Showing posts with label inFo. Show all posts
Showing posts with label inFo. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Jam Pintar Azkar: Alunan Quran, Azan, Bacaan Quran,Zikir & Doa.

1st time aku nampak jam ni masa pegi seminar Insurance aritu, terus terpikat dan dan gedik gedik nak beli.  tak sabar sabar terus aku, beb, farah, kak rozie... haa sebut kak rozie  akak ni PENGEDAR SHAKLEE haa sapa sapa nak beli produk terjah blog dia yang baru nak hit rating..gitu...SET PRODUK SHAKLEE.


Jam azan ini sgt bermanfaat utk setiap ahli dlm keluarga aku. Alhamdullilah now rmh aku sentiasa diserikan dgn alunan zikrullah dan laungan azan tepat pd masanya. Dah tak tercabut anak tekak aku nak kena jerit bila time solat....yelah kekadang budak budak ini bila buka HBO, astro riamemang lalai dah confirm..bila dah ada jam ini alhamdullilah sebelum azan zikrullah.....

Ni aku set kul 9pm mengaji...tengah berkumandang alunan ayat ayat al quran secara langsung mendidik hati untuk sama sama mengaji.....

Produk Muslim yang pertama di dunia menggunakan teknologi SD Card yang memudahkan anda memuat turun Quran, Zikir dan waktu solat ke Jam Zikir Azkar.

Meh sapa nak order PM aku, ins sha allah aku boleh dapatkan harga diskaun.....

Monday, December 29, 2014

Abah..ayah..papa...daddy sama jee kot kalau part prihal anak anak!!

betul laa sangat sangat....salah satunya laki aku...selalunya aku yang bercerita dai A sampai Z...anak anak pon macam tu, nak kata tak rapat ngan ayah tak juga...sebab ada part2 yang diaorg boleh duduk bergelak ketawa especially part nak mengena aku!..tapi entah aaa...

sama macam aku dengan kakak kakak aku laa juga kecil kecil dulu..apa apa semua mak...nak minta duit mak,nak gi caming sekolah habaq kat mak dulu...main suruh mak sampaikan kat abah dulu...lepas tuu baru berani habaq sendiri...

Tapi kalau kena marah dengan mak berani  pulak mengadu ka abah....masa mak berletiaq tak lipat kain baju lari bawah ketiak abah juga....arwah mak dulu cikgu garang ooo tapi arwah abah askar..cammana tuuu...!!

Bila dah ada anak sendiri ini..hmmm !!!!..


Wednesday, November 5, 2014

Buli di asrama

Tak tau nak cakap apa bila tengok video budak form 1 kena buli dengan budak form 4, terbayang anak aku.. Melampau laaa budak budak sekarang ini !!!


Setakat buli mental torture okey lagi, cam suruh basuh baju,basuh kasut, angkat air contoh laaaaa !! 

Bagi aku ini bukan isu main main, kesian anak anak orang yang kena buli....Sungguh seram bulu roma....last month kes buli di MRSM Balik Pulau...tup tup dalam masa 2 hari ini jadi lagi kes buli..padahal yang lepas pon setakat tindakan gantung pelajar yang kaki buli tuuu ..!! perhhh lagi laa naik lemak sebab tak payah di skoll padahal yang kena buli..mak ai nak recover makan masa oooo...

Silap silap nak gi sekolah pon dah takut....dari budak pandai terus merudum....!!! Semua nya berlaku kat asrama....hadussss!!!

Patutnya bebudak yang kaki buli ini kena social community umtuk peringatan pada budak budak asrama lain...biaq malu and takut nak buli dah.

Budak yang baju hitam merah tuu punyak laa terjerit jerit nangis...meremanag bulu roma aku...memang kalau aku ada makan pelempang laaa budak yang buli ini...haaaa lepas tuuu budak tuu buat report kena lempang ngan aku, lepas tuu mak pak dia mai saman aku pulak,,,padahal anak sendiri macam HANTU...geram aku..memang aku EMO !!!!

Terjerit jerit budak tuuuu...mana pi pelajar yang lain.....!!!!!

cuba buli makan maggie cam ini..okey laa juga




Aku sentiasa berdoa semoga anak aku MUHD ZIKRI HELMI sentitasa dalam lindunganya...Risau juga laaa kes kes cam ini....

Amalkan doa ini juga setiap kali selepas solat waktu semoga Allah SWT sentiasa memelihara diri dan ahli-ahli keluarga kita dari bahaya dan musibah. Kita tiada daya upaya mengawal sesuatu sekiranya berlaku kepada orang yang kita kasihi. Hanya kepada Allah SWT kita berserah.



Innee tawakkaltu AAala Allahirabbee warabbikum ma min dabbatin illa huwa akhithunbinasiyatiha inna rabbee AAala siratinmustaqeem


Maknanya:

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Surah Hud ayat 56)

### Takziah & al fatihah buat kawan satu dorm dengan anak aku atas kehilangan ayah tersayang semalam akibat heart attack, zIkri cerita meninggal berdekatan dengan MRSM juga mungkin tengah drive kot...wallahualam Buat kawan anak aku, semoga adik tabah dalam menghadapi kehilangan ini dan tekun belajar hingga berjaya.###




     

Monday, September 8, 2014

Good Luck UPSR 2014




All the BEST buat semua anak anak yang akan menghadapi UPSR 2014, semoga berjaya !!!

Zafri, banyakkan berdoa, jawab dengan tenang, jangan gelojoh.





Wednesday, August 27, 2014

Nak berjaya UBAH attitude !!! Mathematics ada logicnya


menakjubkan Mathematics - ada betulnya

Jom baca dulu...nak berjaya "ATTITUDE" kena ubah!!!

💠Very menarik:

🔺jika:
A B C D E F G H I J K LM N O P Q R S T U V W X Y Z
Sama dengan:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

🔻maka,

🔹H+A+R+D+W+O+R+K;
8+1+18+4+23+15+18+11=98%

🔹K+N+O+W+L+E+D+G+E;
11+14+15+23+12+5+4+7+5=96%

🔹L+O+V+E;
12+15+22+5 = 54%

🔹L+U+C+K ;
12+21+3+11 = 47%

🔸Tiada Satu pun 100%. Apa yang 100%?

🔸Wang? NO!

🔹M+O+N+E+Y= 13+15+14+5+25=72%

🔸Leadership? NO!

🔹L+E+A+D+E+R+S+H+I+P= 12+5+1+4+5+18+19+8+9+16=97%

🔸Setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengubah "ATTITUDE"... (sikap ) kita.

🔹A+T+T+I+T+U+D+E ;
1+20+20+9+20+21+4+5 = 💯%

Oleh itu with  ATTITUDE kita terhadap kehidupan & pekerjaanlah yang membuat kita  💯%Successful.

menakjubkan Mathematics🔣🔢

Thursday, July 31, 2014

Barang Winter wear MURAH

Orang sebok ngan raya ziarah menziarah hii, balik kampung....kami !!!! memandangkan aku anak yatim kematu...adik beradik pon tak ramai, MIL pulak orang Bangsar so KL/Selangor laa jawabnya aku beraya..dok pusing umah kekawan lepas tuu tawaf shopping complex.

Memandangkan hari ini memang tak ada plan,apa lagi lepas zohor terus kami keluar nama pon tak de plan terus aku ajak kelencong kejap ke kedai KOK KONG WINTER WEAR,Jalan Loke Yew ( aku tahu pon dari hasil google barang barang winter murah) ramai yang suggest masuk kedai ini...


Nama kedai ni Kok Kong Winter Wear. Terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Jom masuk. Hasil tinjauan memang murah laaaa juga, aku belek yang aku nak jeeee meh layan gambaq.


Kedainya tepi jalan besar jeeee..


SAmpaije terus disambut dengan staff yang sangatfriendly dan membantu...kedaiini ada 2 floor..atas ni rasanya jual luggage beg ngan accessori jeee kalau nak cari winter coat dan seangkatan dengan nya kena turun basement.

Luggage beg...macam macam kaler
harga sekali pandang +- lebih kurang jaa kot (yang nyatanya aku tak sure sebab tujuan aku barang lain)





Accesorie 


Ear Cover RM10-RM20

Winter Coat
Harga not badlah..tak semahal dengan kedai2 yg kat shopping complex tu. Warna pun menarik kan. 


Average price dalam  Rm100-RM250

Glove pun cantik2

Kids Boots

Adult Boots





Aku beli Long John RM90 satu memang murah, legging RM30-RM60 ini pon ada jenis jenis juga...ada yang pakai dengan jeans, ada juga yang pakai dengan slack or skirt..lain lain...

Alhamdullilah pekerja situ membantu...diaorg akan tolong suggest kan apa yang patut beli...kalau barang dah ada tak yah lee gatal gatal nak membazir kan...sebabnya rambang mata tengok winter coat kaler kaler..cantik...nasib aku dah ada..kalau tak mau aku beli lagi satu.

Kalau korang nak pergi kat bawah ni alamatnya:-

No. 170, Jalan Loke Yew
55200 Kuala Lumpur
Tel:  03-9221 9311

Business Hours:-
Mon - Sat : 9 am - 6 pm

Sun & Public Holiday: 11 am - 6 pm

Website: www.kokkong.com


Friday, July 18, 2014

MAS - sekali lagi di uji..

Al Fatihah buat semua keluarga penumpang...ada hikmah atas semua yang terjadi...Ya Allah tempatkan laa hamba hambamu yang terpilih ini di Jannatul Firdausi mu Ya allah.
Sesungguhnya ujian itu datangnya dari yang maha esa..
Moga kita sentiasa dilindungi dan dijauh kan dari kemungkiran

Monday, July 14, 2014

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” 
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Tuhan
Wanita yg membaca ini
wanita pilihanMu
wanita yg cantik, 
pintar cari duit, kuat & sabar...
Sayangilah dia serta kasihanilah dia.
Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya,  badannya,
Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia.

Saturday, July 5, 2014

Datuk Sharifah Aini passed away

Malaysia's legendary singer Datuk Sharifah Aini passed away due to lung fibrosis at Damansara Specialist Centre at 1.26am, today


 Read more at: http://english.astroawani.com/?cp

Thursday, July 3, 2014

Menderma NOVEL Terpakai

Pada sesiapa yang mempunyai novel-novel lama atau majalah majalah yang masih dalam keadaan baik boleh laa turut sama menderma kepada RUMAH PERLINDUNGAN GADIS diCHERAS pada 9hb.July 2014.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi :

Pn Harlida@ Leed, TV Hijrah ditalian 019 258 5844.




 

Tuesday, July 1, 2014

MUNAJAT RAMADHAN…


Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aaminn... aamiin ya rabbal alamin..

Sunday, June 29, 2014

Selamat berbuka

Hari petama..syukur nikmat !! 
Hujan disubuh hari dengan cuaca yang mendung amat mendamaikan
Semoga kita semua diberkati dan selamat berbuka...opsss sabah sarawak dah berbuka alhamdulillah syukur !!
Budak budak pon tak banyak ragam

Quoto of the day

Monday, October 7, 2013

My Gal..Montessori at Miri





 
Alhamdullialh dekat hujung tahun baru aku jumpa montessori yang bersesuaian dengan anak dara niii, itu pon masa pegi beraya umah kawan hubs yang kebetulan dah 4,5 tahun stay di Miri ni yang suggestkan at least dah ada pengalaman so terus esoknya aku paksa laki aku tunjukkan tempat montessori tuuu kat Piasau.

Kalau tengok dari luar nampak buruk jeee....sebabnya mostly rumah kat Miri nii banyak sublot...so kawasan memang besar and kurang dipelihara but bila masuk dalam....wahhhhh cantik..cantik......heeeee















Tadika Ria Montessori
Area: Piasau Garden
Tel: 085-655 867 (O)
Monthly Fee: RM288 (half day)
Time: 8am to 12 noon (half day) (Monday to Friday)
Meal included: breakfast at 930am (crackers and biscuit will be provided)

Programmes: Motor skills, social skill, potty training, flash card and songs.
Activities included: games, PE, music and celebrations of all Cultural events
Individual reading scheme is as follows:
English reading = 3 times a week
BM reading = 2 times a week (a strong emphasis is given to suku kata before reading books)
Mandarin = 2 times a week (Only for Level 2 and 3 students)

First payment: RM646 + miscellaneous fee depend on level
(The first payment includes Registration fee, December school fee, 1st month school fee and insurance per yr)

Age: Children from 3 to 6 years old

Ratio of the class: 15 students: 2 teachers

Language: So far I only see non-Chinese teachers around. The principal is a Canadian so I believe the common language will be English in this school.

Environment: Fully air-conditioned. The younger groups will be learning in the same area but different corner without any divided rooms. The elder children will study at the first floor instead.

Playground: There are children playground without shade. The playground equipment are mostly old, colors are faded due to being exposed under the sun for years.


Alhamdullilah after a month she never missed the school time unless she was ill, I might consider this school for my princess though till age 6. I believe the children will enjoy a lot in such environment!


Thursday, October 3, 2013

Info:Org Petama tulis BISMILLAH

Kita ni kalau org tanya siapa org yang pertama cipta telefon ? pandai jeee jawab alexander graham bell ....
TAPI kalau tanya Org pertama tulis bismillah ? ????? Hmmmm garu kepala laaa jawabnya..mula laaa nakntanya pak google laaa apa laaaa..mula laaa keluaq jawapan yang tak berapa nak confirm termasuk laaa aku so semlm ada laaaa hamba allah nii my bff sent this info...alhamdullilah untuk pedoman, pengetahuan..tambah ilmu...
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
--------------------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. ✔
Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. . .

Friday, September 21, 2012

School & House Hunting-Miri,Sarawak



Assalamualaikum w.b.t
semoga pagi JUMAAT ni membawa seribu rahmat buat kita semua amminnnnnn.... (uittt cam nama laki lee pulak, alhamdullilah)
URGENT !!!
Mohon sangat sangat jasa baik bloggers2 semua, kekwn or sesapa jee la yang ada info mengenai sekolah kebangsaan & menengah area Miri,Sarawak
Kalu boleh nak area bandar lee kot...
&
HOUSE HUNTING !!


 kalau ada juga rumah sewa keee, apartment nak disewa kee kat Miri yg dekat area Piasau Jaya kee..Dekat dengan kemudahan senang nak gisupermarket ke apa keee....
mohon jasa baik kekawan semua yeee.....nak sangat info seberapa segera yang bole..
THANKS IN ADVANCE