Saturday, February 28, 2015
Thursday, February 26, 2015
Breakfaast : Pepagi cari Dunkin Donut
Hari ini jom kita tukar selesa pulak..hari hari makan nasi lemak, porridge, roti canai banjir...tertiba budak ini minta donut laa pulak...mak aiii selera tak hinggat..!!!! Dah jemu laa tuuuu, jangan katakan dia aku ni yang tukang teman pon naik jemu asyik masuk kedai yang sama..memang laaa kedai tuu semua ada tapi kalau dah hari hari tiap pagi lagi kecuali sabtu ahad muka dok bertempek kat situ...sebulan tahan lagi masuk bulan ke2 naik cemuh aku dahhhhhh.....
Itu yang laju jaa aku ON bila dia minta donut...tekak aku laa pulak tak leeeh nak telan...!!! heee dalam hati makan roti jaa sampai umah nanti..
Pepagi dah siap donut pelbagai, nasib laaa dekat dengan GA kalau tak aku carasssss juga paksa makan tempat biasa.
Lenggang jaaa tempat ini pepagi, kami berdua jaaaa....haaa lagi pon sapa laa nak makan donut pepagi kan...kalau bebudak iya kot tambah macam macam design and kaler memamg harus laaaaa kempiss purse kalau hari hari masuk sini.....
Monday, February 23, 2015
Nathan’s Famous, IOI City Mall
Sabtu haritu plan nya nak keBangsar saja bawa budak budak jejalan alih alih laki aku up sikit jauh...haa jauh laa sangat ingatkan nak bawa gi JB makan heee...alih alih kami ke IOI City Mall, Putrajaya. Bagi peminat burger ataupun sandwich, macam anak anak aku ni haa.. ada satu port baru di IOI City Mall....ada macam macam kedai burger ini kiranya salah satu laaaa...kami kesana semata mata untuk Nathan's Famous boleeeehhhhhhhh....
Jom tengok gambaq ....
Nampak sikenit ini masa pegi baju tshirt oren jaaa....balik dah berjudah purple....nampak sangat aku kena pau dengan dia...sekali 2 dia rembat....tu pon ada hati nak 3 (purple,green n peach) tapi nasib peach saiz 6 dah abis kalau tak memang kopak mak oooo....
Sunday, February 22, 2015
BJ Masak-Masak: Dinner KUEY TEOW KUNGFU best sangat !!!!!!!!!
Alhamdullilah selamat sampai anak bujang diParit Buntar dalam pukul 3.30pm tadi.....huhhh dari 10am tuuu ...Ada laa jem sikit lepas Kuala Kangsar..sampai hentian PB anak buah tolong ambikkan, ..rest kejap rumah kakak aku lepas tuu sebelum 6pm baru balik Maktab....Wish you good luck abang untuk exam esok....Ins sha allah semua anak anak ibu sentiasa dalam doa ibu ayah sentiasa....
Memandangkan hari ini hari simple simple dari pagi bawak ke malam.....
so makan malam pon sempoi jaaaa.... memandangkan aku peminat KUEY TEOW KUNGFU dengan BIHUN GORENG....asal makan kat luar jaaa sure order salah satu punya sampai kan sikenit Shazleen pon tergoda...tapi kalau aku setakat sepinggan dah kenyang....dia tak bantai 2 pinggan ooooo...tapi sayur sayur tolak tepi laaaa asyik makan kuey teow jaaaa tambah kalau goreng garing dengan telur perrrhhhhh kiranya pinggan aku jadi pinggan dia laaa sekali.....
Itu yang terus dapat idea, gigih aku mengoogle respi & terjumpa laaa dari sis ni...hasilnya memang marbelles....meh kita tengok resepi yang aku jumpa dari blog sis ni..kuey-teow-kungfu- kayteeze2 senang,cepat dan tangkas...thank yaa sis minta copy paste!!!
kuey teow yang telah siap & sedia untuk di ngap....sebelum tuuu meh kta tengok step by step resepinya
kuey teow yang telah dibasuh, digaul dengan telur, tambah sikit garam dan lada sulah sebagai perisa. Ini utk satu portion, untuk seorang makan. Nanti lepas ni kita goreng campuran kuey teow ni dalam kuali yang berminyak (boh sikit jer). Goreng hingga garing.
.#aku buat satu satu...so kiranya kalau 5 orang makan buat laa sampai 5x yeeee..baru sedap...jangan malas yeee..nak sedap kena rajin sikit heeeeee...
Memula panas kan minyak, tumis Bawang putih dan lada kecil yang telah selamat diketuk, hirisan bawang merah, udang, ayam dan jika suka tambahlah sotong dan lain-lan…
Agak agak dah masak pastu masukkan air, agak2 utk dibubuh dalam 5 pinggan karang...banyak pon tak ok sebabnya bila dah tambah tepung jagung kuah jad pekat.
Kemudian masukkan hirisan carrot dan baby corn ni. Sawi tu dimasukkan bila kesemuanya dah masak
Pastu masukkan sos tiram + lada sulah + lada Hitam, terpulanglah nak byk mana, ikut cita rasa masing2, ya.. aku main agak agak jeee… juga masukkan garam dan sikit gula.
Dah mendidih masukkan tepung jagung. Utk pekatkan kuah, kita bancuh 2 sudu besar dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam kuah tadi, masak hingga mendidih lagi, rasa secukupnya, dan akhirnya bubuh sawi tadi.. bila dah masak, cedok kuah dan tuangkan dalam pinggan yang berisi kueyteow yang telah digoreng bersama telur.. seperti di bawah ni..
Lepas jaa solat memasing laju jeee ....haaa makan cepat..buat homework esok dah start sekolah....Yang sikenit tuu ubelum mandi so aku paksa mandi dulu..heee mengamuk laaa juga..tapi ADA AKU KESAHHHHHHHH......!!! masam dahhhhh
Jom Jom nak layan AEM pulak
BJ Masak-Masak:Ikan Siakap Stim Sos Plum & Sambal Sotong
Menu hari ini simple jaaaa...lepas antar zIkri kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS), adoi aiii 1st time sampai "Jakun" pulak aku dah alah alah eport pulak. Kena ada boarding pass lepas tuu masuk gate sekian sekian..(lupa pulak nak snap tadi) kagum ..kagum...
Bas pagi ke Utara dengan Transnasional jee naik kat sini,kalau 3.30 petang or malam boleh naik di Hentian Duta or Pudu...Nasib 1st ada laki kalau tak jenuh berwaze laa aku...
Balik jaaa terus bersilat masak simple simple jee habuan anak beranak nak makan dengan anak buah sebelum pegi keja...
Ikan Siakap Goreng Sos Plum
Sambal sotong
Tadaaa... Dah siap! Menu paling simple. Main campak-campak je. Janji sedap!
Thursday, February 19, 2015
Denai Alam Recreational Club (DARC)
Jom Riadah...
Akhirnya seelah berkurun DARC ini wujud, baru ini laa 1st time aku tergerak hati nak bawa sikenit ini melawat kawasan..itu pun setelah binggit telinga aku dengar dia merengek nak kePool...Ingat MIRI kaaaaa asal nak mandi pool terus siap pegi Club, sampai dazzzzz terjun...sini kalau nak sangat terjun pool harus leee pegi Pusat Akuatik yang dekat Tesco Shah Alam.
Cepat cepat aku goreng popiah...plan nak duduk rumah jee itu yang siapkan minum petang last last dari bawah aku dengar dah dia dok nangis..pujuk papa bawakan...last last aku plan paling dekat terus jee ke DARC.
Yuran setahun untuk sekeluarga cuma RM180.00 setahun berdasarkan ist yang sempat aku snap banyak aktiviti yang disediakan dan ianya percuma kepada ahli, tambah lagi RM180.00 seorang sekiranya nak belajar menunggang kuda during weekday untuk (6session x 30minute) klau takat nak naik biasa tu, free je la utk ahli, tak ahli, sila laa byar RM5.00 kat reception counter yeeee..
Ada gym, pool, chalet pun ada. Tp chalet ni tak free la. cuma member dapat diskaun 50% untuk chalet. kelas berkuda pun tak free. yg free kalau kita nak naik saja2, JOYRIDE namanya. untuk joyride ni, seorang hanya boleh naik 1 kali saja 1 hari. setiap kali 2 pusingan saja, dan 6kali seminggu sebab DARC ni tutup Isnin.
Sekejap jaa pun kitaorang kat DARC....pusing pusing macam tak banyak aktiviti selain Joyrice, Archery, mandi pool.
Tapi aku rasa kalau di buat penambahbaik pulih lagi best kot....!!! tambah taman permainan kanak kanak dan seangkatan dengan nya...
Apa apa pon aku dah join jadi member...!!!!
Geram aku lepas makan diRestoran AL-RAWSYA, Bulatan Kg. Pandan
Mana tak geram aku, semalam lepas ambik zIkri dari Jln Duta terus aa kitaorg singgah makan di
Restoran AL-RAWSYA, Bulatan Kg. Pandan, kiranya ni kali ke2 laa kitaorg mencekik di sini aku memula tengok gambar pon takut wei... restoran dah serupa istana kayangan.... harga confirm tercekik punya ni....tapi sebab menteri kewangan ada sekali lagipon dia yang bawa so aku ON jee walaupon aku sebenarnya bukan peminat nasi arab ni..mana taknya tak syiok aa makan xda sup,tak reti aku tiap kali makan comfirm aku request cili sos.. Ruanya harga standard2 SABA jer, restaurant arab yang popuar diCyberjaya tuuu...
Malam tadi aku share jee 3 beranak..order lamb kebsa portion sepinggan memang banyak weii...so tak payah membuang duit nak order sorang sepinggan kalau yang makan tuu jenis anak-anak dara aku yang makan ciput, lain anak bujang memang licin.
Mana anak dara aku sorag lagi, haa budak ini masa orang sebok mencekik dia pon sebok nak main playground bagi alasan kenyang, padahal masa dalam kereta dia laaa kaki bising lpaq lapaq...yoyooooo jaaa budak ini..
Yang aku geram tuuu berdasarkan tajuk kat atas tuuu haa sebab ni laaaa sampai jaa rumah terus request lapar, tak tahan sangat nasib ada balance nasi aku tapau tadi...kalau tak mau aku telan budak ini.....heeeeee
Wishing all readers and friends a very Happy Chinese New Year in this Year of the Goat. May the Year of the Goat brings to our great nation peace, harmony and prosperity.
For those on a driving trip back to home towns or other destinations, please drive carefully, “Berhati-hati di jalan raya”
Monday, February 16, 2015
Untung aku aiii.....
Tu dia tajuk macam aku baru menang peraduan apa apa jaaa kannn...yang dapat duit riban riban...tapi walaupon tak menang apa apa..sebab tak da satu peraduan pon aku masuk..aku tetap untung bila mana aku baru start nak kemas kemas rumah..almahlumlaa kan maid tak daaa...aku.laa maid,aku laa tukang masak,aku laa drebar keta sekolah ..heee macam macam laaa dah nama suri rumah tangga...!!!
Aku cukup berbulu bila mana ada gak mulut-mulut longkang yang dok bahas surirumah ni senang..banyak rehat....goyang kaki...itu yang umah sentiasa kemas, kain sentiasa berlipat, pingan mangkuk sentiasa berbasuh...berbeza dengan yang keja kat opis ini...penat balik umah dah letih itu yang umah macam kapal karam...kain mengunung....tambah tak da maid..subuh keluar rumah pegi keja, malam sampai rumah semua tak sempat buat....part ini tak pa lagi...dalam hati sabar..terpulang laaa sebab kl nak rumah kemas bersih,berkilat kena laa buat juga kaaaa..part aku berasap luar dalam bila sebut...biasalaaaa duduk rumah mengkangkang jaaaaa ...mana rumah tak bersih...haaaa memang jenis molot longkoang sungguh...sungguh berbisa....
Aku malas nak comment kalau oranag tuu mai depan aku bahas..sebab nya..sendiri mau ingat...aku dulu pon keja...tak da maid, siap antar anak anak gi sekolah lagi ..siap bangun 5am untuk masak bagi anak anak makan...berkorban waktu tido, berkorban waktu lunch nak pastikan anak anak sampai rumah makan nasi hasil kasih sayang dari aku....aku berani cakap sebab pengalaman aku sendiri....
Huuu melaut laa pulak...back to story asal ......
Baru aku start nak pegang penyampu,mop, kain lap teruih budak busuk masam ni buat rampasan kuasa...truih dia nak buat semua..aku ok.jaa nak tolong dipersilakan...aku bole.jadi mandur jaaaa..tukang arah haaaa.....acah jaaa...!!!
Tukang snap gambaq dia dengan seluar katak heeee ....memang laaa keja budak tak memuaskan pon tapi alhamdullilah sebabnya semangat nak tolong tuu aku puji...kecil2 dah ringan tulang temulang tu..harap harap sampai besar laa wokey....
love u babehhhhhhhh....aku panggil anak korea...heeee
Tuesday, February 10, 2015
Shopping: Wafer Maker
Ceta ahad sudah, aku baru je memyopingkan diri dengan membeli wafer maker ini..haaaa sebabnya anak dara aku sebok nak wafer,nak wafer...
Aku borong benda alah ni dekat si INTAN (boleh terjah FB intan ok kalau ada yang berkenan,macam macam makcik ini menjual- https://www.facebook.com/intarn.jamaluddin?fref=ts)
Tak payah sembang panjang jom tengok hasilnya, sampai jaa aku kat rumah terus diorang request nak wafer!!!, so apa lagi..jom jom .....kebetulan barang barang semua ada....terus cancel nak golek golek atras katil...
Cantik menawan,terpikat....!!!!
aku letak strawberry jaaa, lagi 2 dah kena kebas dengan anak aku..tak sempat nak snap picture..
Resepi dari :http://www.myresipi.com/top/detail/20582
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung (3/4 tepung gandum. 1/4 tepung jagung.)
- secubit garam
- 1/2 sudu kecil tepung penaik
- 1 cawan susu
- 1 1/2 sudu besar gula
- 1/6 cawan minyak
- 1/2 sudu kecil esen vanila, serbuk pala atau serbuk kayu manis (apa2 perasa)
- * campuran tepung gandum+tepung jagung adalah untuk menggantikan tepung kek yang agak mahal. Boleh juga guna tepung kek 1 cawan...
Cara-cara
- Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
- ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.
- Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.
- Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya. Caranya, masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.
- Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
- sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
- Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.
- Jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing.
Monday, February 9, 2015
Movie:Jupiter Ascending siTukang cuci pewaris bumi
Ia mengisahkan seorang gadis, Jupiter Jones yang terpaksa mengambil upah sebagai tukang cuci tidak menyedari sebenarnya dia adalah pewaris kepada bumi.
Menampilkan Mila Kunis sebagai watak utama, Jupiter Ascending turut dibintangi Channing Tatum, Sean Bean dan Eddie Redmayne
Jupiter terlibat dalam pertarungan para ahli waris sebuah dinasti kerajaan galaksi, House of Abrasax, yang terdiri atas Balem, Kalique, dan Titus. Ketiganya berusaha mendapatkan Jupiter, yang ditakdirkan sebagai reinkarnasi penguasa alam semesta. Tak ingin kehilangan apa yang sudah dimiliki, ketiganya pun mengirim pasukan masing-masing untuk membawa Jupiter.
Bersama Caine, sang penjaga, Jupiter berusaha menyelesaikan permasalahan ini. Tak mudah, apalagi ketika Balem menculi keluarga Jupiter di bumi. Jupiter harus berhadapan dengan pilihan yang sulit, melepaskan bumi untuk Balem atau kehilangan keluarga yang ia cintai untuk selama-lamanya. Bagaimanakah petualangan Jupiter dan Caine di antara 3 ahli waris Abrasax?
Jupiter Ascending adalah film berbalut fiksi ilmiah, fantasi, dan aksi sekaligus. Film ini dibintangi oleh Mila Kunis (Jupiter), Channing Tatum (Caine), Sean Bean (Stinger), Eddie Redmayne (Balem Abrasax), Douglas Booth (Titus Abrasax), dan Tuppence Middleton (Kalique Abrasax).
Bersama Caine, sang penjaga, Jupiter berusaha menyelesaikan permasalahan ini. Tak mudah, apalagi ketika Balem menculi keluarga Jupiter di bumi. Jupiter harus berhadapan dengan pilihan yang sulit, melepaskan bumi untuk Balem atau kehilangan keluarga yang ia cintai untuk selama-lamanya. Bagaimanakah petualangan Jupiter dan Caine di antara 3 ahli waris Abrasax?
Jupiter Ascending adalah film berbalut fiksi ilmiah, fantasi, dan aksi sekaligus. Film ini dibintangi oleh Mila Kunis (Jupiter), Channing Tatum (Caine), Sean Bean (Stinger), Eddie Redmayne (Balem Abrasax), Douglas Booth (Titus Abrasax), dan Tuppence Middleton (Kalique Abrasax).
Aku bagi 4 **** best sebab banyak action yang sangat tak membosan kan....
Budak ni sempat nak riadah jugaaaaaaaaaa........
Subscribe to:
Posts (Atom)