Terima Kasih semua buat readers, followers yang sudi menyinggah , membaca , mengkomen di blog ini,sanggat sangat terharu..appreciate it...maaf yer kalau tak sempat menjejak....jangan marah, terasa hati key...Ins sha alah akan menjejak blog anda semua kembali.....love all ..xoxo ...memuah

Monday, December 16, 2013

RED collections...RED lovers

Hantu sungguh aku ngan kaler merah.....l'm a RED Lovers
Semua yg merah cepat jeee mata aku pandang....and dari termimpi mimpi..teranggau anggau tuu terus haaaa zassss.....!!!
My new collection's. ...heeee handbag mulberry tuu je a yrs collection beli masa kat HK....

Tuesday, December 3, 2013

The best K.A.w.A.N

The happiest l have even been in my life so far..Surrounded by loving friends dari kindergarten,Sekolah Rendah, Sekolah Menengah and NoW we're still together and hope till Jannah ins sha allah and family and even loving hubs.

The besties

Safe the date for "the bride-to-be"
luv this picture....nampak seri pengantin...haaaa






Aku, Ina , Yang @ Harlida,KakLong2 nora

Sebahagian dr myBFF...ada lagi yg xda lam gambaq...like beb, cik farah, diksu, kakzah and the rest...kawan dunia akhirat..

Bubur Jagung Bersagu & Cucur Jagung Berudang

Assalammualaikum

Mendung jaa hari perot pon apa lagi berbunyi jeee laaa jawabnya da siap bubur jagung favourite anak sulung bujang nii.

 Lepas tuuu ada pulak balance jagung terus teringin buat cucuq Jagung pulak..Kuih yang mudah dan ringkas penyediaannya ini memang menjadi ... menu untuk hidangan minum pagi atau pun untuk sajian petang. In shaa allah...

Memu Minum petang yang simple


Bubur Jagung + Sagu
Bubur Jagung Bersagu
Resepi: Google

 Bahan2
  • 3 tongkol isi jagung yang dihiris
  • 3 sudu besar biji sagu (direndam seketika)
  • 5 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar gula
  • 2-3 keeping gula Melaka
  • secubit garam
  • daun pandan disimpul
Cara membuatnya:
  1. Rebus isi jagung dengan 5 cawan air hingga empuk,masukkan sagu - masak hingga sagu menjadi separa jernih
  2. Masukkan gula Melaka dan gula
  3. Akhir sekali masukkan santan,daun pandan & garam. Masak hingga mendidih sambil sentiasa dikacau.
  4. Padamkan api bila sagu jernih sepenuhnya. Sedia dihidangkan 
 

Cucur Jagung Udang Lemak Manis
CUCUR JAGUNG BERUDANG LEMBUT
Resepi: Google
 Bahan-bahan ( 3 - 4 org makan )
  • 1 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
  • 2 cawan tepung gandum                          
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula                          
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng             
Cara membuatnya:
  1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.               
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.               
  3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.               
  4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.               
  5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..
Milo O Kosong panas
Bestnya......dah laaaa cuaca mendung dari pagi sampai lee kemalam niii...
Alhamdullilah sempat berwatsapp ngan en hubs...yalaaa sian pulak bila da jauh nii makan minun dia cammana laaaa & suprisenya dia siap balas watsapp gambar tengah goreng kopok lekor.....heeeeeee


Jom Minum sambil nonton tv yaaaa

  

Wednesday, November 27, 2013

Cuti Skoll:Kem Tranformasi Remaja Muslim ain & zidane

3hari sebelum cuti sekolah aku da sampai balik BJ..haaaa cergas mak aiii kalau nak balik KL...opppp bukan apa tiket flight awal awal lagi dah booking dengan tujuan nak ambil anak bujang kat MRSM alih alih SPM punya pasal MRSM katup awal seminggu on 8hb. so terpaksa laaa kakak aku kena giambik....

Nak tak nak balik laa gak awal aku...so masa UPSR pon aku main SMS jee tepat 10am aku dah SMS & alhamdullilah result anak dara ni sungguh menbanggakan....so next stage kita apply jee mana mana ada rezeki alhamdullilah kalau tak kita minta jeee Sekolah Kawalan or Klauster kat MIRI.

hohohohhh melalut laaa pulak...so memandangkan cuti nii aku ngan anak anak jee balik dulu so nak gi holiday pon cam xsyiok jaaa bila "bank bergerak" aku lom balik kan....
tapi sempat gak aku terjah LANGKAWI haaaaaa....15-17/Nov/2013 (nanti story morry yeee,ada kee yang baca !!huhhhh)


Kebetulan kat Masjid BJ ada kem cuti sekolah.....masa aku tau dah start 2 hari,kiranya rabu tuu aku try nasib jeeee kalau bole selit budak 2 org nii alhamdullilah...dari duduk umah main jeee 24jam..aku gak stress...sorang ngan Ipad & Galaxy,sorang ngan PSP & PS2 & gaduh lagi...belum kira sepahkan umah lagi...
Jalan selamat BELAJAR dapat gak ilmu tambahan....



                             
MASJID BUKIT JELUTUNG
 ..baru jeee buka masa raya puasa hari tuu...alhamdullilah...walaupon jauh dari umah sesekali balik BJ aku pastikan anak anak jejak kaki kat masjid nii ...

                         
Aktiviti Kem:

Solat Dhuha
Motivasi Diri
Fardu Ain


Latihan Dalam Kumpulan
Time Break (Makan Pagi/Thari/Petang)
Lain Lain Aktiviti
                   
                                                                 Solat Dhuha

                    
                               Aktivi berkumpulan remaja lelaki dan perempuan

                                 
                Zidane masa lewat pendaftaran....dibawa Ustaz untuk menunaikan solat dhuha


                               
Breakfast yang disediakan....setiap hari bertukar yeeee..ada nasi lemak,sandwish,bihun goreng..


Posing sikit ari ni bf pegi  

Monday, November 11, 2013

Donut yang gebusss dan lembut



Mendonut laaa pulak...

Bangun jee tido petang tadi sikenit niii merenggek lapaq nak makan donut big apple ..hohoho...memang lee Miri ni tak jem 10-20 min jee nak ketown...nak mendrive tuuu sangat lee malas..lepastuuu dia bukannya makan yang flavor2 tuuu ambik yang plain gak

so memunggah laaa kabinet dapor cari Yis & malangnya mmg out of stock haaaa terus aku watsapp papa dia soh singgah kedai...

and taraaa....sangat gebusss!!
Jom layan resepi pulak...dari weezana



Bahan Bahan: 
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara:

1. Cairkan mentega dan ketepikan.

2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.

3. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 

4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 

5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum.

7. Gaul sebati dengan senduk. biar adunan lagi selama 45 minit. Tutup dengan kain basah.

8. Adunan akan naik selepas 45 minit.

9. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik - memang lembik tau!). Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. Kalau tak de acuan guna jee cawan and bulat tengah tuu guna jee penutup botol

10. Time to mengoreng and membaham..

SeLaMaT MeMcUba..




Sunday, November 10, 2013

Tanjong Lobang Beach

Just to share a great moment during our sweet time. Terukir senyuman bile tengok...

US ...again 












 keindahan panorama ciptaan Allah..... subhanallah!!!!... Indah ciptaanMu ya Allah!

Thursday, October 31, 2013

Happy Dewali & aku yang kena kikis....

Budak ni berjaya mengapaw aku...haaaa cam dia yg nak sambut depavali....
soh ambik purple tak mau nak gak sama ngan baju...jangan laaa sok besaq nak matching matching bagai leh kayap aku,tunggu da keja..dah pegang gaji sendiri NO HAL
selagi aku pegang kuasa veto jangan laaaa fengsan aku..




Saturday, November 2
Diwali 2013
to all my indian friend's

May the festival of lights be the harbinger of joy and prosperity. As the holy occasion of Diwali is here and the atmosphere is filled with the spirit of mirth and love, here's hoping this festival of beauty brings your way, bright sparkles of contentment, that stay with you through the days ahead.
Best wishes on Diwali and New year.

Tuesday, October 29, 2013

Bingka Labu

Dah 2 3 hari gak laaa labu yang aku beli kat E-Mart dok tersimpan lam fridge....so balik jee dari skoll trus godek resepi bengkang labu, last last jumpa laaaa kat umah kak Nor....and baru aku tau suhu memainkan peranan upanya...and oven aku pulak memang jenis cepat panas so memang aku reduce ke suhu 165c.


                                      




Resepi memang 100% ikut kaknor...Jom tengok resepi..
BINGKA LABU LEMAK MANIS
sumber : Yatie & Jun
sumber : K.Nor
BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.

*K.Nor buat 1/2 adunan dan bakar dgn suhu 160C selama 1 jam (mine abt 1jam 10min), alhamdullilah menjadi dan sedap sangat .....budak budak pon suka.....
                                 

                            



Saturday, October 26, 2013

Tempa tMakan Sekitar MIRI

Sebenarnya tak terlintas pon aku nak susun satu satu tempat makan yg best di miri niiii..but last week my ex-opismate call nak turun disini and siap tanya tepat makan mana best....so serba sikit buat panduan n pedoman....!!!


Kalau saya sebut ABC, mee jawa, mee kolok,kepak ayam dan sotong kangkung...hmm lain tempat lain rasanya ....tapi yang saya try kat sini memang terbaek dari yang baik haaaa..kalau tak tak berulang laaaa kami anak beranak kat tempat tuu jeeee

1.tempat yang paling best untuk menikmati nasi lemak sedap di Miri.  Ada pelbagai pilihan lauk pauk di sini..pilih ajer mana yang suka. Ikut tekak memasing local restaurant  Generally, they are 1 of the best, but not the best (depends on each individual). Ain peminat tegar..pantang tanya nak makan mana...sini laaa dulu dia ajak tuju...

Buka seawal 8am till 11am...after 10am baru ada goreng goreng..selain nasi lemak ada juga nasi ayam...(blom try)..aku selalu order bihungoreng kurang sayurjeee...haaa diet sehhhh!!

Jalan DurantaMiriSarawak

2. Lokasinya di Kampung Pulau Melayu berhadapan dengan Kelab Golf Miri. Cari aje Hole 9. Kedudukan warung ini agak ke dalam, so buka mata luas-luas, drive slowly agar tidak terlepas hehehe. Walaupun hanya warung tetapi make sure datang awal (dibuka jam 8.00am), kalau tidak jenuhlah nak tunggu untuk bangku kosong.

 

Minuman
Saja jee aku nak post


3.ada roti canai...best part of thsi roti canai...tukang tebar tuu siap boleh psuing pusing lagi...siap lambung lambung lagi...menarik laaa juga....& ada bermacam lagi menu roti canai...roti cheess, roti tisu KLCC
Lot 2364, Lock Shop, Jalan Datuk Deli,Piasau Jaya

Mee Goreng RM4.00

4.Lokasinya di Taman Bintang Jaya, betul-betul bersebelahan dengan station Petronas berdekatan dengan Bintang Plaza, Miri. Waktu operasinya bermula jam 1.00pm dan ditutup apabila semuanya sudah habis dijual.
Sin Wan Delight Rojak & Cold Drinks Centre. 

Ada ABC,Cendoi....ramai yang suka ABC kurang lemak....but for me...best lagi kalau dapat ABC kat Giant Shah ALam tuuuu
so apa apa punikut selera memasing!!


close up sikit...

5.Kinky Fat Chef Kitchen @ Miri, Sarawak
Lot 668, Piasau Jaya Lorong 1A, 
Piasau Phase 1


Previous Entry ceta burger nii:



gambaq edit sbb aku letak lam instgram....

Gambar dr FB

Memang best n sentiasa full house....kitaorg pon 1st terjah situ....belum ulang lagi..ins sha allah akan berulang for 2nd trip..haaaa

Inilah antara sebahagian rentetan tempat makan yang best bagi saya di Miri. Moga, sedikit sebanyak memberi idea pada kawan-kawan tentang apa yang nak bertandang di Miri.

Sini pon ada story kedai makan (previous entry) PUMA SERA buka 24jam..betul2 belakang hotel Maya

Note:
Satu jee nak ingatkan jangan terkejut kalau kat tempat makan tuu bersepah anjing...kekadang tuu selambar jee anjing anjing nii lalu sebelah kita....so far anjing nii tak kacau kalau kita pon tak kacau ..haaaaaa