Monday, April 25, 2016

Fish & Co. @ Paradigm Mall , Celebrate brithday

Kebetulan anak buah aku sikakak nii datang rumah...so aku heret laaa bawa gicelebrate besday dia yg dah lepas heee..Lepas jee hantar Iman sekolah terus berdezup pecut gi Paradigm Mall..mall paling dekat . Tak bole jauh jauh karang tak sempat pulak nak fetch si Iman balik sekolah..

Aku suka  Paradigm Mall sebabnya bole cuci mata kat kaison & popular sebelah tuuu sempat laa rembat  novel habuan baca dalam keta sesambil tunggu kiddos balik sekolah kan.

Memu sebesar alam...penuh meja
Lychee Mojito...Sedap!! Siap ada laici, memang refreshing!
kakak just teh o ais limau.haaaaaa apa kessss!!! takut nak order lain sebabnya spesis ada rumput rampai dalam tuuu..cisssss kakak...
uittt apasal plate aku nampak besaq bagak...heeee sebab aku order "Starter Platter", RM18.95....
Set Starter Platter ni ada isi ikan, sotong & udang yg digoreng dgn tepung crispy...

Walaupun kuantiti seciput saja, tp memang sedap....
Sangat ranguuuppp....kenyang gak laaaa kalau makan ber2kan..kalau ramai ramai..harus order side plate lain okie..kalau tak kebulur laa jawabnya.
Sos celup pulak ada 2 jenis: Mayonis & Sos Thai...
Sbb rasanya masam2 manis pedas gitu....

Kakak pulak order spagetty seafood apa tah lupa nama..

Overall, aku memang suka platter ni berbanding platter di Manhattan Fish Market.
Kat MFM, semua benda dia goreng dengan tepung. So agak dried sikit makanan dia.

p/s:tudia sambil dok update tertiba lapaq fish & co...huwaaaahhh minggu depan aaaa heret zikri pulak....anak aku yang lagi 3 susah sikit sebabnya diaorg ni prefer chicken & lamb...kaau bawa pon nanti sure tak jadi masuk ..silap silap depa heret aku tempat lainnnnnnnn

Sunday, April 24, 2016

POLPERRO STEAKHOUSE, Sek 13

Minggu lepas balik dari hantar anak buah diBangi, siIman pulak nak makan chicken chop.... terus singgah dinner kat POLPERRO STEAKHOUSE, kiranya 2nd time try..Masa memula tuu orang tak ramai sangat mungkin sebab baru jee buka kan....but 2nd pegi menang full house harus kena tunggu meja kosong...

happy face
Satu order Golden Mushroom Chicken Rice.. gambar memula sampai tak sempat nak snap sebab kalut duk makan, ah makan separuh baru teringat heeeee tapi lebih kurang je dengan blackpepper chicken ni cuma tukar sauce dia je.

Yang frustnya hubby order lamd sampai kesudah tak sampai sampai..geram pon ada upanya masa check kat kaunter waiter tu tak tulis rupanya...hisssss mula laaa hubby buat muka..haaa haaaaa...

Deco Deco


Tuesday, April 5, 2016

Bakal Guitaris....

Lama dah mengidam port ni, asal nak snap jaaa aku pulak kelangkabut nak balik cepat. Asyik bertangguh jaaa so last week aku snap laa juga..menyenggeh budak nii..haaa..

Tuesday, March 22, 2016

Ikea: Untung bila mood swing dapat jejalan

Cerita ahad lepas, monyok jee lepas hantar abglongnya balik dengan bas ke PB. Dah besar & dah pandai ni senang sikit balik cuti dengan bas tak pon ETS jee. Memula jee masa form 1 aritu tiap kali cuti kena ulang alik ambik & meghantar. Dah besar ni alhamdullilah 

Yang jadi masalah si adik ni....asal time nak kena hantar mula laaa diam jeee...selalu kalau dalam keta mesti nak beriba atas abglongnya. Kadang kadangtu sampaikan gaduh gaduh laaaaa dengan siabangnya...yelah dah besaq kot lenguh hai kaki kaki..tapi kalau time nak hantar tuuu duduk asing asing..abg offer duduk atas riba pon tak mau...heeeeee

Sampaileee OTW balik pon diam jaaa, kalau bole masa sampi Hentian Duta tuu dia kalau bole tak turun...harus laa kena paksa dengan aku kan.....senyum pon tak mau!! Siayah laa rajin melayan aku huhh tak kosaaaaa...


Menyenggeh laaa budak ni...bila dapat meatball dengan ayam goreng.  Sakan dari monyok terus happy sanggup teman aku pusing ikea cari barang..kalau tak jangan harap dia nak ikut haaaa....





Aiskrim Malaysia 👉🏻AISKRIM CHOKI2👈

👉🏻AISKRIM CHOKI2👈
Bahan-bahan
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 4 tin air
- secubit garam
- 2 sudu 1/2 tepung jagung

Cara cara
1. kacau semua bahan bahan dan didihkan dengan api yang kecil. Kemudian tapis.
2. Choki-choki potong 2, Picit² masuk dalam plastik aiskrim dan ratakan adunan aiskrim dalam plastik..

Nak jadi cerita semalam kejadianya ..masa driving hantar siShazleen ke Sekolah masuk 1 wasap dr kak Fauziah niii post resepi eskrem choki choki....kebetulan semalam menang panas...haaa musim !!

Terus gigih lepas jee balik dari sekolah singgah mydin beli plastik eskrim  & choki choki...ramuan lain memang sentiasa ada stok kat rumah itu yang terus berdezuppp singgah membeli tuuu..semangat gitu...

Kalau ikut resepi kat atas tuu dapat laaa dalam 30 batang eskrem, ikut saiz panjang lam gambar laaaa tau..haaaaa 

Rasa...hmmmm sedap sangat nyaman tekak...!!! 

Monday, March 14, 2016

BIRTHDAY PARTY SIMPLE-SIMPLE, Zidane 12th

Seminggu berlalu baru laa aku sempat nak update...Alhamdulillah... 6 March ialah ulang tahun kelahiran untuk 2nd.anak bujang aku dan terkebetulan jatuh hari ahad.. cuti kan.. boleh la nak gather2... hehehe. Aku buat simple simple jee macam tajuk kat atas juga..haaa seminggu sebelum tarikh tuu aku saja offer zidane kot nak buat makan makan untuk kekawan yang area kawasan rumah aku nii....so laju laaa zidane nak jemput group bola dia...tak ramai pon ada laa dalam 10-15 orang....haaaa ramai kot ngangan mak kejap..!!!maaf didahulukan kepada mereka yang tidak dijemput sebab seperti yang aku katakan..ia hanyalah party kecil-kecilan... hehehe..

Kek ni pon aku rebat dari 1utama jeee lepas bowling terus gegas mencari...jadi laaaaa seminggu memang laaa tak sempat nak tempah tempah bagai.. 

Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu.


Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.


Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.


Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin
 

Kawan kawan bola...lepas makan kenyang kenyang terus lari kepadang ...huwahhh ingatkan nak kemas berjemaah heee

 

  Dah simple so food pon simple ...home made jee semua..aku buat kan spaghetti carbonara, nasi impin kuah kacang,serunding daging - aku beli ready made, karipap frozen aku tukang goreng jaaa, nugget dan buah buahan dan gua gula...dah nama pon kanak kanak kan ...heeeee

Sunday, March 13, 2016

Bowling ex Spbg

Bowling time, saja sesekali keluar ramai ramai minum minum dengan kekawan sekolah....haa semua tuu dari Parit Buntar merantau sampai ke sini. Alhmadullilah dipanjangkan lagi dari wasap sampai lee keperjumpaan family dan sebagainya...


Wednesday, March 2, 2016

Resipi Spaghetti Bolognese sosej Sedap Dan berkrim

Resipi Spaghetti Carbonara 

Minyak zaitun
1/2 bawang besar didadu kecil-kecil (blend kasar kasar jee)
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 dada ayam besar didadu kecil-kecil (sosej ayam pon bole)
1 botol besar susu full cream dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
1/2 sudu kecil daun basil kering
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
Parmesan cheese - optional (kalau takde pun takpe)
Garam 
1 paket spaghetti direbus sampai empuk 

Cara-cara memasak.

1. Panaskan minyak zaitun lebih kurang agak-agak je. Kalau minyak biasa pon bole jeee...karang semua batang dah ada tertiba minyak zaitun tak ada dah hilang mood kan...so ok jeee tp kalau minyak biasa jangan lelebih yee minyak zaitun ok Kalau terlebih pon takpe sebab amat baik untuk kesihatan. Dah panas masukkan bawang besar masak seketika takperlu sampai garing, lepas tu masukkan bawang putih. Dah naik bau, masukkan pula sosaj ayam yang dipotong serong serong.

2. Agak-agak dah empuk dan masak, terus masukkan 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom. Kacau seketika. Terus masukkan 1 botol susu full cream dutch lady. 

3. Seterusnya masukkanlah daun basil dan lada hitam. Biarkan mereneh. 

4. Lepas je spaghetti dah masak, masukkan terus dalam kuah carbonara tadi dan masak seketika sampai lembut spaghetti tu ikot tahap kelembutan yang korang suka. Aku rebus kejap lepas tuu masukkan sekali dlam periuk kuah. Lagi terasa kesedapan sebabnya bergabung sekalinya kuah..sebayi gitu..Lepas tu air rebusan spaghetti jangan dibuang. Ambil air tu untuk jadikan tambahan dalam sos spaghetti yang akan memekatkan kuah.

5. Kalau agak pekat sos carbonara tu, tambahkan air dari rebusan spaghetti tadi ikot kepekatan yang korang suka jugak.. Lepas tu tambah garam dan biarkan merenih lagi. Sampai betul-betul masak spaghetti tu.

6. Tutup api dan teruss kacau rata.

7. Akhir sekali tambahkan sedikit parmesan cheese kalau ada. Tabur sikit lada hitam bagi lawa...heee
Licin anak anak aku makan siap request lagi.

Monday, February 22, 2016

Menu study group..

Cerita semalam bila siKakak Ain buat study group nak siapkan kertas keja Geografi katanya, apa lagi gigih laa aku siapkan menu kang tak bagi makan kebuluq pulak memasing kan dah laaa dari kul 12.00pm sampai 4pm mau fengsan.  Sampai jee aku suruh lunch dulu senang haa lepas tuuu baru start..

Ain request buat kan spaghetti and meatballs tapi sebab yang datangnya 1 Mesia itu yang jadinya Carbonara heee jadilaa janji kenyang idok..!! lepas tuu kebetulan memang ada balance shell tart terus  apa lagi terajin laaa pulak last last plan nak buatkan garlic bread langsung terlupa heeee...

Tu comel lote apples aku, tak payah susah susah nak potong..ambik & ngap terusss..
Last last aku lupa nak snap muka kekawan ain

Sunday, February 21, 2016

Breakfast Satay, Restoren Hatinie

Sedap wei..juicy bak ang...heee
Selalunya weekend baru ada satay tertiba ari Khamis pon ada ...rezeki aku laa jawabnya...
Ada satay kambing, ayam & daging
Food lain pon ada cam nasi dagang,nasi kerabu,nasi lemak.bagai....jom jom kat Restoren Hatinie seksyen 10..

Saturday, February 13, 2016

Her First Music Class at YAMAHA

Finally tercapai juga hajat aku nak masukkan dia dalam kelas muzik...haa dari zaman sizikri lagi laaa tapi semuanya tak minat. Sampai ke Shazleen beria ria nak join ....haaa aku ingatkan kot laa piano kaa rupanya guitar..hmm ok laaaa kan...

Aku offer juga pada si kakak dengan zidane tapi tak mau pulak..hmm ok la lagi pon budak 2 orang tuu dah full dengan kelas tuisyen lagi al mahlumlaaaa tahun niii dengan UPSR lagi,PT3 lagi...sikakak dah azam nak dapatkan result sama dengan abanglongnya straight A...ins sha allah moga dipermudahkan.

Tapinya si ain dengan si zidane nii memang nampak kurang minat dengan aktiviti2 ni , ain more ikut aku lagi suka baca buku or novel...dia more in English book compare aku yg suka novel novel bahasa..kalau English pon kena tengok penulis juga...

Sebabnya bila suruh masuk swimming kelas pon tak mau..jenuh aku paksa siap mengugut lagi..tak herannya diaorg niii.

So shazleen ni banyak ikut peel abglong nya...tengok abang long main harmonica, dia pulun guitar...ok laaa... memandangkan swimming kelas pon on Sunday, memang weekend sentiasa full laaa aktiviti budak ni.

Sebab dah 7 tahun so tak da laa junior kelas kee apa...kelas biasa time pulak tiap sabtu 30min per  session. 

ni bilik belajar
Cikgu muda ooo....haaaa dah pandai baca note..kiranya hari ni dah start bulan ke2 dia belajar...Do..RE..MI dah boleh petik dah..gitu (abis jee kelas tadi mengadu sakit jari)...
small room untuk practise piano, guitar dan sebagainya
Sebelum ni ada try tanya di D'Vida, Bukit Jelutong tapi masa free trial aritu laki aku tak berkenan pulak dengan tenaga pengajar tuuu...bukan tak berkenan apa cara belajar tuu heee....& aku tak heran sangat sebabnya lagi aku pon ada basic muzik gak...so masa survey Yamaha & masa beli guitar tuuu terus jee enroll kat sini ....

Friday, February 12, 2016

Meatball ikea

Keja budak berdua ni semata mata datang ikea nak makan jee kejanya...dr semlm dok merenggek meatball ikea...so apalagi anak anak bujang keluar kemasjid dengan ayahnya...anak anak pompuan apalagi gigih ajak keluar juga....
Ok lepas nii aku paksa tawaf ikea kejap dah alang alang sampai....jom cuci mata and cuci purse....