Friday, January 2, 2015

Famili Trip : Jejalan diCameron Highland

Memang plan pon nak ke Cameron Highland ini lepas tu terus nak hantar anak bujang balik asrama, alih alih pagi Isnin masa breakfast dapat watsapp kata cuti sekolah ditangguhkan lagi seminggu...looo terus kami balik hantar beg luggage anak bujang..(memberatkan keta jaaa). Walaupon cuaca hujan   alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan & selamat pergi dan baik.

Bertolak pon lambat so sampai pon lebih kurang kul 3pm, terus checkin dulu di Bukit Ruil Clementine Suite.






Budak ni pantang suruh pose !!! Moga menjadi anak yang solehah akak..

Selesai check in & posing bagai terus kitaorang keluar makan..baru terasa kebulur.  Plan nak makan lite lite jee sebabnya anak dara dah aim dinner nak makan steamboat. So cari cari singgah laa makan kat kedai mamak jaaaa... lite laa sangat kan!!!

Lepas makan2, kitaorang pn cari la tempat melepak kat area Tanah Rata tue, boleh tahan la sejuk gak mungkin baru lepas hujan , memang best & nyaman aje fefelling kat obersea gitu. Nampak  Starbucks Coffee,Cameron Highlands terus melepak minum2 coffee kat situ. Terus tergoda bila nampak tumble starbuck (terus aku gila nak buat collection). 

                                                             
Day 2

Tidur yang nyenyak sebab sejuk, hmm...morning Cameron Highlands!!. kitaorang bangun awal pagi sebabnya  nak keluar ambil angin, anak dara kenit aku dah sebok nak pegi strawberry farm. Aku memang suka sejuk sebab feeling2 masa travel oversea aritu. So, semua aku kerah siap2  then breakfast kat area situ jugak. Kitaorg makan roti canai & nasi lemak, harga kat atas nie mahal skit la kalo compared kat bawah sbb jauh kot nak bwk tepung dengan ikan bilis naik atas dengan jalan bengkang bengkok kot...

Destinasi pertama kami ke Ladang Teh Boh. Jalan nak masuk ke sini dari main road agak sempit dan berliku-liku. Kena hati-hati sikit. Jadi kereta yang lalu lalang dikehendaki membunyikan 'hon' supaya kenderaan dari arah bertentangan alert.  Mengamuk juga laa siShazleen sebabnya kawan dok target papa bawa ke strawberry farm dulu alih alih tempat lain.....heeeeee, but  Not bad pemandangan kat atas tu sangat cantik

Berkabus 


 




Paling best, kami di bawa masuk ke dalam kilang teh untuk melihat sendiri cara-cara daun teh diproses sehingga menjadi serbuk teh yang tersedia untuk diminum!
 Kat sinilah teh boh di proses. Bau dia tak terkata, macam daun inai kene tumbuk da.
Pose dengan anak bujang


             
Gals pose gitu..


Nice view, tenang & relax sangat sambil mimum tea.



Lepas dah habis lepak kat Ladang Boh, kami singgah pulak kat Bharat Tea Plantation, satu lagi ladang teh yang popular di Cameron Highland. Tapi aku rasa Bharat Tea ni dah terlampau sesak la, sebab ramai sangat orang datang singgah situ. Ye la sebab lokasinya memang betol-betol tepi jalan utama kan.




Tengok orang turun, aku yang sakit sakit belakng pon gigih nak turun gak. Padahal ada jee jalan selamat lain (jalan tar), tapi nak feel pose celah celah pokok teh. Kita boleh tengok pokok pokok teh dengan lebih dekat lagi tapi dilarang sama sekali untuk petik daun teh...ada cctv tau sapa petik siap laa kena denda..heeeee!!! haaaa aku kelentong jaaaaaa....sapa pulak nak paang cctv tengah tengah ladang tuuuu oooo







Wednesday, December 31, 2014

Pergi yang tak KEMBALl 2014



Bermakna bermula laa detik yang segalanya harus aku lalui..dugaan,cabaran,rintangan segalanya harus aku telan demi sebuah kehidupan...Takut juga sebenarnya ya laah aku disini, laki pulak still diMiri serius seriau but moga semuanya dipermudahkan buat aku dan family (doa doa laa cepat pindah). 

Keputusan yang payah but demi kids especially pelajran diaorang, kami berdua REDHA, dan aku ikhlas hati demi melihat anak anak berjaya!!

Last 2years kesian zIkri yang belajar disini, kelang kabut bila buka dan cuti sekolah, ain & zIdane pon sama. Semoga pengorbanan,harapan,impian,cita-cita membuahkan kejayaan INS SHA ALLAH.

Diberi kesihatan yang baik,dimurah kan rezeki dan kesemua anak anak berjaya dalam pelajaran,dunia dan akhirat.

Amin..

#Takziah buat Air Asia QZ8501




 

Monday, December 29, 2014

Abah..ayah..papa...daddy sama jee kot kalau part prihal anak anak!!

betul laa sangat sangat....salah satunya laki aku...selalunya aku yang bercerita dai A sampai Z...anak anak pon macam tu, nak kata tak rapat ngan ayah tak juga...sebab ada part2 yang diaorg boleh duduk bergelak ketawa especially part nak mengena aku!..tapi entah aaa...

sama macam aku dengan kakak kakak aku laa juga kecil kecil dulu..apa apa semua mak...nak minta duit mak,nak gi caming sekolah habaq kat mak dulu...main suruh mak sampaikan kat abah dulu...lepas tuu baru berani habaq sendiri...

Tapi kalau kena marah dengan mak berani  pulak mengadu ka abah....masa mak berletiaq tak lipat kain baju lari bawah ketiak abah juga....arwah mak dulu cikgu garang ooo tapi arwah abah askar..cammana tuuu...!!

Bila dah ada anak sendiri ini..hmmm !!!!..


Friday, December 26, 2014

Travel-Eurotrip: Italy - I’m in Love (Venice,Milan) Part 2

Assalamualaikum and Good Day

Florence --->Venice  ---> Milan

 Dari Florence, kami meneruskan kembali perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Venice. Untuk ke Venice, kami sekali lagi menaiki train intercity dari Firenza Santa Maria Novella Station(jenuh nak sebut) menuju ke Venice S Lucia. Train kami tepat jam 8.15am hanya mengambil masa selama 2 jam. 

1st time nak tempah tiket memang agak confius sikit..so sapa sapa yang berhajat nak jelajah Europa call my prend siLEED (no.contact ada kat side debar blog aku ini....)

Tapi dalam masa yang sama sedih la jugak nak tinggalkan Florence yang banyak sangat benda menarik yang boleh di beli.  Hehehe..Pagi tu suhu agak rendah, 5 darjah mungkin.


VENEZIA a.k.a Venice…like a dream come true. Dulu-dulu aku pernah berangan-angan, kalo honeymoon nnt nak honeymoon kat Venice. Alih alih honeymoon kemana apa kema dah bunting pelamin laa pulak....

Masa train nak sampai ke Venice, dah boleh nampak air laut kat luar tingkap. Semua pakat excited, turun jee dari train apa lagi cergas kami gi cari tempat untuk simpan beg, Sebab kami transit jee di Venice ini so dengan beg yang berkilo kilo tuu kami simpan jee dalam storage yang ada disediakan. Gila sengal nak hangkut beg sebabnya Venice ada beratus2 jambatan dan beratus ratus tangga.

Water bus dan water taxi adalah pengangkutan utama di Venice. Water bus murah berbanding water taxi.  Kami naik water bus yang seperti bas awam, siap penuh dengan penumpang yang berdiri macam bas laaaa. Nak naik gondola tak mampu, (90 euro satu kepala..hmmm)



















Kota romantis Venice ni memang terkenal dengan beratus terusan dan jambatan.





 HRC Venice
Jalan jalan 







5jam juga laaa berada di kota Venice ni, now ke destinasi percutian kitaorang yang seterusnya pula iaitu ke Milan. Kota Venice ini adalah sebuah Kota yang sangat cantik. 

Gara gara terlepas pit stop kami hampir hampir tertinghgal train, masin mulut zIkri sebab dok bercakap train delay, train delay...memang delay pon about 30min....

Singgah byk tempat terus tu pasal jadi mcm terkejar-kejar jer masa tu dengan posing lagi sau satu tempat tuuu 5,6 keping sorang mna tak makan masa lama.

Alhamdullilah sempat laa kami ambik luggage, sempat gak sopping lagi tu sementara dok tunggu train.





Milan


We are going to ZURICH !!!! yeahhh babehhhhh



Tapi sebelum tuu transit dulu di MILAN, dari Venezia Santa Lucia station ke Milano Centrale station. Nasib delay sambil tunggu kami kemas kemas hasil rampasan di Venice sumbat dalam beg...sebabmya 15 minit sebelum departure barulah boleh tahu platform nombor berapa untuk naik train.  Senang Tiket tu tidak perlu validate. Hanya perlu tunjuk ja tiket tu pada staff yang cek tiket nanti. 

Lepas 2 jam setengah naik train, sampai la kami di Milan.  Gelap dahh plus sunyi. Di Bandar Milan kelihatan beberapa bangunan tinggi, kereta pun besar2.  Tak ingat nama hotel apa sebabnya memula plan & siap booking di Hotel Gentileno 7 tapi disebabkan kami lambat sampai so kena cancel, alasan nya reception diaorg boleh tunggu sehingga 9am jaaa...lewat dari time tuuu bye..bye laaaaa (mostly disini akan dikenakan extra charges due to late check in). Kalau kat Mesia late check out baru melayang extra money. Sana lain okey so moral of the story JANGAN LEWAT CHECK IN.

Hotel yang baru ini dekat dari stesen keretapi.  Perjalanan ke Hotel mengambil masa 15 minit berjalan kaki, cam tak ada apa yang menarik di sini. Cehh berlagak. Letih pon iya dok ingat bantai jaaaa....


Ok pagi tu memandangkan train ke Zurich bertolak pada pukul 950 pagi. Memasing nampaknye balas dendam bangun lewat, sebab selalu nya pukul 7 pagi memang kena standby untuk bertolak ke destinasi yang telah di rancang.  So hari tu semua bangun pukul 800 pagi and siap breakfast lagi di kedai berdekatan train station.





 Bilik hotel di Milan



Milano Centrale station 
 Nama pon transit jee so tak banyak kawasan kami jajah just dari train ke hotel jaaa..so gambar pon tak banyak....but masa perjalanan ke Zurich mak aii cantik nya ....




AGAIN !!! We are going to ZURICH !!!! yeahhh babehhhhh

Kasi mood aku tempek gambar dulu......Terpersona dengan keindahan permandangan ciptaannya...melalui jalan-jalan di perkampungan-perkampungan kecil. Cuaca yang nyaman, view yang cantik menjadi pelengkap perjalanan (gambar ada ‘kureng’ sikit, snap dari dalam TRAIN)