Thursday, January 2, 2020

UMRAH 2019 : DAY 5 - MADINAH / MEKAH

Hari ini tidak banyak aktiviti di Madinah tapi lebih kepada persediaan kami untuk menjalankan umrah pertama dalam hidup kami sekeluarga. Pagi2 lagi kami telah membawa turun beg kami yang telah dilabel. Beranak pinak oo beg beg kami semua. And sempat lagi sebelum tu aku laki bini ngan anak anak buah tawaf kedai lagi.. Time ni laa macma macam teringat ada nak beli. heee

Kami akan meninggalkan kota Madinah menuju ke Mekah hari ini selepas zohor.

Selepas zohor kami terus melakukan Ziarah Wida iaitu ziarah selamat tinggal, mengucapkan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad (s.a.w) kerana kami akan meninggalkan Madinah.

Pulang ke hotel, makan, mandi sunat ihram . Lelaki digalakkan untuk pakai pakaian ihram di hotel supaya tidak kelam kabut di Bir Ali nanti. Kemudian menaiki bas menuju Masjid Bir Ali, miqat kami untuk umrah pertama. Dari hotel ke Bir Ali hanya 5 minit perjalanan

Dalam bas, mutawif berpesan dan pastikan semua berpakaian ihram dengan betul. Dan mutawif ajar niat umrah. Maka selesailah rukun umrah pertama iaitu NIAT dan bermulalah pantang larang dalam ihram.

Mutawif kemudiannya membimbing semua jemaah bertalbiah di atas bas sepanjang perjalanan ke Mekah.









Sepanjang perjalanan Madinah - Mekah

Ya Allah sedap sangat,,aku kan sejenis cerewet kena ada cili sos but nasi arab ni dengan lembutnya dengan oilnya dengan hisss tak tahu nak nilai berapa kesedapannya tak sama dengan yg ada kt sini. Ikan pon lembut..makan panas panas iskkk ni yang buat macam naj duduk sana jaaa

Sampai Hotel dalam kul 10 malam terus check in and mutawif bagi masa rehat dalam 45minit jee lepas tu terus buat umrah.


Bilik Hotel hilton double tree- sangat best kan bila azan and solat jee bole dengar live dari speaker bilik ..ya allah sangat sangat tenang duduk sana.Tak pikir duniawi langsung.


Alhamdullilah selesai umrah pertama kami..





Selesai semuanya dalam kul 2pagi, laki gue yang dah botakkan kepalanya

alhamdullilah kau permudahkan segalanya buat kami ya allah

No comments:

Post a Comment