Balik jeee dari hantar maid aku kat LCCT..
so start laaaa secara suka relanya aku menjadi M.A.I.D sepenuh masa
sementara nak nunggu yang baru sampai....insyallah selewat lewatnya Isnin depan...
Thank so much to my lovely hubby yang secara suka rela berkerja dari umah.....cuma time time ada meeting tuu terpaksa lee aku berkorban pulak....so kiranya NO HAL laaaa... anak anak pulak banyak membantu meringan kan bebanwalaupon semua nya separuh jalan sahaja, aku tetap kena selesaikan juga tapi
Ibu luv u allos....
sebagai terimakasih aku sempat siapkan minum petang ari sabtu tuuu untuk menghargai penat memasing...walaupon aku penat mengemas,membasuh tapi aku happy sangat & sempat lee aku skodeng blog
kebetulan aku memang happy so tu yg wat kuih apam melaka niii.....
resipi: Ita MyR
sumber : Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Ok,mintak izin ya, nak kopipes resipi tu kat sini. Thank K.Nor & kak Yatie.
Bahan-bahan
125gm gula pasir
125gm gula Melaka - dipotong kecil2
150ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak
Papercup secukupnya.
Cara-cara
Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

alhamdulillah... sedap tu.. mekar jer kan.. :)
ReplyDelete@K.Nor
ReplyDeletemakasi yeee knor best sgt tambah mkn panas panas. .
sedapnye...
ReplyDelete