Showing posts with label love my kids. Show all posts
Showing posts with label love my kids. Show all posts

Wednesday, December 23, 2015

U deserve it..alhamdullilah

Alhamdullilah syukur kehadrat ilahi dengan pencapaian cemerlang, moga ianya berterusan !! amin

One happy boy..congrats son...
walaupon aku deman selsema .... berbaloi dengan resultnya.
More reason to celebrate. I'm a happy mon his month. 10As is a great achievement ! 
LOVE U ABANG

Sunday, March 8, 2015

Lunyai kucing ni..

Tak mampu nak ucap dengan kata kata.....cukup laaa gambar membuktikan...hadoi mak fengsannnn ngan budak ni...bila aku mengamuk jaaaaa selambar monkey jaa dia balas...."ibu beranak laa lagi sorang, baru laaa baby ada kawan..." terusssss rahang aku jatuhhhhhhh!!!!

Thursday, February 19, 2015

Geram aku lepas makan diRestoran AL-RAWSYA, Bulatan Kg. Pandan

Mana tak geram aku, semalam lepas ambik zIkri dari Jln Duta terus aa kitaorg singgah makan di 
Restoran AL-RAWSYA, Bulatan Kg. Pandan, kiranya ni kali ke2 laa kitaorg mencekik di sini aku memula tengok gambar pon takut wei... restoran dah serupa istana kayangan.... harga confirm tercekik punya ni....tapi sebab menteri kewangan ada sekali lagipon dia yang bawa so aku ON jee walaupon aku sebenarnya bukan peminat nasi arab ni..mana taknya tak syiok aa makan xda sup,tak reti aku tiap kali makan comfirm aku request cili sos.. Ruanya harga standard2 SABA jer, restaurant arab yang popuar diCyberjaya tuuu... 
Malam tadi aku share jee 3 beranak..order lamb kebsa portion sepinggan memang banyak weii...so tak payah membuang duit nak order sorang sepinggan kalau yang makan tuu jenis anak-anak dara aku yang makan ciput, lain anak bujang memang licin. 

Mana anak dara aku sorag lagi, haa budak ini masa orang sebok mencekik dia pon sebok nak main playground bagi alasan kenyang, padahal masa dalam kereta dia laaa kaki bising lpaq lapaq...yoyooooo jaaa budak ini..
Yang aku geram tuuu berdasarkan tajuk kat atas tuuu haa sebab ni laaaa sampai jaa rumah terus request lapar, tak tahan sangat nasib ada balance nasi aku tapau tadi...kalau tak mau aku telan budak ini.....heeeeee

Wishing all readers and friends a very Happy Chinese New Year in this Year of the Goat.  May the Year of the Goat brings to our great nation peace, harmony and prosperity.
For those on a driving trip back to home towns or other destinations, please drive carefully, “Berhati-hati di jalan raya”


Monday, November 17, 2014

Family Day SMEP

Busy sungguh sabtu hari tu mana taknya pepagi dah siapkan anak dara untuk Graduation walaupon baru 5 tahun kena gak join students yang 6tahun graduation..so nak tak nak layan jeee....(gambar gambar nanti yaa belom cilok dari camera lagi), handphone aku,  memang kong langsung semalam tak perasan gara gara siAIn laaa ni malamvsebelum tuu guna tak hinggat diri..lepas tuu lupa charges balik.

Petang pulak ada Family day opis hubs, memang aku gantung kualilaaaaaa...
kul 5.30pm kami dah terpacak kat KRP, ok laaa kids enjoy more siap ada games bagai dapat gift teddy besar, file and colouring book.

Lepas tuu acara penting apa lagi makan...makan...dan makan lagi....


Santap oooo depa ambik gambar ber2.
ada booth snap picture lagi!!! 

gambar banyak lagi,nanti nanti laa tunggu big boss transfer dari camera ke computer dulu, nanti aku add entry lagi...chiosss


haaaa selit sikit popiah sira.....siapa da mini dengan original lagi...ini balance kulit popiah yang buat aritu ....dapat mini sebabnya inti popiah dah abis so aku gulung laaa kecil kecil...senang ceta aiii lepas tuuucrup crap sambil layan ASTRO..

Sunday, October 26, 2014

Just around the corner....E X A M !!

Buat anak anak ibu yang soleh dan solehah..esok dah start exam akhir tahun semoga jawab dengan tenang dan yakin, banyak banyak kan doa dan solat 5 waktu 

Buat kakak Alia Nadirah SPM (3-11),good luck babe...u can do it girl!! Yakin tenang sabaq jawab jangan gelojoh..ins sha allah...kejayaan menanti!!

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosakedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. 

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Saturday, October 25, 2014

Demi keselamatan:Safety Helmet...

Sebut tentang helmet,haaaa semua tahu berfungsi sebagai alat keselamatan yang penting untuk melindungi kepala. Sekiranya berlaku kemalangan, helmet berfungsi untuk melindungi kepala daripada kecederaan.

Ni pon salah satu fungsi helmet gak......mengelak dariterus kenamarah....(opssss ada kaaa)

So bila aku bising bole pulak tuu tersenggeh senggeh tayang muka busuk dia....alah alah buat muka comel dia.....lepas tuu ingatkan nak serik, upanya cepat cepat budak ni sarung safety helmet ayah dia....heee alah alah nak elak telinga dari menanah dengar petir suara ibu dia....!!

Mana taknya dari balik sekolah keja dia menunggah jaa.., aku kemas bilik..dia sepah depan..kemas depan dia sepah dapur....

Memang dasar tak takut sungguh budak ni, tambah pulak petang semalam bodyguarad dia cuti semperna MAAL HIJRAH makin naik laa tocang dia....!!!! 

Last last aku malas nak memekik..aku landing atas katil ingatkan nak layan novel alih alih terlelap...heeeee




Alahai anak sapa laa nii........ !!!

Thursday, August 7, 2014

Cendoi + Rojak sukar dipisahkan



Ansari famous Cendoi, Taiping

Raya hari tu saja laaa kami pusing pusing jalan jalan cari makan alang alang dah balik Utara kan...singgah Taiping makan lunch ... Aku yg punya aim nak makan popiah yg famous kat Taiping alih alih hampa bila sampai jaaa situ ....dah nganga lol dah lain bandar taiping....Gerai2 yang dulu berdepan ngan supermarket tuu dah tarak dah dipindahkan kebelakang sikit...memang frust !! Singgah juga laaa bilanya kids dah memasing kebulur.

Sebelum balik PB sempat lagi laki aku google cari cendoi kat mana...itu yang tersangkut kat Ansari cendoi ini..1st.Time singgah try..
Menurut pemilik restoran tersebut, Ansari Abd. Rahman, 51, mana-mana anak Taiping yang berhijrah pasti akan datang ke restorannya apabila pulang ke kampung untuk menikmati keenakan cendol jualannya.
Ansari yang mewarisi resepi keluarganya berkata, dia menjual pelbagai variasi cendol tetapi cendol pulut dan kacang sering menjadi pilihan pengunjung ke restorannya.
Disebabkan penduduk Taiping sudah sebati dengan cendol yang dijual oleh dua generasi terdahulu, maka saya tidak pernah mengubah resepi asalnya.
Biarpun ada kalanya, sukar untuk mendapatkan bahan mentah, tapi saya perlu akur kepada permintaan pelanggan yang gemarkan cara pembuatan tradisional cendol ini," katanya yang turut menjual rojak pasembor.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20121013/lk_06/Rasai-keenakan-mi-udang-banjir-dan-cendol-Ansari#ixzz39m1QOIfw
© Utusan Melayu (M) Bhd 


From my tekak:

Secara jujurnya cendoi so-so....kiranya ok laaaa kl makan semangkuk tak bertambah..haaa sedang manis !! Bg aku cam tawaq sikit kot .... Aku lagi suka cendoi yang famous yg di juai di Parit Buntar...alah cendoi basikal jaa dulunya port sebelah bank islam kat Pekan Baru but now india muslim nii niaga kedalam sikit depan gerai makan oekan baru...
PERINGATAN : hasil jualanya mmg cepat habis...terus terang aku habaq setakat 2 mangkuk tuu memang aku boleh habiskan..memang sedap sangat...rasanya mana mana cendoi yg aku try tetap tak boleh lawan cendoi PB.

Uncle ini jual cendoi & ABC sahaja...no rojak..!

Tuesday, June 24, 2014

Seminit tak duduk diam

OmG budak dua beradik nii memang tak reti berdiam...berasap aku tengok dr dalam keta..sementara menunggu kakak perform zohor solat semalam.

Sunday, June 22, 2014

Jumpa Doktor Gigi

1st time bawa kenit Shazleen ni giDental,bukan dia saja semua aku hangkut sekali ...ada yang cuci gigi,cabut gigi and check gigi.
Semua sekali RM160. Doktor ni memang favorite aku kat Kampung Pandan.
Bosan menunggu





Macam macam xtivi kami tuu yang tak lekat kat BJ tuuu..hmmmm ins sha allah next yes dah balik bertapa kat BJ.

Monday, June 9, 2014

Tuesday, December 3, 2013

Bubur Jagung Bersagu & Cucur Jagung Berudang

Assalammualaikum

Mendung jaa hari perot pon apa lagi berbunyi jeee laaa jawabnya da siap bubur jagung favourite anak sulung bujang nii.

 Lepas tuuu ada pulak balance jagung terus teringin buat cucuq Jagung pulak..Kuih yang mudah dan ringkas penyediaannya ini memang menjadi ... menu untuk hidangan minum pagi atau pun untuk sajian petang. In shaa allah...

Memu Minum petang yang simple


Bubur Jagung + Sagu
Bubur Jagung Bersagu
Resepi: Google

 Bahan2
  • 3 tongkol isi jagung yang dihiris
  • 3 sudu besar biji sagu (direndam seketika)
  • 5 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar gula
  • 2-3 keeping gula Melaka
  • secubit garam
  • daun pandan disimpul
Cara membuatnya:
  1. Rebus isi jagung dengan 5 cawan air hingga empuk,masukkan sagu - masak hingga sagu menjadi separa jernih
  2. Masukkan gula Melaka dan gula
  3. Akhir sekali masukkan santan,daun pandan & garam. Masak hingga mendidih sambil sentiasa dikacau.
  4. Padamkan api bila sagu jernih sepenuhnya. Sedia dihidangkan 
 

Cucur Jagung Udang Lemak Manis
CUCUR JAGUNG BERUDANG LEMBUT
Resepi: Google
 Bahan-bahan ( 3 - 4 org makan )
  • 1 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
  • 2 cawan tepung gandum                          
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula                          
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng             
Cara membuatnya:
  1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.               
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.               
  3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.               
  4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.               
  5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..
Milo O Kosong panas
Bestnya......dah laaaa cuaca mendung dari pagi sampai lee kemalam niii...
Alhamdullilah sempat berwatsapp ngan en hubs...yalaaa sian pulak bila da jauh nii makan minun dia cammana laaaa & suprisenya dia siap balas watsapp gambar tengah goreng kopok lekor.....heeeeeee


Jom Minum sambil nonton tv yaaaa

  

Wednesday, November 27, 2013

Cuti Skoll:Kem Tranformasi Remaja Muslim ain & zidane

3hari sebelum cuti sekolah aku da sampai balik BJ..haaaa cergas mak aiii kalau nak balik KL...opppp bukan apa tiket flight awal awal lagi dah booking dengan tujuan nak ambil anak bujang kat MRSM alih alih SPM punya pasal MRSM katup awal seminggu on 8hb. so terpaksa laaa kakak aku kena giambik....

Nak tak nak balik laa gak awal aku...so masa UPSR pon aku main SMS jee tepat 10am aku dah SMS & alhamdullilah result anak dara ni sungguh menbanggakan....so next stage kita apply jee mana mana ada rezeki alhamdullilah kalau tak kita minta jeee Sekolah Kawalan or Klauster kat MIRI.

hohohohhh melalut laaa pulak...so memandangkan cuti nii aku ngan anak anak jee balik dulu so nak gi holiday pon cam xsyiok jaaa bila "bank bergerak" aku lom balik kan....
tapi sempat gak aku terjah LANGKAWI haaaaaa....15-17/Nov/2013 (nanti story morry yeee,ada kee yang baca !!huhhhh)


Kebetulan kat Masjid BJ ada kem cuti sekolah.....masa aku tau dah start 2 hari,kiranya rabu tuu aku try nasib jeeee kalau bole selit budak 2 org nii alhamdullilah...dari duduk umah main jeee 24jam..aku gak stress...sorang ngan Ipad & Galaxy,sorang ngan PSP & PS2 & gaduh lagi...belum kira sepahkan umah lagi...
Jalan selamat BELAJAR dapat gak ilmu tambahan....



                             
MASJID BUKIT JELUTUNG
 ..baru jeee buka masa raya puasa hari tuu...alhamdullilah...walaupon jauh dari umah sesekali balik BJ aku pastikan anak anak jejak kaki kat masjid nii ...

                         
Aktiviti Kem:

Solat Dhuha
Motivasi Diri
Fardu Ain


Latihan Dalam Kumpulan
Time Break (Makan Pagi/Thari/Petang)
Lain Lain Aktiviti
                   
                                                                 Solat Dhuha

                    
                               Aktivi berkumpulan remaja lelaki dan perempuan

                                 
                Zidane masa lewat pendaftaran....dibawa Ustaz untuk menunaikan solat dhuha


                               
Breakfast yang disediakan....setiap hari bertukar yeeee..ada nasi lemak,sandwish,bihun goreng..


Posing sikit ari ni bf pegi  

Sunday, November 10, 2013

Tanjong Lobang Beach

Just to share a great moment during our sweet time. Terukir senyuman bile tengok...

US ...again 












 keindahan panorama ciptaan Allah..... subhanallah!!!!... Indah ciptaanMu ya Allah!