Monday, October 30, 2017

MRSM Graduasi - Congrat and Best of LUCK

Sekejap jee masa berlalu dah hampir kepenghujung nya anak bujang ni disana...
5 tahun berulang alik demi pelajaran dan mengejar cita cita. 
Ins sha allah Ibu dan Ayah doa kan yang terbaik untuk abg dalam menghadapi SPM seminggu lagi...


Family...haaa papa sorry time ni papa tak join outstation, tak dapat nak dielakkan

ZIKIR KETIKA ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya Zohir, Ya Haadi, Ya Nuur, Ya Baari' (3x)

Bicara hati:
Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan -soalan peperiksaannya.

Ya Allah, Ya Haadi, berikan petunjuk jawapan bagi soalannya.

YA Allah, Ya Nur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan.

Ya Allah,Ya Baari' yang Maha Mengatur, aturkan jari jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini.
#Bacalah zikir dan doa ini. Bagi ibu-ibu yang uzur.

__________________________________________________________

Happy 17th Birthday Abanglong

Dah besar pon anak bujang nii, berdiri sama tinggi dah pon 

19-10-2017, kira ok leee belated sebabnya kami ke sana 1 day after masa Graduasi MRSM.. Alhamdullilah 1st Class result...

Jadilaaaa kebetulan masa besday nya ayah dah siap buatkan diMasjid BJ, dengar laa tok iman tuu announce nama anak bujang sekali ada bacaan yassin dah kebetulan jatuh pada malam jumaat...
syukur anak ini membesar dengan rahmat nu ya allah, semoga anak ini sentiasa di berkati dan dilindungi sepanjang hidupnya serta diberi kesihatan yang baik dan selamat dunia akhirat dan menjadi insan yang berguna kepada ibuayah dan bangsa

Thursday, October 26, 2017

Monday, October 16, 2017

My precious girl..


Cerita Jumaat lepas, kenit ini akan ada satu tabiat yang akan call aku tiap kali balik keja...ada jaaa lepas tuu kan siap pesan nak sampai rumah call sebab ada benda nak beli kat Maideen..kekadang tuu nak beli pembaris satu jaaaa, esok pulak pemadam laaa..adoi hai laa anak.

Suruh dia pesan kat papa tak mau pulak dah tentu tentu papa tuu balik masjid boleh belikan sekali.

Abis nak jadi ceta nak juga aku belikan , so masa nak sampai rumah dah nak masuk maghrib pon so ok laaaa jom kita sopping maghrib maghrib..haaaaaa tahu kat papa memang bukan telinga dia saja kena pulas sekali ngan aku kena nanti. Haaa terus jee ak hangkut dua beradik tuu solat kat masjid smapai isyak..lepas maghrib baca yassin kejap and kebetulan memang ada ceramah tiap tiap hari sementara nak tunggu masuk Isyak...alhamdullilah sebab dia dah biasa so menag tak da masalah nak kerah ke masjid. Lepas Isyak haa pegi laa mana pon no hal and memang pon aku kena paw ngan dua beradik tuuu terus tak jadi beli pembaris yang dia nak memula tadi...di heretnya aku kat Mamak Zubir...sorang makan roti bom, sorang nasi lemak... AKU NGANGA and tukang bayaq.. 


اَللهُمَّ اجْعَلْ أَوْلاَدَنَا أَوْلاَدًا صَالِحِيْنَ حَافِظِيْنَ لِلْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ فُقَهَا فِى الدِّيْنِ مُبَرَكًا حَيَاتُهُمْ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

ALLAAHUMMAJ'AL AULAADANAA AULAADAN SHOOLIHIINA KHAAFI-DZIINA LIL QUR'AANI WASSUNNATI FUQOHAA FIDDIINI MUBAROKAN KHAYAATUHUM FIDDUNYAA WAL AA'KHIROTI
Artinya :
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang sholeh sholehah, orang-orang yang hafal Al-Qur'an dan Sunnah, orang-orang yang faham dalam agama dibarokahi kehidupan mereka didunia dan di akhirat.