Monday, May 28, 2018

Program Matrikulasi Professional Perakaunan (JPPro)


Alhamdullilah bermula laa peringkat seterusnya buat anak bujang ni ...Start 23-5-2018, 7 Ramadhan  dah mendaftar sebagai ahli Kolej Matrikulasi Selangor dengan jurusan JPPro.
JPPro ini adalah program pertama yang diperkenalkan tahun ini. Cawangan pertama yang menawarkan program ini ialah Kolej Matrikulasi Selangor. Program PERINTIS kirannya

Lepas tu bukan senang yeee walaupon dah ditawarkan still untuk 1st trial ni KKM hanya perlukan 50pelajar sahaja but itu pon pelajar kena menduduki ujian kelayakan Aptitud, sebelum diterima masuk ke program Perakaunan Profesional. 

GAGAL menepati minima markah ujian Aptitud, pelajar akan didaftar di bawah program Perakaunan. 

So lepas dengar taklimat Do & Don't, terus laaa ke ujian aptitud. Lepas tu keputusan esok sebab ada pulak interview, lepas interview baru tahu ..suspens ooo sebabnya anak bujang tu dari aliran sains dan dia dari sebelum SPM lagi dah berkicau nak tukar ke akaun ..alasan sebab tak minat sains...and dia ada aim dia sendiri so sebelum SPM aku biar kan jeeee sebab time ni result pon xtahu lagi kan ...

Alasan dia tak minat sains and nak capai something yang mencabar diri dia kira macam cita cita dia laaaaa so aku sebagai mak haruslah menyokong 201% !!! abis ceta

So bila keluar result aku discuss lagi sama ada betui kaa keputusan dia , tak mau sakgi separuh jalan give up memang nak kena ketuk kepala laaa ngan aku ...But dia tetap nekad padahal aku lagi suka kl dia buat sains acah acah boleh laa keluar nama Dr.Zikri haaaa hangan hangan mak mak gitu...siap bagi tau apa plan dia 1 tahun akan datang. and insyallah aku akan sentiasa menyokong and mendoakan dia..sama laaa mcam anak pompuan aku yang nak sangat jadi cikgu BI...aku tetap sokong lepas tu sesambil jadi cikgu nak jadi penulis...

Ok aku tahu laa aku minat baca novel so upanya menurun kat si ain pulak cumanya kau novel BM, dia novel BI ok laaaaaa...

Ok back tu ZIkri aku tetap sokong apa yang dia nak cukup laaa 17tahun dia dok dengar apa aku nak..soh belajar sampai pandai, exam nak kena dapat A semua subjek so now let him decide for his own. Aku selarikan ngan doa moga dia tetap berjaya walau apa pon..

Meh sini nak story pasal program Perakaunan Professional ni tahap Matrikulasi, dia bersamaan program CAT (Certified Accounting Technicians). CAT merupakan program Foundation, sebelum pelajar menyambung pengajian ACCA. Program Matrikulasi KPM Perakaunan Profesional hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja. Dan sejurus tamat program Perakaunan Profesional, terus menyambung pengajian ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) di UiTM sahaja. Tidak boleh masuk IPTA lain...so aku suka juga sebab dekat haaaaa..nampak sindrom mak mak lagi nak anak kepit celah ketiak jaaaaa tapi laki aku kata kl result gempak boleh sambung kt UK..haa part ni aku tak pasti lagi hee
Masa dengar taklimat 
Doa aku dia boleh catch up dengan life matriculation sebabnya cara kuliah memang laju seminggu boleh abis 3 bab sekaligus sama macam program asasi juga so memang sangat mencabar tak de masalaa nak layan world cup 2018 haaa (haa sebab tak cuti,kl cuti sure mereput depan Tv juga) sebab tu ramai panggil fast track sebab jangka masa belajar 10 bulan jee untuk subjek ni lepas tu sambung ke degree and kalau dah nama fast track so memang semua benda macam bullet trains sebab nak abis kan syllabus dalam masa 10 bulan ....haaaaa  ...kau hado..!!!
So now berulang laa aku dari Shah Alam ke Banting tiap kali Outing day ..semlm 1st time balik outing dari kul 8.00am - 10.00pm kl parents yang datang ambik, kalau sendiri sampai kul 7pm jeeee
so dapat lee berbuka sama semlm and lepas jee maghrib and kenyang perut terus keluar gi antar balik ....


4 comments:

  1. assalam, boleh email x? nak tanya pasal course yg sama utk anak bujang saya juga. T kasih

    ReplyDelete
  2. Ujian aptitud tu tanya soalan macam mana? Susah x?

    ReplyDelete
  3. apa syarat klayakan khas yg dperlukan...?

    ReplyDelete
  4. i assalamualaikum. Saya nak tnya, kalau buat jppro ni, atleast cgpa kena brp untk smbung acca di uitm?

    ReplyDelete