Thursday, January 9, 2020

UMRAH 2019 : DAY 6 - MEKAH

Ya Allah , kerinduan tak terperi and sungguh bila dah pegi 1st.time terasa nak pegi lagi dan lagi ...Ya Allah kau kurniakan laa kami seisi keluarga peluang untuk menjejakkan kami kerumah mu lagi Ya Allah..

Sungguh aku memang simpan azam oo kalau ada rezeki memang tak ada tempat lain selain Madinah/Mekah akan aku tujui. sebelum tu menang persoalan ini dalam kepala aku 
Layakkah Aku Pergi Umrah? !! 
Sungguh aku berbelah bagi pada mulanya tapi lama kelamaan terjentik perasaan dah sampai masanya aku kerumah mu ya allah..Jahat Yes aku memang jahat,jahil semua laa, aku insan yang paling tak sempurna dimata mu ya allah , insan yang selalu lalai dalam menjalankan urusan mu ya allah...allah sayang hamba hambanya...macam macam dalam kepala, tak terluah dengan kata2 bukan hanya sebab aku jahil dan jahat tapi ada macam macam sebab lagi ada macam macam masalah yg aku hadap tahun lepas tapi alhamdullilah segalanya aku tempuh dengan entah!!! tapi alhamdullilah ujian allah sebab allah sayang kat aku 
Terima Kasih Ya Allah dengan rezeki mu yang tak pernah putus putus buat kami sekeluarga
Sungguh aku jatuh cinta 

Day 2, semangat lepas balik dari umrah petama, sampai je hotel dalam 2 lebih, kami rehat kejap manja kan diri and kami siap siap nak keMasjid pulak untuk solat subuh .....best laa bila tiap kali dengan azan dan solat dari speaker bilik terus automatik "haa apa lagi tak reti reti nak bangkit solat ' haaaa dah kalau kat Mesia asyik lewatkan solat jeee kat sana aku laaa selalu on time and alhamdullilah sampai now lepas azan jee terus aku solat dah takut nak lenggah lenggah kan masa solat...dulukan mana wajid.

kecintaan

macam macam ragam boleh nampak kekadang aku terpikir apa yang aku takut kan or apa yang aku pikir layak ke tak dulu tu memang keja setan sebabnya bila dirumah allah ni macam macam ragam boleh nampak bukan semua baik dan boleh dikagumi.

Ada juga manusia yang bertolah tolak, pentingkan diri sendiri bukan tak ada tengah sujud dilangkah nya kepala, bergaduh tempat pon ada,bersesak, bertolak, tak tutup aurat dengan sempurna, solat walaupun tudung tidak menutup rambut sepenuhnya dan tak memakai stokin. ada juga yang memanjat atas orang lain untuk mencium Hajarul Aswad.

 betul tu semua ujian untuk kita bersabar bila aku duduk sesorang tengok semua ragam ni terpikir dan terdetik dihati rupanya perasaan berbelah bagi aku sebelum ni bukan sebab layak atau tak kita untuk jejak kaki dirumahnya....tapi sebab allah tu sayang dan nak kita terima jemputannya...amiin amiin


Lepas zohor baru balik and terus lunch..alhamdullilah lunch di mekah better than Madinah....haaa di Madinah  aku siap hari hari bawa bekal cili sos cicah dengan kopok..dalam banyak banyak memu kopak laa pilihan aku ...xtau laaa tekak tak boleh lepas and aku pulak sejenis yang cerewet bila travel ni part makan...and xmakan pon Ok ..acene tuu...

Masa di Madinah hari hari hotel sediakan ikan patin macam macam style laaa menunya..(aku tak makan patin) ada juga menu best macam sup daging so memang aku layan laaa juga selebihnya aku suka lepas balik dari solat beli ayam or kebab..sedap wei!! 

sebab aku cerewet part makan bila travel so makan sehari sekali pon dah cukup just aku layan air zam zam hari hari ..sedap walaupon laki aku bising sebab suka minum yang sejuk sejuk takut selsema or deman katanya tapi aku diamkan aje sebab sedap weiiii kalah air sirap heee....dan aku pulak memang tak  minum gula so sangat best...!!


sia[ ada americano lagi hokey



 Rendang Daging

Mekah pon ada ikan patin

Salad




kat Mekah aku layan pulak ayam ni, Ya allah sedap nak mampuih tak macam ayam kat Mesia.

10 riyad satu pek kalau tak silap..heee sebab laki rajin melayan dia tukang membeli. Gambar tu aku paksa dia pose sebab nak tunjukkan kat anak dara kat Mesia...risau pulak budak tu aku tak makan.
haaaa.. 
Lepas tu sekali lepas isyak aku beli lagi and kali ni buy one free one...betoi kat sini banyak sungguh orang bersedekah. time tu pekerja situ bagi free nak kata kedai nak tutup tak juga sebab 24jam buka mungkin dah rezeki kami.. 

Portion pon besar so selalunya kami beli 1 pek kongsi berdua jee...then sebab ad free bawa balik bagi pada Afiq-anak buah ammin 

Ni suasana lepas asar

Betui sampai je sini tak ingat duniawi abis semua pasal keja tak hinggat ...bos pon baguih tak kacau sepanjang aku kat sana...sangat tenang...ingat nak buat ibadat ja banyak banyak 



ni kena paksa juga bila lagi nak abadikan kenangan ..bukan hari hari boleh p kan








ni namanya tawaf sunat-tawaf sopping mall...(pepandai je aku tawaf sunat) melontar namanya. Bawah clock tower memang ada shopping bazar and kedai kedai tapi semuanya jual benda yang sama, tapi aku suka jubah dimekah compared to madinah. Mekah macam new design sikit so banyak juga laa aku melontar diMekah untuk Jubah. Sejadah Raudah pon aku beli si Mekah murah sikit and kualiti sama je dengan di Madinah..

Tapi kan jenuh aku cari fridge magnet kat mekah and madinah tak pernah jumpa heee
sampai kan terpikir mungkin xda kot heee , laki aku siap cari tshirt  I LOVE MEKAH pon xjumpa..
aku sopping tak yah ceta laa siap ada extra beg lagi yg besar tuu , nasib kami pegi ber8 so kakak ipar aku memang reserve 1 beg kosong sebab memang dia tahu punya kalau sure akan ada yang over budget.

Suasana ditingkat atas tower clock, aku memang tak banyak snap gambar even dlam masjid ke ao sebagainya bukan apa dr hotel ke masjid aku jalan jee tak pandang kiri kanan fokus nak ibadat jee haa gitu. Kekadang tu sampai lupa nak snap sampai kan anak buah aku yang rajin remind or minta tolong snapkan gambar.

Depan Lift sementara nak menunggu sanak saudara aku bersiap heeee



Depan kedai makan...heee apa lagi hayam jeee sedap oooo


Menarik kan hayam ni...termmpi mimpi ooooo



Masa sampai hotel dah tengah malam sempat tuu kerabat naik tinggat paling atas semata mata nak tengok view kot kot nampak clock tower.....alih alih sekali nampak jentera tolak ,kren tak apa apa jee sebab banyak area situ building hotel tengah nak naik.

Nanti sambung lagi

No comments:

Post a Comment