Wednesday, December 31, 2014

Pergi yang tak KEMBALl 2014



Bermakna bermula laa detik yang segalanya harus aku lalui..dugaan,cabaran,rintangan segalanya harus aku telan demi sebuah kehidupan...Takut juga sebenarnya ya laah aku disini, laki pulak still diMiri serius seriau but moga semuanya dipermudahkan buat aku dan family (doa doa laa cepat pindah). 

Keputusan yang payah but demi kids especially pelajran diaorang, kami berdua REDHA, dan aku ikhlas hati demi melihat anak anak berjaya!!

Last 2years kesian zIkri yang belajar disini, kelang kabut bila buka dan cuti sekolah, ain & zIdane pon sama. Semoga pengorbanan,harapan,impian,cita-cita membuahkan kejayaan INS SHA ALLAH.

Diberi kesihatan yang baik,dimurah kan rezeki dan kesemua anak anak berjaya dalam pelajaran,dunia dan akhirat.

Amin..

#Takziah buat Air Asia QZ8501




 

Monday, December 29, 2014

Abah..ayah..papa...daddy sama jee kot kalau part prihal anak anak!!

betul laa sangat sangat....salah satunya laki aku...selalunya aku yang bercerita dai A sampai Z...anak anak pon macam tu, nak kata tak rapat ngan ayah tak juga...sebab ada part2 yang diaorg boleh duduk bergelak ketawa especially part nak mengena aku!..tapi entah aaa...

sama macam aku dengan kakak kakak aku laa juga kecil kecil dulu..apa apa semua mak...nak minta duit mak,nak gi caming sekolah habaq kat mak dulu...main suruh mak sampaikan kat abah dulu...lepas tuu baru berani habaq sendiri...

Tapi kalau kena marah dengan mak berani  pulak mengadu ka abah....masa mak berletiaq tak lipat kain baju lari bawah ketiak abah juga....arwah mak dulu cikgu garang ooo tapi arwah abah askar..cammana tuuu...!!

Bila dah ada anak sendiri ini..hmmm !!!!..


Friday, December 26, 2014

Travel-Eurotrip: Italy - I’m in Love (Venice,Milan) Part 2

Assalamualaikum and Good Day

Florence --->Venice  ---> Milan

 Dari Florence, kami meneruskan kembali perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Venice. Untuk ke Venice, kami sekali lagi menaiki train intercity dari Firenza Santa Maria Novella Station(jenuh nak sebut) menuju ke Venice S Lucia. Train kami tepat jam 8.15am hanya mengambil masa selama 2 jam. 

1st time nak tempah tiket memang agak confius sikit..so sapa sapa yang berhajat nak jelajah Europa call my prend siLEED (no.contact ada kat side debar blog aku ini....)

Tapi dalam masa yang sama sedih la jugak nak tinggalkan Florence yang banyak sangat benda menarik yang boleh di beli.  Hehehe..Pagi tu suhu agak rendah, 5 darjah mungkin.


VENEZIA a.k.a Venice…like a dream come true. Dulu-dulu aku pernah berangan-angan, kalo honeymoon nnt nak honeymoon kat Venice. Alih alih honeymoon kemana apa kema dah bunting pelamin laa pulak....

Masa train nak sampai ke Venice, dah boleh nampak air laut kat luar tingkap. Semua pakat excited, turun jee dari train apa lagi cergas kami gi cari tempat untuk simpan beg, Sebab kami transit jee di Venice ini so dengan beg yang berkilo kilo tuu kami simpan jee dalam storage yang ada disediakan. Gila sengal nak hangkut beg sebabnya Venice ada beratus2 jambatan dan beratus ratus tangga.

Water bus dan water taxi adalah pengangkutan utama di Venice. Water bus murah berbanding water taxi.  Kami naik water bus yang seperti bas awam, siap penuh dengan penumpang yang berdiri macam bas laaaa. Nak naik gondola tak mampu, (90 euro satu kepala..hmmm)



















Kota romantis Venice ni memang terkenal dengan beratus terusan dan jambatan.





 HRC Venice
Jalan jalan 







5jam juga laaa berada di kota Venice ni, now ke destinasi percutian kitaorang yang seterusnya pula iaitu ke Milan. Kota Venice ini adalah sebuah Kota yang sangat cantik. 

Gara gara terlepas pit stop kami hampir hampir tertinghgal train, masin mulut zIkri sebab dok bercakap train delay, train delay...memang delay pon about 30min....

Singgah byk tempat terus tu pasal jadi mcm terkejar-kejar jer masa tu dengan posing lagi sau satu tempat tuuu 5,6 keping sorang mna tak makan masa lama.

Alhamdullilah sempat laa kami ambik luggage, sempat gak sopping lagi tu sementara dok tunggu train.





Milan


We are going to ZURICH !!!! yeahhh babehhhhh



Tapi sebelum tuu transit dulu di MILAN, dari Venezia Santa Lucia station ke Milano Centrale station. Nasib delay sambil tunggu kami kemas kemas hasil rampasan di Venice sumbat dalam beg...sebabmya 15 minit sebelum departure barulah boleh tahu platform nombor berapa untuk naik train.  Senang Tiket tu tidak perlu validate. Hanya perlu tunjuk ja tiket tu pada staff yang cek tiket nanti. 

Lepas 2 jam setengah naik train, sampai la kami di Milan.  Gelap dahh plus sunyi. Di Bandar Milan kelihatan beberapa bangunan tinggi, kereta pun besar2.  Tak ingat nama hotel apa sebabnya memula plan & siap booking di Hotel Gentileno 7 tapi disebabkan kami lambat sampai so kena cancel, alasan nya reception diaorg boleh tunggu sehingga 9am jaaa...lewat dari time tuuu bye..bye laaaaa (mostly disini akan dikenakan extra charges due to late check in). Kalau kat Mesia late check out baru melayang extra money. Sana lain okey so moral of the story JANGAN LEWAT CHECK IN.

Hotel yang baru ini dekat dari stesen keretapi.  Perjalanan ke Hotel mengambil masa 15 minit berjalan kaki, cam tak ada apa yang menarik di sini. Cehh berlagak. Letih pon iya dok ingat bantai jaaaa....


Ok pagi tu memandangkan train ke Zurich bertolak pada pukul 950 pagi. Memasing nampaknye balas dendam bangun lewat, sebab selalu nya pukul 7 pagi memang kena standby untuk bertolak ke destinasi yang telah di rancang.  So hari tu semua bangun pukul 800 pagi and siap breakfast lagi di kedai berdekatan train station.





 Bilik hotel di Milan



Milano Centrale station 
 Nama pon transit jee so tak banyak kawasan kami jajah just dari train ke hotel jaaa..so gambar pon tak banyak....but masa perjalanan ke Zurich mak aii cantik nya ....




AGAIN !!! We are going to ZURICH !!!! yeahhh babehhhhh

Kasi mood aku tempek gambar dulu......Terpersona dengan keindahan permandangan ciptaannya...melalui jalan-jalan di perkampungan-perkampungan kecil. Cuaca yang nyaman, view yang cantik menjadi pelengkap perjalanan (gambar ada ‘kureng’ sikit, snap dari dalam TRAIN)


















 

Wednesday, December 24, 2014

Travel-Eurotrip: Italy - I’m in Love (Rome, Florence & Pisa) Part 1

 Rome --->Florence --->Pisa 


Cewahhhhh time ni dah sampai ROME, kitaorg naik flight kul 8.20am dari Paris di Fiumicino - Leonardo Da Vinci Airport.

Sampai jeee jenuh menunggu luggage, part tak best nya sebab tak da langsung notice board tulis pasal luggage..memang confius..tunggu tempat lain sampai luggage tempat lain jenuh melilau bagai..Ingatkan group kami jaa upanya ada gak tourist dr canada kalau tak silap tak jumpa beg juga..so kitaorg pusing laa dari satu tempat kee satu tempat and up jumpa luggage nun jauh ...nak kata salah tempat or salah baca haaaaa....

Lepas tuuu terus keluar cari bas  dari airport ke Rome, sangat murah, dalam €4 seorang/sehala. Tapi sebab time kami sampai pon dah dekat nak mid nite..bayangkan punya lama tunggu luggage !! so kena charge 6 (ada juga laaa tourist yg pertikaikan).


DiRome kami stay di Hotel Home Sweet Home bersebelahan dengan Hotel California. Sampai jee terus fengsannnnnn.....

Info Boleh Google - Booking Hotel


 


 
 Breakfast kami ...huwahhh nangis mak too oily...




Rome atau nama tempatannya Roma adalah merupakan ibu negara Italy. Rome merupakan bandar tertua didunia yang kaya dengan nilai sejarah dan monument sejarah lama. Pusat peradaban manusia terawal dan pusat kepada agama kristian khatolik yang terbesar didunia. Memang cantik sangat...!! terus teringat filem Spartacus.

kami pun memulakan aktiviti pertama pada hari itu, menuju ke beberapa buah tempat menarik dengan menaiki bas Hop-on-hop-off. Antara tempat-tempat yang kami lawati ialah Colloseum yang terkenal dibina sekitar tahun 70-80 Sebelum Masehi




Selesai berposing-posing merata cerok colosseum kami keluar dari sini & melepak dekat dataran di luar colosseum. Kat depan ni ada juga orang jual cenderamata. Kat sini banyak orang melepak syok-syok selfie termasuk le kami.
Jika datang ke Rome jangan lupa datang ke sini sbb anda boleh melihat mcm 2benda. Nampak tak  yg berbaju kuning kat atas tu. Majic okess..haaaaa 10x sizIkri explain kat aku pon aku tak paham lagu mana mamat baju kuning tuu duduk...haaaaaaaa.

Tengok dari jauh nampak cam duduk atas angin jaaaaa...padahal...trick jaaaa lobih!!





Acara wajib


View yang sangat cantissssss




Tea time

Memang senang cari makanan halal di Rome ni kerana ramai orang Islam disini, terutamanya di kawasan deretan bangunan lama berdekatan dengan Stazione Termini.

Malam nya  dari Rome, kami meneruskan perjalanan ke Florence dengan menaiki train intercity dari Roma Termini ke Firenza Santa Maria Novella Station (perhh jenuh nak spell). Dengan kekerapan yang banyak memudahkan pelancong bergerak ke seluruh Europe tanpa sempadan (kecuali Switzerland yang memerlukan penumpang cop passport ).  Dari Rome ke Florence lebih kurang 1 jam setengah.

Info Boleh Google Trenitalia

Upa trainnya
                                                      

Pastikan juga jadual masa yang dibeli, supaya tidak rushing dan just nice untuk check in di Florence sebabnya kebanyakkan apartment ataupon BnB allowed untuk check in sampai kul 8.30malam sahaja, kalau lambat pon until 9pm tak boleh nak NEGO NEGO.... nak minta consideration dengan alasan train delay or what memang tak layan...sorry okey...kalau tak samaada kena add in cost lambat or tak dapat check in. Nasib masa di Florence tuan tanah sanggup tunggu but kami kena extra late chargers  12 (tak silap), tapi kat MILAN kami lambat gak..langsung tak layan...last last kami cari HOTEL jaaa....

Jom muntah gambar lagi....bagi sprit pada yang nak berkunjung ke ROME.



Katilnya serba merah bilik ni..Kami ambil untuk 5 orang so dapat laa 2 katil Queen, 1 katil single
  
Hotel Home Sweet Home
Tram

Landasan Tram

View 

Hop-on Hop-off Tour (best oo siap ada wifi lagi atas bas)






Florence

Florence  kecil jaaaa, selamat untuk jalan-jalan, walaupun pada waktu malam. Untuk pusing-pusing bandar Florence ni, lebih baik kita walking tour saja sebab semua attraction dekat-dekat, sambil jalan kaki boleh kita tengok life orang Florence dengan lebih dekat. Lepas checkin apartment kami merayap keluar, apa lagi merayap mencari HARD ROCK lagi tuu jaa laaa keja kami haaaaaa....dan kebetulan esoknya tuu ada marathon so malamnya tuu memang happening laaa ...ramai yang melepak... !!

Kat HRC ni kalau yang suka tengok live band tu boleh la layan. Tapi kami sebab nak beli Tshirt jaaa, ada la sikit-sikit collection lepas tuu sebab WIFI Free. Dah siap memilih t-shirt HRC selai dua tu, boleh la lepak kat luar HRC sambil dengar music free dari restoran berhampiran. Memang best. Free pulak tu. Sekitar HRC juga ada banyak kedai yang boleh shopping atau cuci mata yang still dok buka lagi...


Lupa nama apartment apa, yang ingat buka jaa tingkap nampak kedai PANDORA

Tarikan utama di Florence ialah Statue of David, hasil ukiran Michaelangelo. Hurmm... patung bogel je pun, So kitorang pandang jaaa di Piazza della Signoria, sebabnya masa berjalan nak ke apartment tuu memang nampak sebijik Statue of David ada kat situ, katanya ukiran tiruan. Hurmmm... tak kisah lah, janji dapat jugak tengok. Cuma nak tempek gambar cam tak sesuai gitu...sapa nak tengok sangat Google jaa okey!!


Layan gambar :-




 



                            







View area Florence








View apartment di Florence, abaikan laa ruang tamu yang bersepah tuuuu



Pisa Tower

Esoknya, kitaorang pergi  menara senget Pisa (Leaning Tower).  Memula nak ke Prada outlet, tapi sebab bas kul 3pm so kami decide ke Pisa dulu.  From Florence, we took the train & the journey is around 1 hour. From Pisa Central, kami naik local bus pulak kat seberang jalan (lupa no bas, sebenarnya tak perasan).   Takde apa sangat pun kat Pisa ni cuma tower tu je la.

Memang amazing tengok menara condong di dunia ni. Tak pernah terfikir akan betul-betul sampai kat sini. Alhamdulillah, sampai juga kat sini





Muka muka happy





Ramai juga pelancong time kami sampai , tapi memasing tak peduli dengan gelagat memasing yang dok sebok nak tahan pisa laaa, nak tolak pisa laaaa....not really bother much. Macam kami kat atas tuuu  haaaaa, ada gak pelancong yang minta tolong snap gak gambar depa..ok laaaaa






 Baliknya sempat laa kami sopping (keja kami sopping jaaaa haaaaa especially siFarrah haaaa nasib mai 3 minggu kalau sebulan mau kena order kontena balik mesia).

Balik dari Piza terus kami jalan kaki ke stesen bus(belakang jee pon dari trains station) untuk ke Prada outlet memakan masa selama 1 jam. Most of the outlets are located in sub urban/rural area. makan masa juga laa nak sampai, tertido jugak dalam bas dibuatnya memasing dah letih. The weather was supercold time tuu...


Memula bayangkan cam besar jee outlet ini...sampai jeeee lol alah alah sebesar padang bola jaaa pon. Kalau tak silap ada few designer outlet cam Prada, Gucci, Ferragamo, Fendi and italian brands. 

Paling popular PRADA and GUCCI full house time tuuu....muka muka mata sepet jaa penuh... cian siFarrah tak dapat rembat beg file gucci padahal dah booking dah nak gi bayaq jaaa. Ni lagi satu masalah kalau transcation  guna credit card around 12-1 mid nite sure problem..under maintenance laaaa macam macam hal.  Jenuh laaaa 2,3x try tak lepas...nasib masa diPrada guna card siLeeya lepas, SiYang pulak guna card aku lepas itu. Cuma time nak ke Gucci tuuu bas dah sampai......




Sampai apartment memasing dah kebuluq apa lagi bebekalkan "Brahim pek" terus laaa memasing nganga sambil posing gedik gedik ngan handbag memasing...



Thats all for now....biarpun kenangan di sini bercampur baur..tapi rasa best tuh still ada. Cuma nasihat aku, kena extra hati hati sebab di sini terlalu ramai pendatang kat mana mana pon laaaa..... Mungkin diorang pun tak ada pekerjaan tetap, so apa yang diorang buat cuma nak kena kan tourist macam kita jeh.



Apapun..semoga perkongsian ni dapat jadi tips untuk yang nak ke Rome sedikit sebanyak.



Info:

Satu yang menarik di Rome ialah dengan kebanjiran warga Bangladesh yang bekerja dan juga berniaga, diorang bebas menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Kebanyakannya pernah bekerja di Malaysia, siap bagi salam dan tegur kami dalam Bahasa Melayu lagi. Sempat laa siFarrah tanya tips cammana nak keja diRome..hailaaaa mau kena pelangkung ngan mama dia nampaknya....

Kadar tukaran matawang yang tinggi menyebabkan mereka boleh hidup senang dan siap boleh kirim wang ke negara asal dalam kadar yang amat tinggi.


Sempat lagi anak bujang aku rembat buku ni..10