Showing posts with label My dapur; masak-masak;. Show all posts
Showing posts with label My dapur; masak-masak;. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

Serimuka so sedap & Senang

Angaran mengacau bahan 30min..kan senang tu (dengan syarat semua barang adunan ada laaa tau) jangan pulak baru nak kukuq kelapa, baru nak blend daun pandan heee angaran masa tuu ssebabnya aku guna santan kotak, kaler hijau pulak aku guna peewarna hijau yang wangi tuu so memang senang sangat laa kannn, lama dah teringin sangat nak makan serimuka niii..aku selalu rajin nak try & error so banyak laa juga resepi yang dah pernah try dlam FB semua laaa...tapi resepi i paing senang and menjadi rupa parasnya..tak lembek / lembut bahagian atas dia...just nice bila potong.

Tak pecaya nanti tengok gambar bawah bila dah sejuk aku potong...cantik kejadiannya.


Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah Seri Muka
400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam) # tak rendam pon sebabnya aku guna pulut susu & masak menggunakkan periuk Noxxa - hp 4 minit,steam 1 minit..leps tuu biar jaa kat dalam tuuu lagi 5 minit.
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut) # santan kotak jaaa
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah
1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
3) Sebelum itu, sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
5) Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
6) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
7) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
8) Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
9) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
10) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka
2 cawan santan pekat # santan kotak 200ml - 2 kotak
150 mL air + 4 helai daun pandan # pewarna segera yg ada bau pandan jaaaa 
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas
1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
# adunan ni bila dah disatukan, aku masak sekejap bagi wap wap sikit baru tapis 



cantik jaa kejadiannya

Sunday, August 14, 2016

Jalan Jalan Makan Durian

Throwback 2 minggu lepas...bila time ada mood berderet aku update bila tak ada mood langsung masuk draft jaaa..haaaa Ni ceta masa pegi rumah kakak aku aritu, si iman tertiba nak swimming katanya sampai sanggup basuh kasut sendiri,kemas baju apa jaa aku minta tolong sanggup buat..nampak sangat membodek pandai tapi itu laa dengan syarat bawa di swimming bosan katanya sebab si Kakak & abgchik tak mau main, memasing sebok nak exam.

Kakak aku duduk apartment kat ampang so senang laa sentiasa bole terjun tiruk kt situ...bila semua kanak kanak bawah umur terjun mak mak apa lagi time tuu laaa panjang langkah itu yang sampai mencari durian kat area pandan indah ..alahh berlungguk juai tepi tepi jalan...ada mahai ada murah.
Tapi susah juga nak cari durian kampung, area situ banyak musang king,D24 tak apa nama lagi laaaa tapi boleh layan kalau memang dah jenis hantu durian telan jaaaaa..
My sister, kecil jaaa dalam family aku dengn arwah abg sulong jaa jenis tinggi
Abaikan muka sememeh aku tuu, siap ada balance durian lagi baawa balik..haa siap plan nak buat kuah durian pulak.
Siap kuah durian cecah roti untuk breakfast

Friday, July 29, 2016

Birthday Gathering kecil2an

Throwback birthday gatherig buat si Iman Shahzeleen ni, baca sini yourday NURULIMANSHAHZELEEN. Dah 7 tahun pon budak kenit ni rasanya baru lagi  aku bersalin kan dia heee....

Dah nama pon budak kan..sebulan sebelum pon dah terexcited, hari hari tanya bia besday dia? berapa hari lagi? Jenuh ooo nak layan siap macam macam plan nak buat kat sekolah laa apa laaaa..bagi aku lagi senang kalau buat kat sekolah masa rehat just belikan kek sebiji, goodies pack & served food sikit.

Tapi itu laa kita just plan yang tentukan nun kat atas sana iya dak...kebetulan masa besday dia ada pulak ujian tropika, macam tak best pulak nak ganggu budak budak tuu walaupon time rest kan..

Nak jadi cerita kawan aku request coq udang & nak datang beraya, itu yang decide malam 27hb just buat simple makan malam, budak budak nak happy jee kannnn sementara kecil lagi ni aku layankan jeee.

Dah alang2 nak masak tu kan..aku pikir buat lebih jemput kawan-kawan rapat..sedara lain.. dan jiran2 yang dekat..tak ramai sangat pon sebenarnya..sebab..kudrat tenaga... dan masa tak cukup lagipon aku sorang jee bersilat kat daapor so mana yang sempat jeee aku masak. Ada laa rezeki untuk jemputan yang datang.



 I love you my precious!
Besday Girl dengan kek red velvetnya bukan main request kek ikut tekak dia. Nasib sedap. Kek ni shusben aku order dari kawan dia, just nice tak manis sangat bole kata malam tu juga kek ni habis dibaham semua. Reviewnya semua kata sedap.

Kawan sikakak yang stay berdekatan
Besday gal, Umi & Hashya simontel
Juadah malam tuu pon simple gak dah nama makan malam kan so aku just hidangkan nasi putih,sambal belacan & ulam-ulaman, ayam masak merah, sambal udang petai, kari daging, ayam berempah & ikan masin.

Best bila ada ikan masin bertambah semua makan..baguih baguih !! Ramai yang comment banyak jenis lauk pauk aku masak haaa tipsnya mulakan masak dari awal, lepas tu sediakan bahan bahan sehari sebelum...ayam berempah tuu aku perap sehari sebelum lepas tu simpan semalaman dalam fridge, bahan bahan semua aku siap potong malam sebelum sebabnya aku kena pastikan sebelum tetamu sampai semua dah siap tak laa kelangkabut nanti dengan nak menyembang lagikan, aku pun dah siap mandi & wangi tak laa berbau bawang satu badankan mau guest aku pakat lari balik cepat...heee 

lagi satu sebelum depa semua sampai juga aku pastikan juga dapor aku berkilat, mana mana tak patut ada aku simpan, sampah siap siap buang sebabnya semua lauk pauk aku hidangkan kat area wet kitchen so memang kena pastikan semuanya clear laaa kannnn. 

Haaa tips tuuu pada yang nak buat jamuan kat rumah lain laaa kalau ada maid 2,3 orang yang boleh tolong mengemaskan. Opss lagi satu yang mempercepaatkan proses masak memasak sebabnya aku sorang sorang kat dapor tak ada pengacau haaa ini part paling penting tak da sapa kacau an je rasa duduk kat dapor buat keja, so senang keja beres on time lagi satu aku ada periuk NOXXA yang banyak membantu haaaaaa.....citt sempat promote tuuu..!!Memang best ada periuk ni.


Sambal udang & ayam berempah
Kat main table aku letak desert pulak ada coq udang,kuah kacang,ketupat,lemang & nasi impit ni plus ada rendang daging sikit jaa pon aku buat balance dari kari daging tuuu nak buat semua macam banyak so aku jee rendang pulak sebabnya shusben aku kalau ada nasi impit lawannya rendang baru bertambah kalau tak macam tak kena...
Lime logan mint juice, menu ni aku dapat dari kakyan http://yan-yanjournal.blogspot.my/2016/07/lime-longan-mint-drink.html
Memang sedap masukkan jee semua bahan lime aku beli di tesco shah alam sebabnya masa pegi kedai pak arab batu3 habis laa pulak nasib ada di tesco, serai,mint,logan, aku add in laici juga and lemon..perhh memang best. Ingat kan budak budak tak layan rupanya lagi laju dari mak mak budak nii...tapi aku sediakan juga sirap lemon (picture tak snap pon haa sirap jee kot,bak kata siAin) 

Baru aku perasan gambar aku dengan besday gal tak sempat snap pon..situkang ambil gambar lagi sebok dok posing dengan kekawan dia...
Tetamu yang hadir.









Sampai ke12malam baru clear rumah,last sekali balik kakak aku, sempat lee tolong basuh pingan & buang sampah sarap. Penat tapi puas sebabnya semua makanan habis just nice ada balance pon tak laa membazir. 

Saturday, December 5, 2015

Kek Pisang Noxxa

Bangun pagi je nampak pisang berangan 2 ikat..apa laa nak buat ngan pisang pisang ni semalam ada pisang emas dah siap buat cucur kodok..ingat nak buat lepat pisang tapi kelapa parut pulak tak ada.. 
Last last aku try buat kek pisang steam guna periuk noxxa lagi.

Senang sangat semua bahan aku guna hand mixxer. Alamdullilah menjadi juga.

5 biji pisang berangan
1 1/2 Tepung Gandum
1 cawan gula
4 biji telur
1sk esen vanila
1sb cuka or Lemon
1sb soda bikabornat
1sk baking powder

Steam guna noxxa dalam 30min. Cantik kejadiannya dan yang penting sodap tambah makan dengan teh panas....


Masukkan jee dlan inner port tuu & tekan button stim

Friday, December 4, 2015

Laksa Penang Noxxa

Rajin pulak aku nak snap snap nii kalau tak asyik kemalasan jaaa..laksa ni buat semalam tertiba si ain request..

So sebelum buat tuu aku wasap laaa kekawan sebabnya musykil bila time nak rebus ikan tuu sampai 70min HP okey...seriau pon iya kot kering periuk aku, lepas tuu dok pikiaq kang hancur pulak ikan aku  karang tapi bila aku wasap sorang lagi kawan pon cakap benda yang sama so pejam mata jew laa try and error kalau tak sampai bila tak belajaq..

Rupanya bila abis jee 70min HP tuu walahhh ikan masih elok ... masa rebus aku letakkan sekali lengkuas,asam keping,halia dan serai..

Terus masuk dalam blander senang cerita and yang best tak payah nak tapis tapis bagai tak denya tulang temulang semunya jadi lembut cam ikan sardin dalam tin tuu..lembut sangat.
Siap blend aku ubah periuk sebabnya periuk noxxa nak guna tuk rebus laksa pulak....so kuahnya aku masak guna dapur gas jaaa..(next time sila laaa rebus laksa dulu) campur sekali dengan kuah rebusan ikan tadi.

Campur laa juga cabai giling,asam keping lagi,daum kesum,bunga kesum,garam...Walla semerbak bau kuah bila mendidih.

Wednesday, September 23, 2015

Laksa Johor awesome

Alhamdulilah cubaan kali ke2 berjaya, teringin unya pasa gigih aku skodeng resepi dari blog masam manis...thanks sis...

Sunday, June 21, 2015

Soto Ayam Sedap

Tudia menjadi juga Mee Soto terhangat dipasaran ini...haaaa dari semalam dah plan nak masak soto untuk berbuka tapi last minute laki order Keow Tiow Kungfu pulak, terus postponed so hari ini apa lagi gigih leas sahur aku keluarkan ayam. Kalau nak lelambat pon boleh jaa sebabnya aku kan guna PC Noxxa harus laaa senang dan mudah..

Bila berbuka tadi menang berbaloi sangat ikut resepi akak ita ini sangat menjadi dah sedap hingga licin..heee . 

Jom dah tak sabar nak kongsikan resepi hebat ini..(kakita,sue copy paste jaaaa..)

SOTO AYAM


Resepi asal : SOTO AYAM SEDAP
Resepi Oleh : Kak azlitamasammanis
Resepi Oleh : Kak Ina KL

Mula-mula kita sediakan dahulu bahan-bahan untuk membuat kuah soto.


Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
3 batang serai ~ di titik. ( ita guna 2 batang sahaja sebab ita kisar semua sekali )
1 inc lengkuas ~ yang ni ita tambah

Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.

Bahan Tumis dan Rempah


1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih ~ yang ni ita letak 1 sudu besar sahaja
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga

Kak Ina menggunakan serbuk jintan manis dan jintan putih. Anda pun boleh juga guna serbuk jintan manis dan jintan putih.
Ita menggunakan jintan manis dan jintan putih biji. Oleh kerana itu ita goreng tanpa minyak atau sangai dahulu hingga harum
Kemudian kisar halus

Bahan lain


1 ekor ayam ~ potong 4 ( ita potong kecil-kecil)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam ~ yang ni ita tambah
2 sudu besar santan ~ yang ni ita tambah 

Mula-mula kita panaskan minyak

Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
Masukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah.
Masak hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan air mendidih
Bila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayam
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.

Keluarkan ayam dan toskan
Larikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti 
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
Kemudian boleh lah di siat halus. 
* ayam ita pula, ita potong kecil, jadi ita tak payah nak siat, ita terus aje goreng.

Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam

BEGEDIL AYAM

Begedil ayam ini juga resepi dari kak Ina, tapi ita olah dengan menggantikan daging cincang dengan ayam.
1 kg kentang
250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus
2 biji telur
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus
2 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk meggoreng.

Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulat
Goreng kentang hingga kuning keemasan
Kemudian di tumbuk atau di lumatkan halus
Ayam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita larikan sedikit yang tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halus
Anda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar daging dengan sedikit garam hingga daging empuk
Satukan kentang lumat dalam bekas.
Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan garam secukup rasa
Kemudia kacau rata hingga semua sebati
Kemudian bulat-bulatkan kecil-kecil
Buat sampai habis

Telur, pecahkan dalam bekas, letakkan secubit aje garam dan kocok lepas
Panaskan sedikit minyak dalam luali leper. (jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak )
Celupkan begedil dalam telur dan kemudian goreng dalam kuali
Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
15 tangkai cili padi

6 ulas bawang putih

1/2 cawan kicap manis

secubit garam

2 biji limau kasturi

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur

Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam

Kisar halus

Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi

Saturday, June 20, 2015

Ramadhan 2015: Lompat Tikam

Alhamdullilah dah pon hari ke3 kita berpusa, semoga segala amalan kita diberkati.
Ok ini nak story pasal lompat tikam, selalu nya tiap kali ramadhan kuih ini laaa memula sekali aku cari dengan samosa panas panas..kalau yang dah siap bergoreng memang tak laaaa...cerewetkan....

Sukanya hati sesambil tunggu waktu berbuka sambil layan FB terus nampak LOMPAT TIKAM dari akak FB suzana.suradi

Jom tegok resepi memang menjadi dan sedap...aku dah try buat pon.

LOMPAT TIKAM

Bahan:
Lapisan bawah:
4cwn air daun pandan
1cwn tpg beras
1sb air kapur
Sedikit garam-x letak pun x per.
Lapisan atas:
4cawan santan
1/2 cwn tpg beras
1st garam

Cara:
Campurkan semua bahan lapisan bawah kacau n tapiskan kedlm periuk-

Masak dgn api perlahan sambil kacau tanpa henti sehingga adunan memekat n berkilat..angkat n sendukkan dlm kontena kecil2 spt d atas-

Campurkan semua bahan lapisan atas n tapiskan kedlm periuk- masak dgn api prlahan sambil kacau tanpa henti sehingga adunan memekat n brkilat-

Lapiskan ke atas adunan hijau tadi..sejukkan

Sediakan air gula merah atau gula kabung utk d makan brsama lompat tikam..

#nak pekatkan gula kabung letak sikit tepung jagung 

Kebetulan semua bahan ada so apa lagi hilang kempunan aku so lepas ini dah boleh buat sentiasa..
Sedapnya lalu tekak..nyaman....ikut resepi tuu dapat laa 10 bekas comel tuuu 
Dah ada yang manis mesti ada yang goreng goreng...so tarra popian goreng in da house fav.laki aku ...

Monday, May 4, 2015

NASI DAGING UTARA

Menandangkan cuti panjang apalagi semalam aku pon try resepi nasi daging dari FB Rahsia Kita ini...haaaa ini pon sebenarnya laki aku yang tagkan dalam resepi nampak sangat cara halus dia nak soh aku buat kan heeeeee.....

Ok laaa dari Khamis malam sampai lee ke Sabtu aku OFF masak, mana tak dengan kendurinya lagi dengan layan Movie Avengers lagi dengan early celebrate Mother's day lagi ....time ni laa kan dah anak bujang sizIkri balik , memang makan besaq laaaa.....

Tekak anak kampung laa kan bila ayah dia soh tanya nak western kaa or ikan besaq lagu jee semua jawab ikan besar..haaa ikan besar tuu sinonim ngan budak budak ni..makan kat Muara,Klang nuuu,.....haaaa iya laa sangat tekak kampung cuba kalau cuti lama mau macam macam sizIkri request....tapi alhamdullilah masih diberi rezeki untuk sama sama sambut mother day...huwahhhhhh

sebelum aku melalut lebih lebih meh tengok resepi........kali ini aku dah buleh buat perbezaan gitu....



NASI DAGING UTARA


Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Bahan- Bahan Air Asam
4 biji tomato ( size sederhana)
10 cili padi
10 cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
sedikit garam

CARANYA
1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar. 
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan. 
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging


sebelum ni dah try resepi lain, bole tengok disini:


Apa kes nasi daging ada ayam masak merah...haaaaaa tu dia ini semua tekak anak anak, favorite semua anak anak aku....kalau buleh tuu tiap minggu HARUS buat ayam masak merah....lagi pon anak anak aku ini memang nak lauk berkuah.....soh makan dengan ayaq asam tak jalan nya...aku jee sanggup lagi banyak cilipadi lagii umpppppphh....

tapi kali ini laki aku kata tawar laa pulak..terkurang garam laaa gitu haaaaa aku cover utk kesihatan tak elok makan garam banyak...haaaaaa

Bagi aku ayaq asam yang aku buat memula refer link sebelum ini lagi terangkat.....sebab ada taruh kerisik....yang ini teruh susu pekat itu yang nampak putih jaaaa,....lepas tuuu resepi ini tak taruh air asam BUT aku tetap taruh sikit air asam...(menderhaka sikit kat resepi ini,maaf yee tuan resepi)