Friday, August 30, 2013

Soto & pegedil...mudah,senang & SEDAP


Hari ni lunch kami makan soto jeee....malas aku nak masak beria ria sebabnya tuan besaq kena onshore so bole laa aku masak cincai cindai takat kami nak beranak jaaaaa... bersemangat aku tanya pak google resepi maklumlaahhh pestime nak try buat...encouragement by myfriends kaklong...aku mulanya kurang berminat sikit rasa cam payah jeee nak buat banyak step sangat tapi bila godek resepi mak aiii....ok laaaaa 

Bila myfriend suggest guna rempah maksiti jaaa kalau dah permalas sangat...!,, terus lepas gi gym aku terjah giant,E Mart punya nak cari rempah mak siti..alih alih habuk pun tarak....rempah mak siti lom masuk miri lagi....harus lepas nii aku buat stok rempah pulak....

Sempat aku watsapp kakak aku soh poslajukan rempah mak siti....tertiba fanatik plak ngan mak siti niii....

Itu yang kena gak dating ngan Mr Google....n alhamdullilah bole guna rempah sup + rempah kurma.(haaa memang pestime sungguh)..

Jom tengok bahan bahan & cara buat..rata rata resepi yang ada lebih kurang sama jeee..& so aku pon main copy paste jee resepi ....taktau sapa yang owner. Apa apa pon makasih pada semua blog yang jadi rujukan aku pagi tadi...


                                    


A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok 
(Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat. ikut korang la eh)
2. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
3. 10 ulas bawang putih, dikisar 
4. 2 inci halia muda, dikisar 
5. 1 inci lengkuas, dikisar 
6. 2 batang serai, dikisar 
7. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
8. Satu peket rempah kurma Adabi, dibuat pes
9. 2 biji buah keras, kalau suka
10. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
11. 
3 sudu makan minyak masak
12. Gula dan garam secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
4. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
5. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan daging cincang
3. Lada hitam & lada putih
4. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
5. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin)
6. 2 biji telur, dipukul
7. 2 cawan minyak untuk menggoreng
8. Bawang goreng- aku suka taruh banyak sedap sangat

Cara
1. Rebus kentang dan lenyek
2. Rebus daging cincang sampai empuk dlm 10min
3. Satukan daging dan kenteng
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, daun saderi (sup) dan bawang goreng
4. Masukkan garam -gaul rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
Ikut suka korang. hahahahaaa


                                   

                                                 Bahan bahan nak cantik kan lagi.....


Haaa nii laaa rempah mak siti ...kalau tak de pon ok cuma lepas nii nak try guna rempah nii pulak.


                                     
                        korang campurkan semue bahan dan letak kuah sup gn sambal              kicap..perrrgghh..sedap..k selamat mencube...;mendung mendung niiii buat aku lapaq laaa pulak.....nmpk gaya berulang laaaaaa aku makan hari ni.....


                                     

                                           Saja jaaa nak post  Kawasan umah aku kat Miri

2 comments:

  1. Asslmkm.. Lama betul tak jengah sini..Ngeee Sedap betul soto tu..Kalo makan, pegedil harus letak lebih sikit. Baru nikmat lebih..
    Sue pernah juga try rempah soto mak siti tu..Hokey juga la. Untuk orang yang pesen nak cepat dan mudah mcm sue ni, rempah2 mcm tu sangat la membantu.. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sue jengahh..
      Lepas nii.kena.buat stok rempah banyak banyak nmpk.gayanya bila balik KL nanti.

      Delete