Showing posts with label Makan-Makan;. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan;. Show all posts

Sunday, November 6, 2016

Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau Sedap!


Mee Udang Biasa RM4.90 sahaja..

 Masa kitaorang sampai cuaca memang tengah mendung, musim musim hujan sekarang ni, masa sampai orang tengah ramai tapi servis dia cepat, order sotong goreng pon cepat jaa sampai. Tak payah tunggu lama-lama. Dalam 15-20 minit je order dah sampai. Kitorang order Mee Udang biasa, itu pon idang dah berlambak. Nak mengopek laapulak satu hal heeee.. Mee Ketam masa tu dah habis. Uish! Rugi je. Katanya kalau nak merasa mee ketam harus laaa terpacak awal yee kat situ dalam 3pm gitu kalau tak memang kempunan laaaa..Me Ketam memang laku stok..heee
Sotong Goreng Pedas RM16.00 memang sedap walaupon dah sejuk tepung dia tetap garing lagi
Cuaca yang mendung padahal baru kul 5pm
Awan berarak nak hujan..memang pon lepas tuu memang lebat sangat .
Chicken Chop RM7.90

Sunday, August 14, 2016

Girlfrend day Out, The Curve

Cerita semalam di the curve, ni semua kekawan dari sekolah rendah, menangah,masuk keluar U, kawin sampai le kehari ini..kawan lompat pagar sekolah dulu...alhamdullilah.

Dari petang sampai malam..siap beralih tempat lagi lepas maghrib tuu duduk maka nroti bakar pulak di teh tarik place, itu yang bertembung dengan pekin..heeee..rendah jee rupannya..

Sunday, April 24, 2016

POLPERRO STEAKHOUSE, Sek 13

Minggu lepas balik dari hantar anak buah diBangi, siIman pulak nak makan chicken chop.... terus singgah dinner kat POLPERRO STEAKHOUSE, kiranya 2nd time try..Masa memula tuu orang tak ramai sangat mungkin sebab baru jee buka kan....but 2nd pegi menang full house harus kena tunggu meja kosong...

happy face
Satu order Golden Mushroom Chicken Rice.. gambar memula sampai tak sempat nak snap sebab kalut duk makan, ah makan separuh baru teringat heeeee tapi lebih kurang je dengan blackpepper chicken ni cuma tukar sauce dia je.

Yang frustnya hubby order lamd sampai kesudah tak sampai sampai..geram pon ada upanya masa check kat kaunter waiter tu tak tulis rupanya...hisssss mula laaa hubby buat muka..haaa haaaaa...

Wednesday, September 23, 2015

Laksa Johor awesome

Alhamdulilah cubaan kali ke2 berjaya, teringin unya pasa gigih aku skodeng resepi dari blog masam manis...thanks sis...

Wednesday, July 16, 2014

Digoda, dan tergoda

Cium bau pon aku dah tergoda, tambah kalau digoreng menang tak tertahan nafsu aku...Nak goda aku senang jaaaa pi beli cempedakkaaa, nangka kaaaa tak pon durian..cukup laaa 3 buah nii haaa memang tak payah jeling jeling...tak sempat pegang pegang memang wajib aku yang mulakan langkak TERKAM dulu..

Dari kecil sampailaaa nak masuk separuh abab nii..aku memang pantang tengok, pernah arwah abah satu malam tuu baru balik dari mana entah bawa balik cempedak..arwahmak konon konon nak goreng besok pagi tuuu haaaa tak payah setengah jam jaa bertahan...aku pegi dapur potong separuh makan mentah mentah...perhhh sedap seh and alhamdullilah tiap kali aku menghadap buah buah berangin nii aku jarang nak kembung perot..

Masa-masa baru kawin laki aku bising juga bila tengah tengah malam sanggup goreng, kes tak kira siang malam dah...siap gaduh gaduh laa juga takut bini dia menyusahkan dia tengah tengah malam sakit perut....sekali tu masa balik kampung aku kat Parit Buntar tengok arwah abah layan aku baik punya...time mengidam sanggup arwah abah kayuh basikal pi cari kat pasar malam....Laki aku??? !! bukan dia tak layan...bini dia yang malas nak layan sebab tiap kali balik memang arwah abah laa aku cari...(aku memang manja ngan arwah..anak bongsu laa kan,ngan arwah mak manja juga tapi bila kena time aku mengedik nak manja manja laju mak aku piat telinga aku...terus tak jadi larikkkkk)

Now alhamdullilah and syukuran laki aku memang awesome layan baik punya..memalam ajak cari derian pon ok...pesan beli buah sakgi dia bawa balik cempedak....last week pon cempedak juga...this week pon sama....terbaik laaaa

Lepas tarawih jaaaa aku terus goreng memang tak menyempat dah....tak tahan ooo nafsu bau dia semerbak satu umah...



Layan mentah mentah juga

awesome buah pon best

Besaq juga laa laki aku beli kat Emart tadi 
RM30 tuu dah potong separuh untuk besok pulak

Sedap aku tambah tepung tempura kasi garing




Menu sampingan untuk berbuka memandangkan isi perut rumah aku yang kecil kecil tak berapa gemar makan nasi...azan jaaa minum air, makan mee kaaa , kew tiaw kaa,apa saja selain nasi
lepas maghrib baru makan nasi itu pon laki aku sorang jaaaa...kids memag tak gemar but kalau sizIkri ada memang nasi jaa dia layan
Mee Hailam

Resepi aku google jaaa 

Tuesday, July 15, 2014

Kuih lapis


Resepi ini aku dapat petang semalam dari group watsapp kekawan, bila tengok cantik jaaa terus aim nak buat untuk berbuka...cam biasa aku memang malas nak keluar bila dah sampai rumah. Nak apa apa aku just watsapp laki aku soh beli....Kat sini menang semangat MERUDUM  nak ke pasar juadah...aku bukan belagak tapi memang tak kena dengan selera utara aku....entah laaaa...

Jom layan resepi.


Kuih lapis
----------
Bahan-bahan :

 - 1 cawan tepung gandum 
- 1/2 cawan tepung beras 
- 1 3/4 cawan gula (kurangkan manis jika perlu)
- 4 cawan santan (kalau santan kotak guna 2 cawan santan + 2cawan air)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil minyak
- sedikit pewarna (apa jua warna)

Cara-cara :

  • Campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna dan blendkan supaya semua sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 2 adunan.Letak pewarna berbeza pada setiap bekas.
  • Untuk memudahkan kuih ini dikeluarkan bila masak,letakkan plastik di dalam loyang.
  • Letak adunan dalam loyang dan kukus selama 10minit.
  • Dan seterusnya letak adunan lain.Kukus selama 3-5minit.Buat sampai adunan habis.
  • Lapisan terakhir kukus selama 20minit untuk semua adunan masak.
  • Tunggu kuih sejuk dulu baru potong.Jika tidak bila potong kuih jadi tak cantik
##gn jadi cam anak dara aku tak menyempat....##



#tak cantik...baru jee aku keluarkan dari bekas kukusan, sementara nak tunggu sejuk aku mandi,solat lepas tuu lepak jap sesambil baca novel acik lana * akad ku yang terakhir*.

10 min nak berbuka aku tengok kuih lapis dah terhidang atas meja, tak menyempat anak dara aku potong ..panas panas lembek nampaknya..!!!


Friday, July 11, 2014

Juadah berbuka sebelum dan seterusnya

Menu hari ini simple simple, nasib aku diMiri kiranya berjaya juga laa hingga kehari ini aku belum lagi bernafsu nak terjah mana mana bazar ramadhan. Yalah asal balik dari kelas baru kul 2.30pm kekadang kul 3pm time ni kalau ke bazar pon alamat aku join tolong peniaga buka gerai,lepas tuu dah sampai rumah bersilat kat dapur terus malas nak keluar..last lastnya telan laaa apa jeee.

Tapi kalau aku di Shah Alam time balik keja tentu tentu aku laa pelanggan kat restoranTTdI Jaya, (lupa nama restaurant) depan makbuk restaurant, sebelah pertol station tuuu.

Kuih muih aku dah ready awal awal ....FOOD FROZEN-bekalan bulan puasa (baca entry ni ).

Memula cadang nak buat nasi lemak dah siap sambal ikan bilis, tapi bila godek fride nampak udang terus laaaa jadi masak lemak cili api,ayam grill dengan tenggiri masak asam.

Rajin pulak aku buat bubur jagung, lepas tuu sishazllen minta pulak suruh goreng mee..!!!


Ayam Grill
marinated dengan sos black paper,gula,madu,cili sos and tomato sos

Tenggiri masak asam
suku jaaasebabnya karang tak habis, budak budak lagi suka layan goreng goreng or kuih muih masa berbuka

sambal ikan bilis
dari menu nasi lemak terus tukar nasi putih


Desert bubur Jagung
(terlajak manis sikit)

Tembikal Laici tanpa ais, sejukkan awal awal dalam fridge
habuan kids, diaorg nii berbuih mulut suruh minum minuman panas dulu, memula jaa layan lepas tuuu aku tak nampak dibalunnya ais juga.
sebab tu aku sejukkan awal awal tanpa ais.


aku dengan hubby prefer minuman panas, hari hari mesti layan teh panas dan aku lagi suka minum PERLA COFFEE setiap kali berbuka...S E D A P

Ini pulak menu last week
Sambal kicap
Sotong tepung
Sup Tulang
Bihun Goreng

Menu last week juga
Ikan terubuk bakar dan air asam

Selamat bertarawih

Sunday, July 6, 2014

Resepi Steamboat

Memula bawa ain & zidane makan steamboat area Damansara, terus budak dua orang ni jatuh chinta...sesekali sure ajak aku bersteamboat. Tup tup semalam memasing request nak makan steamboat waktu berbuka...mak aiiii makan pedas pedas tak sakit perot kaaaaa...!!!

Steamboat steamboat juga,nasi lauk pauk nak kena masak juga sebabnya laki aku layan nasi gak..buat laa mee kaaa,bihun kaaa...lepas solat sure nak hadap nasi gak....

Nasib steamboat nii senang jeee nakmakan baru rebus, kuah alah alah tomyam

Aku masak juga rice cooker jeee, tak ada laaaa periuk steamboat yang ada 2 pembahagi tuuu payah benar nak mencarinya...selalu jumpa kat supermarket atau mall yang jenis masak sejenis kuah tuuu ....tak best....!!!

bahan bahan
beli yang dalam paket steamboat semua bahan dah tersedia...kalau nak beli asing asing pon ok juga
tapi setakat kami anak beranak nak pulun beli 2 paket dah selesai.

Sos Steamboat ala2 johnny's

6 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
3 sudu besar sos ikan*

3 sudu besar minyak bijan*
1/4 cawan cuka*
1/3 cawan kuah air tp aku guna kuah tomyam*
Garam & gula secukupnya*
1 sudu oren sunquick*

Cara:
Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati. Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat. Sejukkan. Bila nak hidang masukkan bijan & daun ketumbar. —

Sunquick tuu yang membuatkan sos terangkat..ada rasa masam manis...!!!

Steamboat nii kalau sambal sedap memang berulang 2 3 kali gak tambahnya....

Kiranya 2nd time dah aku buat buat sos alah alah sijohnny and hasilnya memang sungguh puas hati




Last sekali apa lg.. main celur2 le kitorang.. part ni mmg best.. mkn panas2.. mmg cepat mengenyangkan tp cepat lapar balik.. hahahha.. perut aku la kan.. tak tau le perut org lain camne lak.. kekkeke sebabnya sambil tengok bola semalam aku layan lagi semangkuk.