Wednesday, January 1, 2020

UMRAH 2019 : DAY 4 - Ziarah Luar: Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud dan pasar kurma/ladang kurma

Ziarah Luar: Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh (melintasi dan memandang dari dalam bas), Jabal Uhud dan pasar kurma/ladang kurma 



bahagian dalam yang sempat snap

Lokasi masjid berada tujuh kilometer dari Masjid Nabawi atau di utara Harrah Wabrah, di atas sebuah bukit kecil. Di masjid ini Rasulullah pernah solat menghadap dua arah kiblat.
Masjid ini dulunya sering digunakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat untuk melakukan ibadah sholat, namun pada saat itu arah kiblat masih menghadap ke arah Baitul Maqdis yang terletak di Yerusalem, Palestina
Ketika wahyu turun, Rasulullah SAW bersama para sahabat sedang menjalankan sholat dengan menghadap ke Masjidil Aqsa, sholat pun sudah berlangsung sebanyak 2 rakaat.
Setelah wahyu turun, tanpa membatalkan sholat, Rasulullah SAW memindah arah kiblat yang diikuti oleh para sahabat. Peristiwa tersebutlah yang menandai perubahan nama masjid menjadi Masjid Qiblatain.

 Masjid Pertama kali dibangun oleh Nabi Muhammad S.A.W bahkan Nabi sendiri yang telah meletakkan batu kiblat pada masjid tersebut.

“Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba,lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah (HR Tarmizi : 298. Ibnu Majah :1401)

 Mutawif Ust Ridzwan




 Salah satu tempat yang wajib dikunjungi saat berada di Madinah adalah kebun kurma. Lokasinya masih di dalam kota, dekat sekali dengan Masjid Quba, masjid yang pertama kali dibangun oleh Nabi Muhammad SAW. Jaraknya sekitar 5 kilometer sebelah tenggara Kota Madinah. Kat sini kami borong lagi kacang kacang, cekelat ngan kurma sikit. habuan kekwan & jiran jiran.

Boleh jug abeli dengan mutawif kurma ajwa sekilo 40 riyad siap bungkus tapi aku beli yang dalam tupperwave saja tukar tukar.

 Jabal Uhud yang artinya bukit menyendiri.
Jika kita hendak melihat bukit yang terdapat di surga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, ‘Bukit Uhud ialah salah satu dari bukit-bukit yang terdapat di surga’,” demikian hadis yang dirawikan HR Bukhari.



Perang Uhud  berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.


Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.


Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.




 gigih laki bini mendaki, ambik peluang 







Perhhh eskrem ni memang sedap dah la makan time cuaca hangat memang sangat layan -5 riyad mahal haaaa memang pon tapi sebab sesekali so layankan and rasa sangat sedap.

Sejak dari tu asal je jumpa eskrem ni memang aku beli. and lagi satu hayam masa dekat mekah perhhh sedap bangat 

Lepas tu aktiviti melontar riyad, kami banyak shopping kat area bawah TH Hotel situ ada satu kedai yang menang murah memang laa murah and boleh tawar bagai tapi yang bestnya menang ramai laaa rakyat jelata mesia yang singgah kedai ni. banyak juga laa aku melontar dengan jubah anak anak lagi , jubah si chone lagi, jubah aku lagi haaaa semua asal cantik aku punya ha gitu. Azam ni nak buat koleksi jubah. 
Ni salah seorang pekerja kedai tu ....ramah and buleh cakap melayu Hameed namanya

haa ni pulak berdekatan dengan pintu 25, pintu yang menang aku keluar masuk so apa lagi asal balik je aku gigih berbaris demi secawan kopi.












No comments:

Post a Comment