Saturday, January 17, 2015

Travel-Eurotrip: Munich,Germany

Zurich--->Munich, German
(Local Market, The Allianz Arena & HRC)

Untuk baca entry sebelum ini, sila keSINI


Back to our journal di eropah....dan Germany adalah negara terakhir sebelum kami keParis & London semuala & terus keMesia(transit AbuDhabi)...masih ada lg 3 hari utk kami kembali ke Malaysia.Rindu dah berkobar kobar ini tak sabar nak balik Mesia. Masa ini alhamdullilah aku dah baik dari flu and fever tapi mood still kelaut, penat sama berjangkit flu ke siLeeya pulak...takpa janji kita semua ENJOY!!  Bayern Munich here WE come..

Munich adalah sebuah kota yang kaya dengan bangunan bentuk Gothic lama dengan sentuhan bangunan moden. Sangat Cantik walauppon mengerunkan dari mata hitam aku.
Macam biasa pengangkutan utama kami untuk ke Munich dari Zurich apa lagi kalau bukan naik train malam yang sangat selesa even sangat punctual. Kalau lewat, alamat kena tinggallaaaa, keberangkalian untuk delay tuuu payah sangat. Biasanya kena ada di Station lebih kurang 20 minit awal dari jadual asal. Yela nak tercari2 platform semua memang akan amek masa. Memandangkan kami sampai awal sikit...sikit jaa laaaa sempat laa mengtapau dinner..memasing dah tahap kebulur..!!
 
Hebat oooo bekas food kami, siap ada bentuk ikan lagi....ini kalau anak dara kenit aku tengok mau kagum siap soh bawa balik Mesia laaa kot haaaaa..(tak kuasa mak). Alhamdullilah janji lapik perut,kongi ber5 tau sebabnya aku beli burger fish filled mai aiii tercabut gigi gigi bila gigit bun keras kejung...terus sizIkri tarik muka haaaaa....nasib ada nasi siFarrah so kongsi kongsi laa kami ber5.

Sampai di Munich Haupbahnhof (Central Station) around 10pm kalau tak silap. Kalo sampai malam pun takdelah takut mana pun. Cadangnya nak naik cab jee ke Hostel Smart Stay tapi bila tanya jaa driver teksi jawab just near by 20min walking Distance. Oklaaaa tapi mk ai melilau mencari dari satu blok ke satu blok last last kami tahan teksi juga, upanya mak aiii jauh seh yang dikatakan dekat tuu cawangan Smart Stay..huhhhhh kalau tak merasa naik Cab Merc masa memula tadi (nampak sangat dia tak mau hangkut kami)..  
Memandangkan kami just sehari jaa pon so kami plan  Esoknya just jejalan sekitar area Munich - Local Market, The Allianz Arena,HRCitu jeee, tak de laa kami nak ambitious nak terjah semua tempat. Sekadar nak tengok tempat orang.Cukup laaa kot kan.

Area Local Market




 Nangka & Derian pon ada jual tauuuuuuu



Next? 
The Allianz Arena

Bila dah sampai kat train station, dari jauh lagi dah nampak stadium tu. Tak ramai orang time tu sebab bukan hari match. Ingatkan dekat la nak jalan tu, rupanya adalah dalam 15-20 minit jalan kaki baru sampai ke pintu masuk stadium. Senggeh sampai telinga laa anak bujang aku..atleast tercapai hajat nak visit salah satu stadium...bila ikut mak mak berjalan ni sopping place laaa yang jadi tarikan utama so this time aku bagi chance kat anak bujang ini..haaa apa lagi...sakan memborong!!


Fröttmaning - turun di station sini 
Kami pon ambik kesempatan gak....
Next? 
Hard Rock Cafe

Nak pegi ke Hard Rock Cafe Munich lak yang terletak tak jauh dari Town (aku tak ingat nama tempat apa). Kami turun balik train dekat area local market and dari situ just about 10min walking Distance, sempat laa mengoogle masa lepak diMcD so tak susah pon.






No comments:

Post a Comment