Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Balungan Ayam - Kuih Banjarrrrr

Gara gara kawan aku post gambaq dlm wasap grp teriuh terliuk teringat masa kecil kecil dulu arwah mak rajin buat.. aku pulak memang suka yang manis manis macam ketayap, buah melaka, kuih koci..ada 1 lagi aku suka juga seri gajus haaa hat ni hanya ada kat pasar malam parit buntar. Itu laa kena balik time Jumaat baru sempat merasa.

Masa tengok dalam group aritu aku kat DEMC temankan sizidane yang kena admit. Bila dah balik rumah apa lagi projek laa kan...
Daun pisang wajib ada kalau tak..tak harum pulak nanti heee tapi klau tak da tepung lagu mana pulak kan..so jom tepung pulut aku guna separuh, kelapa putih, Gula kabung, Gula putih, garam, minyak, daun pandan - saja nak bagi tepung tuu kaler hijau. 

Uli macam buat buah melaka tuuu tapi kali ini bagi keras sikit tepung tuuu tak mau lembut sangat
Daun pisang tuu layur dulu ok..lepas tuu gentel gentel bagi bulat, tekan tekan macam gambar kat atas bubuh inti. Lupa sebelum tekan tekan taruh minyak masak pon bole tak mau bagi tepung melekat.
Lepas tu tekan tekan buat macam karipap 
Kukus dalam 20min. 
Daun pisang pon aku gunting ikut macam bentuk karipap juga
Tarrraaaaaaa sedap oooo..ini makanan orang banjar....haaa laki aku orang bandar so tadi aku nampak dia makan separuh jaa sebelum solat Jumaat..haaaa laki aku nii manis manis kurenggg layan sikit...

Sunday, April 19, 2015

Kuih Lompang Pandan lagi


Siap untuk minum petang, sebab ari ini memang tak da plan nak keluar tawaf kawasan so aku siap siapkan terus minum petang senang....heee cuma petang sikit aku nak goreng pisang jaaa..nasib cheese dah abis kalau tak harus aku buat goreng pisang cheese..!!!!  Makin duduk KL ini makin menjunam diet aku.....

nak kena cari Shaklee laa juga ......

Oh pada yang nak resepi tengok sini......masa buat kat Miri ari tu.....

Wednesday, November 5, 2014

Kuih Lopes

Blog aku ini dah carca merda, semua kisah ada...ia lahh dah nama pon blog aku tentu tentu segala ceta aku nak masukkankkkkkkkkk...dari ceta anak anak,ceta aku yang tak berapa pandai masak, ceta kami berjalan jalan !!

Semalam dah selesai cuq keria, so malam tadi masa hantar budak budak mengaji sempat aku singgah E-Mart cari pulut....terus pagi tadi lepashantar siShazleen ke kinda apa lagi yehaaaa kuih lopessss in he making!!!!!

Sebab daun pisang tak da actually aku yang terlupa nak beli semalam masa gi E-Mart so aku guna kertas aluminium jee untuk bungkus...kalau nak buat guna daun pisang kemudian nak ikat2 bagai confirm ntah apa jadi kuih lopes yg ku buat nanti...apa2 pun tepuk dada tanya selera...pilihla yg mana kita suka....yg pasti kuih org lama tak pernah mengecewakan....pun terpulang pada selera memasingkan....Moh mencuba!



Bahan-Bahan:

3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1/2 sudu teh garam 
beberapa titik pewarna hijau 
kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
Daun pisang

Cara Penyediaan:

Cuci beras pulut. 
Rendam 1/2 jam. 
Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. 
Masak seperti memasak nasi.
Panaskan pengukus
.Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. 
Ikat dengan kemas. 
Kukus selama 15-20 minit.
Angkat dan sejukkan. 
Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. 
Makan bersama air gula melaka.

Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yg ditegangkan. 


Kalau buat kat kampung tentu tentu guna pandan asli untuk menaikkan aroma...tapi sebab aku malas nak blend daun pandan so cara mudah aku guna balance pandan paste yang botol putih kecil comel molek...semerba bau andan dia...tertuang banyak so hasilnya HIJAU SETAMAN !!!!

Ni cara aku balut guna kertas aluminium tuu, Bungkuq kejap kejap! 

Enjoy Cooking



Sunday, September 7, 2014

Apom Lenggang Manis dan PT3

Aku ini memang lama dah nak makan apom lenggang ini tapi tak pernah berhajat pon nak buat sendiri, kalau kat KL tuuu asal balik dari umah MIL sure singgah beli kat Bangsar yg ada TMC tuuu..aku tak ingat laaa apa nama rasanya Bangsar Garden kot...kot kot sila nama ampun yaaaaaaa...sebab selalu lepak makbuk restoran, lepak makan nasi kandar tepi jalan tuuu itu yang nama tempat kelupaan.

Bila duduk sini mana nak cari bangsar..mana nak cari apom lenggang mau tak mau kena tunggu balik KL laaaa jawabnya...kebetulan malam tadi sambil dok review tadika buat siShazleen,sambil dok skodeng blog blog yang ada review pasal tadika area Bukit Jelutong, Jenis islamic or tak ? 

Lepas tuu nak kena tengok persekitaran, budget, keselamatan, keselesaan, teknik pembelajaran....

Dah laa pagi semalam aku pening pening lalat dengan PT3 ini, kebetulan ada Majlis Permuafakatan dan review keputusan ujian 4 si Ain.

Last last buka FB tertengok kawan aku LIKE resepi apam lenggang....hmmm apa lagi terus aku cari resepi yang lagi mudah. Kalau ikut dalam FB, beras direndam semalam dan diblend...



APOM LENGGANG MANIS

BAHAN BAHAN

A
2 cawan tepung gandum / boleh juga menggunakan tepung beras
1 1/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir - tambah jika suka manis
1 sudu teh yis
3/4 Nasi Sejuk
1 cawan kelapa parut kering

B
1 cawan santan 
1 biji telur
Sedikit garam

Cara cara
1. Campurkan semua bahan A, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam blender, kisar hingga halus. Tuang ke dalam bekas yang boleh memuatkan acuanan dan biarkan semalaman. (adunan akan naik)

2. Keesokkannya, masukkan semua bahan B, santan dimasuk sikit sikit (kecairan aduanan seperti nak buat kuih ketayap) gaul sebati dan biarkan selama 1/2 jam.

3. Panaskan Appam Pan, tuang satu senduk ke dalam kuali. Kemudian lenggangkan dan tutup dengan penutup.

4. Biarkan ia masak sehingga sekeliling apom nampak garing. Angkat dan letak di dalam pinggan. Buat hingga habis.

5. Apom lenggang boleh dihidangkan dengan kuah kari atau di makan begitu saja.

# Kalau makan begitu saja, selepas lenggangkan aduana dalam kuali taburkan brown sugar or gula bagi rasa manis manis...sure anak anak suka.

Adunan

aku taburkan brown sugar



                                                








Memang aku tak paham lagi..tahun depan baru aku pulun bagi paham sungguh sungguh sebabnya zikri nak peksa lepas tuu ain pulak.......so tahun ini aku tengok dulu anak anak kawan aku yang jadi ujukaji ini....sian depa kelangkabut !!! 

# slide PT3 tu aku dapat dr My BFF si Khairul Aqliah...




Friday, May 23, 2014

Miri:Kuih Ketayap


Minum petang ..sila sila bismillah...
 
Ketayap

Puding karemel ...senang mudah yang best tak banyak guna telur...
taruh lam fridge makan sejuk sejuk walla..laju jee lalu kat tekak

selfie bilakebosanan menunggu zidane..

minggu gym!!!!

Sunday, February 23, 2014

Kuih Lompang Pandan

Lama sungguh aku teringi nak makan..selalu nampak kat E-Mart..tapi selalu gak aku tak membelinya..heeeee !! Sebabnya aku suka try test buat sendiri..acuan dah berminggu aku beli so nak tak nak semalam lepas balik skoll zidane terus aku singgah beli "niyok" aka kepala parut


KUIH LOMPANG

Bahan A:
1 cawan gula 
2 cawan air

Bahan B:
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago
2 cawan air
1 sudu teh esen rose (saya guna esen pandan)
1 sudu teh air kapur

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam
(Gaulkan dan kukus sebentar)

Cara-cara:
1.Masak bahan A hingga larut
2.Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul hingga rata, kemudian ditapis.
3.Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan.Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4.Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5.Jika mahu lompang berwarna warni, asingkan adunan dan titikkan dengan pewarna di sukai.
6.Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.Hidang  dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.











Thursday, January 30, 2014

Roti Jala

Assalamualaikum..

Minggu bersemangat nii..ada jee benda aku nak buat padahal sebok mengalahkan apa jaaa...pepagi antar anak dara lp tuu masak tuk lunch...makesure sebelum 11pg aku kena siap sebbnya nak angkut sikenit tuu pulak...lepas tuuu sikakak & siain...sampai laa kul 3pm br sampai umah balik...

Balik jee malas nak layan penat.. trus aku masuk dapur itu yg memacam tuuu..lepat pisang laaaa...kek pisang laaa...kuih cara manis laaa...roti jala laaa and semalam puding jagung pulak......

Kali ini roti jala aku kaler purple...(req.anak dara nii..fav kaler dia) cicah ngan kari ayam & sambal ikan bilis..


JOM TENGOK RESEPI:

Resepi Roti Jala:

(Sumber: K.Wawa/ K.Ummi Kuantan/ Sumber c&p : Dapur Ain)

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (ikut warna kesukaan)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
2. Perapkan selama 1/2 jam .
3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2



Kari Ayam
Sambal Bilis


Love the colour



Sunday, January 26, 2014

Tea Time: Kuih Cara Manis


Salam Petang...sejak 2 menjak nii asyik berasap jee dapur aku tambah MIRI now musim hujan so apa lagi banyak laaa request dr budak budak niii...alhamdullilah penat penat pon habis lincin depa telan kalau tak mau kena piat telinga....heee

tuuu pon kat dapur dah siap adunan cokodok pulak....standby kot kot sakgi ada jaaa yang minta...kalau tak pon esok pagi jee laa jawabnya....heeeeee

Resepi di kalau google lebih kurang sama jeee....+ - sukatan air ngan santan jeee..yang lain lebih kurang sama ...ins sha allah menjadi jeeee... 


BAHAN A: 

(Campurkan semua dibawah dan blend) ... sukatan guna cawan kopi yang biasa tu ya... bukan nya Mug


1 cawan tepung gandum 

1 cawan santan pekat (guna santan kotak jee)
2 biji telur (untuk kuih tak melekat/ susah nak lekang dari acuan.. )
3 sudu besar minyak masak 
1 cawan air daun pandan (dari 3-4 helai daun pandan)
sedikit garam 
sedikit pewarna hijau 

 BAHAN B:

Gula putih 

 BAHAN C (Untuk sapuan pada dasar loyang) :

1 helai daun pandan sedikit minyak masak

 Cara-Cara Memasak:- 


1. Panaskan acuan Kuih cara.

2. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung. 
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4) 4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan. 
5. Tutup dengan tudung periuk. 
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.

Monday, November 11, 2013

Donut yang gebusss dan lembut



Mendonut laaa pulak...

Bangun jee tido petang tadi sikenit niii merenggek lapaq nak makan donut big apple ..hohoho...memang lee Miri ni tak jem 10-20 min jee nak ketown...nak mendrive tuuu sangat lee malas..lepastuuu dia bukannya makan yang flavor2 tuuu ambik yang plain gak

so memunggah laaa kabinet dapor cari Yis & malangnya mmg out of stock haaaa terus aku watsapp papa dia soh singgah kedai...

and taraaa....sangat gebusss!!
Jom layan resepi pulak...dari weezana



Bahan Bahan: 
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara:

1. Cairkan mentega dan ketepikan.

2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.

3. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 

4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 

5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum.

7. Gaul sebati dengan senduk. biar adunan lagi selama 45 minit. Tutup dengan kain basah.

8. Adunan akan naik selepas 45 minit.

9. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik - memang lembik tau!). Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. Kalau tak de acuan guna jee cawan and bulat tengah tuu guna jee penutup botol

10. Time to mengoreng and membaham..

SeLaMaT MeMcUba..




Monday, February 4, 2013

Kuih Keria..!!!

Assalamualaikum....
Huhuhuhhhh suam suam kuku da umah niii...sejak sejak tukar negeri niii makin tak terkejar rasanya nak update...padahal gambar berlambak tunggu giliran nak post..hayoooo ...
...

Masuk jee dapoq petang semlm terus terpandang ubi keledek balen buat mee rebus ari tuuu...ubi merah/oren...so apa lagi terus pikiaq nak buat apa...kang lelama busuk plak...da laaa beli ari tuu mak aiii mahal sungguh....terkeluaq gak laaa bijik mata..

Jom tengok resepi sukatan main agak agak jeee...tapi still aku intai intai blog paberat kak ita...kotkot terlupa garam kaaaa heee

sedap ooo buat minum pagi ngan petang...yummy


KUIH KERIA
By: Kak Wan
Rujukan : Citarasawan

250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Untuk Menyalut Keria80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk

Idaman Kalbu