp andalusia di hotel sebelah. Selepas zohor pulak diadakan ziarah tambahan pada yang ingin ikut serta dengan tambang seorang 60 riyad.













Masjid tanpa bumbung di Madinah. Masjid Musobah. Tempat Rasulullah sujud lama setelah turun nya wahyu dari ALLAH- sesiapa yang selawat  sekali kepada Rasullulah, ALLAH akan berselawat 10kali kepadanya. Rasulullah juga selalu singgah lepas turun dari Jabal Ainr








Sebabkan cuaca panas terik hari tu banyak tempat yang kami lalu jeee, sebabnya ramai makcik makcik tak mau turun kesian pulak kan tapi best juga laa sebab pusing pusing tengok area madinah kawasan tanah perkuburan dan sebagainya.

Balik jeee nak masuk asar, so apa lagi siap siap and terus kebulur cari makan..best oo ayam kat sana sedap sangat


No comments:

Post a Comment