Showing posts with label Makanan-Kuih. Show all posts
Showing posts with label Makanan-Kuih. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Balungan Ayam - Kuih Banjarrrrr

Gara gara kawan aku post gambaq dlm wasap grp teriuh terliuk teringat masa kecil kecil dulu arwah mak rajin buat.. aku pulak memang suka yang manis manis macam ketayap, buah melaka, kuih koci..ada 1 lagi aku suka juga seri gajus haaa hat ni hanya ada kat pasar malam parit buntar. Itu laa kena balik time Jumaat baru sempat merasa.

Masa tengok dalam group aritu aku kat DEMC temankan sizidane yang kena admit. Bila dah balik rumah apa lagi projek laa kan...
Daun pisang wajib ada kalau tak..tak harum pulak nanti heee tapi klau tak da tepung lagu mana pulak kan..so jom tepung pulut aku guna separuh, kelapa putih, Gula kabung, Gula putih, garam, minyak, daun pandan - saja nak bagi tepung tuu kaler hijau. 

Uli macam buat buah melaka tuuu tapi kali ini bagi keras sikit tepung tuuu tak mau lembut sangat
Daun pisang tuu layur dulu ok..lepas tuu gentel gentel bagi bulat, tekan tekan macam gambar kat atas bubuh inti. Lupa sebelum tekan tekan taruh minyak masak pon bole tak mau bagi tepung melekat.
Lepas tu tekan tekan buat macam karipap 
Kukus dalam 20min. 
Daun pisang pon aku gunting ikut macam bentuk karipap juga
Tarrraaaaaaa sedap oooo..ini makanan orang banjar....haaa laki aku orang bandar so tadi aku nampak dia makan separuh jaa sebelum solat Jumaat..haaaa laki aku nii manis manis kurenggg layan sikit...

Sunday, April 19, 2015

Kuih Lompang Pandan lagi


Siap untuk minum petang, sebab ari ini memang tak da plan nak keluar tawaf kawasan so aku siap siapkan terus minum petang senang....heee cuma petang sikit aku nak goreng pisang jaaa..nasib cheese dah abis kalau tak harus aku buat goreng pisang cheese..!!!!  Makin duduk KL ini makin menjunam diet aku.....

nak kena cari Shaklee laa juga ......

Oh pada yang nak resepi tengok sini......masa buat kat Miri ari tu.....

Thursday, November 6, 2014

Donut lembut dan sedap & Chicken chop black paper

Tak berhenti anak anak aku ....mulut tuu nganga jaaa 24jam....Makan...makan...makan...Memalam pon mengagau cari bendanak makan

Mentang mentang sikakak tuu puasa ganti ari ini, macam macam dia request...!!
Buka puasa chicken chop black paper...malas masak banyak banyak...ingat memula nak masak nasi sebab laki aku mostly prefer nasi..prot melayu !! 

tapi bila pikir balik MALAS aku kang sapa nak makan chicken chop aku...kang menbazir laa pulak.

Malam rabu dai dah request menu, budak ini payah makan nasi kalau nak makanpon bersuap abis laa sepinggan kekadang tuu jenuh bergaduh bila aku malas nak suap dia...nak suap sikenit shazleen lagi lepas tuu sikakak lagi...

Menu dah ada jenuh laa pepagi lepas temankan ain sahur jam 4pagi terus aku sediakan ayam - ketuk ayam bg leper,marinated semua simpan lam plastik, kelentang kelentung umah aku sesubuh hening nasib duduk jauh jauh jauh dari jiran kalau tak mau kena baling ngan lesung batu, menganggu jiran tido jaa... dah siap semua petang terus boleh grill or goreng jaa.

lps tuuu berdezupp antar budak kenit pegi tadika pulak....awai ooo kul 7am dah masuk skoll...

kes lepas berbuka...hamboi hamboi hampa tokey supermarket pon boleh bangkrap lagu ini..


Donut lembut dan comel lote

Balik dari antar kenit kesekolah, aku dah sanggap duduk umah..bosan!! terus aku cekau resepi 
Sebelum ini aku pernah buat DISINI, kali ini aku ikut resepi dari FB sis ROZILAH ABDULLAH

DONUT GEBUS
Sumber : Isma Maisarah
Sumber :FB Rozilah Abdullah

Bahan2

250gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera
2 biji kuning telur
50gm gula
2 sudu besar water roux
50-60ml air dari peti sejuk
50ml minyak masak
Sedikit garam

Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.

Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.

Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.

WATER ROUX

1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan selama 2,3 hari di dlam peti ais.

Adunan ini akan menghasilkan sebanyak 20 biji donut bersaiz kecil. Aku buat separuh adunan jee so dapat lee 9 ketui donut habuan minumpetang kami anak beranak.

                               

                                                     

Black Paper Chicken chop

Resepi nanti aku post lain ENTRY, mata dah start layu dah ni...nite semua ..


Sunday, September 7, 2014

Apom Lenggang Manis dan PT3

Aku ini memang lama dah nak makan apom lenggang ini tapi tak pernah berhajat pon nak buat sendiri, kalau kat KL tuuu asal balik dari umah MIL sure singgah beli kat Bangsar yg ada TMC tuuu..aku tak ingat laaa apa nama rasanya Bangsar Garden kot...kot kot sila nama ampun yaaaaaaa...sebab selalu lepak makbuk restoran, lepak makan nasi kandar tepi jalan tuuu itu yang nama tempat kelupaan.

Bila duduk sini mana nak cari bangsar..mana nak cari apom lenggang mau tak mau kena tunggu balik KL laaaa jawabnya...kebetulan malam tadi sambil dok review tadika buat siShazleen,sambil dok skodeng blog blog yang ada review pasal tadika area Bukit Jelutong, Jenis islamic or tak ? 

Lepas tuu nak kena tengok persekitaran, budget, keselamatan, keselesaan, teknik pembelajaran....

Dah laa pagi semalam aku pening pening lalat dengan PT3 ini, kebetulan ada Majlis Permuafakatan dan review keputusan ujian 4 si Ain.

Last last buka FB tertengok kawan aku LIKE resepi apam lenggang....hmmm apa lagi terus aku cari resepi yang lagi mudah. Kalau ikut dalam FB, beras direndam semalam dan diblend...



APOM LENGGANG MANIS

BAHAN BAHAN

A
2 cawan tepung gandum / boleh juga menggunakan tepung beras
1 1/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir - tambah jika suka manis
1 sudu teh yis
3/4 Nasi Sejuk
1 cawan kelapa parut kering

B
1 cawan santan 
1 biji telur
Sedikit garam

Cara cara
1. Campurkan semua bahan A, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam blender, kisar hingga halus. Tuang ke dalam bekas yang boleh memuatkan acuanan dan biarkan semalaman. (adunan akan naik)

2. Keesokkannya, masukkan semua bahan B, santan dimasuk sikit sikit (kecairan aduanan seperti nak buat kuih ketayap) gaul sebati dan biarkan selama 1/2 jam.

3. Panaskan Appam Pan, tuang satu senduk ke dalam kuali. Kemudian lenggangkan dan tutup dengan penutup.

4. Biarkan ia masak sehingga sekeliling apom nampak garing. Angkat dan letak di dalam pinggan. Buat hingga habis.

5. Apom lenggang boleh dihidangkan dengan kuah kari atau di makan begitu saja.

# Kalau makan begitu saja, selepas lenggangkan aduana dalam kuali taburkan brown sugar or gula bagi rasa manis manis...sure anak anak suka.

Adunan

aku taburkan brown sugar



                                                








Memang aku tak paham lagi..tahun depan baru aku pulun bagi paham sungguh sungguh sebabnya zikri nak peksa lepas tuu ain pulak.......so tahun ini aku tengok dulu anak anak kawan aku yang jadi ujukaji ini....sian depa kelangkabut !!! 

# slide PT3 tu aku dapat dr My BFF si Khairul Aqliah...




Wednesday, June 18, 2014

Kuih Muih Tradisional Kudapan-bekalan Bulan Puasa

LKali ini aku ceta pasal food frozen pulak. Sebelum balik Miri aritu sempat laa aku mengorder segala jenis kuih muih tradisional dr FOOD FROZEN 1st time order dan memang puas hati sangat.





Karipap daging ,samosa,popiah sardin


Siap deliver hingga ke Airport lagi and sampai Miri keadaan masih selamat heee maksudnya masih dalam keadaan baik...aku tak sempat nak wrap masa kat klia pon...tawakal jeee..
Masa touch down kat Miri hujan, so basahlaa sikit kotak tuuu.Sampai umahcepat ceat aku keluarkan isi nak simpan lam fridge and alhamdullilah tak terjejas pon..bahagian dalam tak basah...
Thank En Shan



Cucur Badak

Penuh Fridge habuan stok bulan posan nanti

  • KARIPAP DAGING 6pket
  • KARIPAP SARDIN 6paket
  • CUCUR BADAK 4paket
  • DONAT 5paket
  • KASTURI 3paket
  • SAMOSA 6paket
  • PULUT PANGGANG 4paket
  • KOCI 4paket
  • SERI AYU 3paket
  • PAU KUKUS 2 paket
  • apam gula hangus 2



Alhamdullilah sedap budak budak nii siap soh goreng sampai 3 jenis sebabnya memasing ada peberatkuih memasing.....

Okey so pada sesapa yang nak cuba rasa bolehtempah or PM kat FB 

Frozen FOOD Sales n Marketing (FB)
Batrisyia Yaqin Trading
OR
012 763 5077 En Shan

Sunday, February 23, 2014

Kuih Lompang Pandan

Lama sungguh aku teringi nak makan..selalu nampak kat E-Mart..tapi selalu gak aku tak membelinya..heeeee !! Sebabnya aku suka try test buat sendiri..acuan dah berminggu aku beli so nak tak nak semalam lepas balik skoll zidane terus aku singgah beli "niyok" aka kepala parut


KUIH LOMPANG

Bahan A:
1 cawan gula 
2 cawan air

Bahan B:
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago
2 cawan air
1 sudu teh esen rose (saya guna esen pandan)
1 sudu teh air kapur

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam
(Gaulkan dan kukus sebentar)

Cara-cara:
1.Masak bahan A hingga larut
2.Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul hingga rata, kemudian ditapis.
3.Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan.Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4.Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5.Jika mahu lompang berwarna warni, asingkan adunan dan titikkan dengan pewarna di sukai.
6.Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.Hidang  dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.











Thursday, January 30, 2014

Roti Jala

Assalamualaikum..

Minggu bersemangat nii..ada jee benda aku nak buat padahal sebok mengalahkan apa jaaa...pepagi antar anak dara lp tuu masak tuk lunch...makesure sebelum 11pg aku kena siap sebbnya nak angkut sikenit tuu pulak...lepas tuuu sikakak & siain...sampai laa kul 3pm br sampai umah balik...

Balik jee malas nak layan penat.. trus aku masuk dapur itu yg memacam tuuu..lepat pisang laaaa...kek pisang laaa...kuih cara manis laaa...roti jala laaa and semalam puding jagung pulak......

Kali ini roti jala aku kaler purple...(req.anak dara nii..fav kaler dia) cicah ngan kari ayam & sambal ikan bilis..


JOM TENGOK RESEPI:

Resepi Roti Jala:

(Sumber: K.Wawa/ K.Ummi Kuantan/ Sumber c&p : Dapur Ain)

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (ikut warna kesukaan)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
2. Perapkan selama 1/2 jam .
3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2



Kari Ayam
Sambal Bilis


Love the colour



Sunday, January 26, 2014

Tea Time: Kuih Cara Manis


Salam Petang...sejak 2 menjak nii asyik berasap jee dapur aku tambah MIRI now musim hujan so apa lagi banyak laaa request dr budak budak niii...alhamdullilah penat penat pon habis lincin depa telan kalau tak mau kena piat telinga....heee

tuuu pon kat dapur dah siap adunan cokodok pulak....standby kot kot sakgi ada jaaa yang minta...kalau tak pon esok pagi jee laa jawabnya....heeeeee

Resepi di kalau google lebih kurang sama jeee....+ - sukatan air ngan santan jeee..yang lain lebih kurang sama ...ins sha allah menjadi jeeee... 


BAHAN A: 

(Campurkan semua dibawah dan blend) ... sukatan guna cawan kopi yang biasa tu ya... bukan nya Mug


1 cawan tepung gandum 

1 cawan santan pekat (guna santan kotak jee)
2 biji telur (untuk kuih tak melekat/ susah nak lekang dari acuan.. )
3 sudu besar minyak masak 
1 cawan air daun pandan (dari 3-4 helai daun pandan)
sedikit garam 
sedikit pewarna hijau 

 BAHAN B:

Gula putih 

 BAHAN C (Untuk sapuan pada dasar loyang) :

1 helai daun pandan sedikit minyak masak

 Cara-Cara Memasak:- 


1. Panaskan acuan Kuih cara.

2. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung. 
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4) 4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan. 
5. Tutup dengan tudung periuk. 
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.

Tuesday, December 3, 2013

Bubur Jagung Bersagu & Cucur Jagung Berudang

Assalammualaikum

Mendung jaa hari perot pon apa lagi berbunyi jeee laaa jawabnya da siap bubur jagung favourite anak sulung bujang nii.

 Lepas tuuu ada pulak balance jagung terus teringin buat cucuq Jagung pulak..Kuih yang mudah dan ringkas penyediaannya ini memang menjadi ... menu untuk hidangan minum pagi atau pun untuk sajian petang. In shaa allah...

Memu Minum petang yang simple


Bubur Jagung + Sagu
Bubur Jagung Bersagu
Resepi: Google

 Bahan2
  • 3 tongkol isi jagung yang dihiris
  • 3 sudu besar biji sagu (direndam seketika)
  • 5 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar gula
  • 2-3 keeping gula Melaka
  • secubit garam
  • daun pandan disimpul
Cara membuatnya:
  1. Rebus isi jagung dengan 5 cawan air hingga empuk,masukkan sagu - masak hingga sagu menjadi separa jernih
  2. Masukkan gula Melaka dan gula
  3. Akhir sekali masukkan santan,daun pandan & garam. Masak hingga mendidih sambil sentiasa dikacau.
  4. Padamkan api bila sagu jernih sepenuhnya. Sedia dihidangkan 
 

Cucur Jagung Udang Lemak Manis
CUCUR JAGUNG BERUDANG LEMBUT
Resepi: Google
 Bahan-bahan ( 3 - 4 org makan )
  • 1 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
  • 2 cawan tepung gandum                          
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula                          
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng             
Cara membuatnya:
  1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.               
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.               
  3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.               
  4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.               
  5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..
Milo O Kosong panas
Bestnya......dah laaaa cuaca mendung dari pagi sampai lee kemalam niii...
Alhamdullilah sempat berwatsapp ngan en hubs...yalaaa sian pulak bila da jauh nii makan minun dia cammana laaaa & suprisenya dia siap balas watsapp gambar tengah goreng kopok lekor.....heeeeeee


Jom Minum sambil nonton tv yaaaa

  

Tuesday, September 6, 2011

Kuih KERIA

Waaaadusssssss.. dah lama tak apdet.. raya sakan aku upanya heheehhhh tapi kalu ikutkan ati aku nii mmg tangan nii gatal nak mengupdate jeeee tapi mana ada masa nak bertenggek dpn laptop berjam2.. lebih2 lg kalo line tenet tak best.. lg le bikin aku malas nak apdet..lepas tuu nak berkejar wat keja laa....ngan anak kecil lagi....ngan bontot dia yg merah lagi...haaaa lagi lee aku malas asal nak duduk jeeee TIME tuu leeee ada jee benda nak kena wa......haaa siShazleen pulak pantang nam-ak makanan asal jee nampak makanan sumbat lam molot..lemang ketupat rendang..semua lom kira kuih muih lagi, ayaq sejuk lagi hissss mana tak melecit bontot dia.....lepas tuu mula laaa cirit birit...husss penat aku  dok keluar masuk toilet tukaq pampers sikenit niii.....
nak biaq lama kang lagi melecet bontot lagi payah.....cian pulak aku tengok bila jalan terkengkang kengkang




Ari nii nak tempek gambar raya semua lam NB laki aku..tak sempat aku nak transfer semua malam tadi.....so dari aku membosankan diri aku pepagi nii

So aku tempek lee gambar kuih niii yg aku wat petang semalam...berkobar kobar aku cari ubi keledek masa gi market pagi semalam...tertiba tekak terasa nak makan....

Tapi kuih aku nii cam tak best bentuk nya..payah sangat nak uli..lepas tuu takmau jadi bulat...hisssssss hanggin aku ..kalau jadi bulat pon payah nak nampak COMEL....nak gak nampak comel tuuu...baru aaa best nak makan....
padahal aku guna bahan cukup
 

Keledek - direbus bersama garam sedikit
Tepung gandum
Gula
air 
 (aku main agak agak jeee..ikut berapa banyak keledek yang digunakan okiessss)

Di cara aku wat semalam
Keledek yang telah direbus tadi dibuang kulit dan lenyekkan hingga hancur biarkan Sejuk dulu  baru Masukkan tepung gandum dan uli 
sehingga menjadi doh
Bentukkan seperti tayar
Goreng ia hingga kuning keemasan
 
Cara menyira kuih keria :
Masukkan gula dan air dalam kuali
Didihkan ia sehingga likat,pekat,melekat..heheheh
Masukkan kuih keria tadi dan gaul sebati. 
Pastikan semua bahagian kuih keria terkena gula
Kacau hingga gula nampak bertali baru tutup apinya
Kacau lagi sehingga gula kering dan kuihnya tidak melekit lagi

Lepas tuu da lehhh ngappppppp nak lagi sedap, mabeles makan ngan kopi panasssss

p/s :sapa sapa ada petua bagi tau ehhhhh....