Jumaat 29/11/2019 : Syukur Alhamdulillah... finally berjaya juga aku menjejakan kaki ke Masjid Nabawi. Terasa suasana nikmatnya dapat beribadat didalam Masjid yang letaknya makam Junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW.
Jarak hotel kami memang dekat sangat dengan pintu masuk ke Masjid Nabawi and betul-betul terus ke Pintu masuk 25 untuk jemaah wanita. Sekarang kat Madinah musim sejuk, so, kalau nampak panas pun still udara dia sejuk. Jalan waktu subuh memang berangin sangat, kiri kanan berduyun umat berjalan...takut.!! alhamdullilah tek pernah terlintas perasan tu bila berada di sini... Yang ada nak menjalankan perintahnya. Duniawi secara tak langsung tolak tepi.
Peluang hadir awal untuk solat subuh kami manfaatkan dengan solat Tahajjud, Taubat, Hajat, Witir & membaca Al-Quran. Ketenangan fikiran, hati & perasaan amat dirasai ketika itu. Suboh pertama di Masjid Nabawi memberi kedamaian yang luar biasa.
Damai dan cantik sangat payung payung ni
seronok tengok suasana macam ni.
Lepas solat subuh kami ber3 (aku,kaksal & nini) balik dulu untuk sarapan dan kemudian berjalan balik untuk mengikuti rombongan ustazah Noor untuk bersama-sama masuk ke dalam Raudah dan menziarah makam.
Bagaimanapun, kunjungan jemaah wanita ke Raudah dan makam masih mengikut jadual yang ditetapkan dan sama seperti sekarang iaitu dari jam 7 pagi hingga 11 pagi, 1 tengah hari hingga 3 petang dan 9 malam hingga 12 tengah malam.
Kubah Hijau
Tengan Ikut giliran nak masuk Raudah
Di permaidani hijau lembut adalah kawasan Raudah. Doalah di situ nanti. Insha Allah makbul, - baru keluar dari kawasan raudah apabila diminta oleh pegawai polis sebabnya diaorg nak buat persiapan untuk solat Jumaat pulak
Ya allah syukur sangat dan serius air mata memang tak henti mengalir sebak sangat.
Kami dapat masuk setelah hampir 40 min menunggu. Ya Allah, sungguh mencabar nak memasuki taman syurgaMU
Raudhah
Raudhah bermaksud Taman. Merupakan satu tempat mulia di dalam masjid Nabawi. Ia adalah satu ruang di antara rumah Isteri Rasulullah, Siti Aishah & Saudah dengan mimbar beliau. Di sinilah tempat pertama kali unta Nabi berhenti & di sini juga disifatkan oleh Nabi SAW sebagai taman daripada taman-taman syurga. Salah satu tempat dimakbulkan doa. Bila kita memasuki Masjid Nabawi, kita akan bertemu dengan karpet berwarna merah terlebih dahulu. Teruskan pencarian sehingga kita bertemu dengan karpet berwarna krim kehijaun. Itulah Raudah.
Hakikatnya, kesedihan dan perasaan hiba itu datang secara tiba-tiba sejurus menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan tatkala doa dilafazkan, kesedihan yang masih bertakhta di sanubari itu mengundang deraian air mata.
Pengalaman pertama menziarahi junjungan mulia tidak dapat dilupakan dan terus segar dalam ingatan. Kunjungan pertama itu menguatkan semangatku untuk terus menziarahi makam Rasulullah ins sha allah kali ni dengan anak anak pulak... Ya allah kau luaskan lah rezeki kami sekeluarga agar dapat kesana lagi.
sangat sangat cantik. Ya allah kau izinkan la aku untuk kensana lagi ...Baru 2minggu balik dah terasa kerinduannya
Lepas keluar dari Raudah kami terus kearea solat wanita, kebetulan masa tu dah nak masuk 12pm sesambil menunggu waktu zohor sempat laa kami buat solat hajat,taubah dan mengaji.
Ruang solat lelaki dan wanita dipisahkan. Ada pintu-pintu khusus yang disediakan bagi kegunaan jemaah wanita, selalunya kami akan msuk melalui pintu 25 berjalan terus dari hotel. Dan aku pulak selalunya dengan kakak ipar dan anak buah je tak berjanji pun dengan laki memasing pergi dan balik sendiri. Jumpa time makan jee.
Ketika kami berada di sana, jemaah kurang ramai berada di Madinah kerana ketika itu luar waktu puncak. Banyak dan sentiasa terdapat ruang kosong untuk bersolat di masjid ini, walaupun kita tiba ketika hampir nak masuk waktu solat. Tapi mashyallah bila tibanya waktu puncak seronok tengok bila mana shaf shaf bersolat penuh dengan deretan umat-umat rasulullah.
Waktu solat dan makan yang sempat aku snap depan hotel . Lupa pulak nak snap bilik hotel