Friday, January 7, 2011

tErKeZZZuT aKu

Haaaaaa Benda alah niii RM5 hinggit reganya, biar tul....diulangi LIMA HINGGIT (RM5), hisss sampai aku tgh nak taip entry nii pon aku masih lagi tak percaya...biar betul...
RM5 hinggit okehhhh


Niii lee rega benda alah niiii,story camni sizidane lepas jee aku keluar giopis terus dia wat songgeh mentang mentang leee anak ayah...oiiiii main kasaaaarrrrr aaaaa...dia tak mau gi skoll mengaji...apa alasan aku tak tau...pepagi hubby aku da call bagi tau sizidane tak mau gi skoll...aku tanya alasan..idak lee dia bagi tahu polak tp sebagai umpannya ayah kasi duit belanja...RM5..(bukan saja bagi tau tapi sebab tak de duit tukar..so bagi jee ngan pesanan guna sehinggit jee balance pulangkan balik pada Ibu)

Tapi budak tuu da gi beli mainan niii,tanya berapa tak tahu...dia jawab "adik kasi duit kt uncle tuuu,terus uncle tuu tak pulangkan" nak cakap apa dah aku jeling maut jee laaaa...
opsss dia bukan merayap gikedai mana pon sbb umah jauh dari kedai,kt skoll pon mmg tak de jual benda alah niiii.....yg ada jual pon lam bas hehhhh lam bes okehhh..bas yang dok antaq dia balik......




 Ni kotal RAINBOW niiii


p/s: Adik ....next week ayah outstation...haaaa kalau berani wat lee perangai mmg ibu soh ustazah tuuuu mai umah ambil adik......!!!!!

Skoll Holiday - day 1

Tahun lepas dekat dekat nak new year (27-31) kami sefamily bercuti ke selatan tanah air pulak, nak seberang tambak!! Nii pon last minute plan sbbnya aku & mr hubby kesayangan mmg suka sgt plan last last minute nii bukan apa da ada anak nii susah sikit kalau kita cakap awal2 so nnt sampai time tak jadi haaaa mula laaaaa nak membebel,nak merajuk bagai..hissss!!

Nii lee first time aku turun JB..laaa mmg jakun lee sikit...kehhh sepanjang jalan mmg cerah jeee mata aku,cuaca pulak cool jeee rasa cam aman damai jeee....Kami bergerak dari BJ kat kul 12 lebih gak sebelum tuu pepg. lagi da keluar sebab nak ambil road tax keta aku kt Jln Ampang. Da selesai balik umah lu ambil kain baju baru leee mulakan perjalanan ngan "BISMILLAH"

Sepanjang jalan biasa lee da nama pon bawa askar sure kena singgah 2,3 kali kt area R&R, so sampai lee ke tpt tujuan da petang pon pusing kejap area town baru leee check in kat Puteri Pan Pacific.
Da selesai semua urusan masuk jee bilik apa lagi sizidane sebok nak terjun pool padahal time tuu tengah gerimis, aku pon ok jee laa sbb nak kasi mr hubby rest kejap,baring baring yelahhhh letih drive tuuu.

Malam nak gilunch, singgah kedai belikan siZidane sport shoes, budak nii selambar jee pakai selipar....apa barannnnnn...membebel gak aku masa memula terperasan kaki dia tadi....
Haaaa tengok tuu alah alah tuan besaq,pakai sua jeee kaki dia soh kakak ikatkan tali kasut....so abang mmg leee budak tuu tak layan asyik dok sebok main PSP.





Niii minuman kami malam tuu, tapi aku lupa nama kedai nii dia kt area banga bay buka 24jam & food dia best, walaupon orang ramai tapi hidangan cepat sampai so kebetulan anak anak aku da kebulur ngap jee laaaaaa...kalau tak jenuh nak menjawab "ibu bila nak sampai niii" tak pon "iskkk lambat lee orang nii masak"
haaaa kita yang nak menjawab niii pon leh naik angin kalau asyik dok tanya jeee!! cam lee aku yang masak !!!!

Nii nasi goreng belacan Zidane punya
4* aku kasi,menang sedap!!

Kew tiow & Mee Goreng, aku ngan ain punya
ok leee 3* jee sbb mee tuu terasa lagi payaunya ngan kelat

Chicken cop nii sapa lagi kalau buka sizikri yang memang tak leh lepas dr mengorder benda yang sama jeeeeee

Lamb cop tuan besar punya

Da kenyang, pusing pusing town kejap then terus balik Pan Pac balik da malam oooooo
memasing da letih

Nii pulak bilik kitaorg...

p/s: pssstttttt cont. part 2 plak yaaaaaaa

N A K   T A H U......... T U N G G G G G G U !!!!!


Thursday, January 6, 2011

Skoll sambungan part 2

Meh nak sambung part dia gikantin polak....budak nii bila nampak jeee aku nak snap pix mula laaa nak posing kalau tak ada jee benda dia nak wat...(takut aaaaa ayah nampak hehehh), 1st day till semalam masa aku dok ngendap nampak gayanya alhamdullilah lee ok dok makan bekalan,sbb aku da pesan awal awal kalau nak beli pon tengok baki elok2,tanya berapa,lepas tu bawa elok2..yelah ramai lagi ngan parents,ada gak budak yang dok cry cry lagi,ada yang berlari dan macam macam lagi leeee...bukan apa aku dok pesan tuusebab takut time dia bawa makanan nanti tertumpah keeee,apa keeee kang aku gak payah!!!....ada kes oooo budak nii tertumpah kuah roti canai kt seluar terus nak balik umah takut cikgu marah.....kan naya tuuuu..
budak mana leee dema tahu..!! so sementara tengah ramai niii makan jee bekal dulu yaaa..nanti da lelama gilaa beli kalau nak merasa kee apa...tapi aku kasi lee gak 2hingit wat belanja kee apa keeee...

Budak budak nii makan berkumpulan mengikut kelas memasing dekat meja kantin tuuu dah tulis nama kelas so senang budak niii nak duduk makan & minun




Milo kotak tuu rega RM1.60, Sempat lee aku tunjukkan apa apa yang patut,ajar apa yang patut gak cammana nak membeli,beratur,tang mana sinki basuh tangan,tong sampah dan seangkatannya

1st day !! Ramainya parents dok memberi tunjuk ajar apa yang patut..hmmmm termasuk aku aaaaaa

Suasana dikantin

Lepas jee bunyi loceng,semua berbaris & berkumpul didewan pulak sebelum dibawa masuk kelas..teratur
Tengok budak tuuu dia mesti pandang camera punya!! susah lee nak snap candid..
"wahhhhhh tengok tuu dah start nak berkenalan yaaaaa"


Semua kena ada name tag,so kita leh kenal budak nii kelas nama ngan name tag kaler kaler tuuu

Warisan bangsa,pemimpin masa depan

belajar rajin rajin yeee semua

tertiba aku teringat lagu niiiii

Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia



last but not least
 
aku tempek gak lee pix masa lam kelas agama,buat kenangan aku gak nanti



Darwish best friend zidane

T H E   E N D
"abis da entry pasal niii,lepas nii pasal holiday pulak"



Lagi Kes anak kecil ditinggalkan......




iskkk iskkkk anak sapa laaa niiii......




Waktu: 7.30am
Tarikh: Hari ini 6/1/11
Keadaan waktu kejadian: Ujan lebat oooooo

Wednesday, January 5, 2011

Saya ingin menonton filem Faster!


Sinopsis:
Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......"

Tuesday, January 4, 2011

CeMpeDaK GoReNg






Bestnya dapat makan cempedak goreng pepanas.......da lee ujan lebat petang tadi kt Shah Alam so balik jeee terus aku teringat cempedak yg mr.hubby beli semalam so apa lagi cergas jee gidapur bancuh tepung & goreng....
Yummmyyyyyyyy makan pulak ngan teh panas memang terangkat!!!!!!

Layan gambar jee yaaaaa.....





 





Note: best best selalunya aku guna PIKNIK tuk taruh test tapi kalau kt umah slow yaa amat kalah siput sedut..hehhhhh so belek punya belek notebook darling aku jumpa leeee ACDsee Pro 3...perhhhhh lepas niii makin ligat lee aku !!! hehhhhh.....jeling B,jangan tak jeling...!!

Nite....Nite..nak sleep da..sok nak bertugas polak........

Cucur KacaNg HiJau



Balik jee dari skoll petang aku pon wat lee kuih nii kebetulan ada balance kacang hijau yang da siap rebus semlm (semlm wat bubur kacang hijau ngan sagu)so saja simpan balance sikit, nama jee kuih tradisional tapi aku nii mana lee reti tuu lee kekadang rasa nyesal jee masa arwah mak ada tak mau belajar tau nak nganga jeee...so apa lagi aku google lee sbb dok pikir sure kacang hijau yang da direbus tuu nak kepal kepal wat bentuk bulat mesti ada campuran adunan lain dok lam kepala ingat tepung jeee.....so nasib baik aku jumpa lam blog kAk NoRmA, upanya kena campur kepala parut sikit,gula,garam...baru laaa sedap!!!

hehhhhh so terus aku CP kt sini senang wat rujukan...yelah nak membuatnya pon kena ada mood..mau setahun sekali jenuh aku nak mengagau balik cari....


bentuk dia tak mau jadi cantik..jenuh aku kepai tak menjadi gak
nasib rasa tetap maintain....sedap makan ngan kopi panas



Bahan-bahan

>1 mangkuk kacang hijau yg sudah direbus sampai empuk
>2 sudu tepung gandum
>3 sudu kelapa parut
>2 sudu gula (kalo suka manis, leh letak lebih)
>garam-secubit jer

Adunan butter

>tepung beras
>air kapur

Cara-cara

1.Tepung beras dan kapur dicampur seperti membuat butter untuk pisang goreng. Bila dh siap, ketepikan.
2.Dalam satu bekas, masukkan kacang hikau, tepung gandum, kelapa parut gula dan garam. Gaul rata.
3.Ambik sedikit adunan dan bentukkan menjadi leper.
4.Celup dalam adunan tepung tadi.
5.Goreng hingga kekuningan



Ini budak sudah tak sabaq nak rasa sampai sanggup pajat meja tuuu,jenuh aku dok "haip" "haip" yelah baru masak tuuu kang melecur molot tuu kang sapa susah...tapi budak mana nak paham bahasa kita niii tetap nak telan gak.....





huhhhhh panassssssss !!!!!!

kEmBaLi Ke SeKoLaH 2011 & wElCoMe AbOaRd part 1



First day skoll cam aku yang nak masuk belajaq balik mana tak aku pulak yang tergrabra lebih hehhhh...padahal sizikri,ain ngan zidane relax jaaa

Pagi lepas wat bekfas giantar anak bujang ngan anak dara kt skoll,ingatkan nak drop & go jeee tertiba siain ajak teman masuk nak check senarai nama klas sbb SKBJ tahun nii banyak tukaq nama kelas so okleee...tapi perhhh nak parking punya leee payah..padahal aku rasa da awai aku gerak dr umah yang jauhnya sepelaung jeee...iskkk 10min gak kalau tak jem!!

So abis terjumpa plak ngan mommy Elysa so borak dulu sbb last year ain ngan Elysa & Farah & Sarah Jasmine satu kelas tapi tahun nii dah berpecah 6 students dari klas lama masuk kelas
"K E R U I N G" , mungkin tukar sbb ikut final exam kot...entah lee aku ok jee janji ada kelas nak belajaq..hehhhh

Balik terus terjah siZidane pulak sbb dia kelas mengaji pagi kul 830-1030 am memang padat lee aktiviti budak budak nii,alhamdullilah nampaknya ok lee dalam kelas pon tak de budaknya nak cry cry bagai...semuanya da terdedah ngan alam tadika...so syukuran syukuran...

Dah tunjukkan kelas aku blah balik nasib baik umah ngan tempat mengaji dekat...tapi penat ooo.. then nak dekat abis waktu kelas aku terjah lagi nak tunjukkan bas pulak...adoiii laaa tapi ok leee anakkan so belajar rajin rajin tau...aku tak snaap pon masa kelas mengaji tak sempat lagipon fening ramai sangat parents.


 NI kt umah tgh nak bersiap, aku pulak sebok nak snap pix..hehhhh kenangan tuu masuk darjah satu....sok dah tua tua haaa leh tengok balik.






budak nk gi tadika...



Nii semua lam Kelas kejap jee sbb banyak lagi duty aku nak gi ambil siabang ngan sikakak,berbeza waktu pulak tuuu, aku nak tempek gak wat rujukan

Ain 2011
Senin & Selasa : 7.30am - 1.35pm
Rabu & Khamis : 7.30am - 1.05pm

Zikri 2011
Senin & Selasa : 7.30am - 1.05pm
Rabu & Khamis : 7.30am - 1.35pm
Jumaat : 7.30am - 12.05pm

Zidane 2011
Senin & Selasa : 1.05pm - 6.30pm
Rabu & Khamis : 1.05pm - 6.00pm
Jumaat : 2.05pm- 6.30pm

Nnt nak sambung part 2 time rehat pulak...



Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011


Wishing you The Best In 2011

Balik jeee dari oliday aku deman,selsema,batuk......adusss laaaaa lecehnya....
anyway would like to WISH all my prend
"HAPPY NEW YEAR"

p/s:psttsss nanti da sihat sikit aku tempek gambar gi oliday pulak......ari nii pulak lam tak sihat lepas gak aku keBangi for myhubby prend housewarming ngan kenduri akiqah new baby born (Liza & hubby)