Showing posts with label Miri; mydapur; desert-pudding. Show all posts
Showing posts with label Miri; mydapur; desert-pudding. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

Kuih Badak Berendam


Sejak dua menjak ini petang petang ada jee aku nak buat..nak membuta malas walaupon penat lepas ambik antar budak budak ni dari sekolah....mana tak nya asal jee baru nak membuta dah kena keluar balik antar zIdane pegi tuisyen laaa,pegi latihan futsal laaa....last last aku layan instagram laaa,FB laaa,google laaaa cari resepi asal tengok orang buat jaa mula laaa aku pon gedik gedik nak buat gak..

Kuih badak berendam ini dah lama laa juga teringin nak buat bila tengok group sekolah wasap gambar dia dah siap buat untuk minum petang....terus aku tanya resepi...haaaa tanya tak menyempat..buatnya entah iya entah tak....tapi alhamdullilah berjaya gak...
Thank kiyah....walaupon sekadar "alah cam buat kuih koci jaaaa:..haaaaa kuah santan,tepung gandum,gula...heeee..ok mai aku susun atur resepi elok elok...!!!

Kulit Tepung :

2 cawan tepung pulut
2 1/2 cawan air perahan pandan / aku guna pewarna jaa
1 s/k esen vanilla

## uli tepung pulut sehingga menjadi doh yang senang dibentuk. Jangan lupa titikkan sedikit pewarna.

Inti :

1 cawan gula merah
1 cawan air
3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu kecil garam

##caramembuatnya sama seperti inti kuih koci @ onde onde

Untuk Santan:

21/2 cawan santan pekat
2 sudu tepung beras
Daun pandan
Sikit garam
Gula - sekadar manis manis buah

ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. Buat sehingga habis. 
Letakkan atas plastik atau paper baking untuk mengelakkanya dari melekat.

Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua 'badak' / bebola pulut tadi kedalamnya.

Bila kesemua 'badak' / bebola pulut timbul / terapung, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, barulah angkat dan toskan.

Sedia dihidangkan bersama-sama kuah 
 



Hubby aku siap makan campur ais batu lagi.....sedap katanya...hmmm macam macamlaa kan...

Wednesday, March 26, 2014

Puding Sagu Berlaici





Bahan-bahan ( 8-10 orang )

Sagu
Pewarna (ikut kesukaan)
Gula Merah 1 cawan
Daun Pandan 
Susu Idea
Laici Tin

Cara Cara
  1. Rendam sagu dahulu lebih kurang setengah jam.
  2. Bila sagu dah kembang, masak sagu dalam periuk.gunakan senduk kayu untuk kacau.Tambah sedikit pewarna (ikut suka merah,hijau atau oren ka)
  3. Sentiasa kacau.Jangan biar.kalau nampak kering tambahkan sedikit air dan kacau lagi 10 minit.
  4. Kadang kadang sagu nampak putih dan tak masak kan? Untuk bagi sempurna dan cantik pindahkan sagu dalam periuk lain dan kukus.
  5. Sementara itu, masak gula merah dan pandan dalam satu periuk.bila dah mendidih, tutup.tapiskan.
  6. Boleh lah hidangkan sagu dan gula merah dicampur dgn susu ideal ditambah dengan buah laici + air sekali makan sejuk sejuk... 

Nyaman ditekak
Tambah tambah musim panasnii....

Pencinta makanan pastinya dia & abang zIkri