Sunday, February 23, 2014

Kuih Lompang Pandan

Lama sungguh aku teringi nak makan..selalu nampak kat E-Mart..tapi selalu gak aku tak membelinya..heeeee !! Sebabnya aku suka try test buat sendiri..acuan dah berminggu aku beli so nak tak nak semalam lepas balik skoll zidane terus aku singgah beli "niyok" aka kepala parut


KUIH LOMPANG

Bahan A:
1 cawan gula 
2 cawan air

Bahan B:
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago
2 cawan air
1 sudu teh esen rose (saya guna esen pandan)
1 sudu teh air kapur

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam
(Gaulkan dan kukus sebentar)

Cara-cara:
1.Masak bahan A hingga larut
2.Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul hingga rata, kemudian ditapis.
3.Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan.Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4.Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5.Jika mahu lompang berwarna warni, asingkan adunan dan titikkan dengan pewarna di sukai.
6.Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.Hidang  dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.











Info dr FB: Hebatnya Sultan BRUNAI

Alhamdullilah....

Wednesday, February 5, 2014

Langkawi Cable Car & Shopping

Kereta kabel terletak di Oriental Village. Merupakan kunjungan petama bawa budak budak ke sini. 

Nasib baik dapat naiksebabnya Kereta kabel ikut cuaca, kalau berangin kuat pun tak jalan,hujan pon takjalan. Kalau tak silap, automatik dia stop kalau dapat kesan angin kuat. Ada sensor.


Masa kami sampai Sky Bridge ditutup untuk penyelenggaraan sampai tahun depan. Padahal dekat situlah paling best walaupun gayat sikit bila angin bertiup. Terasa goyangnya. Tiket RM15 dengan Mykad (kena tunjuk untuk scan) kalau tiada MyKad RM30.(Tak payah lee semua nak tunjuk MyCard pulak cukup setakat wakil tukang beli tiket jeee) kang tak pasal pasal Q panjang sebab semua kaum kerabat berbaris...







Muka-muka budak cuak


Pemandangan masa kat atas

Okey nak cerita sikit tentang Langkawi Cable Car ni. Terletak di Gunung Mat Cincang (errk, tak tahu ejaan yang betul camne) dan dah tentulah merupakan tarikan utama kat Pulau Langkawi ni..
Puncak station cable car ni terletak 700m dari aras laut.. memang tinggi la.. Ada 3 station yang menghubungkan dari bawah hingga ke puncak.

Okey meh kita Shopping pulak, rugi ooo kalau sapa mai Langkawi terlepas pandang part SHOPPING!!!(ada kaaa)

Antara tempat yang kami sempat singgah

a. Kompleks Haji Ismail Group
kaya kan tuan haji ismail ni. sampai dah ada kompleks ok...bersambung plak dengan hotel sendiri. alhamdulillah rezeki beliau. so bila dah ada kompleks ni, besar la kan. dan memudahkan nak shopping,. kedai kecik2 tu masih ada lagi....
Bangunan HIG ni berlambak² kat Langkawi. Nak kecik nak besar semua ada.

Bangunan HIG yang besar ni adalah END LOT  & berwarna HIJAU




b.Langkawi Saga

Depan HIG ni adalah LANGKAWI SAGA




Lepas habis shopping, perut pun dah lapar.. mula la nak cari makan