Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Travel-Eurotrip:Arsenal

--->ARSENAL

Untuk baca entry sebelum ini, sila keSINI

Berzaman dah kot, sebulan lebih dah pon aku tak abis lagi ceta pasal trip aritu...lepas jee dari Germany kami terus balik Paris dengan Sleep Train. Best gileeee naik sleep train ni walaupon dorm dia cam kecil sikit dari KTM tapi best aaa sebabnya aku nyenyak lena tak sedar apa dahhh tau tau dah kul 6am . Si Yang siap survey lagi dari hujung gerabak sampai last gerabak. Siap aku dengan Yang mandi manda lagi dalam train...opssss haaa  tulis mandi manda cam mandi kat pool laa pulak...heee dalam train ini ada shower tempat mandi and ada toilet. Kena rajin berjalan baru jumpa. Memang best !! 

Tapi sebab aku nak tinggalkan kenangan dalam blog aku ini takpelah nak tulis jugak. At least ada kenangan bila nak baca-baca balik nanti masa dah tua. (kot ye blogspot ada lagi waktu tu.haha).

Nanti aku story time kat PARIS balik yaaa now kita terus ke London - Arsenal.

Alhamdullilah sampai juga anak bujang aku...tak laa dia tayang muka monyok bila berjalan dengan aunty aunty ini...yang memang gila shooping..at least ada laa kenangan untuk dia angkut bawa balik selain dari bergambar & shopping. Gile kau santap mak tau asal org tanya jee best tak pegi trip...laju dia jawab..."asyik asyik shopping & tangkap gambaq" haaaa cara dia cakap tuu macam laa aku angkut 1guni Euro bawa kat sana.... 

Plan nak melawat Liverpool juga , ini masa memula sampai London laaa tapi sebab plan dah lari lagi pon jauh lagi rasanya stadium Liverpool dari town. So memang tak pergi. Arsenal ni tak jauh, memang dekat sangat dari London. Naik underground terus sampai. Kitorang pergi dari heathrow airport masa last day nak balik . Pergi sana tak masuk dalam stadium pon. Just amek gambar depan tu dan singgah official merchandise shop. Beli la cenderahati sikit untuk yang minat bola tu. Harga jersey boleh tahan murah kalau nak dibandingkan dengan kat Malaysia.


Keluar je dari stesen tube Arsenal, terus rasa teruja. Stadium ni terletak dekat je dengan kawasan perumahan, agak sunyi lah. Tapi kalau hari ada game, penuhla manusia kat situ. 
tak pernah mimpikan akan sampai ke stadium ni syukur dapat gak jejak.., kan abang kan.....!!

Bila holiday kat tempat yang cantik-cantik, rasa macam kalau boleh tak nak hari tu berakhir kan? Rasa cam nak jam tu berjalan lambat lambat tak pon stop sat supaya puas dapat menikmati keindahan dan kecantikan setiap tempat tuu..best sangat....


Saturday, January 17, 2015

Travel-Eurotrip: Munich,Germany

Zurich--->Munich, German
(Local Market, The Allianz Arena & HRC)

Untuk baca entry sebelum ini, sila keSINI


Back to our journal di eropah....dan Germany adalah negara terakhir sebelum kami keParis & London semuala & terus keMesia(transit AbuDhabi)...masih ada lg 3 hari utk kami kembali ke Malaysia.Rindu dah berkobar kobar ini tak sabar nak balik Mesia. Masa ini alhamdullilah aku dah baik dari flu and fever tapi mood still kelaut, penat sama berjangkit flu ke siLeeya pulak...takpa janji kita semua ENJOY!!  Bayern Munich here WE come..

Munich adalah sebuah kota yang kaya dengan bangunan bentuk Gothic lama dengan sentuhan bangunan moden. Sangat Cantik walauppon mengerunkan dari mata hitam aku.
Macam biasa pengangkutan utama kami untuk ke Munich dari Zurich apa lagi kalau bukan naik train malam yang sangat selesa even sangat punctual. Kalau lewat, alamat kena tinggallaaaa, keberangkalian untuk delay tuuu payah sangat. Biasanya kena ada di Station lebih kurang 20 minit awal dari jadual asal. Yela nak tercari2 platform semua memang akan amek masa. Memandangkan kami sampai awal sikit...sikit jaa laaaa sempat laa mengtapau dinner..memasing dah tahap kebulur..!!
 
Hebat oooo bekas food kami, siap ada bentuk ikan lagi....ini kalau anak dara kenit aku tengok mau kagum siap soh bawa balik Mesia laaa kot haaaaa..(tak kuasa mak). Alhamdullilah janji lapik perut,kongi ber5 tau sebabnya aku beli burger fish filled mai aiii tercabut gigi gigi bila gigit bun keras kejung...terus sizIkri tarik muka haaaaa....nasib ada nasi siFarrah so kongsi kongsi laa kami ber5.

Sampai di Munich Haupbahnhof (Central Station) around 10pm kalau tak silap. Kalo sampai malam pun takdelah takut mana pun. Cadangnya nak naik cab jee ke Hostel Smart Stay tapi bila tanya jaa driver teksi jawab just near by 20min walking Distance. Oklaaaa tapi mk ai melilau mencari dari satu blok ke satu blok last last kami tahan teksi juga, upanya mak aiii jauh seh yang dikatakan dekat tuu cawangan Smart Stay..huhhhhh kalau tak merasa naik Cab Merc masa memula tadi (nampak sangat dia tak mau hangkut kami)..  
Memandangkan kami just sehari jaa pon so kami plan  Esoknya just jejalan sekitar area Munich - Local Market, The Allianz Arena,HRCitu jeee, tak de laa kami nak ambitious nak terjah semua tempat. Sekadar nak tengok tempat orang.Cukup laaa kot kan.

Area Local Market




 Nangka & Derian pon ada jual tauuuuuuu



Next? 
The Allianz Arena

Bila dah sampai kat train station, dari jauh lagi dah nampak stadium tu. Tak ramai orang time tu sebab bukan hari match. Ingatkan dekat la nak jalan tu, rupanya adalah dalam 15-20 minit jalan kaki baru sampai ke pintu masuk stadium. Senggeh sampai telinga laa anak bujang aku..atleast tercapai hajat nak visit salah satu stadium...bila ikut mak mak berjalan ni sopping place laaa yang jadi tarikan utama so this time aku bagi chance kat anak bujang ini..haaa apa lagi...sakan memborong!!


Fröttmaning - turun di station sini 
Kami pon ambik kesempatan gak....
Next? 
Hard Rock Cafe

Nak pegi ke Hard Rock Cafe Munich lak yang terletak tak jauh dari Town (aku tak ingat nama tempat apa). Kami turun balik train dekat area local market and dari situ just about 10min walking Distance, sempat laa mengoogle masa lepak diMcD so tak susah pon.