Sunday, February 23, 2014

Kuih Lompang Pandan

Lama sungguh aku teringi nak makan..selalu nampak kat E-Mart..tapi selalu gak aku tak membelinya..heeeee !! Sebabnya aku suka try test buat sendiri..acuan dah berminggu aku beli so nak tak nak semalam lepas balik skoll zidane terus aku singgah beli "niyok" aka kepala parut


KUIH LOMPANG

Bahan A:
1 cawan gula 
2 cawan air

Bahan B:
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago
2 cawan air
1 sudu teh esen rose (saya guna esen pandan)
1 sudu teh air kapur

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam
(Gaulkan dan kukus sebentar)

Cara-cara:
1.Masak bahan A hingga larut
2.Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul hingga rata, kemudian ditapis.
3.Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan.Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4.Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5.Jika mahu lompang berwarna warni, asingkan adunan dan titikkan dengan pewarna di sukai.
6.Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.Hidang  dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.











Info dr FB: Hebatnya Sultan BRUNAI

Alhamdullilah....

Wednesday, February 5, 2014

Langkawi Cable Car & Shopping

Kereta kabel terletak di Oriental Village. Merupakan kunjungan petama bawa budak budak ke sini. 

Nasib baik dapat naiksebabnya Kereta kabel ikut cuaca, kalau berangin kuat pun tak jalan,hujan pon takjalan. Kalau tak silap, automatik dia stop kalau dapat kesan angin kuat. Ada sensor.


Masa kami sampai Sky Bridge ditutup untuk penyelenggaraan sampai tahun depan. Padahal dekat situlah paling best walaupun gayat sikit bila angin bertiup. Terasa goyangnya. Tiket RM15 dengan Mykad (kena tunjuk untuk scan) kalau tiada MyKad RM30.(Tak payah lee semua nak tunjuk MyCard pulak cukup setakat wakil tukang beli tiket jeee) kang tak pasal pasal Q panjang sebab semua kaum kerabat berbaris...







Muka-muka budak cuak


Pemandangan masa kat atas

Okey nak cerita sikit tentang Langkawi Cable Car ni. Terletak di Gunung Mat Cincang (errk, tak tahu ejaan yang betul camne) dan dah tentulah merupakan tarikan utama kat Pulau Langkawi ni..
Puncak station cable car ni terletak 700m dari aras laut.. memang tinggi la.. Ada 3 station yang menghubungkan dari bawah hingga ke puncak.

Okey meh kita Shopping pulak, rugi ooo kalau sapa mai Langkawi terlepas pandang part SHOPPING!!!(ada kaaa)

Antara tempat yang kami sempat singgah

a. Kompleks Haji Ismail Group
kaya kan tuan haji ismail ni. sampai dah ada kompleks ok...bersambung plak dengan hotel sendiri. alhamdulillah rezeki beliau. so bila dah ada kompleks ni, besar la kan. dan memudahkan nak shopping,. kedai kecik2 tu masih ada lagi....
Bangunan HIG ni berlambak² kat Langkawi. Nak kecik nak besar semua ada.

Bangunan HIG yang besar ni adalah END LOT  & berwarna HIJAU




b.Langkawi Saga

Depan HIG ni adalah LANGKAWI SAGA




Lepas habis shopping, perut pun dah lapar.. mula la nak cari makan



Friday, January 31, 2014

Family Trip:Langkawi syiok

Date : Nov 2013

Assalamualaikum.....

Penginapan 3 hari 2 malam di Langkawi....Dah berkumpul tentu laa syiok...

Lama dah nak ceta pengalaman pon alah alah dah lupa itu laaa habuannya bila dok perap lama sangat heee... dari 15hb-17hb Nov 2013 yg lepas....memang dah lama tak ke Pulau Langkawi, kira-kiranya 6-7 tahun juga.

Cuti kali ni aku dah plan awal2 ... start jaa cuti skoll sebabnya bila last day time tuuu ambil zIkri dr MrSm trus lajak jee senang alih alih 3 minggu bf cuti sekolah tuuu zIkri call bg tau sekolah close awal 8hb dah lol.....??? tiket flight dah booking awal2 lagu mana..nak tak nak kena laaa minta kakak sulung aku help help...

Meh layan gambaq ....mana aku ingat nanti aku story morry...


Masjid al-Hussain Kuala Perlis,  dibina terapung di tepi pantai Kuala Perlis
Cantik!! Ramai yang kata time malam lagi cantik...


Lumrah alam, semua harga barang naik, maka tiket feri pun naik. Yang keduanya, dah tak ada tiket pergi-balik. Dulunya tiket pergi-balik murah sikit. Yang ketiganya, feri-feri yang disediakan memang besar-besar. Dulunya, muatan penumpang dalam 100 orang sahaja, kalau besar sedikit dalam 150 orang. Feri yang kami naik ini boleh memuatkan lebih 400 penumpang. 

Memang besar, Lepas tuuu setiap penumpang diberikan nombor tempat duduk kalau dulu "free seat", kelangkabut laajuga aku nakQawai awai...heeee nampak sangat dah lama tak jejak langkawi...last masa bawa ain dalam stroller lagi masa tuuu. Cuma tempat letak barang jeee xada tempat, bertimbun-timbun beg dan barang penumpang disusun di belakang feri..barang kami semua letak kat area depan sit jeee. 

Sampai jee terus ambi van, trus ke pantai cenang nak gi homestay cadang nak simpan luggage sebabnya karang nak angkut family kakak aku yg datang 2nd batch ..tak muat laa pulak...Makan and terus kami ronda kat makam mahsuri...




2nd.Day
Kami ambil package Island Hopping RM300
kami sewa satu boat memandangkan kami ramai.....adult jee 8 orang,kanak2-5 orang so memang berbaloi laaa

Tasik Dayang Bunting - Pulau Singa Besar - Pulau Beras Basah 


Tasik Dayang Bunting

Rombongan cik kiah...laki aku jee tak dapat ikut ...sebok keja heee lagipon awal awal lagi laki aku dah booking tiket flight Dec
karang kalau cuti awal nak kena balik Miri awal lee pulak so lebih baik lambat....

aku walaupon laki jauh still E.N.J.O.Y...thank sayang for sponsor this family trip..


 Pulau Singa Besar
My Son and kakak...sempat gak aku interprem kat belakang tuuu


Kat sini kami landing abt 1hr sempat laa kids mandi and main main..



Lepas abisjeee trip ni memasing dah kebulur...terus cari makan ...
lepas tuu memasing sebok nak ke cable car pulak.....huwahhhhh bebudak tak pernah penat...kakak aku yg sulong dah letih tapi demi anak anak buah gigih laa dia layan walaupon penat sehhh....heeee


Cable car part2..


Thursday, January 30, 2014

Roti Jala

Assalamualaikum..

Minggu bersemangat nii..ada jee benda aku nak buat padahal sebok mengalahkan apa jaaa...pepagi antar anak dara lp tuu masak tuk lunch...makesure sebelum 11pg aku kena siap sebbnya nak angkut sikenit tuu pulak...lepas tuuu sikakak & siain...sampai laa kul 3pm br sampai umah balik...

Balik jee malas nak layan penat.. trus aku masuk dapur itu yg memacam tuuu..lepat pisang laaaa...kek pisang laaa...kuih cara manis laaa...roti jala laaa and semalam puding jagung pulak......

Kali ini roti jala aku kaler purple...(req.anak dara nii..fav kaler dia) cicah ngan kari ayam & sambal ikan bilis..


JOM TENGOK RESEPI:

Resepi Roti Jala:

(Sumber: K.Wawa/ K.Ummi Kuantan/ Sumber c&p : Dapur Ain)

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (ikut warna kesukaan)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
2. Perapkan selama 1/2 jam .
3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2



Kari Ayam
Sambal Bilis


Love the colour



Tuesday, January 28, 2014

Miri - Brunai Bandar Seri Begawan

Bila kakak aku datang melawat...
2minggu dah family kakak aku visit...baru leee menyempat nak mengupdate...
aku pulak sebagai HOST kena leee merempit bawa diaorg pusing pusing nasib yang datang tak ramai kalau tak mana laa nak sumbat lam keta comel aku tuuu...

1st.day sampai, aku dah bawa visit G.R.A.N.D  O.L.D.L.A.D.Y



View MIRI dr Bukit Canada..
(pssttt gambar xcantik...anak bujang aku yang snap..hee)

Laps tuu bawa gi pantai tengok Sunset...tak de sunset pon sebab baru lepas hujan..tapi bole laaa the view is still nice..!!!
Then tawaf sopping mall and makan makan absi dah satu ari aku layan diaorg
heee....

2nd. B R U N A I

MASJID Sultan Omar Ali Saifuddie



sangat cantik

"Info: 
Ia antara masjid paling indah di Asia Pasifik dan mercu tanda serta tarikan utama pelancong ke negara Brunei. Bagi masyarakat Brunei masjid berkenaan menjadi lambang serta simbol negara Islam moden.

Seni binanya menampilkan ciri Islam selain turut meng-gabungkan gaya dan seni bina Mughal, Renaissance dan Itali

Ciri yang paling terserlah dan cukup dikenali mengenai masjid itu ialah kubah utama-nya yang diliputi dengan emas tulen 24 karat dengan bahagian kubah itu diliputi 3.3 juta keping emas. Bahagian dalaman masjid itu juga dipenuhi unsur seni bina Islam terutama kaligrafi, bunga, dan geometri

Jom Layan G.A.M.B.A.R


Sista

Kiddos

Entrence

Gals


P.e.r.k.a.m.p.u.n.g.a.n   A.i.r
Pemandangan perkampungan air dari tepi bandar Bandar Seri Begawan

 Sesetengah orang menggelarnya sebagai 'Venice Timur'.


Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah



Alhamdulillah... Akhirnya tercapai hajat untuk singgah di masjid yang indah ni.
Hampir-hampir nak frust sebab tak jumpa jalan...GPS...oh nooo hnpn xde coverage...heee
So pusing pusing laaa laki aku demi nak penuhi impian aku..haaaaa 


Info:
Dianggap sebagai salah sebuah monumen terhebat kepada umat Islam di seluruh rantau ini, Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah merupakan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kiarong oleh penduduk tempatan memandangkan lokasinya yang terletak di Kampong Kiarong, beberapa kilometer dari ibu negara Brunei Darussalam (Bandar Seri Begawan). Ia dibina bagi memperingati ulang tahun pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda yang ke-25 tahun. Masjid ini dibuka secara rasminya pada hari Khamis, 14 Julai 1994.

Orang ramai dibenarkan untuk memasuki masjid ini, namun perlu menanggalkan kasut sebelum masuk dan tidak berbuat bising bagi menghormati orang lain yang sedang bersolat. Bagi pelawat wanita, mereka perlu menutup kepala dan berpakaian sopan.

Waktu Lawatan:
Ahad - Rabu [8am-12pm, 2pm-3pm dan 5pm-6pm]

Masjid ditutup kepada bukan Islam pada hari Khamis dan dibuka pada hari Sabtu sekiranya tiada majlis rasmi pada hari berikutnya.







                                    

Date:17-19/Jan/2014