Friday, July 29, 2016

Birthday Gathering kecil2an

Throwback birthday gatherig buat si Iman Shahzeleen ni, baca sini yourday NURULIMANSHAHZELEEN. Dah 7 tahun pon budak kenit ni rasanya baru lagi  aku bersalin kan dia heee....

Dah nama pon budak kan..sebulan sebelum pon dah terexcited, hari hari tanya bia besday dia? berapa hari lagi? Jenuh ooo nak layan siap macam macam plan nak buat kat sekolah laa apa laaaa..bagi aku lagi senang kalau buat kat sekolah masa rehat just belikan kek sebiji, goodies pack & served food sikit.

Tapi itu laa kita just plan yang tentukan nun kat atas sana iya dak...kebetulan masa besday dia ada pulak ujian tropika, macam tak best pulak nak ganggu budak budak tuu walaupon time rest kan..

Nak jadi cerita kawan aku request coq udang & nak datang beraya, itu yang decide malam 27hb just buat simple makan malam, budak budak nak happy jee kannnn sementara kecil lagi ni aku layankan jeee.

Dah alang2 nak masak tu kan..aku pikir buat lebih jemput kawan-kawan rapat..sedara lain.. dan jiran2 yang dekat..tak ramai sangat pon sebenarnya..sebab..kudrat tenaga... dan masa tak cukup lagipon aku sorang jee bersilat kat daapor so mana yang sempat jeee aku masak. Ada laa rezeki untuk jemputan yang datang.



 I love you my precious!
Besday Girl dengan kek red velvetnya bukan main request kek ikut tekak dia. Nasib sedap. Kek ni shusben aku order dari kawan dia, just nice tak manis sangat bole kata malam tu juga kek ni habis dibaham semua. Reviewnya semua kata sedap.

Kawan sikakak yang stay berdekatan
Besday gal, Umi & Hashya simontel
Juadah malam tuu pon simple gak dah nama makan malam kan so aku just hidangkan nasi putih,sambal belacan & ulam-ulaman, ayam masak merah, sambal udang petai, kari daging, ayam berempah & ikan masin.

Best bila ada ikan masin bertambah semua makan..baguih baguih !! Ramai yang comment banyak jenis lauk pauk aku masak haaa tipsnya mulakan masak dari awal, lepas tu sediakan bahan bahan sehari sebelum...ayam berempah tuu aku perap sehari sebelum lepas tu simpan semalaman dalam fridge, bahan bahan semua aku siap potong malam sebelum sebabnya aku kena pastikan sebelum tetamu sampai semua dah siap tak laa kelangkabut nanti dengan nak menyembang lagikan, aku pun dah siap mandi & wangi tak laa berbau bawang satu badankan mau guest aku pakat lari balik cepat...heee 

lagi satu sebelum depa semua sampai juga aku pastikan juga dapor aku berkilat, mana mana tak patut ada aku simpan, sampah siap siap buang sebabnya semua lauk pauk aku hidangkan kat area wet kitchen so memang kena pastikan semuanya clear laaa kannnn. 

Haaa tips tuuu pada yang nak buat jamuan kat rumah lain laaa kalau ada maid 2,3 orang yang boleh tolong mengemaskan. Opss lagi satu yang mempercepaatkan proses masak memasak sebabnya aku sorang sorang kat dapor tak ada pengacau haaa ini part paling penting tak da sapa kacau an je rasa duduk kat dapor buat keja, so senang keja beres on time lagi satu aku ada periuk NOXXA yang banyak membantu haaaaaa.....citt sempat promote tuuu..!!Memang best ada periuk ni.


Sambal udang & ayam berempah
Kat main table aku letak desert pulak ada coq udang,kuah kacang,ketupat,lemang & nasi impit ni plus ada rendang daging sikit jaa pon aku buat balance dari kari daging tuuu nak buat semua macam banyak so aku jee rendang pulak sebabnya shusben aku kalau ada nasi impit lawannya rendang baru bertambah kalau tak macam tak kena...
Lime logan mint juice, menu ni aku dapat dari kakyan http://yan-yanjournal.blogspot.my/2016/07/lime-longan-mint-drink.html
Memang sedap masukkan jee semua bahan lime aku beli di tesco shah alam sebabnya masa pegi kedai pak arab batu3 habis laa pulak nasib ada di tesco, serai,mint,logan, aku add in laici juga and lemon..perhh memang best. Ingat kan budak budak tak layan rupanya lagi laju dari mak mak budak nii...tapi aku sediakan juga sirap lemon (picture tak snap pon haa sirap jee kot,bak kata siAin) 

Baru aku perasan gambar aku dengan besday gal tak sempat snap pon..situkang ambil gambar lagi sebok dok posing dengan kekawan dia...
Tetamu yang hadir.









Sampai ke12malam baru clear rumah,last sekali balik kakak aku, sempat lee tolong basuh pingan & buang sampah sarap. Penat tapi puas sebabnya semua makanan habis just nice ada balance pon tak laa membazir. 

BISKUT TIRAMISU so yummy

Masa besday sikenit Iman 2 hari lepas aku buatkan laaa Gathering kecil2an sekali makan makan raya untuk Birthday Girl so salah satu menu yang senang,mudah haa desert ni biskut tiramisu .. makan time sejuk memang best.

Bahan bahan pulak senang & sure sentiasa ada punya laa kat dapor kan..

1 peket biskut - dari apa-apa jenis (kat rumah ada cream creakers & biskut tiger)
1 tin susu cair - dari brand apa pon tak kisah
2 s/b susu pekat- sebenarnya tak taruh pon tak kisah bg yang tak suka manis sangt sbb bila tabur milo confirm terasa manis...,budak budak suka laa kot memanis nii...
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam 
Serbuk milo, horlick kee apa jee...peminat nescafe haaa taruh jaaaa 

Semua bahan bahan tuu campur sekali dalam periuk kecuali biskut naaa...kang masuk biskut sekali dah tak jadinya tiramisu laaa pulak.. ok guna api pelahan dan kacau sampai pekat dan likat tau jangan pulak tak kacau kang hangit naya jaaaa ..

Dah pekat, likat susun biskut lam bekas...aku memula guna balance biskut cream creakers budget cukup la kannn alih alih sebab bekas besar so sempat 2 layer jee heee nasib ada sepeket lagi biskut tiger anak dara aku..apa lagi terus sambaq susun sebelum dia nampak kang jerit pulak, anak dara ni biasa laaa time aku nak guna time tuu laa kang nak makan,nak gigit laaaa...nak kena gigit juga ngan aku kalau tak dok lam paket jaa.
lepas dah siap susun terus taruh kastard jangan lama lama nanti kastard bila dah sejuk lagi pekat. Siap biskut,kastard tabur milo kaa horlick kaaa..bole juga tabur serbuk Nescafe nak kurangkan manis. Aku tak mix pon sebab kat rumah ni memang tak da nescafe heeee.. 

Buat laaa lapisan demi lapisan, aku buat 3 layer jeee itu pon ada balance so buatkan 1 lagi bekas Tupperware plastic.

Nampak kan layer by layer, dah siap masukkan dalam fridge 2-3jam nak makan baru keluarkan...

Koleksi Syawal 1437/2016 & Throwback #3 Bangsar

1 Syawal 1437/2016
Dah hujung hujung syawal baru laa aku gigih nak upload, nak storage semua gambar gambar buat kenangan...
Sama macam macam tahun tahun lepas (selepas arwah mak & abah tak ada) memang aku beraya dibandar jeee. Nak balik Parit Bunntar pon tak ada sapa yelah kebanyakan mak mak sedara semua dah tua tua ..memasing duduk dengan anak anak so kebanyakkan diParit Buntar memang tak da sapa..kebetulan kakak aku yang ada kat sana pon dah tukar keAmpang ..jawabnya memang tak laaa kan..
Tapi aku tetap balik...kubur mak abah kat sana kot heee..rumah arwah mak abah pon teguh berdiri lagi..but now rumah arwah abah mak aku buat homestay...haaaa senang.  Sapa sapa yang berhajat or tercari cari homestay bole visit http://pbhomestay69.blogspot.my/ .

lepas tuu reason balik PB juga sebabnya anak bujang sizIkri dok belajar kat situ MRSM Transkrian...jauh tuuu tapi ok laa ada laa juga reason aku nak balik PB..tapi alhamdullilah laa juga sebabniya PB pon dah maju..& zIkri pon memang dah terror area situ so kurang laa risau sikit..
Anak anak bujang Zidane Helmi & Zikri Helmi
Anak dara yang dah besar besar Ain Shahfiqah & Iman Shahzeleen
1st Anak buah side shusben & 1st cucu aku...uittt tua dahhhhh bercucu sehhh
Aina, Wafa & Zidane
Family side shusben - pakusu,makusu,alang,busu - angah jee tak ada beraya rumah mertua.
Aku juga yang nampak tinggi..kalau gambar atas tak nampak sangat sebab shusben pun tinggi...kee diaorg yag ketot haaaa !!
The boys - sepupu sepapat sepapan semua ada...

Thursday, July 28, 2016

Koleksi Syawal 1437/2016 & Throwback#2

1 Syawal 1437/2016
Tahun ni kak sulong aku beraya sekali..
Tahun ni cadang nya nak sedondon kaler hijau, last last pagi raya tuuu shusben turun tangga nak ke Masjid lol apa kes kaler merah pulak.....haaa rupanya ada problem dengan seluar baju melayu hijaunya...last last pakai laa juga 2nd baju raya..! Budak budak dah siap baju hijau malas nak tukar tukar bagai itu yang terus jadi 2 kaler ..haaaa tak paaa laaa pakai apa pun janji raya tetap happy kannn...
free style, budak kenit tuu tahun niii ok sikit snap picture bila aku ugut haa nanti teacher nak tengok gambar raya semua "sad face"..sebabnya last yrs semuanya dia tayang sad face so bila bawa picture kat sekolah teacher tanya haaa nganga tak tau nak jawab apa....
Mood Syawal ni walaupon dah hujung hujung, saya ambil kesempatan ni ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Koleksi Syawal 1437/2016 & Throwback

Cerita 13 Syawal
Sepah aiii meja makan tuan rumah, unplanned ni semua berbuka puasa dulu kat rumah aku sebelum next port rumah kaklong Nora..memang plan nak pegi lepas aku berbuka dulu tup tup beb dengan ina sampai rumah terus laa join berbuka dulu...alhamdulliah 
tudia kemas jaa meja heeee aku,beb,kaklong nora,ina and Yang...
actually klong nora ni bukannya anak pertama dalam family tau heeee ni gelaran masa sekolah dulu sampai lee hari ni lekat nama tuuu dikalangan kami ex-SPBG. Ada kaklong(nora),kakngah (aku laa tuu),kakchik(siti aishah),Yang (haa ini best sebab ada 2- Yang Harida & Yng Farah Azura),Diksu (Liza) & lastly Beb(Khairul Aqliah)..ceta zaman zaman sekolah dulu, we are memang close even dengan family memasing pon bole ngam sampai laa now..alhamdulilah..

Ok moh layan gambar gambar beraya yang lain pulak dok asyik tempek muka yang sama jaaa kaaaa..meh dengan kawan lain pulak...
18 Syawal 1437 bersamaan 23 Julai 2016.
tertiba gambar ni nampak cam skema pulak aku..
Beraya dirumah Pakngah Hamdam...geng geng mak sedara yang memang sekamcheng,sekepala...
11 Syawal 1437 bersamaan 16 Julai 2016:
Di majlis jamuan Hari Raya dan pertunangan anak sulong kawan shusben aku
19 Syawal 1437 bersamaan 24 Julai 2016

Wednesday, July 27, 2016

Your Day ...Nurul Iman Shazleen

HAPPY BIRTHDAY to my lil chicky girl who shines like a DIAMOND .
today @3.21pm is the day when u’re born, the day that I thanks to ALLAH because u were born with those sweet smile, lovely face, and kindness heart. .
Dear Nurul Iman Shazleen, Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. Ibu and ayah will Love u with all our hearts.
HAPPY 7th. BIRTHDAY LALLING
Gambaq budak ni semuanya time makan....heee

Sunday, July 3, 2016

Puding Roti Marbelles ..

Menu untuk PotLuck berbuka puasa kat rumah kaklong kawasan hee Nora, mulanya plan Jumaat Tapi sebab takut kalut and tak sempat sampai ontime itu yang ubah sabtu...

Aku sempat laa sebabnya sepelaung jaaaa. Potluck kami kami jaaa habuan sebelum raya. Menu nasi lemak,ayam tandori goreng,satay ada, popiah basah ada, belum masuk jajan jajan yg berjenis haaa...tapi yang best nya lepas jee baca doa berbuka memasing leka mrngadap juadah langsung memasing lupa nak snap gambaq....hualahhhh ...takpaaa nasib aku sempat snap bread puding aku haaa..sengal! Alhamdullilah bekas kosong tak berbaki ...review semua kata marbelles itu pasal aku taruh tajuk ala ala nak gempak padahal resepi sama jee cam otai otai yg lain buat...

Jom simpan resepi sebabnya aku jenis yg sekali sekala baru nak buat harus laa kelupaan ...

Untuk Roti
 roti - watak utama and aku guna roti butterscoth <lagi sedap sbb nya rotikan jenis lembut> berapa keping main agak agak jaa sampai cover bekas
3 cawan susu rendah lemak or bergantung pada roti, asalkan dah terendam ok dah tuu, tekan tekan sikit
3 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla

1 kotak kecil kismis / choclatechip pon bole (aku masuk kan sekali sbb ada balance buat biskut aritu)

sedikit majerin

Kuah Kastard
1 tin susu cair

1/4 air

2 sudu gula
1 suduh teh esen vanilla
2 sudu besar tepung castard

Cara-cara
Sapukan majerin dengan rata di loyang.. Koyakkan roti kepada 2 atau 3 bahagian dan susun di dalam loyang.. Tabur dengan dengan kismis.  Kemudian ambil satu mangkuk besar dan campurkan 3 cawan susu rendah lemak,  telur, gula dan 1 sudu teh esen vanilla.  Kacau rata kemudian tuang di atas adunan roti di dalam loyang tadi.. make sure semua roti basah dan terendam dalam susu... Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 170c selama lebih kurang 45 minit.

Cara-cara membuat kuah castard
Tuangkan susu cair, gula, 1 sudu teh esen vanilla dan tepung castard kedalam periuk.. Kacau rata dan masak di atas api perlahan.. kacau tanpa henti sehingga kuah memekat..


Friday, July 1, 2016

Kapit Cookies ~ Jom O.R.D.E.R

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Jom order kuih kapit inti kacang dan coklat ni. Benda sedap, hot saya xpernah jemu nak promote. Terlajak laku okay! Tiap2 minggu ada ja permintaan. So apa lg.. Yg mana nk repeat order, yg xpernah rasa lagi, Jom beli sebalang dlu. Kalau nak rasa Dua2 perisa, beli dua balang. Xmahai pon. Murah murah saja. Janji sedap.. Puas hati beli.. 

Sapa nak beli, Pm saya laju laju