Sunday, September 1, 2013

Kek Oren - mudah dan senang

Gara gara terpengaruh dengan masterchef ausie yang tayangkan siJulia tengah baking kek oren, aku apa lagi gigih tanya pak google resepi yang mudah, senang, sedap...
Resepi ini jumpa bila tanya pak google...banyak laa keluar tapi aku tertarik ngan resepi by CIKTIEMAH. (Sis tumpang paste kat sini yaaa)
              

Resepi kek Oren lembab yang mudah lagi sedap
By: ciktiemah.blogspot.com/.../resepi-kek-oren-lembab-ya
Bahan-bahan :
1 cawan tepung naik sendiri
2.130 gram mentega
3.1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
4.2 biji telur  gred A asingkan putih dan kuning
5.sedikit esen oren (xguna pon tp lbhkan parutan kulit oren)
6.1 biji oren, parut kulit
7.sedikit jus oren(aku guna buah oren jee)
Cara-caranya :
Panaskan oven pada suhu 175C,
Putar mentega dan gula hingga putih,
Masukkan kuning telur satu persatu dan putar sehingga gebu.
Masukkan parutan kulit oren, putar hingga sebati.Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren,
[Dalam bowl lain]
Putar putih telur hingga berbuih,
masukkan 1 camca besar gula halus hingga kental.
Gaul putih telur tersebut dalam adunan sebelumnya tadi. hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan dan bakar selama 40 - 45 minit.




Mudah dan senang
Aku kan pengemar rezeki resepi yang mudah mudah niii yang tak terlampau cerewet but 
Hasilnya T. E . R. B. A. E. K gitu


Abaikan yg over heat tuuu
Actaually sedap tau garing....lazat gitu...
Kek nii menang sedap,lembut sekali 
So dengan rasminya aku nak kena buat lagi sebabnya zIdane request nak bawa masa khatam al-quran kat sekolah Jumaat ni.....

No comments:

Post a Comment